Dalam entry sebelum ni saya ada bagitahu u all yang Alisha sekarang ni dah tak nak saya suapkan dia makan lagi kan... Actually saya seronok la jugak melihat perkembangan si Alisha ni yang dah semakin pandai.. Cuma masalahnya sekarang ni, Alisha DAH MULA KURANG MAKAN!!
Mahu taknya.. saya nak suap dia tak nak.. mengamuk2 nak makan sendiri... Kalau saya try nak suap juga, ditolak2nya tangan saya.. silap hari bulan, kalau terkena bekas makanan dia tu.. mahunya tertumpah.. So, saya pun ikut je lah kehendak dia.. biasalah kan budak2 dah makin membesar.. banyaklah yang dia nak belajarnya.. Tapi tu la.. makanan yang masuk ke mulut tu sikit je.. yang dekat lantai lagi banyak.. huhuu..
Lagi satu, bagi bubur nasi tak nak dah sekarang ni... saya try bagi nestum pun sama jugak.. makan tak banyak, comot je lebih... Yang si Alisha nak makan sekarang ni, nasi macam kita orang besar ni makan.. Saya bagi la jugak nasi & lauk dekat dia kan.. tu pun dia nak makan sendiri jugak.. kiranya saya hidangkan nasi & lauk tu dekat dia tapi sambil2 tu, saya suap2la jugak dekat dia...
Kalau dulu Alisha makan banyaklah juga tapi sekarang ni.. rasanya setengah mangkuk baby tu pun tak sampai... Huhh! So, saya yang risau.. takut dia lapar, setiap kali dia main2 saya bagi dia makan biskutlah roti lah tapinya merata lah dia jaja makan tu... nasib baiklah dia nak makan..
Seriuslah, saya memang risau takut berat badan dia turun..!! Takut dia tak cukup makan.. takut dia lapar!! Macam2 la perangai anak2 ni.. makin besar makin banyak "cerita" mereka coretkan!!.. Si ibu ni jugak yang setiap masa risaukan anak.. Anak tak berak pun RISAU!! Anak tak Makan pun RISAU!! Anak menangis pun RISAU!! Anak sakit apatah lagi.. "Thats y kita patut hargai IBU kita"
Saya harap u all dapatlah berkongsi cerita u all dengan saya.. Apa yang u all buat bila anak u all makan sikit macam si alisha ni..? Lagi satu.. berkongsilah resepi2 anak u all tu dengan saya ek.. nanti boleh try bagi Alisha jugak.. hihi
Hannah now leh mkn mcm2.. bubur nasi & nasi b'same sup ayam die plg suke mkn. Maybe Alisha nk rs mknana yg lain.. try bg die different food selang bbrape ari, hehe..