Semalam saya pergi ambil surat untuk refer kepada doktor pakar.. Bagi yang mengikuti perkembangan blog saya selama ni, mesti dah tahu kan yang kelenjar Tiroid saya bengkak..
Buat masa sekarang saya belum dapat tarikh appoiment dengan doktor pakar lagi.. minggu depan baru saya akan pergi ke Hospital minta tarikh appoiment pulak.. biasala kan, hospital kerajaan banyak sikit prosedur dia..
Ketika saya jumpa doktor semalam, saya ada bertanya doktor, "Kalau saya nak prengnat boleh ke?" Doktor cakap "Buat masa sekarang tidak digalakkan untuk pregnant sebab kalau pregnant nanti tak boleh operate".. Tapi doktor cakap jangan risau sebab selepas operate saya boleh pregnant tiada masalah..
Nanti semua tu akan ada perbincangan lah dengan doktor pakar.. Ohya, doktor tu jugak ada bagitahu saya yang saya akan dibedah kalau doktor pakar kata perlu lakukannya tapi kalau doktor pakar check bagitahu tak perlu bedah, kiranya saya takkan dibedahlah..
My Dear cakap harap2 tak payah bedah lah.. Actually saya pun harap tak payah bedah sebab saya risau macamana alisha bila saya dimasukkan ke wad nanti.. Andaikatalah saya kena bedah, saya harap dapat dilakukan secepat yang mungkin sebabnya seperti yang pernah saya bagitahu u all sebelum ni, saya nak pregnant lagi tahun depan.. Saya nak bagi alisha kawan.. Kesian dia main sorang2 je dekat rumah.. (",)
Saya taknak operate selepas pregnant anak kedua sebabnya nanti saya risau pasal anak kedua pula, so, bila lah saya dapat operatekan.. Sekarang ni alang2 alisha dah besar & dah pandai berdikari sedikit sebanyak, lebih baik saya tak tangguhkan..
Seriuslah u all bila ibu sakit, anak yang susah.. lebih2 lagi anak yang masih menyusu badan.. So, saya patut jaga kesihatan saya supaya saya dapat laksanakan tanggungjawab saya sebagai ibu sebaik yang mungkin.. Tapi andaikata saya tak perlu operate, Alhamdulillah... syukur yang teramat kepada Tuhan.. Dan saya takkan teragak2 untuk mengandung.. Alisha dah besar, so, inilah waktunya untuk saya bagi adik kepada Alisha... Apa2 pun, saya kena tunggu keputusan dari doktor pakar.. Doa2 kan segalanya dipermudahkan yer..
mudah2an tak payahlah..alisha nak susu nanti..ibu kene wat stok..ayah nanti bagi kat cawan sebagai persediaan..tapi mudah2an tak payahlah..