Result telah diperolehi.. Saya akan di BEDAH!!!

Seperti yang saya ceritakan dekat u all dalam entry INI, so petang tadi saya telah pergi jumpa doktor untuk ambil result darah saya.. Doktor panel my dear tiada tapi telah digantikan dengan doktor hospital kerajaan.. Hasil dari testing tersebut, menunjukkan hormon saya everything is okay!! dengan kata lain, saya tiada tiroid la kan..

TAPI saya sepantas kilat terus tunjuk dekat doktor tersebut bengkak dekat leher saya tu.. dan sepantas kilat juga doktor terus kata, INI PERLU DIBEDAH.. Firstly perkara yang terdetik dekat otak saya adalah ALISHA.. macamana dengan Alisha nanti.. Doktor kata, kalau operate maybe saya akan ditahan di wad selama seminggu!! Risau saya fikirkan Alisha macamana la nanti yer.. mampu ke saya tanpa alisha dan mampu ke alisha tanpa saya..

Macamana dengan penyusuan Alisha?? macamana saya nak tunaikan tanggungjawab saya menyusukan Alisha dalam tempoh setahun lagi.. Runsing.. Alisha yang saya risaukan!! 

Ohya, doktor kata kelenjar tiroid saya tu membengkak.. kiranya kalau tak dibedah, ia akan semakin membesar.. bila dah besar, kalau operate, risikonya makin besarla.. tapi macam saya ni, masih kecil.. doktor cakap kalau saya operate sekarang.. tempoh operate maybe dalam tempoh sejam sahaja.. Untuk pengetahuan u all juga, doktor yang saya jumpa ni, memang dah pernah melakukan pembedahan Tiroid.. doktor ni siap lukiskan gambar dekat saya & my dear, apa yang akan doktor lakukan ketika dibedah nanti..

U all tau tak, doktor akan potong dekat bahagian depan leher saya ni.. dari kanan sampai kiri, lepas tu, doktor akan selak lubang yang dah terbuka tu & keluarkan "benda alah" tersebut.. lepas tu akan dijahit kembali.. u all nak tahu bahagian mana & panjang mana yang akan di'potong' bahagian leher tu.. u all bayangkan kalau orang kena kelar bahagian leher panjang mana.. lebih kurang macam tu la.. tapi takdalah panjang sangat kot.. tapi u all janganlah risau atau seriau pulak.. sebab doktor cakap takda apa2.. sekejap je..

So, walaupun saya ada juga perasaan takut tapi saya tak nak fikirkan pasal tu sangat.. Harap2 semuanya okay la.. Minggu depan saya akan pergi jumpa doktor tersebut lagi sekali untuk dapatkan surat refer dari doktor untuk diberi kepada doktor pakar.. so, apa2 pun lepas ni, tunggulah keputusan dari doktor pakar pulak.. & barulah akan ditetapkan bila akan dibedah
Result telah diperolehi.. Saya akan di BEDAH!!!

{ 11 comments.. read them below or add one }

iyan shazlind iyan shazlind September 14, 2011
semoga semuanya baik2 saja..Semoga cepat sembuh..
Cute MuM Cute MuM September 14, 2011
kalo dah doktor nasihatkan bedah, baik buat.. abg sepupu pon pernah buat operation tue.. alhamdulillah sekarang dah ok..
insyaallah takder apa2..
ummi anum ummi anum September 15, 2011
ish!takutnya...harap2 semua selamat..kuatkan semangat dan banyakkan berdoa ya..
ummu muhammad ummu muhammad September 15, 2011
semoga ada jalan selain dibedah..kasihan alisha..semoga Allah sampaikan 2 tahun tempoh penyusuan die.. ;)
fieda fieda September 15, 2011
tu la..yg siannya kt anak kan kalau ada hal yg melibatkan kita...kak fieda doakan semoga semuanya berjalan lancar..amin...
Nur Syahida Nur Syahida September 15, 2011
semoga selamat semuanya Amin
sueMUNCET sueMUNCET September 15, 2011
hye..
suemuncet .buat contest lagi..
sila join kalau berminat..

http://suemuncet.blogspot.com/2011/09/contest-bergaya-dengan-baju-rayaku-dari.html
Shafiq Shafiq September 16, 2011
kuatkan semangat ye kak..
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda September 16, 2011
ish, ngeri je bunyinye bile doktor tue explain camne die nk operate..

xpe2, Ina jgn tkut eh. always pray & pray moge everything is alright. Lgpun operation utk tiriod nie slalunye tunr out well, hehe..

sy akn doakn Ina ye..
mrzabika mrzabika December 09, 2011
salam..da bedah ke belum ekk saudari..kalau belum bedah lg..cuba la ikhtiarkan cara ubatan tradisional dulu..try la minyak kelapa dara biovco madu khaula atau monavie dulu..saya pn penghidap tirod "hipo" tak tahan panas mudah letih walaupun kerja tak lah penat sangat, berat badan susut dan saya bergantung kepada ubat doktor cabimazole..kesan ubat doktor lagi memeritkan saya rambut saya hampir gugur semua kesan kepanasan ubat ini..mata putih pn kekuning kuningan..dan banyak lg yg saya telah alami.saya amat takut sekali dansaya pun berhenti makan ubat doktor..saya mencuba alternatif lain pula..first sekali saya mencuba monavie original sebanyak 2 botol syukur tiroid saya telah susut sedikit..tapi memandagkan harga yang mahal saya telah beralih kepada produk minyak kelapa dara biovco sehingga sekarang..
mrzabika mrzabika December 09, 2011
try la minyak kelapa dara biovco