Bulan depan Alisha dah pun berumur 6 bulan... Alaa sekejap je anak ibu ni dah 6 bulan, tak puas pun lagi ibu menyusukan alisha.. dah alisha nak makan solid food pulak... tapi walaupun ibu bagi alisha makan, ibu akan tetap bagi alisha minum susu ibu ni, yela, susu ibu kan susu yang terbaik untuk alisha... ;-)... from my reading, tanda2 baby kita dah boleh makan makanan pepejal ni antaranya :-
- Bayi boleh mengangkat kepala dengan sendiri.
- Bayi boleh duduk dengan diampu oleh tangan ibu/ penjaga atau hanya bersandar pada kerusi.
- Bayi mengunyah walaupun tiada makanan di dalam mulut.
- Bayi gemar memasukkan tangan atau permainan ke dalam mulut.
- Bayi menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut.
- Bayi masih lapar walaupun selepas menyusu.
Haa, kalu ikutkan si alisha ni, no 1 ada, no 2 ada, no 3 ada, no 4 ada, no 5 ada, no 6 kurang pasti..hahaha kalau daripada 6, 5 alisha ada, ini bermakna alisha dah ready to eat solid food but, next month yer my sweetheart...hihihii
kalu bercerita pasal makanan apa yang nak bagi kat si alisha ni makan, rasanya, saya lebih prefer kepada homemade la... air tangan ibu tu bagus..hihii lagipun, suci dan bersih dan bebas dari bahan pengawet..dan tak lupa juga halal.. muahahaha.. haa sebenarnya, anak kita yang baru belajar nak makan ni, tak sesuai ditambah perasa dalam makanan dia, garam ke gula ke.. so, no more salt and no more sugar in your food yer alisha... coming soon of course can... :-)
Eeemmm sebenarnya sekarang ni pun saya dah mula survey2 apa homemade yang paling bagus untuk alisha ni supaya senang, nanti bila dah sampai waktu, takdala main hentam je makan apa.. inilah yang dinamakan perancangan...kan2 :-)
Selepas ditimbang tara, rasanya mula2 saya akan sediakan makanan puree untuk alisha... First2 sekali saya akan kenalkan sayur2 dulu pastu baru buah2.... alasan saya nak sediakan sayur dulu kat alisha ni sebab buah-buahan adalah lebih manis secara semulajadi dan lebih cenderung menjadi kesukaan baby, so, bila kita perkenalkan sayur terlebih dahulu, sekurang2nya ia dapat mengelakkan baby dari bergantung kepada citarasa yang manis selain untuk memupuk minat baby untuk makan sayur-sayuran.. :-)
Cara nak buat pun senang je.. contohnya, saya nak sediakan brokoli, kukus or rebus je brokoli tu hingga lembut, pastu kita lenyek or blend je brokoli tu sampai lumat, nanti dia akan jadi la ala2 nestum tu.. bila kita nak bagi baby kita makan, kita tambahla sedikit air masak untuk bagi ia lebih lembut or cair.. tadaaa alisha dah boleh makan..hahhaha.. buah pun buat macam tu jugak..
Kita kekalkan menu yang sama 2 3 hari lepas tu baru la tukar menu lain.. contoh, mula2 brokoli, lepas tu lobak merah.. kita buat macam ni sebab nak cari keserasian terlebih dahulu kat baby kita, mana la tau kot2 baby kita ada alergik kat apa2 makanan kan.. bila kita dah tau, apa makanan yang baby kita tak elergik, baru la kita boleh sediakan bubur nasi dan diletak dengan bahan2 apa yang anak kita serasi tadi... so, nanti takda la kita susah hati if terjadi apa2 elergik kat anak kita... :-)
Apa2 pun, bulan depan baru alisha boleh makan... Ohya, bekas makan alisha pun dah beli semalam..hahahhah... very excited lorrr... ;p