Semalam saya ada baca artikel tentang pelakon Dynas yang semakin cun... body makin cantik i tell u.. Dulu, masa dia mula2 lepas bersalin, saya tengok dia dalam drama GIA kalau tak silap, time tu dia berisi siap double chin lagi..huhuu.. tapi sekarang tidak lagi, dia dah kembali cun la beb..!! Rahsianya hanya satu, penyusuan susu ibu...!!! dia susukan anak dia sampai sekarang, anak dia dah pun berumur 10 bulan...
InsyaAllah, saya pun akan menyusukan anak saya selama yang mungkin, selagi ada susu & selagi alisha nak minum susu..Kalau boleh minimum biarlah sampai setahun, kalau dapat 2 tahun lagi best...tapi larat ke 2 tahun menyusu kalau tahun depan saya nak pregnant lagi?..hahhahah.. ( yap, saya nak ramai anak ;p )
Menyusu badan ni terlalu la banyak kebaikan dia, sampai kadang2 saya pelik bila ada orang yang ada susu tapi tak nak bagi anak... Pernah sekali saya tanya sorang ibu ni la kan, baby dia minum susu apa, dia jawab susu formula sebab dia bekerja... Adoiiiiih... Saya kalau la diberi peluang bekerja pun, saya tetap akan bagi susu badan kat anak saya.. Pam je la, buat stok banyak2 simpan dalam peti ais... Saya memang dari sebelum kawen lagi memang dah pasang niat awal2 nak bagi anak susu badan. yela, nak banyak susu badan ni pun, kita kene setting kita punya mind jugak... Tapi tu la kan, ada jugak orang yang susu dia tak banyak tapi saya alhamdulillah la susu cukup untuk alisha..
Sebenarnya kurma pun membantu pengeluaran susu saya, selain saya pun setiap hari 2x sehari minum milo tapi sekarang ni beralih kepada VICO pulak.. saja nak berubah selera..hahha.. kalau nak cerita pasal kebaikan susu ibu ni punya la banyak sampai tak tertaip la oleh saya...hahhah...
Emm ramai wanita yang takut selepas mereka bersalin, tak dapat bentuk badan asal, perut makin buncit & punggung makin besar. Sebenarnya dengan menyusu bayi dengan susu badan kita, kita boleh melangsingkan badan dengan cepat... Alhamdulillah la macam saya, walaupun selepas 22 hari bersalin, saya telah dapat berat badan asal tapi ukuran badan saya tetap OUT, *tak suker tau* huhuu tapi alhamdulillah sekarang setelah 5 bulan menyusu badan, ukuran badan saya telah pun kembali kepada saiz zaman anak dara... jangan tak percaya tapi hakikat...cewah ayat.,..hihii ( bukan nak berlagak tapi sebagai perangsang dekat u all untuk bagi susu badan ) tapi bahagian dada tu, of course la tak dapat saiz dulu kan memandangkan ada susu si alisha..hhehhe...
Menyusu jugak membantu rahim kita mengecut dengan cepat so, secara tak langsung perut kita cepat laa menjadi kempis & tak buncit, itu yang penting!!!... ;p InsyaAllah kita jugak dapat elak dari risiko kanser buah dada dan juga kanser ovari. Selain tu, penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama jugak mampu melewatkan kedatangan haid kita. Saya pernah terbaca, andaikata kita berhubungan dengan suami ketika itu pun, sebanyak 98% kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Susu ibu ni tersedia bila2 masa pada suhu badan dan sentiasa steril... & tak payah la, setiap kali kita nak kuar, asyik duk mengelek beg yang berisi susu la, air panas la dan lain2.. Susu tepung ni jugak akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari.
Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok ( macam tembok cina la pulak..hihi ) menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak baby kita. Haa, saya ada terbaca tentang 2 kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang menyusu badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa... So, apa lagi, susu la anak2 kita dengan susu nombor 1 terbaik di dunia..!!!! Saya bersyukur sebab dapat suami yang memberi galakkan untuk saya menyusu badan, sokongan suami itu penting... love u dear... ;-)
P/s : Saya penyokong penyusuan susu ibu