Perkembangan Alisha Part 1

Alisha sekarang ni dah pandai isap jari kaki dia.. Apa yang sedap sangat pun tak tau... Tapi saya pernah dengar orang2 tua cakap, tu tandanya nak dapat adik... Huhuhuuu... tak mungkin secepat itu.. alisha baru je nak masuk 6 bulan.. tunggu ye anak ibu, tahun depan baru ibu bagi adik kat Alisha yer.. hehhehe.. 

Hari ni alisha dah pandai tidur sambil meniarap, biasa dia tidur meniarap, muka dia pusingkan, tapi hari ni, terlebih advanced pulak, tidur meniarap sambil sembamkan muka dia kat katil.. Saya ni risau2 la jugak takut2 dia lemas ke apa ke nanti kan.. tapi alhamdulillah, daripada meniarap tu, dia pandai pulak telentangkaan badan dia balik.. normally, dia kalau tido meniarap, bila terjaga terus dia angkat dada dia, tapi sekarang dah pandai telentangkan badan dia balik... Pandainya anak ibu ni.. muahhss

Alisha jugak sekarang ni time meniarap dah pandai angkat badan dia sampai kat pinggang dia, kalau sebelum ni sampai dada je.. Dia juga dah pandai menoleh ke belakang ketika meniarap selain dari bergerak2 kanan kiri depan belakang n pusing2..

Haa lagi satu, Alisha ni dah pandai mengeluh... hahah lawak betul la bile dengar dia mengeluh, yela, gaya macam letih sangat pikir masalah negara.. padahal, kerja dia hanyalah makan tidur je... basuh berak & mandi pun ibu dia ni tolong.. Alisha Alisha... :-)

Kalau cerita pasal buku pulak, jangan cakap la.. nak lunyai dibuatnya.. tapi tak kisah la kan, budak2 dalam proses pembelajaran, it's okay.. Haa nak cerita pasal baru2 ni, saya bagi la alisha ni main mainan dia, sambil2 tu saya baca la buku, apa lagi dia, bila nampak buku, itu la yang nak dicapainya, so, saya pun bagila dia tengok2 & pegang2 tapi lepas tu saya ambil la semula sebab nak continue baca kan, sekali dia mengamuk, saya pun cepat2 la bagi mainan dia, boleh anak saya ni pergi campak mainan yang selama ni jadi pojaan hati dia tu semata2 nak kan buku saya...huhuu Bagus alisha ni belajar2 nak membaca tapi tolongla bagi peluang untuk ibu membaca jugak ye sayang...

Ohya, tak lupa juga, Alisha dah pandai pindahkan barang mainan dia dari tangan kanan ke tangan kiri

Yang paling kelakar & yang saya rasa paling comel sekali Alisha ni dah pandai tiup ketika menyusu badan.. Alaa2 saya punya Br**st tu, belon la kononnya... hahhah.. Biasanya dia just menyembur air liur je tapi sejak dua menjak ni, setiap kali menyusu, mula la dia tiup *belon*..hahhaha

video

Rehat sekejap tengok video Alisha ketawa berdekah-dekah..hehehe
Perkembangan Alisha Part 1

0 comment... add one now