Saya ni adalah juga mengurut alisha ni, 2x sehari selepas mandi.. Biasanya saya gunakan losyen je urut dia.. tapi bukanla urut yang betoi2 tu, macam yang dalam "gugu gaga erra" tu.. just biasa2 je tapi kadang2 adalah jugak yang luar biasa..hihii... Alisha ni, sangatlah suka bila saya sapu losyen sambil urut2 badan dia tu... Dia takdala nak pusing kanan or kiri ketika mengurut dia tu, tapi biarkan je apa yang saya lakukan, siap menunggu step2 seterusnya..hehee... myb sebab saya dah lakukannya sejak dia baru2 lahir lagi..biasanya saya akan bersembang dengan dia time mengurut tu, yela, sentuhan tu kan boleh mengeratkan lagi ikatan ibu dan anak.. Sangat2 la suka melihat alisha tersenyum semasa saya mengurut :-).. Ohya, kadang2 masa mengurut tu, saya buat2 la tak tengok muka dia kan walaupun sebenarnya saya curi2 tengok.. pada masa tu saya dapat la tengok muka alisha yang memerhatikan saya tanpa mengalihkan perhatian (mesti alisha rasa sedih sebab ibu xmelayan dia seperti selalu), tapi bila saya tengok je dia, dia cepat2 tersenyum like very2 happy...hahaha this moment, so sweet.. :-)
Mengurut ni terlalu banyakla kebaikan untuk baby kita, antaranya ia dapat membantu sistem penghadaman dan meningkatkan berat badan dan membantu dalam perkembangan fizikalnya.. Haa, bagi baby yang ada masalah tidur, urutan ni pun dapat bantu baby kita tidur dengan lebih lena selain tu, ia boleh melegakan sakit perut. Yang paling penting, mengurut ni adalah cara yang paling baik untuk memupuk hubungan antara kita dan baby kita. So, jom la kita sama2 melakukan sentuhan fizikal ni kat baby kita, lagipun ia juga terbukti membolehkan pernafasan baby kita bertambah baik.. Oleh itu, sentuhlah, peluklah, urutlah dan nikmatilah saat2 istimewa ni dengan baby kita, nanti bila mereka dah besar, kita takkan dapat lakukannya lagi.... time tu nanti kita akan rindu saat2 ni.... Trust me ;-)
Biasanya baby akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika baby menangis, kita jangan memaksa kerana kadang2 baby ingin tidur ataupun menyusu. So, ni antara panduan mengurut baby yang saya just copy & paste.. prosedurnya tidak begitu penting dibandingkan tindakan mengurut, komunikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apa juga jenis sentuhan ataupun urutan, memberi manfaat kepada bayi selagi dilakukan dengan kesabaran, kasih sayang dan kelembutan. Check it out...
1. Pastikan anda berkeadaan selesa dan tenang. Ingat, diri anda adalah cerminan kepada bayi anda, dia dapat mengesan perasaan ataupun tingkah laku yang dilihatnya dalam diri anda.
2. Pastikan keadaan bilik bersuasana senyap dan sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan selesa.
3. Panaskan tangan anda sebelum mengurut.
4. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus.
5. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur. Pastikan masanya konsisten kerana bayi anda akan ternanti-nanti rutin ini selepas waktu mandi ataupun waktu tidur.
6. Ada kalanya bayi terasa letih dan rangsangan ini dirasa keterlaluan. Cuba lagi selepas waktu tidur singkatnya dan elakkan mengurut bayi selepas memberi makan.
Panduan cara mengurut Johnson's Baby
1. MUKA
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.
2. DADA
Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.
3. TANGAN
Picit dan putar
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.
4. KAKI
Picit dan putar
Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
Menggulung
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.
5. PERUT
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.
Roda air
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.
Matahari Bulan
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.
Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.
I love you
I - Buatkan gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
Love - Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan.
U - Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.
6. BAHAGIAN BELAKANG
Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.