Kerja

Kenapa orang suka tanya "awak kerja apa?" bila jawab tak kerja, dorang tanya pulak "kenapa tak kerja?".. Huhh pastu mula la cakap rugi la tak kerja, belajar tinggi2 ( walaupun setakat diploma perakaun je sebenarnya), duduk rumah bosan.. eeee macam2 la... Saya ada mengganggu sapa2 ke kalau saya tak kerja? takda kan... Ni yang mula nak start kuliah ni...hihihiii... 

Kita belajar walau setinggi mana pun, tak semestinya semata2 untuk dapat kerja, ilmu yang kita ada tu, boleh kita wasiatkan ( haa kan dah tak pasal2 guna perkataaan wasiat, hehheh) kat anak kita... kita duk rumah jaga anak, ajar anak kita sendiri.. ilmu ni sampai bila pun tak habis kita belajar..

Kalau kita nak, kat rumah pun boleh kerja.. kata zaman dah canggih buka je internet.. sama ada nak dengan tak nak je... tapi saya ni tak berapa minat dengan bisnes2 ni walaupun dear selalu suruh saya berbisnes.. huhuu Fokus saya adalah nak mendidik anak saya, bukan nak didik jadi gaban ye dear tapi jadi manusia...hihii.. Alaa sama je apa ibu2 lain nak anak dia jadi, saya pun macam tu jugak... nak yang terbaik..!!!

Tapi takpa, saya tahu kenapa dorang cakap macam tu... Kalau nak tahu, dulu sebelum kawen, saya selalu cakap dengan kawan2, lepas kawen kita mesti kerja, yela, kalu jadi apa2 la kan (nauzubillah), kita takda la terkontang-kanting.. tapi tu la, kita manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan...
Kerja

1 comment... add one now

QasehnyaRania QasehnyaRania January 03, 2014
alhamdulillah.. dengan ephyra dh terbuka hati nk berbisnes kan.. hihi.. good luck