Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Other. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Other. Papar semua catatan

"Duit boleh dicari tapi masa bersama keluarga adalah sebaliknya..."


Baru2 ni ketika kami 3 beranak, tengok video iklan sayang mama yang Alisha suka tu.. Tiba2 my dear cakap "Perempuan dalam video ni tak kerja mesti sebab suami dia tak bagikan".. hahaaa boleh pulak macam tu.. pandai2 je my dear ni.. hihii.. Padahal suami yang tak bagi isteri dia kerja tu.. my dear lah sebenarnya... hahaaa Tapi saya tak kisah sebab saya dah seronok jadi "HOME MINISTER"... (^_^)

U all nak tahu tak, my dear pernah cakap dekat saya.. "Duit boleh dicari tapi masa bersama keluarga adalah sebaliknya".. Yela, jika kita asyik berkerja tanpa memberi memberi sedikit masa berkualiti untuk dihabiskan bersama family.. tak ke dah rugi.. Contohlah.. Anak kita ketika kecik memerlukan perhatian dari kita tapi kita terlalu sibuk dengan kerja.. sedar2 je anak kita dari tak boleh meniarap tiba2 dah boleh berjalan.. so, tak ke dah rugi saat2 indah untuk kita bersama anak kita.. masa itu tidak mungkin mampu diputar kembali... 

Syukur Alhamdulillah jugak sebab saya dapat seorang suami yang lebih suka duduk rumah.. Keluar rumah pun, mesti kami 3 beranak sama2 keluar... Bila berada di rumah, my dear lebih suka mengadap komputer duduk tengok saham dia, tak pun tengok pasaran emas.. lebih hebat main game Top Gun dekat facebook.. muahhahah.. Thats y bila my dear ada dekat rumah saya jarang online... hihiii

Sesibuk mana pun kita.. carilah masa bersama family kita.. memang zaman sekarang, duit sangat penting tapi adakah  ianya berbaloi jika melihat anak kita or family kita tak bahagia?.. Janganlah kita membiarkan masa berkualiti bersama keluarga dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja... kerana sesungguhnya masa itu tidak mampu diputar kembali.. (^_^)

P/s : Hujung minggu @ hari cuti memang best bila kita dapat berkumpul dengan family (",)

IntaNBerliaN dapat markah A... hiihihii (^_^)

Kalau u all masih ingat, saya ada join segmen.. di mana saya mintak ujang review blog saya.. Alaa u all mesti kenal siapa ujang kan.. dia blogger yang pemes jugakla.. bakal jadi papa tak lama lagi ni.. (",)

So, semalam ujang telah pun review blog saya.. Tanpa disangka2 blog IntaNBerliaN dapat gred A... hihii... Tetiba rasa macam zaman sekolah pulak sebabnya dah lama habis belajar.. dah takda cikgu or lecture pun yang nak bagi markah A B C D or E.. (",)



So, inilah hasil review dari Ujang untuk Blog saya ni.. Kalau u all nak baca dekat blog Ujang sendiri.. KLIK SINI (",) Tapi apa2 pun masih terlalu banyak yang perlu saya belajar dalam dunia blog ni.. maklumlah baru 10 bulan kenal blog.. hihii

U all pernah makan PAU SERAT tak??

Actually saya baru first time makan & baru first time jumpa & baru tahu tentang kewujudan pau serat ni.. hahahah.. Baru2 ni kami singgah dekat R&R Bukit Merah.. Saya teringin nak makan pau yang biasa tu.. sekali pergi dorang bagitahu belum masak lagi.. Adus kecewa betoi...



Tapi tu la.. nak dijadikan rezeki.. kami nak ke kereta tiba2 ternampak pulak lagi satu kedar dekat R&R tu jual pau... Dia tulis PAU SERAT.. Pelik ni... so, saya pun apa lagi.. beli je la.. dah la tak pernah dengar & tak pernah makan kan...



Pau ni memang sedap..!! Walaupun dah sejuk tapi dia tetap lembut tau.. Lagi satu, harga dia murah dari pau yang biasa tu tau... Pau Biasa dekat R&R tu yang inti daging RM1.80 tapi pau serat ni inti daging RM1.40 je... lagi murah... Lebih baik beli pau serat.. Lagipun ianya bagus sebab berserat.. hihii (",)

SURPRISEEEE!! (^_^)

JANGAN TERKEJUT JIKA U ALL TENGOK HEADER SAYA BESAR GEDABAK YER.. MUAHAHAHA.. Tapi kalau screen u all kecik.. nampak keciklah header saya (",)

 
U all tengoklah dekat atas blog saya ni.. dah ada HEADER.. hihii.. Ok tak?.. selepas hampir 10 bulan berblog baru blog saya ni ada header.. hehhe..

Saya paling suka tang Alisha yang ada bulat2 *xtau nak panggil apa* yang seolah2 sedang memikirkan kami bertiga... hihiii... Header saya ni dibuat oleh ANNA.. Kalau u all nak tahu akhir bulan 9 hari tu, saya terbaca entry Anna yang bagi Freebies header & dekat entry tu jugak bagitahu sesiapa nak request pun boleh walaupun sebenarnya Anna tak ambik upah.. Ohya, ni entry tersebut..

Anna sanggup buat header untuk saya & dah banyak kali anna edit.. Thanks Anna sebab sudi melayan karenah akak yang banyak songeh ni.. hihii.. Nanti akak bagi upah yer... (",).. Ohya, walaupun sebelum ni Anna kata tak ambik upah tapi saya sangat menghargai keikhlasan Anna.. so, petang nanti saya akan belikan topup untuk Anna.. (",)


Masalah dah settle.. (",)

 Thanks to Mr. Google

Terima kasih sangat2 dekat Nina Zaharin sebab bagitahu saya macamana nak settle masalah dekat entry NI.. Aduss senang yang amat je sebenarnya.. Adesss.. Buat malu je.. muahahahaa semalam tak perasan masa godek2.. hari ni jumpa pulak dekat add a gadjet...Maklumlah, semalam godek2 pukul 1:30pagi..  (",).. Walaupun hakikatnya memang saya tak reti.. muahahahaaa... Apa2 pun thanks lagi sekali dekat Nina Zaharin

P/s : Sangat cepat dapat respon selepas ping entry di group dekat FB

Bola Sepak Malaysia TERBAIK ASIA TENGGARA!!

Alhamdulillah...!!! Akhirnya MALAYSIA MENANG!! Puas hati! hihiii... Memang mendebarkanlah perlawanan tadi... Time penalti tu berdegup kencanglah jantung saya... hahaaa.. Tak tahu nak cakap apa... yang pasti happy sesangat... (",)

Selepas macam2 hal yang berlaku.. akhirnya kita menang jugak... hikmah semua ni... Ohya, kalau u all nak tahu bila gol penalti terakhir yang menentukan Malaysia menang.. Kami 3 beranak melompat... hihii... Alisha tu saya dukung la dia.. melompat bersama dengan ibu & abah dia ni.. hihiii

Apa2 pun tahniah buat pemain Malaysia.. MALAYSIA MENANG PENALTI 4-3... BOLA SEPAK MALAYSIA TERBAIK DI ASIA TENGGARA!!!

P/s : Senyap penyokong Indonesia bila Malaysia menang

MALAYSIA BOLEH!!


Buat pertama kalinya saya buat entry yang bukan berkaitan dengan kehidupan kami 3 beranak.. Nak buat macamana.. dah terlebih excited bab2 bola sepak nih!! Kali ni Indonesia akan bertemu Malaysia di perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI..

Selepas Indonesia kalahkan Vietnam 2-0 semalam.. So, Isnin ni kita akan tengok perlawanan MALAYSIA menentang Indonesia pulak di Gelora Bung Karno, Indonesia... Saya harap sangat2 Malaysia menang!! Walaupun stadium tu nanti akan penuh dengan penyokong Indon, Tapi jangan risau wahai pemain Malaysia kerana kami dekat Malaysia ni.. Menjerit2 sampai sakit anak tekak memberi sokongan.. hihii  

Buktikan yang MALAYSIA BOLEH!! Sebenarnya saya tak berapa suka penyokong Indonesia sebab buat bising ketika lagu Negara kita dinyanyikan tapi bila time lagu dorang.... Apa2 pun MALAYSIA GERENTI BOLEH MENANG!! InsyaAllah... (",)

P/s : Semangat berkobar2.. tak sabar nak tunggu esok dah ni

Saya ada masalah dengan pisang

Kalau semalam saya bagitahu u all yang saya tak kenal nama2 ikan.. rupanya ramai jugak kawan2 saya yang satu geng dengan saya yer.. hihii...

Thanks to Mr Google

Kalau u all nak tahu, bukan nama ikan je saya tak kenal.. pisang pun sama jugak.. hahahaa..Pisang emas ke pisang tanduk ke pisang kaki ke & beberapa jenis pisang lagi.. saya kenal lah... Pisang embun, pisang susu, pisang lilin... mana saya nak kenai.. adusss.. 

Pisang emas saya kenai tu pun sebab dia kecik2 & comel2.. hihii.. Pisang tanduk tu pulak sebab my dad ada tanam sebelum ni.. Pisang2 lain, hampeh.. tahu makan je.. Ohya.. lagi satu, saya kenai PISANG GORENG... muahhahhaa

Banana fritter
Thanks to Mr Google
 
Nasib baik lah my dear kenal jenis2 pisang.. hihii.. U all pulak, kenai tak jenis2 pisang (",)

Macamana nak kenal nama ikan yer.. adusss

Adussss tajuk pun buat malu jer.. hahahaa.. Mahunya tak, dah kahwin pun, nama2 ikan tak kenai lagi.. setakat ikan kembung, ikan kerisi, ikan ayer, ikan sardin & beberapa jenis ikan yang biasa makan tu kenailah.. Tiba2 datang pulak ikan nyok-nyok.. adusss mula2 nak tergelak pun ada.. hahhah my  dear balik rumah cakap dia beli ikan nyok2.. saya ingat ke ikan nyanyuk.. muahhahhahhah

Pernah zaman anak dara, mak saya suruh beli ikan kerisi.. saya pergilah dekat tempat jual ikan dekat pasar malam.. saya tanya tukang jual ikan tu.. "Dalam banyak2 ikan yang ada atas meja ni, ada tak ikan kerisi?".. hahhaa tokei ikan tu mesti bantai gelak giler2 bila saya dah blah dari situ kan.. hahahaaaaaa.. kesiannya lah saya dekat diri sendiri ni haaaaa.. buat malu kaum je...

U all kenai ke nama2 ikan ni ek?.. Ikan laut yang masak hari2 tu saya kenailah sikit2 tapi kalau datang pulak ikan sungai yang jarang2 makan.. lebih lah lagi.. dan2 tu jugak rasa nak buat masuk kepala dalam baju.. hahahaaa


File:Discus fish.jpg


Ikan yang cantik beria bagai warna dia ni.. lagi la hampeh... Sekadar cakap "Cantiknya ikan tu.. warna warni".. bolehla.. nak sebut nama ikan...?? memang tak ler.. hihii

LSO Contest.. Entry Promote

 SAYA SEKADAR MEMPROMOSIKAN.. NAK JOIN KLIK SINI
CONTEST NI BERAKHIR PADA 24/11/2011 @ 5:30PM
ENTRY NI MELEKAT SEHINGGA 30/10/2011

Ini adalah entry untuk saya promote contest yang dianjurkan oleh adik Narumiaida.. Actually sebelum Naru buat contest ni, dia ada bagitahu saya yang dia teringin nak buat contest tapi takut takda sambutan.. so, saya sebagai seorang yang lebih tua yang layak digelar kakak.. *ececcecee* dah semestinyalah akan memberi sokongan kan.. saya dah berjanji dengan Naru.. saya akan bantu dia akan buat entry untuk promote contest dia tu... *orang mintak tolong.. dah semestinya kita akan tolong kan (",)* Ohya, jangan salah faham.. Naru ni bukan adik kandung saya tau.. tapi dia salah seorang pembaca @ pengomen setiap entry saya (^_^) 

 Hadiah2 untuk contest ni pun menarik tau.. tapi saya tak pastilah yang mana satu akan dijadikan hadiah sebabnya barang2 dekat Love Shop Online sangatlah banyak.. antaranya INNER, JUBAH, HANDBAG, PURSE, BAJU DLL.. Tapi apa2 pun, hadiahnya apa yang ada di Love Shop Online la (",)   

 Tak nak  cakap banyak.. Jom tengok syarat2nya dulu..
  1. Buat satu entry buh tajuk Entry Special: LSO contest
  2. Isi entry die just letak gambar anda/anak anda/bf or gf anda/suami or isteri anda (hadiah akan diberi kepada tuan milik gambar)
  3. Gambar ape?senang je letak gambar yang paling cun/lawa/cute/bergaya/cool
  4. Lepas tu inform la kat ruang komen Entry Special: LSO contest (bagi link tau) 
Care pengadilan:
  1. Naru akan letak gambar korang kat Fan page LSO bagi orang vote or komen (harap kawan-kawan x kisah la ye Naru nak amik gmbr korang letak kat page)
  2. Tak banyak LIKE  tak semestinya tak boleh menang
  3. Gambar kalau boleh tak mo edit ek nak ala2 Natural Beauty gitu
  4. LSO ade 4 admin so hadiah dan pemenang kami berempat la bincang same-same..hehe
Hadiah: 
  1. Shhh rahsia hehe
  2. Hadiah akan bagi mengikut kesesuaian owner gambar tersebut
  3. Hadiah sume yang ade kat dalam LSO sahaja
Nak tengok page LSO @ contoh2 hadiah klik page Love Shop Online yer (",).. NAK JOIN KLIK SINI

So u all.. jomlah kita sama2 memeriahkan Contest adik Naru ni.. Jangan risau.. adik Naru dah bagitahu... LIKE sedikit tak semestinya kalah lagipun pemenang ditentukan oleh admin LSO sendiri.. (",).. Sebagai tanda sokongan saya jugak.. saya akan  join contest ni tapinya gambar Alisha la yang saya akan hantar.. hahahhah.. U all pun, kalau taknak hantar gambar sendiri hantarlah gambar anak u all pun boleh.. hihii

Ohya, untuk lebih memberi sokongan dekat adik Naru ni jugak.. saya akan up kan @ gam kan entry ni sehingga hari Ahad ni ( 30/10/2011 ).. so, sayang2 saya ni semua.. kalau nak baca entry terbaru saya lepas ni.. scroll ke bawah yer (^_^)

U all pernah makan tomato Turki tak??


Actually sebelum ni saya tak pernah makan tomato turki tau.. tapi baru ni ketika dekat alor star tu.. ada orang jual tomato turki yang dah dikeringkan.. Actually tomato ni saiz dia macam tomato cherry tu jer.. lepas tu dia keringkan... 

Bagi saya yang si penggemar tomato ni.. Memang sedap!! bila makan tu.. still dapat rasa tomato.. nyum nyum.. tak tau nak explain dekat u all macam mana.. Kalau u all jumpa, try la beli.. sedap.. hihii

Ni pun saya first time try.. masa beli tu sedikit jakun la.. muahhaha

Ini cara saya.. (^_^)

Ini cara saya??.. Cara untuk apa tu yer.. hihii.. Kali ni saya saja suka2 nak buat entry cara saya berblog.. hihii.. Saya berblog actually tak sampai lagi setahun.. lebih kurang 8 bulan setengah la saya mengenali dunia blog ni.. Mula2 rasa berblog ni biasa2 je tapi lama2 bila dah ada ramai kawan2 kat alam maya ni.. berblog jadi sangat best!! hihii

Dulu mula2 saya pernah terfikir.. siapalah yang akan follow saya.. siapalah yang akan baca entry saya.. siapalah yang akan komen entry saya.. sampai saya rasa pelik tengok blog orang lain yang ramai sangat followernya... hihii tapi lama2 dah tak pelik tapi rasa macam syok pulak nak jadi macam mereka.. kalau dapat jadi macam DIA NI lagi best.. muahhahah

Follower saya takdalah ramai sangat macam orang lain yang dah ribu riban tu.. (",) Mula2 dulu ketika saya nak cari follower @ kawan2 berblog, saya sentiasa join segmen.. sebabnya dari situlah saya dapat terjah blog2 yang tak pernah saya terjah sebelum ni.. Time tu jugak saya akan follow mereka.. jika bernasib baik, mereka jugak akan follow saya... (",)

Bila blogger yang saya dah follow makin ramai.. makin senanglah saya nak terjah blog mereka.. Saya jugak akan komen setiap entry yang saya baca & akan tinggal jejak di kotak jerit mereka.. Dari jejak yang telah saya tinggalkan ni jugak, dapat membantu mereka untuk menerjah ke blog saya.. secara tak langsung, blog kita jugak dapat pengomen.. (",)

Saya akan berusaha untuk menerjah setiap blog yang telah saya listkan untuk diterjah setiap hari.. dari sinilah lama2 kita boleh dapat pengomen setia di blog kita... hihii.. bukan setakat pengomen tapi lama2 mereka ni jugaklah yang jadi kawan rapat kita dekat alam maya.. contohnya sekarang saya dah makin rapat dengan NISAKAK FIEDA.. Rapat yang saya maksudkan tu adalah seperti kadang2 kami berborak dekat FB ke H/P ke kiranya takdalah setakat di blog je.. hihii

U all yang lain2 pun sama tau.. saya pun nak jadi kawan alam maya yang rapat jugak dengan u all.. thats y sekarang saya sentiasa terjah blog u all setiap hari.. kalau u all takda entry baru, saya tinggal jejak dekat kotak jerit.. hihii.. Bukan apa, kawan alam maya ni je lah kawan saya.. dekat sini saya takda kawan.. hanya ada my dear & alisha je.. 

Bagi saya.. apabila kita masuk & baca entry & komen dekat blog orang lain... orang lain pun akan buat macam tu dekat kita.. kita baik dengan orang, orang lain pun akan baik dengan kita... kita mesra dengan orang, orang lain pun akan mesra dengan kita... kiranya give & take la.. hihi (^_^)

Fungsi2 Produk Learning Table

 
Thanks to Mr Google

 Tadi saya ada search pasal hadiah yang saya menang.. learning table untuk si Alisha.. hihii.. Fungsi2 table ni banyak tau.. Saya yang membacanya rasa tak sabar nak bagi alisha main.. hihii Puan Nur cakap minggu depan semua hadiah akan dihantar kepada pemenang.. (",)
  
Kalau u all perhatikan betul2.. atas meja tu ada BUAH, PIZZA, BISKUT, GELAS, SUDU, yang dekat tengah2 tu MANGKUK.. Ohya, mangkuk tu ada lampu tau.. Produk ni  jugak ada muzik.. ada 15 buah lagu antaranya lagu ABC, Teddy Bear Picnic, Man Muffin dan lain2.. 3 buah-buahan tu dapat mengar anak kita tentang warna & tekstur.. Pizza dapat ajar anak kita tentang warna & bentuk


1. Akademik awal

    * Menggalakkan pemahaman ABC, mengira, warna, bentuk, tekstur, perkataan pertama, makanan & Adab.
    * Menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah seperti bayi belajar bagaimana untuk mengaktifkan muzik & bunyi dalam pelbagai cara.
    * Meningkatkan perkembangan bahasa dengan pengulangan kata-kata, frasa deskriptif & menyanyi bersama-sama lagu.

2. Pengalaman sehari-hari

    * Memberi peluang untuk bayi untuk meniru ibu & ayah
    * Memperkenalkan pembelajaran dengan cara yang berkaitan pemakanan dunia bayi, nyanyian & bermain.
    * Mengukuhkan konsep pembelajaran melalui muzik yang menarik, bunyi, lagu & Aktiviti.
    * Ucapan biasa & frasa menyeronokkan.

Ni antara yang saya search la.. Nak tahu lebih2 lagi, tunggu nanti Alisha dah dapat benda alah ni yer.. hihii

Mereka yang FAMOUS ni buat saya lagi bersemangat untuk berblog...!


Wah.. saya bangun pagi tadi terus buka blog.. mahu taknya, malam tadi termimpikan pasal blog... hahhahhha Tapi yang buat saya lagi terkejut adalah dekat bahagian followers saya tu.. tetiba ada terpandangkan ABANG BEN & MAT GEBU..!!

Alamakk biar betoi ni.. dahlah tengah mamai bangun tidur.. dahlah mimpi pasal blog semalam.. buka blog ada pulak 2 insan famous ni.. lagilah saya ingat tengah mimpi.. tiba2 saya teringatkan kak fieda... terus buka blog kak fieda.. Sekali tengok, mereka pun follow kak fieda.. Thats mean, saya tak mimpilah.. hihii

Ni semua mesti gara2 saya join segmen yang dianjurkan oleh Abang Ben.. hihii.. Apa2 pun thanks sangat2 dekat ABANG BEN & MAT GEBU sebabnya sudi follow blog picisan macam saya ni.. memang buat saya lagi bersemangat nak berbloglah!! (^_^)      

Blog saya dah ada ruang iklan free.. meh la letak banner u all.. (^_^)


Firstly, thanks sangat2 dekat kak Fieda sebab sudi bagi saya link toturial untuk buat ruang iklan free ni.. hihii.. Actually dah lama saya nak buat ruang iklan ni tapi bila try buat tak menjadi.. hahhahahha.. Tak sangka pulak toturial yang kak Fieda bagi ni lagi senang.. Tu yang saya terus buat tu.. hihii

Tapi ruang iklan ni boleh letak 24 jam je la pulak.. Ikutkan hati saya nak letak sebulan terus.. lagi senang kan.. Ada siapa2 boleh ajar letak sebulan terus tak?..  (",)

U all meh la letak banner u all dekat blog saya tau.. Hari2 letak pun takpa.. Senang sikit saya nak terjah blog u all.. hihii... Lagipun mana la tahu kot2 sedikit sebanyak saya boleh membantu u all tingkatkan traffic & secara tak langsung dapatlah tambah earning Nuffnang u all.. hihii

Ruang iklan ni free je tau.. tak payah nak bayar2.. hihii Sekarang ni internet saya slow sebab broadband dah habis limit.. so, tak boleh nak bantu u all ambik banner u all & tempek dekat blog saya.. Tapi saya sangat2 berbesar hati jika u all sudi letak banner u all dekat blog saya... (",)

P/s : Saya sayang u all lebih lagi jika u all letak banner u all dekat blog saya.. hihii

Suka buat saya geram tau... (^_~)

Hari2 saya geram.. Cepat tua la saya macam nih.. Penat je saya jaga diri untuk jadi awet muda tau... ecececcecece (^_~).. Nasib baik saya ni geram2 manja je.. kalau betoi2 geram.. jawabnya, habis skrin monitor ni saya makan... hahahhaa..


Tengoklah dashboard saya ni.. suka jadi blank macam ni tau.. adusssss... Tu yang saya ni selalu je ketinggalan keretapi.. orang lain dah siap shopping sakan dah.. saya jugak yang baru terkedek2.. ayoyoyooo...


Setiap hari dashboard saya jadi macam ni hokay!! Kalau 10 kali saya buka blog, sekali je dashboard saya ni okay.. 9 kali lagi hampeh.. kesiankan dekat saya.. suka tau dashboard ni nak menyusahkan saya melawat jiran tetangga saya..

Nanti macamana kalau kak Fieda tak nak hidangkan air milo lagi dah dekat saya.. Nisa pulak merajuk tak nak hidangkan air Nescafe dia yang sedap tu..!! sape nak jawab??.. tak suka tak suka *sambil hentak2 kaki* hihii

Kebaikan Minyak Kelapa Dara

Seperti yang u all tahu, saya nak try minum Minyak Kelapa Dara kan.. So, saya ada search la kebaikan minyak kelapa dara ni.. Banyak kebaikannya.. saya teringin nak berkongsi dengan u all.. Manalah tahu kot u all pun nak try.. hihii

* Membunuh virus penyebab selsema, herpes, demam campak
* Membunuh bakteria penyebab ulser, jangkitan saluran kencing, penyakit gusi dan kaviti, pneumonia dan gonorrhea
* Membantu merangsang sistem imunisasi bagi melawan sel kenser
* Membantu meningkatkan sistem peredaran darah, metebolisme
* Anti oksida semulajadi, pemangkin kelenjar tiroid
* Tidak meningkatkan paras platlet dalam darah
* Menggalakkan kehilangan berat badan
* Melindungi badan daripada penyakit osteoporosis
* Menggalakkan pertumbuhan sel baru
* Mengurangkan demam, batuk dan selsema dan ulser perut
* Mengurangkan resdung dan psoriasis
* Menghapus dan menghindarkan kelemumur
* Mengurangkan buasir dan sembelit,mengawal peyakit kencing manis
* Mengurangkan hepatitis C, lelah dan asma
* Mengurangkan penyakit harmorroids serta down syndrome
* Mengurangkan kolestrol, menghindarkan sakit jantung dan darah tinggi
* Melembut, melembabkan,mengurangkan kedutan dan melindungi kulit dari sinaran UV
* Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
* Sebagai Pelincir/ mengeratkan hubungan suami isteri.
SUMBER

Banyakkan kebaikan VCO ni.. saya memang nak try la.. harap2 ia dapat membantu menyelesaikan masalah saya sekarang ni... InsyaAllah.. (",)

Pemandangan di Taman Rama-Rama

Entry ni just nak ajak u all tengok gambar2 dekat Taman Rama2 jer.. hihii... Jom layan gambar2 yang besar gedabak ni yer.. muahahha














Puas hati tengok gambar dah besar gedabak dekat blog sendiri.. hihii

Saya rasa puas tengok blog saya sekarang ni.. Gambar dah besar gedabak.. hahhahaa Petang semalam saya edit blog ni.. Sebelum ni memang saya dah nak buat macam ni tapi perasaan MALAS tu menebal dalam diri ni.. Lebih2 lagi saya tak berminat sangat dalam bab2 nak edit2 ni + tak reti.. hahhah

Tapi petang semalam, tiba2 my dear cakap dia tengok blog saya berserabut... Hahahahhah memang pun, saya sendiri pun sebelum ni tengok blog saya tu serabut tapi tahan je la sebab malas punya pasal.. hihii

Tapi tidak lagi petang semalam.. saya rajinkan juga diri.. yela, Pembaca tetap saya.. siapa lagi, my dear la.. dia dah komplen.. maknanya kalau my dear pun tengok serabut mesti orang lain pun lagi serabut.... hahahhah

So, sekarang saya dah buat 2 coloum sahaja.. gambar saya buat besar gedabak sebabnya, seriously, sebelum ni saya sendiri tak puas hati tengok gambar dekat blog saya ni.. tak jelas, nak kene klik gambar pulak untuk nampak lebih jelas.. sekarang ni.. tak payah klik2 gambar dah.. memang dah besar gedabak dah.. hahahhaa

Cumanya sekarang ni, blog saya TIADA HEADER yang cun2 macam orang lain tu.. Bila la nak ada header yer.. Agak2 menang GA dapat header best jugak ni.. muahhahahha

Sample perfume HUGO & BURBERRY

Minggu lepas saya ada terima poskad dari HUGO.. alaa perfume jenama HUGO tu.. hihii Actually sebelum ni saya ada minta sample perfume dia la.. tapi yang untuk lelaki punya sebab yang perempuan dah kehabisan stok.. hentam sajalah.. free punya pasal.. hihii


Saya ingatkan dia akan hantar sample perfume yang dalam botol 2ml tu ke kan.. *demand*..


Tapi rupa2nya dia sekadar bagi poskad yang terlekat "perfume".. mean, u all nampak tak dalam gambar dekat atas ni.. ada gambar perfume kan.. u all selak gambar tu & dapatlah hidu bau perfume tu.. hahhaha.. Apa2 pun thanks yer ;-)


Selain tu, saya juga ada request sample perfume dari BURBERRY.. Perfume tu dia letak dalam kotak


Tadaa ini barulah syiokkkk dapat sample 2ml.. bolehlah saya spray2.. dah guna pun.. soft je bau dia.. kekal.. suke3... barang free mahunya tak suka.. hahhahhaha

Dalam kotak tu terselit juga kad "thank you" sebab join fan FB dia.. Kad dia pun cantik tau :-) Bagus betul Burberry ni.. Thanks ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...