Walaupun saya orang TERENGGANU... Walaupun saya dibesarkan dengan makan BUDU tapi saya jugak adalah pencinta TEMPOYAK...!! Dari kecik lagi saya suka tempoyak... suka... sangat2 suka!! Ingat lagi masa kami duduk di Terengganu, bila balik Perak, musim buah, arwah opah akan bagi kami tempoyak bawak balik Terengganu... sampailah saya dah besar & dah kahwin, arwah opah akan bagi jugak tempoyak bawak balik Sungai Petani... Bila arwah opah dah takda, maklong saya pulak yang buatkan tempoyak untuk saya & bagi saya bawak balik ke Sungai Petani... Memahaminya mereka akan minat saya yang satu ini...

Tempoyak ni biasanya saya akan makan dengan ulam atau ikan goreng... senang cerita, ia pengganti sambal belacan la... Ohya, sejak kami dah tak duduk Terengganu, saya dah kurang makan BUDU, bila balik Terengganu baru kami beli bawak balik sini... Tapikan, rasanya tak semua jenama BUDU saya boleh makan kot, sebab hari tu mak saya beli jenama apa ntah, kulit saya jadi gatal2.. tak pastilah pulak saya kenapa jadi camtu... selalu tak..

Berbalik kepada cerita tempoyak, saya punya gemar tempoyak ni sampai tahap saya boleh meratah sambal tempoyak tau u all... Eh, bukan sambal masak yer.... Sambal tempoyak macam dalam gambar ni haaa... Saya makan cuit2 dengan tangan... kadang2 sampai gatal2 kepala sebab pedas tapi teruskan jugak makan... Kalau ada sambal tempoyak atau gulai tempoyak, lebih2 lagi ikan patin, jangan terkejut tengok saya makan nasi berpinggan2 yer... Hanya kerana tempoyak, sekali pun perut dah kenyang sebab baru lepas makan nasi, tapi tiba2 saya "terjumpa" sambal tempoyak, saya masih boleh makan nasi semula... nasi gaul tempoyak tu pun dah sedap u all.... adehhh!! hebat betoi penangan tempoyak ni dalam hidup saya.... Nasiblah kami ada pokok durian sendiri, boleh buat tempoyak banyak2...
Haihhh tempoyak... tempoyak... telan air liur pulak saya bercerita dekat u all ni haaaa... hahaha.... Tengahari nanti nak goreng ikan la, cicah sambal tempoyak... perghhhh!! Ohya, kalau nak pedas, guna cili padi warna merah... berdesing telinga... pedas itu yang sedap..!! Normally saya tumbuk cili padi lepas tu gaul2 dengan tempoyak... ataupun boleh guna cili padi + ikan bilis = tumbuk & gaul2 dengan tempoyak... sedapnyaaaaaaa... oh tempoyak..!!
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"