Berhati-hati bagi anak bawah umur 2 tahun makan ubat


Baru2 ni saya ternampaklah orang share di FB berkenaan status Dr. SURAYA FARID, apa yang Dr Suraya tu tulis, u all boleh baca dekat print screen atas tu yer... katanya ubat yang mengandungi promethazine HCl telah diberi kepada baby yang berumur 8 bulan... Dah la dekat botol tu siap tulis "AMARAN : PRODUK INI MENGANDUNGI PROMETHAZINE HCl. IA TIDAK SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK PESAKIT KANAK-KANAK BERUMUR KURANG DARI 2 TAHUN KERANA RISIKO KEGAGALAN PERNAFASAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA KEMATIAN"... Saya membebel la pasal ni sambil my dear tadah telinga dengar isteri dia ni duk pot pet.. Tapi dalam masa yang sama saya ada cakap gak "HCl tu apa benda ntah"... My dear yang dengar saya cakap terus jawap "HCl tu hidro klorida".. pastu saya jawab pulak "Pandai2 je... mana abang tahu?".. My dear jawab balik "Abang tahu la... abang kerja Lab dah bertahun, abang tahu lah.. hidro klorida tu memang bahaya".. Saya jawab lagi "Iyalah tu"... My dear membalas lagi "Kalau tak percaya, pergi google".. Saya yang pantang dicabar terus google.... Huwaaaa betoi la, HCl tu HIDRO KLORIDA @ HIDROGEN KLORIDA... Saya tengok dekat WIKIPEDIA...


Nak dijadikan cerita, saya teringat ubat yang doktor bagi ketika saya bawak Afrina ke klinik akibat ruam satu badan... Saya terus pergi ambik botol ubat GATAL yang doktor bagi dekat Afrina tu... Sekali tertulis CETIRIZINE HCl 1MG PER ML...!! Patutlah dekat aturan penggunaan tu pun tertulis umur start dari 2 tahun... Ketika saya jumpa doktor tu, rasanya umur Afrina baru 4 bulan... tapi dos tu dia kurangkanla.... Saya simpan ubat ni disebabkan tunggu sampai masa rajin nak ambik gambar sebab nak share pasal Eczema Afrina... Alhamdulillah untuk Afrina sebab dia memang TAK MINUM OR TAK GUNA LANGSUNG UBAT YANG DOKTOR TU BAGI... Lagipun motif saya jumpa doktor tu, just nak dapat pengesahan adakah ruam di badan Afrina tu ECZEMA, andaikata eczema, dalam kepala saya memang dah tahu apa yang saya nak guna untuk rawatan eczema... NO STEROID & SEGALA "GUNTING DALAM LIPATAN" UNTUK RAWATAN ECZEMA AFRINA.... Cuma tu la, saya terpikir, adakah doktor dekat klinik swasta yang saya pergi tu, tak tahu pasal ubat yang dia bagi dekat Afrina ni ada HCl... ke dia terlupa... ke ubat yang Afrina dapat ni, tak bahaya macam ubat yang Doktor Suraya tu share?.. ke camne... Ntahla...

Tau tak, Alisha pun ada ECZEMA kan, dia kena ketika usia setahun lebih... Time tu saya memang takda ilmu pasal benda2 camni... apa ubat yang doktor bagi suruh minum, saya bagi Alisha minum, apa yang doktor suruh sapu di badan Alisha, saya sapu.. ubat gatal tu memang doktor ada bagilah kan... tapi saya tak pasti ubat gatal tu keluaran mana sebab kalau tak silap saya ubat tu diletak dalam botol ubat yang biasa kita dapat tu... Yang saya nak cerita dekat u all, bila Alisha gatal je saya bagi makan ubat gatal tersebut, mula2 makan, Alisha ada la jugak rasa mengantuk... tapi bila dah banyak kali makan, dah jadi kebal pulak, takda mengantuk... Itu cerita beberapa tahun lepas tau.. kiranya dah lama la Alisha tak makan ubat gatal kan.. Kalau gatal pun, biarkan je... takda bawak pergi klinik pun... Sehinggalah, ketika saya dapat ubat gatal untuk Afrina tu, Alisha boleh ambik ubat tu & bagitahu saya "Ibu, kakak gatal, nak makan ubat Afrina"... Memang pada masa tu Alisha pun tengah "diserang" eczema jugak.. Saya pun ambiklah sedikit ubat gatal Afrina yang macam gambar dekat atas tu bagi Alisha... tak ikut dos yang dicadangkan pun, just bagi sikit je... Surprise, tak lama lepas tu, Alisha terus terlena... Saat tu meremang bulu roma saya... yela, last Alisha makan ubat gatal, dia tak terlena, tiba2 makan yang Afrina walaupun sikit boleh terlena... Dalam pemikiran saya yang tak berapa bijak ni, terpikir yang maybe ubat tu "kuat" kot sebab Alisha sampai terlena... Haaa disebabkan Alisha mintak ubat gatal tu dengan saya, last2 saya buang segala ubat2 yang ada dalam peti ais termasuk ubat gatal.. sebab saya takut anak saya jadi ketagih dengan ubat pulak... asal gatal nak ubat..

Arghhhh bila ingat balik, grrrr kenapa lah saya buta ilmu selama ni... tak nak membaca..!! Serius selepas Afrina kene ECZEMA tahun lepas, boleh dikatakan tiap2 hari saya membaca tambah ilmu... Ketika Alisha kene Eczema, saya tak ambik kisah sangat sebab seperti yang saya cakap, saya tak terdedah tentang eczema & memang tak membaca sangat... Tahun lepas memang saya banyak membaca, sampai saya boleh teragak2 nak buat keputusan berkaitan anak saya.... sehingga hubby pun tegur "Itulah, banyak sangat membaca"... Bila saya terlalu fokus & terlalu memikir pasal cara rawatan untuk eczema anak2 saya... itulah jadinya... Apa2 pun alhamdulillah... ia membuahkan hasil... Yang penting bersabar... bila down, saya bangun balik... orang nampak happy2, tapi ada ketika saya rasa down seolah2 saya tak reti jaga anak... menangis saya dibuatnya... saya bangkit demi anak2.. study segalanya untuk anak2... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... saat2 sukar tu dapat saya tempuhi....

Berbalik pada cerita ubat tu, u all tengok label dulu tau sebelum bagi ubat dekat anak2 u all... Pada u all yang nak tahu cara rawatan dekat eczema Afrina tu, nanti saya buat entry lain la yer... ehheh.. Biasalah u all, masa sangat mencemburui saya sekarang ni... Bayanglah, entry ni dah pukul 4 lebih petang baru nak publish.. Orang dah nak balik kerja... Pagi2 sibuk.. (^_^)

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 10 comments.. read them below or add one }

arysha_fayyadh arysha_fayyadh March 04, 2015
Assalam zarina,
alaaaaaaaaaahaaaaaaaaiii
lambat sangat uols buat entry ni
anak iols dah 3thn he3
tapi dedolu time below 1year memang anak iols takdak makan2 ubat ni
tapi start 1thn ke atas tu mkn dah la
tak taula terkena ke dak hat ada HCI tu sob3
Unknown Unknown March 04, 2015
tu sebab kebanyakan ubat2 utk 2tahun ke atas..selain PCM..

promethazine ni untuk batukselesama..bila baby/kanak2 makan akan mbuatkan baby mgantuk n tak aktif..kalau kt hosp jijah jrg doktor bg utk 2tahun ke atas..tp kdg2 mak2 yg mengada2 nk ubtbatuk
Unknown Unknown March 04, 2015
ubat demam, selesema dan batuk memang sangat sangat tak recommended untuk baby bawah 2 tahun..

bagus ina.. banyakkan membaca.. mmg kadang2 kita nyesal dgn kita yg tak ada ilmu dulu.. rasa bersalah.. tapi at least kita boleh buat yg lebih baik utk masa depan.. takde la membuta tuli percaya orang lain cakap kan..

semua afrina & alisha segera sembuh dari eczema permanently..
Permata Malap Permata Malap March 05, 2015
IbuNoey pun pernah kena gak,dapat ubat yg sepatutnya untuk anak 2 tahun ke atas.tapi dos dikurangkan.lepas daripada tu,memang berhati-hati la.
syawalsimpsons syawalsimpsons March 05, 2015
kadang2 kiter sebagai mak pak ni, mmg tak boleh amik endah pasai hal ni kan...
QasehnyaRania QasehnyaRania March 05, 2015
sedeynya kan
in shaa Allah akan cuba yg terbaik

Unknown Unknown March 08, 2015
prnah terkene ank saya masa kcl nurse kat private klinik trsalah tulis dos ubat selesema kat botl ubat. Hhhmmm kene brhati2 dng ubt2an
Sya Sya March 13, 2015
Nurse Kat klinik ada bagi tau, diorang tak bagi ubat untuk baby bawah 2 tahun kecuali ubat demam. Biarkan baik sendiri je. Sya pun mmg jenis yang cek ubat dari dulu. Sebab nya,saje suka Baca kandungan ubat walau tak semua faham.tp bila atas ubat tulis tak sesuai utk bawah 2 tahun, Sya tak bagi pada Aniq. Sebab risau. Kawan Sya pernah herot muka dia sebab makan ubat yang tak sesuai.. takut giler!
lynndamya lynndamya March 15, 2015
Salam, ish bahaya nya!!! kalau kanak2 pun klinik berani buat cmni, apetah lagi kita yg dewasa ni...
Fiza Rahman Fiza Rahman March 23, 2015
Thanks for sharing ina. Scary nya. Memang ubat tak bagus untuk bawah 2 tahun. Lpas ni kena check jenis ubat.