Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Pengumuman Mini Giveaway #38

Berkejaran saya buat Mini Giveaway untuk raya ni haaa... Lagi 2 minggu dah nak raya, so, nak tak nak, minggu depan saya mesti kene lancarkan jugak Mini Giveaway #38.. kalau Mini Giveaway #37, saya bagi HADIAH BAJU RAYA, Mini Giveaway #38 ni, macam tahun2 sebelum ni jugak, hadiah DUIT RAYA... saya besyukur, walaupun saya hanya seorang suri rumah, saya tetap dimurahkan rezeki, dapat jugak bagi hadiah dekat anak2 soleh & solehah setiap bulan... seperti mana pemberian hadiah itu dapat menggembirakan hati anak2 saya, macam tu jugak harapan saya semoga anak2 syurga yang dapat hadiah dari saya tu akan rasa gembira... Walaupun hadiahnya tak seberapa nilainya kalau diukur dari wang ringgit...

Untuk Mini Giveaway #38 ni, SEMUA ORANG BOLEH JOIN.... TAK KIRA DAH KAHWIN KE BELUM.. TAK KIRA ADA BLOG KE TAKDA.... TAPI IANYA HANYA UNTUK ANAK2 YANG BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH SAHAJA... DENGAN KATA LAIN, KANAK2 YANG BELUM LAGI MASUK SEKOLAH MENENGAH LA YER... BAGI YANG ADA ANAK, NANTI BOLEH SENARAIKAN SEMUA NAMA ANAK YANG BERUSIA 12 TAHUN KE BAWAH... MANAKALA YANG BELUM KAHWIN HANYA BOLEH BAGI SATU SAHAJA NAMA ANAK SAUDARA SENDIRI... KALAU YANG BERSTATUS NENEK PULAK, HANYA BOLEH BAGI SATU SAHAJA NAMA CUCU SENDIRI...


Mini Giveaway #38 AKAN DILANCARKAN PADA HARI ISNIN (06/07/2015 DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM... KALI INI SAYA AKAN CARI 20 NAMA ANAK2 YANG BAKAL DAPAT DUIT RAYA... Ohya, setiap seorang pemenang, akan dapat duit raya RM5 seorang..

P/S : JIKA TAKNAK TERLEPAS, TANDA DI KALENDAR YER... TAK SAMPAI 24 JAM PUN GIVEAWAY NI...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pengumuman Mini Giveaway #36

Wah, tak sangka dah masuk Mini giveaway yang ke 36 yer... Ini bermakna dah 3 tahun saya anjurkan Mini giveaway... Tapi hadiah2 yang saya bagi, nilainya kalau diukur dari segi harga tu, tak la mahal... Tapi saya bagi ikhlas, saja seronok2... walaupun saya tak bekerja, tapi rezeki sedikit sebanyak yang saya dapat tu, happy jugak dapat berkongsi dengan u all & anak2 soleh solehah ni semua... Hari tu saya pergi beli hadiah buku untuk anak solehah Alisha... Bila dah sampai kedai tu gak, bukan setakat buku lah yang dibelinya... kalau boleh semua saya nak beli.. yang Alisha ni seronok sangatlah tengok ibu dia ambik tu ambik ni kan... yela, dah semua barang tu untuk dia & Aqilah... hehhe... Ohya, barang yang diambil tu semuanya bahan2 pembelajaran la yer...


Dalam saya duk pilih2 barang tu, saya terbekenan la pulak dekat PEMADAM yang ada huruf2 ABC ni haaa... Nampak kiut je... Alisha dah mintak suruh saya belikan, tapi saya cakap tak payahlah sebab dah banyak barang yang dibeli... Lagipun saya pikir, nanti sekejap je eraser ni duk kat rumah, lepas tu dah hilang entah ke mana... tapi sebab hati tu duk berkenan sesangat, last2 saya beli lah dua... tapi saya dah bagitahu dekat Alisha yang eraser ni untuk anak kawan ibu... Alisha ok je sebab dia dah biasa dengan beli barang "untuk anak kawan ibu"... 

So, saya nak umumkan dekat sini, MINI GIVEAWAY #36 ni akan dilancarkan pada 26/05/2015 (SELASA) DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA 12 TENGAH MALAM... Saya akan cari TIGA orang pemenang...  Sebab penaja IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 iaitu Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses bermurah hati nak bagi sepasang telekung untuk anak solehah berumur 8/9 tahun...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pengumuman IntaNBerliaN mega Giveaway 2015

Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah Tuhan berikan... Alhamdulillah jugak sebab saya masih diberi kesempatan untuk menganjurkan giveaway tahunan di blog saya iaitu IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015... Tahun ini giveaway tahunan ni lambat sikit dilancarkan... Biasanya dianjurkan pada bulan 2 tapi tahun ni pada bulan 4... Bukan apa, time bulan 2 tu masa saya terhad sikit... Sekarang ni baru ada kelapangan...


Untuk IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 kali ni, akan ada 25 orang pemenang... Penaja pun hanya ada 2 orang je tahun ni.. Mega Giveaway ni pun akan berlangsung selama 2 minggu je.... Lebih singkat dari tahun2 lepas... Pemenang macam biasa, akan buat cabutan secara manual oleh Alisha & Aqilah.. Cara untuk join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 ni macam tahun2 lepas jugak... JUST BUAT ENTRY & SUBMIT LINK DI BLOG SAYA... Tak payah nak follow ke like ke buat entry je... Gambar hadiah insyaAllah esok atau lusa baru saya publish yer.. 

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 akan dilancarkan pada 17/04/2015 hingga 30/04/2015... Semoga giveaway ini akan mendapat sambutan seperti tahun2 lepas... InsyaAllah..

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pengumuman Mini Giveaway #34


Mini Giveaway #34 ni untuk bulan 2 punya yer... hadiahnya adalah baju macam dalam gambar atas tu saiz 3T... 3T ni bukan 3 tahun tau... tapi saya tak pasti pulak baju ni untuk budak besar mana... lebih kurang besar Aqilah la kot... Saya sekarang memang suka bagi Afrina pakai baju takda lengan camgini... stail singlet... bukan apa, sekarang kan panas nya semacam je... ditambah pulak Afrina ni ekzema... memang pakai baju yang takda lengan or berlubang je... Tak kira siang malam, memang pakai baju stail gini..

MINI GIVEAWAY #34 ni akan dilancarkan pada 10/03/2015 (SELASA) DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA 12 TENGAH MALAM... Saya akan cari 2 orang pemenang... Satu undi akan dicabut oleh Alisha & satu undi lagi akan dicabut oleh Aqilah...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

Pengumuman Mini Giveaway #32

Baru ni kami keluar pergi beli botol air untuk Alisha bawak bekal pergi sekolah nanti... Bila dah nak bayar tu, boleh pulak mata ni terpandang buku mewarna frozen macam gambar bawah tu haaa... Saya pun apa lagi, teruslah ambik.. sekali my dear nampak & dia kerutkan kening sambil cakap nak buat apa beli... Saya pun apa lagi, takut kene berleter panjang, terus cakap, ni untuk GA @ giveaway... hahhah... Dari ada niat nak beli dekat anak2, terus tak jadi... kikikiii


Bukan apa u all... my dear tak bagi sebab dah tahu dekat rumah saya ni dah banyak buku mewarna & dah berkotak pensil warna... Nak buat apa lagi kan... Fitrah mata saya ni haaa... pantang nampak, nak beli ajer kojenya.... Tapi takpala, tak dapat beli untuk anak sendiri, beli untuk anak u all... anggap je la macam bagi dekat anak sendiri jugak... anak2 orang lain happy, kita pun happy sama.. (",)


Benda alah ni dia bagi buku & krayon... Krayon tu ada 6 batang je...


Buku tu pulak ada 72 muka surat... Yang muka sura awal2 ni je untuk mewarna... yang lain tu untuk tulis nota.... Untuk Mini Giveaway #32 ni, saya mencari 3 orang anak solehah or soleh untuk dapat hadiah ni...

Mini Giveaway #32 akan dilancarkan pada 17/12/2014 (RABU) dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam... Semua boleh join yer... tak kira blogger or tak..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pengumuman Mini Giveaway #31


Untuk Mini Giveaway #31 ni, saya nak bagi hadiah kotak pensil... Sekarang ni bila keluar shopping, dorang dah start buat ruangan barang2 sekolah... Anak baru nak masuk tadika umur 5 tahun, tapi si ibu ni dah terlebih excited plak... tak beli apa pun lagi, just usha2 je dulu... Budak2 masuk sekolah bulan 1 kan?... Tadika dekat area sini pun kami tak survey lagi... tapi dengar2 orang cerita dalam taman ni ada tadika kemas, tapi tak tahulah dekat mana... nanti baru usha... kalau boleh memang nak tadika yang dalam taman ni je... senang nak ambik nak hantar..


Selain dari kotak pensil, saya jugak nak bagi satu hadiah SECRET LAXING untuk ibu2... Actually SECRET LAXING ni saya dapat ketika saya buat entry berbayar hari tu... Dapat 2 botol, sebotol nak bagi dekat biras saya & sebotol lagi takda orang... so, bagi dekat u all je la... Untuk Mini Giveaway #31 ni akan ada 2 cabutan..

CABUTAN PERTAMA = KOTAK PENSIL ANAK

CABUTAN KEDUA = SECRET LAXING IBU

Mini Giveaway #31 akan dilancarkan pada 25/11/2014 (SELASA) dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam... Semua boleh join yer... tak kira blogger or tak..

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pengumuman Mini Giveaway #28 & #29


Untuk Mini Giveaway #28 & Mini Giveaway #29 ni saya gabungkan terus la yer... tak sempat nak buat bulan lepas... Hadiahnya dari bulan lepas lagi dah beli.. Beli buku Alisha & Aqilah, teruslah saya beli untuk anak2 bertuah dalam Mini giveaway ni sekali..

Untuk Mini Giveaway #28 = Hadiahnya adalah MARI MENULIS JAWI

manakala

Untuk Mini Giveaway #29 = Hadiahnya BABY'S BIG BOOK

Mini Giveaway #28 & Mini Giveaway #29 akan dilancarkan pada 17/09/2014 (RABU) dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam... Semua boleh join yer... tak kira blogger or tak..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pengumuman Mini Giveaway #27

Seperti yang saya janjikan, untuk Mini Giveaway #27 ni, saya akan bagi duit raya untuk anak2.. Tapi takdalah banyak tau u all... sama je macam sebelum2 ni, RM5 seorang.. Harap anak2 akan gembira dapat duit raya.. Gembira anak2 gembiralah kita... insyaAllah...

Untuk Mini Giveaway #27 ni, SEMUA ORANG BOLEH JOIN.... TAK KIRA DAH KAHWIN KE BELUM.. TAK KIRA ADA BLOG KE TAKDA.... TAPI IANYA HANYA UNTUK ANAK2 YANG BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH SAHAJA... DENGAN KATA LAIN, KANAK2 YANG BELUM LAGI MASUK SEKOLAH MENENGAH LA YER... BAGI YANG ADA ANAK, NANTI BOLEH SENARAIKAN SEMUA NAMA ANAK YANG BERUSIA 12 TAHUN KE BAWAH... MANAKALA YANG BELUM KAHWIN HANYA BOLEH BAGI SATU SAHAJA NAMA ANAK SAUDARA SENDIRI... KALAU YANG BERSTATUS NENEK PULAK, HANYA BOLEH BAGI SATU SAHAJA NAMA CUCU SENDIRI...

Mini Giveaway #27 AKAN DILANCARKAN PADA HARI JUMAAT @ ESOK @ 18/07/2014 DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM HARI AHAD @ 20/07/2014... Kali ni buat lama sikit sebab saya malas nak update blog hari Sabtu... nak lancarkan minggu depan takut tak sempat sebab nanti dah nak balik kampung... KALI INI SAYA AKAN CARI 20 NAMA ANAK2 YANG BAKAL DAPAT DUIT RAYA... Alhamdulillah... tahun ni saya ada rezeki lebih sikit... tu yang jumlah anak2 yang bakal dapat duit raya, saya ramaikan dari jumlah yang tahun2 lepas.... 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Pengumuman Mini Giveaway #24


Mini Giveaway #24 sepatutnya buat akhir bulan 4, tapi tak sempat nak pergi beli hadiah la u all... so, awal bulan 5 la saya lancarkan.. (",)... Hari rabu malam baru ni kami keluar, sekali saya terpandang jersey bola ni haa... Saya pun terus rembat sehelai.. Selama ni kebanyakannnya hadiah yang saya bagi lebih kepada anak perempuan, ni kebetulan jumpa jersey bola.. elok sangatlah saya bagi hadiah untuk anak lelaki pulak... Ambik berkat, mana nak tahu kot2 dengan izin Tuhan, anak ketiga saya ni lahir nanti lelaki... InsyaAllah.. Doa2kan yer (^_^)

Saya ni hanya peminat bola 4 tahun sekali je tau... hahah... Asal piala dunia je saya berialah sikit tengok bolanya.. pasukan pilihan saya Brazil.. Tu yang saya beli jersey Brazil... (",) Pasal saiz pulak, saya tak pasti jersey ni untuk budak besar mana... lebih kurang besar Alisha kot.. Mini Giveaway #24 ni, macam biasa, semua boleh join samada ada anak or tak, anak lelaki ke anak perempuan ke, tak kisah, dah kawen ke belum ke... boleh je join... kalau menang boleh je bagi hadiah tu dekat anak2 lain yang muat.. bagi dekat anak saudara ke sapa2 ke.. semua boleh... Itu rezeki mereka lah kan... (",)  

Mini Giveaway #24 ni saya akan lancarkan pada 05/05/2014 (Isnin) dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Pengumuman Mini Giveaway #23

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk buat MINI GIVEAWAY... Sebelum tu, saya nak bagitahu, MULAI MINI GIVEAWAY #23, HADIAH YANG SAYA TAWARKAN SEMUANYA BERKAITAN DENGAN ANAK2 JE YER... Opsttt jangan salah paham, u all yang belum kahwin or belum dikurniakan anak pun boleh jugak join.. mana tahu jadi rezeki u all, boleh jugak bagi hadiah tu dekat anak2 sedara ke kan... Tapi jika saya ada rezeki lebih, InsyaAllah saya akan bagi jugak hadiah untuk kita yang besar2 ni, tapi sebagai hadiah sampingan je la, untuk anak2 tu adalah menjadi keutamaan... contohnya camni, jika bulan depan saya ada rezeki lebih, so, saya beli sesuatu untuk kita yang besar ni.. kiranya untuk bulan depan, akan ada 2 cabutanla, satu cabutan untuk anak & satu cabutan untuk kita yang dah besar ni... Saya saja nak buat pembaharuan ni... entahla kenapa.. tapi saya rasa kalau anak2 dapat hadiah, kegembiraan mereka melebihi dari kegembiraan kita dapat hadiah... saya suka tengok anak2 gembira.. seperti mana anak2 saya gembira dapat hadiah walaupun sekadar hadiah yang hanya beberapa hengget tapi kegembiraan anak2 saya tunjukkan tu dah gaya macam saya bagi hadiah yang beratus harganya.. terharu saya melihat keikhlasan mereka menerima hadiah.. InsyaAllah, jika anak2 ahli syurga saya ni gembira, pasti anak2 ahli syurga u all jugak gembira... (",)


Semalam kami ke TESCO, alaa TESCO kan port favorite kami..hihii.. Niat di hati saya nak beli baju untuk buat HADIAH MINI GIVEAWAY #23.. Bila dah sampai area baju, saya belilah 3 helai, 2 helai untuk anak 2 solehah saya ni & sehelai untuk dijadikan hadiah MINI GIVEAWAY #23.. 


Ini gambar baju yang untuk dijadikan hadiah MINI GIVEAWAY #23... Baju T-shirt saiz 6T.. Ohya, 6T ni bukan untuk anak2 umur 6 tahun yer tapi itu hanya sekadar saiz... Baju ni rasanya lebih sesuai untuk anak perempuan sebab baju ni, bukan jenis T-shirt lurus tu tapi di pertengahan jalan ada bengkok sikit.. Untuk Alisha yang berumur 3 tahun lebih, baju ni tak muat tau.. eh, bukan tak muat tapi ngam2 je, maklumlah, dah dia pun dah makin membolatkan.. Mini Giveaway #23 ni nanti, siapa2 pun boleh join, tak kira u all blogger or tak.. u all ada anak or tak.. anak u all lelaki ke perempuan ke, semua tu saya tak kisah.. seperti yang saya bagitahu awal tadi, jika u all menang, baju ni boleh je u all hadiahkan dekat anak2 saudara u all.. InsyaAllah (",)


Ni pulak gambar Alisha & Aqilah menggayakan baju baru dia.. tak basuh lagi tau ni u all.. Aqilah boleh pergi ambik dari dalam bakul baju kotor, suruh bagi pakai.. Dah bagi pakai, bukan main seronok.. bukan main teruja.. tu yang saya terus ubah pikiran, lepas ni semua hadiah Mini Giveaway akan diberi kepada anak2.. InsyaAllah... 

MINI GIVEAWAY #23 AKAN BERLANGSUNG PADA 31/03/2014 DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM HARI YANG SAMA...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 bakal menjelma..!!!


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Saya masih diberi kesempatan untuk menganjurkan Giveaway Tahunan.. Ini adalah tahun ketiga Mega Giveaway diadakan.. Tak sangka pejam celik pejam celik dah tiga tahun rupanya saya bergelar seorang BLOGGER... Pada 03/02/2014 nanti genaplah usia blog saya ni 3 tahun... Memang setiap kali bulan kelahiran blog IntaNBerliaN @ bulan kelahiran owner blog IntaNBerliaN saya akan lancarkan Mega Giveaway... Mega Giveaway diadakan setiap tahun sebagai tanda kasih sayang saya dekat u all... Kalau Mini Giveaway yang diadakan setiap bulan, hadiahnya adalah dari saya sendiri tapi untuk Mega Giveaway, hadiahnya adalah dari penaja2 @ "orang bisnes" yang saya sendiri contact mereka secara personal.. Saya cari sponsor dari kalangan "orang bisnes" sekurang2nya saya dapat jugak membantu mereka promote barang jualan... (",)

Untuk IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014, insyaAllah akan ada 45 orang pemenang.. Macam biasa, pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah yang akan dilakukan oleh anak solehah saya si Alisha tu haaa... dah 3 tahun, ni lah kerja anak saya tiap2 bulan.. cabut undi.. hahahha.. Hadiah untuk pemenang IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 mestilah best2... tapi hanya ada 3 jenis hadiah je.. paling mahal, ada 3 hadiah yang berharga RM299 setiap satu.. tapi tu harga sebelum offer.. harga selepas offer RM224... tetap dalam lingkungan 200 lebih tau u all.. Nak tahu apa dia, tunggu entry senarai hadiah yang akan saya publish nanti yer... (",)

Cara nak join macam biasa... saya kan jenis suka yang mudah.. so, untuk IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 ni pun, syarat2 dia pastilah mudah.. sama macam tahun lepas jugak... NO FOLLOW, NO LIKE.. JUST BUAT ENTRY SAHAJA LEPAS TU SUBMIT KEPADA SAYA..!!! Sangat mudahkan... walaupun mudah tapi hadiah tetap meletooopppppppppppp.... IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 akan dilancarkan pada 03 Februari 2014 hingga 16 Februari 2014... Kalau 2 tahun berturut2 sebelum ni saya lancarkan selama sebulan tapi untuk tahun ni hanya 2 minggu sahaja.. So, kalau sayang2 saya ni terbaca entry IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 saya tu nanti, tak payah nak bookmark2 bagai... terus je buat entry & submit link dekat saya tau... Kalau u all bookmark tapi terlupa nak join, tengok2 dah terlepas tarikh, time tu jangan menyesal.. hihi

Saya harap IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 ni akan dapat sambutan seperti tahun2 lepas.. Kalau tahun 2012 seramai 175 orang peserta, tahun 2013 seramai 407 orang peserta yang join.. tapi tahun2 tersebut, IntaNBerliaN Mega Giveaway dilancarkan selama sebulan.. Untuk tahun ni hanya berlangsung 2 minggu sahaja.. Adakah masih ramai peserta yang join??.. Kita tunggu & lihat... Apa2 pun moga IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 akan berjalan dengan lancar... InsyaAllah... (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Jumaat ni cuti Thaipusam ek?

Kat Mini Giveaway #22 tu saya tulis tarikh umum pemenang hari Jumaat ni.. Tapi rupa2nya Jumaat ni CUTI THAIPUSAM ek.. Alaaa ni la cerita orang bergelar suri rumah.. selalu ada masalah dengan tarikh cuti.. hahahaaa... Takpa, saya bagi kelonggaran bagi pemenang Mini Giveaway #22 nanti untuk serah diri hingga hari Isnin minggu depan pukul 12 tengah malam, kalau takda jugak, hari Selasa saya umum pemenang yang baru... Eh, ke hari Isnin pun u all Public Holiday jugak ni...


Pengumuman Mini Giveaway #22

Untuk bulan Januari 2014 ni, saya nak buat MINI GIVEAWAY awal sikit.. pertengahan bulan dah nak buat... tak boleh buat akhir bulan sebab saya dah start busy sekarang ni... Alaaa kalau u all pembaca setia blog saya, pasti u all tahu apa yang buat saya busy kan.. Ianya akan berlaku tiap2 tahun.... Ingat tak apa ni?.. Bulan depan kan bulan February.. Kalau lupa, pergi godek apa yang berlaku di blog saya setiap tahun di bulan Februari... (",)

Hadiah untuk MINI GIVEAWAY #22 adalah MAIXARA C-SENTIAL... Actually ni saya punya... mak saya bagi dekat saya tahun lepas.. bagi 2 kotak tapi lagi sekotak tak guna.. 
Memang belum guna lagi.. siap kotak masih berbalut plastik lagi haaa... Harga asal RM125.. Expired pun lambat lagi.. tahun depan bulan 4... So, jika u all nak join... saya kan buat MINI GIVEAWAY #22 ni pada hari Rabu.. Eh, esok cuti kan.. Rabu u all kerja kan? So, saya akan lancarkan pada hari RABU @ 15/01/2014 DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA 12 TENGAH MALAM...
P/s : Alhamdulillah syukur kepada Tuhan sebab masih mampu berkongsi rezeki dengan u all.. tak sangka dah sampai Mini Giveaway ke 21...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Pengumuman Mini Giveaway #21


Saya beli VEGETABLE CHIPS ni dekat Cosway... Beli sebab teruja tengok sayur dijadikan snek.. So, saya beli yang jenis sayur sepeket, buah sepeket... Bila dah bayar, teringat plak dekat u all nak bagi u all rasa jugak.. So saya g la beli lagi satu extra... nanti saya buat story @ review pasal ni yer... Malas nak letak watermark lagi dekat gambar2 lain.. hihii

Dekat entry ni, saya nak umumkan pasal pelancaran Mini Giveaway #21 yang akan lancarkan esok @ 24/12/2013 dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam... Hanya seorang pemenang yang saya cari... Kalau ada antara u all yang teringin nak rasa vegetable chips ni, bolehlah join Mini Giveaway #21 ni esok (",) 
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Pengumuman Mini Giveaway #20

Untuk Mini Giveaway #20 ni, saya nak bagi hadiah EAU DE PARFUM SPRAY 1.5ML - DKNY... Actually ianya saya dapat sebagai gift masa saya beli perfuma DKNY yang botol bentuk apple warna hijau tu...


Perfume ni saiz dia kecik je.. sesuai untuk letak dalam handbag...


Saya nak buat sebagai hadiah Mini Giveaway #20 sebab saya tak guna sangat perfume ni.. so, rasa macam rugi je terbiar camgitu.. Bau dia sangat wangi..!!.. Guna sikit je tak payah banyak2.. wangi & tahan lama...


TAPI PERFUME NI SAYA DAH GUNA TAU... Isi kandungan asal 1.5ML tapi anggaran yang dah saya guna 0.5ML, so, baki lebih kurang lagi 1ML... Jika u all tak kisah dengan isi kandungannya hanya sikit + saya dah pernah guna.. u all boleh join Mini Giveaway #20 yang saya akan lancarkan pada hari Isnin minggu depan @ 25/11/2013 dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Pengumuman Mini Giveaway #18


Seperti yang saya cakap bulan lepas, bulan ni akan ada 2 MINI GIVEAWAY kan.. 1 awal bulan, 1 akhir bulan.. ganti yang bulan 8 punya... So, saya nak buat pengumuman MINI GIVEAWAY #18, saya akan anjurkan esok @ 07/10/2013 dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam... Hadiah seperti gambar dekat atas.. BUKU PESANAN UNTUK PARA IBU BAPA MENANGANI MASALAH ANAK NAKAL...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Pengumuman Mini Giveaway #15


Hari ni DAH 27hb... dah lewat buat MINI GIVEAWAY bulan ni... Nak wat camne... masalah datang tanpa diduga... So, dekat sini saya nak buat pengumuman yang MINI GIVEAWAY #15 AKAN BERLANGSUNG PADA 01/07/2013 @ ISNIN MINGGU DEPAN, DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA 12 TENGAH MALAM... HADIAHNYA KERONGSANG MACAM DALAM GAMBAR TU YER (",)


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Pengumuman Mini Giveaway #13


Mini Giveaway #13 saya akan lancarkan pada hari ISNIN MINGGU DEPAN @ 29/04/2013.. Hadiahnya shawl seperti dalam gambar tu yer... Macam biasa, ianya akan berlangsung sehari je.. dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam.. so, tunggu Isnin nanti yer.. (",)

P/s : Sebelum u all tanya, baik saya gtau awai2... gambar diambik sebelum kamera rosak

Pengumuman Mini Giveaway #12

Alhamdulillah dah settle IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013.. Semua pemenang dah bagi alamat... (",) So, kita kembali kepada Mini Giveaway... 


Hadiah untuk Mini Giveaway #12 adalah TUDUNG AIDIJUMA 2 TONE.. Warna merah... My Favorite Colour.. (^_^).. Tudung ni saya dah beli lama.. memang niat untuk jadikan hadiah Mini Giveaway.. Saya akan lancarkan MINI GIVEAWAY #12 pada 26/03/2013 @ SELASA DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA 12 MALAM... Dengan kata lain, esok la tu.. (",)


Pengumuman pemenang IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 yang baru.. ada 2 orang...

Kalau tak silap saya, ni dah cabutan ke 4 kot... Tak nak tulis panjang2.. Terus nak umum pemenang (^_^)

THALIA COTTON LOVERS PEPLUM DRESS dari penaja House Of Pines 


RINDU FEMININE WASH dari penaja A Concept Nature 


Pada pemenang, sila hantar alamat, nama & no handphone ke emel zarina_naniey@yahoo.com.my. ",) 

Buat tajuk emel u all tu, IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013
Dalam emel tu, tulis jugak link entry u all + apa hadiah yang u all menang.. 

Saya bagi tempoh hingga hari Jumaat pukul 12 tengahari

Update : Saya tak dapat nak inform ummihanie sebab tak reti nak komen la plak, komen camgitu.. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright Reserved to IntaNBerliaN l Designed by DayangDeno