Pengumuman Mini Giveaway #44 & #45

Bulan 1 yang lepas saya tak sempat buat Mini Giveaway, maka bulan 2 ni, saya gabung teruslah sekali dengan bulan 1... Ini giveaway pertama untuk tahun 2016.. Alhamdulillah jugak dah hampir 4 tahun saya anjurkan mini giveaway bulanan di blog saya ni... Mini Giveaway ni saya buat khas untuk anak2 syurga.. Hadiah yang saya bagi takla mahal tapi saya sangat seronok bagi hadiah dekat anak2 syurga... Anak2 syurga ni sangat menghargai pemberian kita tanpa memikirkan berapa harga barang tersebut... Mereka bila suka dengan hadiah pemberian kita, seminggu berlalu pun masih lagi ucap terima kasih.. AllahuAkbar... mulianya hati anak2 syurga ni...

Saya beli hadiah untuk mini giveaway ni ketika saya beli barang untuk anak2 saya... Boleh dikatakan setiap bulan saya beli barang untuk anak2 saya... Tapi bukanlah barang merapu2 tu.. Barang untuk HOMESCHOOL anak2 saya... Saya suka mengajar anak2 saya sambil bermain... Aktiviti mereka sentiasa bertukar tiap2 bulan.. Habis je aktiviti ni, saya akan beli aktiviti nun... Macam mewarna ni, biasanya aktiviti BEBAS untuk mereka.. Satu peel saya, anak saya reti guna atau tak, saya tetap beli jugak... Sebagai contoh, saya beli dekat anak solehah Alisha buku mewarna sebab Alisha suka mewarna dalam masa yang sama, saya tetap jugak beli buku mewarna untuk anak solehah Aqilah sekalipun dia tak pandai mewarna... Hasilnya?? Sekarang ni Aqilah pun dah pandai mewarna tidak keluar garisan... Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan dekat u all???


Untuk Mini Giveaway 44 & Mini Giveaway 45 ni, saya akan bagi hadiah DIY WARNA GUNA PASIR dengan MAGNET..


DIY WARNA GUNA PASIR ni sebenarnya saya nak beli dekat anak2 saya ni tau.. tapi bila mereka sampai dekat kedai, jadi rambang bijik mata pulak dah.. Last2 dia beli yang lain... Makanya untuk memuaskan hati sendiri, saya belilah untuk buat Mini Giveaway dengan beli untuk anak2 buah saya... Bila tengok sepupu mereka pun ada, dan2 anak2 saya request lepas ni mereka nak yang ni pulak... 


Magnet ni kalau u all yang HOMESCHOOL anak2 u all, pasti u all 'nampak' apa fungsi magnet ni...


Ini antara contoh yang saya guna magnet untuk mengajar anak solehah saya dekat rumah... Kiranya macam memancingla... saya letak suku kata tu di lantai & saya suruh anak saya memancing suku kata yang saya sebut.. Mereka dapat memancing dengan betul, u all bagilah hadiah... Alaa hadiah ciuman je pun u all.. Itu pun mereka dah rasa seronok yang amat..!! rasa diri mereka dihargai & disayangi... Mudah kan untuk menarik minat anak belajar?? 

Untuk Mini Giveaway 44, hadiahnya adalah DIY WARNA PASIR untuk 2 pemenang manakala Mini Giveaway 45, hadiahnya MAGNET untuk 2 pemenang... MINI GIVEAWAY 44 & 45 AKAN DILANCARKAN PADA 17/02/2016 PUKUL 8 PAGI SEHINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

4 comments.. read them below or add one

Mrs Velentine Mrs Velentine February 16, 2016
insyallah harap tak lupa join
Izyan Yan Cinnamon Izyan Yan Cinnamon February 16, 2016
nak joinnn..yang mng buku mewana sblm ni pon ank2 buah saya suka sangat hehe
mila mila February 16, 2016
arap x terlupa hihi