Pengumuman Mini Giveaway #46 & #47

Mini giveaway #46 & #47 ni adalah untuk bulan 3 & 4 punya giveaway... hari Jumaat baru ni saya ajak my dear keluar pergi beli barang untuk homeschool anak2 saya ni... Alang2 tu saya terus beli untuk buat Mini giveaway jugak... Oh tapi hadiah kali ni untuk u all guna sebagai bahan pembelajaran anak2 u all... hadiahnya tak seberapa tapi saya harap ianya dapat membantu u all.. Mana nak tahu asbab dari hadiah kecik ni buat u all menjadi seorang ibu yang bersemangat untuk homeschool anak2... Ajar anak2 u all di rumah tanpa mengharapkan cikgu seratus peratus di sekolah..


Hadiahnya adalah batang aiskrim yang colourful & batang mancis colourful kot nama dia... kegunaan kedua2 barang ni banyak tau u all.. Antaranya adalah u all boleh ajar anak u all berkaitan warna.. lepas tu u all boleh suruh anak u all asingkan setiap warna tersebut, kuning letak dalam bekas kuning, merah dalam bekas merah dan lain2... Selain tu jugak u all boleh guna untuk ajar anak u all mengira, ajar matematik tambah tolak... Untuk motor halus ni pun bagus tau u all... Antaranya u all boleh suruh anak2 u all cucuk2 batang mancis tu dekat polisterin, ini antara aktiviti motor halus la ni... Eh, banyak lagilah aktiviti yang u all boleh buat dengan 2 barang ni.. U all cuma perlu kreatifkan diri sahaja...

Untuk Mini Giveaway #46, hadiahnya adalah BATANG AISKRIM untuk 2 pemenang manakala Mini Giveaway #47, hadiahnya adalah BATANG MANCIS untuk 2 orang pemenang... MINI GIVEAWAY #46 & #47 AKAN DILANCARKAN PADA 26/04/2016 PUKUL 8 PAGI SEHINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 8 comments.. read them below or add one }

mila mila April 25, 2016
arap x ketinggalan
syawalsimpsons syawalsimpsons April 25, 2016
lama tak up entry sekarang ni...kena join jugak la...
Aryan azra Aryan azra April 25, 2016
menarik hadiahnya tu, mesti anak2 suka
Puan Kutu Puan Kutu April 25, 2016
Comel hadiahnya.Insyaallah klu smpt sy join