Pengumuman Mini Giveaway 41, 42 & 43

Last saya buat Mini Giveaway awal bulan 10, itu pun untuk giveaway bulan 9 punya... Sekarang ni dah bulan 12, nampak tak, dah 2 bulan saya tertangguh buat Mini giveaway... Kali ni saya nak buat 3 giveaway sekaligus... Nak selesai hutang Mini giveaway 41 (bulan 10), Mini giveaway 42 (bulan 11) & Mini giveaway 43 (bulan 12)... Hari Sabtu baru ni, kami keluar pergi DIY... U all tahu je la, bila dah masuk DIY tu gak, dah macam kena "rasuk" la.. itu nak ini nak... bukan setakat ibu yang kene "rasuk", anak pun 2 x 5 jugak... abahnya je yang tak kene "rasuk"... duduk atas kerusi luar kedai DIY.. Oh, sendiri beli, sendiri bayar yer... kikikiii


Apa yang anak saya nak, itulah jugak yang saya beli dekat anak2 syurga u all... kalau ikut kehendak anak saya, banyakkkkk lagi yang mereka nak... kalau boleh dengan kedai DIY tu mereka nak angkut balik rumah sekali.. hahahha... Alisha punya alasan tu yang paling tak boleh tahan, "Ibu, kawan kakak ada ni... kakak takda pun ibu"... "ibu, kakak nak yang ni, dekat rumah kita takda pun lagi benda ni ibu"... Bila saya tak bagi beli, Alisha cakap "Ibu niiiiii... itu tak boleh, ini tak boleh" (nada manja ala2 merengek)... Anak anak... ginilah gayanya bila dah pandai memilih @ meminta... tapi Alhamdulillah anak2 solehah saya ni jenis memahami... takda nak memberontak ke apa... 


Untuk Mini Giveaway 41, hadiahnya adalah COLOURING MURALS untuk 2 pemenang, Mini Giveaway 42, hadiahnya BUKU ABC untuk 2 pemenang manakala Mini Giveaway 43, hadiahnya STICKER untuk 2 pemenang... Aktiviti guna sticker ni pun bagus tau... aktiviti ni salah satu aktiviti untuk kemahiran motor halus... MINI GIVEAWAY 41, 42 & 43 AKAN DILANCARKAN PADA 03/12/2015 PUKUL 7 PAGI SEHINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

{ 10 comments.. read them below or add one }

nor nazliana nor nazliana December 02, 2015
boleh tahan juga hadiahnyer..hihii insya allah join nnt
Sheila Adziz Sheila Adziz December 02, 2015
erm... menarik ni tuk anak-anak...:)
Diana Rashid Diana Rashid December 02, 2015
selalu terlepas nak join..
Anita Osman Anita Osman December 02, 2015
Asalamuaikum ina...lama tak singgah sini....nak cuba nasib..nak join gak lah....