Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Free Diapers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Free Diapers. Papar semua catatan

Aqilah memuji diri sendiri


Ini si muka budak cerdik... Tadi saya cakap 'Aqilah, bukak seluar pergi kencing".. Dia pun bukak seluar & menuju ke arah tandas.. Lepas tu saya cakap lagi "Nak kencing duduk".. maksud saya mencangkung... Aqilah pun masuk tandas & mencangkung.. Bila dia dah siap kencing, terus dia berdiri sambil tunjuk air kencing dia dekat saya & tepuk tangan.. Hahhahahha... nampak tak gaya orang excited.. kononnya dia dah pandai la tu.. Ikut segala arahan ibu dia.. (^_^)

Alhamdulillah makin seronok mengajar Aqilah free diapers.. semakin senang walaupun ianya tak semudah ketika mengajar Alisha.. Tapi takpa, tak boleh bandingkan dengan Alisha kerana Alisha free diapers ketika usia 2 tahun berbanding Aqilah start belajar free diapers ketika usia setahun 5 bulan..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Perkembangan terkini Anak solehah Aqilah pasal FREE DIAPERS

Pasal perkembangan FREE DIAPERS Aqilah ni kene update cepat2.. kang kalu tangguh berhari2 lagi, nanti saya lupa.. Dah la makin kertu ni makin pelupa... makin ramai anak, makin banyak urat2 putus... hihii

Nak cite pasal anak solehah Aqilah ni... Alhamdulillah Aqilah makin paham sekarang... Kalau sebelum ni, saya bagitahu dia "Aqilah kalau nak kencing, bagitahu ibu".. Tapi sekarang saya tukar ayat sikit "Aqilah kalau nak kencing bukak seluar"... Tadi, ketika saya di ruang tamu, Alisha & Aqilah dalam bilik, tiba2 saya dengar pintu tandas dalam bilik dibuka.. terus saya panggil Alisha suruh keluar.. pastu Alisha cakap "Ibu, Aqilah nak kencing"... Saya cepat2 masuk bilik.. Sekali tengok, Ya Allah Ya Tuhanku... terharu saya tengok situasi tu.. Time saya tengok tu, Aqilah memang tengah ada dalam tandas, tengah buang air kecil pun.. elok je gaya dia mencangkung... Ya Allah.. rasa nak peluk cium kuat2 Aqilah time ni.. Alahaiiiii... Yang si kakak tu pun baik je, tolong adik bukak pintu tandas... Kamu berdua ni memang anak yang baik & pandai sayang... TERIMA KASIH Alisha sebab jadi kakak yang baik & TERIMA KASIH jugak Aqilah sebab sentiasa berusaha untuk membuktikan dekat ibu yang Aqilah semakin bijak.. semakin layak untuk bergelar kakak... (^_^)
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Finally saya terleka juga

Hari ni dah hari ke 5 Aqilah FREE DIAPERS... Harini ada 1 cite, akhirnya saya terleka jugak bab poo poo Aqilah...!! Aqilah dah buyak kat tepi meja.. Actually tadi selepas saya bagi Aqilah buang air kecil, kami  keluarla dekat ruang tamu kan... Time tu Alisha tengah duduk atas basikal, my dear tengah main hp, saya tengah mengadap komputer... Nampak tak, semua orang tengah ralik masa ni...

Tiba2 Aqilah datang dekat saya sambil tunjuk seluar yang dia pakai sambil keluarkan suara macam orang takut.. My dear cakap "Aqilah berak ke?".. Terus saya terpandang najis dekat kaki Aqilah... rupa2nya Aqilah dah terbuyak, najis terjatuh dari seluar ke atas lantai.. So, Aqilah rasa macam takutlah sebab tiba2 dia rasa ada sesuatu dalam seluar dia... hahhah.. Time ni sempat lagi saya & my dear gelak...

Saya pun cepat2 bersihkan Aqilah, bagi mandi bagai.. pastu "kurung" Aqilah dalam bilik dengan my dear & Alisha sementara saya bersihkan tempat buyak Aqilah tu... Bila dah siap semua, saya jenguk Aqilah dalam bilik.. Aqilah dah selamat dipakaikan pampers oleh Abah dia... Nampaknya Aqilah sampai pukul 2 petang je la tanpa pampers hari ni.. takpala, dah my dear yang siapkan Aqilah. kalau saya yang siapkan, saya bagi pakai seluar je.. Esok sambung semula free diapers yer Aqilah.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Cabaran mengajar anak FREE DIAPERS or POTTY TRAIN

Sebelum ni saya dah bagitahu u all yang Aqilah dah start belajar FREE DIAPERS DI SIANG HARI kan... Masuk hari ni baru hari ke 4... Alhamdulillah, bagi saya tak susah sangatlah nak FREE DIAPERS or POTTY TRAIN Aqilah ni sebabnya saya ajar Aqilah pun dalam keadaan enjoy... Walau hakikatnya, banyak kali jugak anak dara solehah saya ni terkucil.. Tapi takpa, itu semua tak pernah buat saya untuk menyerah kalah kerana saya tahu, UNTUK BERJAYA KITA JANGAN MUDAH MENGAKU KALAH..!! 

Untuk pengetahuan, di usia Aqilah SETAHUN 5 BULAN, dia dah start tak nak pakai pampers.. Memang mempunyai cabaran mengajar anak free diapers di usia begini... Yela, Aqilah MASIH BELUM PANDAI CAKAP & BELUM PANDAI BAGITAHU YANG DIA NAK MASUK TANDAS... Masa saya ajar Alisha free diapers, time tu umur Alisha dah 2 tahun, time tu jugak ALISHA BELUM PANDAI CAKAP TAPI DAH PANDAI BAGITAHU NAK MASUK TANDAS... Tapi takpa, TAK PANDAI CAKAP OR TAK PANDAI BAGITAHU UNTUK MASUK TANDAS, itu bukan halangan untuk saya terus ajar Aqilah free diapers.. kan saya dah banyak kali cakap bahawa anak2 kita ni, bukan tak pandai sesuatu perkara tapi dah kita tak ajar.. tu yang kita duk cakap anak kita tak tahu tu... cuba kalau kita ajar.. InsyaAllah, anak kita pasti tahu or pandai.. Anak2 ni kan dia cepat belajar & cepat paham... Cuma kita ni je samada rajin or malas nak mengajar... tapi untuk anak kita.. takkan kita nak biarkan sifat malas tu terus merajai diri kita kan sayang sayang... (^_^)

Mengajar anak free diapers ni jugak, kita kena ajar dalam keadaan happy2 tau..takleh marah2.. bukan pe, takut kalau sifat marah kita ada time tu, kang tak pasal2 anak kita kena.. yela, tak mustahil time ni anak kita akan terkucil di situ terberak di sini... Macam Aqilah, dah beberapa kali terkucil tau.. Itu pun sebab saya terleka sekejap untuk bawak dia ke tandas.. Ohya, selain tu jugak, kita kene tengok anak kita tu minum air banyak or sikit dari biasa... kalau banyak, maksudnya kerapla u all kena bawak ke tandas tau... Macam saya ni, saya terlupa yang Aqilah banyak minum air, tu yang sampai terkucil... kira saya dah salah agak pasal time Aqilah sepatutnya ke tandas...

Perkembangan terkini Aqilah pasal free diapers, saya dah nampak Aqilah dah mula memahami apa maksud kencing... Sebabnya macam ni, tadi Aqilah terkucil.. lepas tu time saya bawak dia pergi tandas, saya cakapla "Siapa yang kencing dalam seluar tadi".. Lepas tu Aqilah terus tunjuk dengan jari telunjuk ke arah diri dia sendiri... Lagi satu pulak, bila saya nak bawak dia pergi tandas untuk buang air kecil, saya bukak seluar dia & cakap "Aqilah pergi kencing dalam tandas".. Lepas tu terkedek2la anak saya ni masuk tandas & terus mencangkung... Alahaiiiiii nampak tak u all... Aqilah dah mula paham kan maksud kencing tu u all... Sekarang ni target saya nak bagi Aqilah pandai inform saya bila dia rasa nak buang air kecil or air besar...

Ohya, pasal buang air besar pulak, Alhamdulillah setakat ni saya masih lagi belum terleka bab ni.. saya masih dapat detect time bila anak solehah saya tu nak membuang air besar... so, bila nampak je dia tengah buat muka berkerut gaya nak meneran, cepat2 saya bawak dia pergi masuk tndas...

Dah panjang dah saya karang ni haaa... Nanti2 saya upate lagi pasal free diapers Aqilah ni yer... Mana tahu ianya boleh jadi panduan jugak untuk u all next time free diapers anak di usia Aqilah.. Tapi kalau ada yang nak tahu tips or cara saya free diapers Alisha di usia 2 tahun, klik link di bawah tu yer... Btw, kalau ada antara u all nak tanya or nak berkongsi pendapat or apa2 je, bolehlah tinggalkan komen yer.. (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Perkembangan FREE DIAPERS or POTTY TRAIN Aqilah di hari pertama

Hari ni hari pertama, kehidupan Aqilah tanpa pampers di siang hari. Saya tak pasti waktu sebenar Aqilah start tak pakai pampers tadi.. tapi agakkan saya maybe pukul 10 lebih kot, sori ye jika saya salah gtau time yang betoi. Cara permulaan saya train Aqilah dengan bawak Aqilah masuk tandas 30 minit sekali.. Walaupun camtu, bukannya setiap kali bawak ke tandas tu dia kencing tau.. duk main air adalah... lagi dia seronok boleh kerap main air.. hihi.. So, lepas ni saya akan up kan sejam sekali baru bawak pergi tandas. Btw, untuk permulaan, saya bawak Aqilah pergi tandas setengah jam sekali sebab saya nak cari "rentak" untuk pastikan berapa lama sekali baru Aqilah akan kencing. Cari "rentak" ni penting tau bagi kita untuk senang agak bila patut bawak anak ke tandas.

Untuk hari yang pertama ni, awal2 tadi saya dah tersilap agak. Aqilah terkucil..! Padahal sebelum tu saya dah bawak Aqilah pergi tandas tapi dia taknak kucil. So, saya bagi dia pakai seluar semula. Alih2 nampak dia dah terkucil time main dalam bilik. Saya pun tukarlah bagi Aqilah pakai seluar lain. Pukul 1 lebih, Aqilah terlena tanpa pakai pampers. Pukul 3 lebih baru Aqilah terjaga. SURPRISE AQILAH TAK TERKUCIL WAKTU TIDO!! Good Job Sayang..!! Bila Aqilah dah bangun tidur, dia mintak air, lepas dah minum, saya pun terus bawak Aqilah pergi tandas.. 

Itu bab buang air kecil yer.. Sekarang masuk bab buang air besar pulak... Tadi tengah2 Aqilah main dengan Alisha, tiba2 saya nampak Aqilah duk mencangkung sambil meneran... Alamakkk Aqilah nak buyak hokay..!! Saya apa lagi, terus angkat aqilah masuk tandas duduk, bukak seluar dia, "pop" terus dia punya tuttt jatuh dalam lobang.. ahhahha... Nasib sempat... Nampaknya, balik Chemor nanti, saya kena ambik pelapik tandas budak dekat umah parent saya ni.. Pelapik tu Alisha punya yang saya guna masa train Alisha free diapers sebelum ni... Tak sangka Aqilah terlalu awal tak nak pakai pampers.. So tadi, terpaksalah saya pegang dia atas mangkuk tandas tu... Alhamdulillah dalam tempoh 5 jam lebih tanpa pampers, Aqilah boleh dianggap dah berjaya

Ini je la update pasal Aqilah free diapers untuk hari ni. Tunggu hari Isnin nanti saya update lagi. Ohya, nak tulis pasal gelagat Alisha bila saya bawak Aqilah pergi tandas, Alisha cakap "Aqilah, kencing elok2, dah siap bagitahu kakak".. Olololo suwitnya kamu ni kak Isha nampak sangat betapa kakaknya kamu. Konon bila Aqilah bagitahu dia dah siap kucil, dia nak tolong cuci la tu (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Usia permulaan ajar anak FREE DIAPERS

Muka budak seronok tak payah pakai pampers

Allahuakbar.. Tiba2 saya rasa sayu.. Cepatnya masa berlalu.. cepatnya Aqilah membesar.. Alhamdulillah saya dikurniakan anak yang cepat matang walaupun jauh disudut hati rasa sayu.. Sayu kerana anak saya jenis memahami, sentiasa nak menyenangkan ibu mereka... Allah.. sedih plak nak karang entry ni... Maybe u all yang membaca tak dapat feel apa yang saya rasa sekarang, tapi saya sebagai ibu yang 24 jam bersama anak2, sangat2 rasa sayu + bersyukur dengan Tuhan...

Ketika saya mengandungkan Aqilah, Alisha pun cepat menjadi seorang yang matang.. Sebelum kelahiran Aqilah @ ketika umur Alisha 2 tahun, dia dah start tak nak pakai pampers.. Macam tahu2 je dia bakal jadi kakak, konon2 dah besar la.. Mengandung kali ni pun, u all tahu tak, Aqilah pun dah start tak nak pakai pampers hari ni.. Actually sebelum ni lagi dia tak nak pakai pampers tapi saya paksa jugak, so, dia kenalah pakai jugak.. Tapi hari ni, bila bagi dia pakai pampers, dia tak nak, betoi2 tak nak.. bagi pakai pun dia bukak balik.. Last2 saya pikir, cara memaksa bukanlah penyelesaiannya... PENYELESAIAN TERBAIK ADALAH AJAR AQILAH FREE DIAPERS..!! It's more better dari saya memaksa dia pakai pampers... Memaksa bukanlah sesuatu yang bagus dalam mendidik anak..

Usia Aqilah sekarang baru setahun 4 bulan.. bagi saya, usia bukan penghalang... yang penting kita sebagai ibu ni harus ada semangat..!! Jika kita yakin, kita tekadkan diri untuk ajar anak FREE DIAPERS.. InsyaAllah boleh.. Tuhan sentiasa bersama kita yang sentiasa berusaha... lagipun, saya tengok jiran dekat taman rumah saya ni, bangsa lainla tapinya, anak dia lebih kurang usia Aqilah je tau u all.. dia DAH LAMA FREE DIAPERS...!! So, usia bukan halangan la kan.. saya ambik semangat dari melihat anak kecik tu yang free diapers, so, saya buat jugak dekat Aqilah.. dah ini yang Aqilah nak.. adalah sebab musabab yang dia rasa tak nak pakai pampers tu kan... Manalah tahu kot2 kematangan diri dia tu yang buat dia rasa dia akan bergelar kakak so, dia harus jadi "budak besar".. hihii.. Macam Alisha dulu la, sebelum lahirnya Aqilah, dia dah free diapers... Lagi satu, mana nak tahu kot2 Aqilah menjadi "orang tengah" yang Tuhan kurniakan untuk kami lebih jimat... Yela, bila Aqilah hanya pakai pampers di siang hari, tak ke my dear dah dapat jimatkan duit untuk pampers Aqilah.. so, duit tu, bolehlah laburkan ke arah pembelian susu formula Aqilah.. Memandangkan Aqilah sekarang pun dah terpaksa minum susu formula jugak selain dari susu badan saya yang dah drop ni..

Hari ni adalah hari pertama Aqilah FREE DIAPERS... Buat permulaan, Aqilah hanya free diapers di siang hari je la.. kene ikut step by step... Setakat waktu ni, saya bawak Aqilah ke tandas setiap setengah jam sekali... Ohya, untuk pengetahuan u all, Aqilah masih belum reti lagi untuk bagitahu yang dia nak kencing or apa2 tau.. TAPI bagi saya ITU BUKAN HALANGAN... Setiap anak, mereka dah ada kepandaian tersendiri.. Tak pandai cakap, tak pandai bagitahu, TAK SEMESTINYA MISI FREE DIAPERS AQILAH ni tak berjayakan.. ANAK TAK PANDAI SEBAB KITA TAK AJAR, BILA KITA AJAR INSYALLAH DARI TAK PANDAI BAGITAHU NAK KENCING TU DIA AKAN PANDAI BAGITAHU... 

Semuanya bergantung pada diri kita.. Jika kita tekad & berdisiplin InsyaAllah berjaya..!! Seperti yang saya tegaskan selama ni, "UNTUK BERJAYA JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN"... Yap, saya yakin saya & Aqilah mampu menjayakan misi ni sebab jiran saya mampu.. Dah ada bukti depan mata.. so, kita semua pasti mampukan u all... Semangat..!! Semangat..!! Motivasi & positifkan diri sangat2 penting untuk berjaya.. (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Tak malu dah besar pakai pampers...

Semalam my dear suruh Alisha ambik pampers Aqilah dalam bilik... Alisha bawak keluar 2 keping pampers pastu dia cakap "Pampers Qilah tadok.. Ni pampers isha"... *Baru saya teringat yang pampers Aqilah dah habis & stok pampers Aqilah saya belum ambik masuk bilik lagi.. Tapi my dear ambik je pampers Alisha tu bagi Aqilah guna.. Sekali Alisha pun ambik pampers yang lagi sekeping tu hulur kat my dear gtau dia nak pakai pampers...

My dear bagi je la dia guna.. pastu saya cakap kat Alisha, "Alisha tak malu.. dah besar pakai pampers.. vontot jadi besar"... Saya gelak2 kat Alisha... pastu Alisha buat muka macam nak cover malu tau.. tapi dia tetap jugak teruskan pakai pampers.. hahah.. Yang nak gelak tu, time sebelum masuk tidur, dia g kencing tapi dia bukak pampers g kencing dalam tandas... Dah siap kencing ingat tak nak pakai dah pampers... rupanya nak pakai gak lagi.. hihiii.. 

Dah lama tak merasa pakai pampers kot... Sekali terjumpa pampers dia yang zaman tok kaduk... Teringin la tu... maklumla, Alisha kan umur 2 tahun saya dah ajar free diapers...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha dah lulus sepenuhnya

Alhamdulillah.. Anak solehah saya @ Alisha dah buktikan yang dia boleh bangun @ terjaga sendiri untuk ke tandas time tidur malam.. Untuk pengetahuan u all, saya memang dah lama takda nak kejut2 Alisha tengah2 tidur tu ke tandas tau.. Biasanya Alisha bangun tidur pagi tu baru dia g tandas..

Malam tadi sebelum tidur, Alisha kerap ke tandas.. time tu saya dah pikir, nanti saya kene bangun @ kejutkan Alisha dari tidur untuk ke tandas.. kalau tak, confirm dia terkucil macam malam hari tu... Tapi itu hanyalah andaian saya.. Andaian yang selalu nak merendahkan Alisha.. Rupa2nya tak u all.. Anak saya boleh bangun sendiri tanpa kejut saya... Tau2 je saya dengar dia panggil saya dari tandas... 

Alisha dah buktikan yang dia dah LULUS SEPENUHNYA free diapers ni.. dah berjaya free diapers di siang hari.. dah berjaya free diapers di malam hari.. dah berjaya free diapers time keluar berjalan.. TAHNIAH SAYANG.... (",) Ohya, kalau u all rasa anak u all dah ready untuk free diapers.. u all terus lakukannya tau.. yang penting jangan wujudkan alasan.. Confirm u all akan berjaya.. samada cepat or lambat..!! (',)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha dah pandai bagitahu

Saya nak update pasal perkembangan free diapers Alisha.. Kalau tidur malam, jika Alisha nak kencing, dia dah pandai kejutkan saya.. (^_^) Alisha dah makin bagus.. dah makin pandai..!! Ohya, Saya jugak memang dah lama tak kejut Alisha bangun kencing tau.. Alisha ni pun, punya bagus kawalan kencing dia tu.. bayanglah, kalau dia tidur dari malam sampai pukul 11 pagi pun, dia tetap tak kencing... bangun tidur baru dia masuk tandas untuk kencing & mandi...

Nampak tak, sebenarnya mengajar anak free diapers ni sangatlah senang... Cuma kita as parent ni antara nak dengan tak nak antara malas dengan rajin je nak ajar anak ni... Eh, baru teringat lagi satu... time berjalan raya baru ni, abah Alisha suruh Alisha pakai pampers masa raya ketiga tu... maybe sebab serik kot time raya tu, setiap rumah yang singgah asyik nak membuang je.. hahha.. Mana tak nyer.. hari raya kan.. dah makan macam2 haruslah Alisha membuang.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha terkucil..

Saya tak leh nak guna komputer arini.. broadband satu jer... memandangkan my dear tak keje arini.. so, kene bagi laluan dekat my dear la.. duk sibuk nak ngadap saham dia tu... haihh.. Nak cite ni pasal Alisha

Normally, saya kejut alisha time bangun sahur tu, memang dia tak terkucil lagi tau u all... tapi pagi tadi, tengok2 dah lenjun.. Saya terpikir mesti sebab SEJUK.. Sebab sahur tadi, saya terjaga tengah hujan lebat.. normally kan kalau hujan akan kerap kencing... Nasib baik saya memang lapik toto + tilam baby dekat alisha tidur.. so, takdalah kene tilam atas katil tu kan... saya just basuh toto & sarung tilam baby tu je la...

5 hari train potty train time tidur, hari ke 5 baru terkucil.. okla.. kalau takda terkucil tak adventure la potty train tu kan.. muahahaa
P/s : Siapa yang bagi link entry bookmarks raya yang u all dah dapat tu, nanti saya baca tau... yang lain kalau nak bagi jugak, boleh je (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang d
ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Perkembangan terkini Alisha free diapers semasa tidur

Baru2 ni saya cakap kat my dear.. "Abang mesti rasa bertuah kawen dengan ina kan?" pastu my dear balas "kenapa pulak?".. Saya jawab "Sebab ina dapat jimatkan duit abang.. tak payah dah beli pampers Alisha"... My dear terus cakap "Sepatutnya dari awal tahun lagi abang dah boleh jimat" Saya terus balas "Elehh dah abang yang tak support.. abang cakap bukan mahal pun pampers Alisha tu".. Terus my dear tersengih2.. hihii

Actually dulu2 saya pernah ajak my dear tidur dekat luar @ depan TV dengan alasan takut Alisha terkucil atas katil bila ajar free diapers time tidur... Tu yang my dear jawab pampers Alisha bukan mahal pun.. Kiranya my dear kurang bersetujulah tidur dekat depan tv kot.. hihii Hakikatnya, bila dah ajar Alisha free diapers time tidur, TAK PERNAH SEKALI PUN ALISHA TERKUCIL... Adehhh.. menyesal betul train Alisha lambat!! Senang je rupenya train anak free diapers time tidur ni...

Hari pertama, saya bagitahu u all, saya jaga setiap 2jam sekali nak bawak Alisha g tandaskan... Hari kedua, 3 jam sekali.. Hari ketiga, sekali je.. hahahaa.. Nampak tak betapa mudahnya??!!.. Perkembangan yang bagus untuk Alisha.. Walaupun saya hanya kejut dia sekali, dia takda pun nak terkucil.. Nanti saya nak try, taknak kejut pulak.. nak tengok dia dah boleh bangun sendiri tak jika nak terkucil..

U all yang ada anak baya2 Alisha ni.. yang belum free diapers, bolehlah ajar anak u all tu free diapers... JANGAN CAKAP "INA SURI RUMAH SENANGLAH NAK AJAR... BANGUN 2 JAM SEKALI.. SAYA NI BEKERJA SUSAHLA".. Sayang... Ini alasan tau.. Kan cikgu ina dah cakap, untuk berjaya, JANGAN CIPTA ALASAN..! (^_^)

Meh saya nak tunjuk jika u all tak nampak... Saya kata saya bangun 2 jam sekali kan... Contohla, Alisha tidur pukul 12 tengah malam.. 2 jam sekali maksudnya pukul 2pagi, 4pagi & 6pagi.. Alaaa 3 kali je u all kene bangun... takkan title ibu yang bekerja dijadikan alasan untuk susah bangun selama 3 kali tu... itupun bawak anak g tandas, tak sampai 5 minit... (",) Macam saya sendiri, hari kedua, 2 kali je pun bangun.. hari ketiga @ malam tadi.. sekali je bangun.. tak susah kan sayang2...?

Untuk anak, kita jangan wujudkan alasan.. tepis setan2 yang menghasut dekat telinga tu.. hihii.. Macam saya ni haa, rasa menyesal lambat free diapers Alisha sepenuhnya...Kalau tak, masa Alisha umur 2 tahun 3 bulan dah berjaya free diapers sepenuhnya... Sekarang ni, 2 tahun 10 bulan baru berjaya free diapers sepenuhnya.. Tapi tetap jugak bersyukur sebab TARGET SAYA TERCAPAI UNTUK ALISHA FREE DIAPERS SEPENUHNYA SEBELUM UMUR 
3 TAHUN (",)

KLIK SINI UNTUK TAHU CERITA ALISHA FREE DIAPERS SELAMA NI

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..

Saya dah berjaya free diapers Alisha time tidur (",)

Saya rasa seronok sangat...!! Rasa macam bangga dengan diri sendiri pun ada.. muahhahah... Bukan apa, rasa macam saya ni Ibu yang bagus je.. sebab SAYA DAH BERJAYA TAK PAKAIKAN ALISHA PAMPERS DI MALAM HARI...!! Yeayyyyy tepuk untuk diri sendiri... kikikii.. Yang paling penting, ALISHA TAK TERKUCIL LANGSUNG..!! Rasa macam nak gomol2 je Alisha ni... pandai sangat..!! Baik je tak menyusahkan ibu dia... Saya punya seronok sampai taip entry ni pun tersenyum.. rasa macam nak telefon my mum kejap nak gtau pasal ni.... hahah.. hover..!!

Opsttt jangan kutuk saya dulu... sebab saya rasa bukan saya sorang je akan happy kalau kita or anak berjaya buat sesuatu... u all pun sama kan... baik ngaku.. (^_^).. Minggu lepas saya bagitahu u all yang saya akan start free diapers waktu tido untuk Alisha kan.. so, semalam adalah malam pertama saya start.. Nak tau puncanya?? sebab pampers Alisha hanya tinggal sekeping + saya tak push my dear suruh beli.. bukan apa, sebab nanti kalau ada pampers Alisha, mulalah syaitan duk menghasut saya suh tangguhkan niat saya nak free diapers alisha sepenuhnya... Bila takda pampers... puas hati..! Niat saya termakbul jugak.. hihiii


Persediaan Alisha tidur malam tadi.. Dilapik dengan toto baby & tilam baby.. bawah toto tu ada tilam kecik lagi satu

CARA SAYA AJAR ALISHA FREE DIAPERS KETIKA TIDUR MALAM

1. Sebelum tido, saya cakap dekat Alisha "Alisha kalau nak kencing, bagitahu ibu tau.. set?" sambil saya angkat ibu jari... Alisha terus balas "Set".. sambil lagakan ibu jari saya & ibu jari dia...

2. Setiap 2 jam sekali, saya akan angkat Alisha masuk tandas.. cara saya nak bagi Alisha kencing, Saya pancut air dekat tut dia... disebabkan saya tak perasan dia dah kencing ke belum, so, saya tanya Alisha "Kakak dah kencing ke".. Alisha jawab "dah kencing".. terus masuk tidur semula... (saya kejut Alisha pukul 2:30 pagi, 4:30 pagi, 6:30pagi, 8:30pagi.. pendek kata, selagi dia tak bangun tido, selagi tu 2 jam sekali saya ajak masuk tandas..)

ALASAN KENAPA KITA TAK AJAR LAGI ANAK FREE DIAPERS TIME TIDUR

1. KITA MALAS nak bangun dari tido

2. KESIAN NAK KEJUTKAN anak yang tengah lena diulit mimpi tu..

3. TAKUT ANAK SUSAH NAK TIDUR SEMULA

3. Dalam diri kita BANYAK SANGAT ALASAN yang kita cipta sendiri..

Sayang-sayang saya sekalian... saya nak naikkan semangat dekat u all ni.. Jika u all nak free diapers anak u all, Sila lakukan dengan bersungguh2.. JANGAN SESEKALI CIPTAKAN ALASAN!!.. Saya tak kisahlah u all nak free diapers anak u all tu umur berapa pun.. 6 tahun pun boleh je kalau u all nak.. Bukan apa, sebab ada orang kata macam saya ni awal sangat free diapers anak.. macam kesian kat anak nak kena bangun pepagi buta (hakikatnya ada anak orang lain, umur setahun lebih dah free diaper)... terpulang yer.. setiap orang ada cara tersendiri.. Cuma saya nak bangkitkan rasa BERSEMANGAT tu dalam diri u all.. (",)

Kalau u all MALAS nak free diapers anak pun, antara cara yang u all boleh naikkan semangat dalam diri tu..   CARI MASALAH.. Maksud saya camni.. 

1. Punca saya free diapers Alisha ketika masuk umur 2 tahun sebab ALISHA TAKNAK PAKAI PAMPERS..

2. Jika dekat vontot anak u all tu jadi merah2 ke ruam2 ke.... time ni better tak pakai pampers.. bagi ber"udara" sikit.. takkan tak kesian dekat anak kot... duk merah2 vontot..

3. JANGAN BELI PAMPERS macam saya.. hihi

wahai sayang sayang saya sekalian... percayalah yang anak2 u all tu bijak pandai semuanya..!! Bila u all start je ajar mereka free diapers... AUTOMATIK mereka pandai cover rasa nak terkucil tu... maksud saya camni... Normally, kalau Alisha pakai pampers time tidur, bila jaga je, pampers mesti penuh yang amat.. berkilo2 je gayanya... tapi bila saya ajar tak bagi pakai pampers.. bayanglah, baru 4 kali je kencing... pikir secara logik, takkan lah selama ni pampers berat yang amat tu hanya 4 kali kencing.. mesti lebih kan...

REAKSI ALISHA BILA KEJUT MASUK TANDAS

1. Alisha ok je.. takda nak merengek..

2. Lepas dah kencing, Alisha boleh sambung tidur kembali..

So, apalagi wahai buah hati kesayangan saya semua... Jika u all rasa anak u all tu memang dah patut free diapers.. terus je train tau.. Duit u all pun akan jimat + anak u all pun akan bertambah2 pandai.. sebabnya?? sebab dia dah "besar".. dia dah dapat ilmu baru... dia dah dapat kepandaian baru... Sayang sayang saya sekalian... kita mesti nak anak kita pandai kan... so, bila anak kita dah free diapers, tu maksudnya anak kita makin pandailah kan?? (",)


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..


Cara saya potty train @ free diapers Alisha..

Alisha dah start free dypers sebelum Aqilah lahir lagi.. samada umur 2 tahun or hampir 2 tahun.. saya tak ingatlah pulak... Saya nak kongsi dengan u all cara saya potty train @ free diapers Alisha.. Tapi apa2 pun, nak bagitahu awal2.. ini adalah cara saya untuk Alisha.. Perlu ingat setiap anak lain2.. ada anak yang jenis sekali ajar terus paham.. ada yang yang berminggu2 dah ajar tapi tetap jugak buang merata2.. dengan kata lain, anak tak paham apa maksud "kencing or berak"..

Yela, sebab dalam bab mengajar anak free diapers ni, anak2 perlu paham cakap kita.. "Alisha kalau nak kencing or beyak (beyak tu saya yang tulis kat sini je yer.. bila cakap dengan alisha, saya cakap yang betoi la) gtau ibu yer"... Sebab tu saya kata, anak perlu paham maksud kencing or beyak...TAPI JIKA ANAK TAK PAHAM... U ALL PATUT PAHAMKAN MEREKA..!! Jangan jadikan alasan anak tak paham maksud kencing or beyak untuk kita tak ajar free dypers.. Itu semua alasan..!! Kan cikgu Ina ni dah banyak kali pesan.. untuk berjaya, jangan wujudkan ALASAN... (^_^)

Masa saya mula2 nak potty train Alisha, mulut saya ni, asyik duk cakap "Alisha kalau nak kencing ke nak beyak ke gtau ibu tau"... untuk pengetahuan u all, ketika saya potty train Alisha, dia bukannya pandai cakap sangat pun u all.. padahal time tu, rakan sebaya dia @ 2 pupu dia, dah teror cakap pun... Tapi Alisha ni, walaupun dia tak pandai cakap.. tapi otak dia tu cerdas... dia seorang budak yang cepat belajar & cepat paham apa yang kita ajar.. So, sayang2 saya.. lagi sekali nak tegaskan, jangan jadikan alasan anak tak pandai cakap untuk tidak ajar free diapers yer.. (^_^)

Ohya, sebelum saya free diapers Alisha, saya dah simpan tikar or karpet semua la.. kang dia membuang atas tu, lagi jenuh saya nak basuh.. bukannya rajin sangat saya ni.. hihii.. Rasanya cara saya ajar alisha, tu je u all.. pesan banyak kali kalau nak kencing or beyak gtau... Apa yang saya cakap ni atas dasar pengalaman saya la yer.. tak naklah share tips2 yang banyak dekat google search tu... saya tak buat pun semua tips2 tu, nanti kalau saya share, dah tak jadi pengalaman sendiri pulak.. hihii.. *nak tips u all boleh google.. (",)   

Eh, tapi nak gtau u all gak ni... Alisha time tidur still pakai pampers tau... yang ni saya belum ajar lagi.. bukan pe, time saya bersemangat nak ajar dulu, my dear cakap "Pampers Alisha bukan banyak mana pun guna".. Maksudnya, my dear tak kisah lah still bajet duit pampers Alisha kan... Lagipun time tu Alisha baru je umur 2 tahun, so, rasa macam masih banyak masa untuk Alisha capai umur 3 tahun (umur 3 tahun adalah target saya untuk alisha free diapers sepenuhnya).. So, saya tak ajar la tido malam... Tapi sekarang ni dah tak boleh.. saya harus bersemangat kembali.. bukan apa, target saya yang saya pernah gtau u all sebelum ni, Alisha mesti free diapers sepenuhnya sebelum umur 3 tahun.. So,  saya harus bangkit  untuk menjayakannya... 05/09 Alisha genap 3 tahun.. hanya tinggal sebulan lebih lagi.. So, jomlah kita sama2 free diapers anak kita sepenuhnya..!!

BACA CITE ALISHA PASAL FREE DIAPERS

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..


Alisha yang dah pandai basuh buyak sendiri


Alisha si anak yang pandai ni, sekarang kalau kat umah sendiri, time nak buyak @ berak memang dah tak gtau saya.. terus je masuk tandas & cuci sendiri.. tau2 je dia datang bagitahu "akak buyak".. dengan wajah penuh keceriaan.. hihi *ceria sebab kononnya dia rasa dia dah pandai masuk tandas sendiri & cuci sendiri..

Setiap kali tu jugak saya akan pergi basuh semula vontot dia tu.. bukan pe u all, kurang keyakinan bila budak umur 2 tahun lebih dah pandai basuh buyak sendiri... tapi takdalah saya tunjuk dekat alisha perasaan saya tu... tapi saya tetap cakap "yeayyy kakak dah pandai"... (",)

Walaupun anak saya cuci guna sabun sekalipun, perasaan was2 tu tetap gak ada.. padahal time saya cuci vontot dia tu rasa bersih je... takda sisa2 pun... kih kih kih... Apa2 pun, good job la jugak untuk Alisha! (",)

Alisha dah berani guna tandas cangkung... (^_^)

U all ingat tak sebelum2 ni saya pernah bagitahu u all yang Alisha sampai nangis2 tak nak buang air besar dekat umah my MIL sebab tandas cangkung kan.. Tapi harini, Alisha nak buang air besar tau.. dekat umah parent saya ni, ada tandas cangkung & tandas duduk.. tapi saya sengaja bawak alisha pergi guna tandas cangkung.... Rupa2nya, alisha oklah u all.. dia boleh je buang air besar sambil cangkung.. ahhaha...

Saya tak tau la samada alisha nak guna tandas cangkung umah parent saya ni sebab lubang tandas tu kecik or tandas tu terlebih bersih ke kan.. hihii.. So, lepas ni nak kene try umah MIL saya plak.. samada dia nak guna or tak.. (^_^) Bukan pe, kadang2 sian, dia sampai nangis2 taknak buang air besar, sampai saya bagi pakai pampers suh buang dalam pampers, nasib nak.. (",) Takpala.. pe2 pun, saya eppy sebab alisha dah pandai guna tandas cangkung & tandas duduk.. hahahha

Nampak tak ibu cam saya ni.. anak berjaya guna tandas cangkung pun, dah heboh satu dunia.. kakakkak... Ni lah mak2 yang sentiasa teruja dengan perkembangan anak2.. (^_^)

Tips ajar anak free diapers bagi ibu2 bekerja

Kita ibu2 kalau nak mengajar anak2, tak kira apa sekalipun, hindarkan diri kita dari mempunyai alasan.. sekali sekala okla.. kalau selalu sangat, sian kat diri sendiri.. hihii.. (^_^) Kali ni nak bagi tips free diapers dekat u all yang bekerja... Macam saya ni tak bekerja, so, bolehlah ajar anak setiap hari kan.. Tapi macam u all yang bekerja, kalau nak free diapers, kadang2 akan ada alasan, "Saya bekerjalah, susah nak ajar free diapers"...

So, saya nak bagitahu u all, bila u all dah tekad nak free diapers anak, kalau tak dapat ajar sehari.. 2 3 jam sehari ajar free diapers pun dah ok... Jika u all tak dapat ajar di siang hari, ajar malam hari... Lepas mandi petang tu, u all free diapers anak u all sampai time dia nak tidur.. U all buat camtu hari2, InsyaAllah, anak u all akan cepat boleh free diapers... Takdalah u all just buat hujung minggu je.. lepas tu pakai pampers balik, hujung minggu free diapers balik.. takut nanti anak pun terkompius apa yang kita tengah ajar dia ni... kejap pakai kejap tak.. hihii Kalau u all ajar malam, at least dapat ajar hari2.. (",)

Sayang2.. percayalah, bila anak u all dah berjaya free diapers walaupun hanya  2 3 jam, tapi, u all akan rasa happy macam nak bagitahu satu dunia..!! hihii... Bila u all rasa happy, u all akan terus bersemangat untuk menjayakan misi free diapers ni...!!.. Yang penting, nak berjaya, haruslah ada kerajinan dalam diri.. jangan biarkan alasan menguasai diri.. cewahh.. hihiii

Lagi satu, u all kene pandai rebut peluang... saya bagi contoh, vontot anak u all ada ruam2.. bintik2 merah... so, kesianlah kalau nak bagi dia pakai pampers kan.. takda udara... nanti makin lambat baik vontot dia tu.. so, rebut peluang ni, untuk start ajar free diapers anak... yang penting, JANGAN ADA ALASAN DALAM DIRI KITA... JANGAN KATA ANAK TAK PAHAM... KENE INGAT, TAK PAHAM SEBAB KITA TAK AJAR...!! (^_^) Opssttt, ini untuk anak2 u all yang besar Alisha la yer bukan untuk anak yang besar Aqilah.. hihii


Kepandaian Alisha selepas free diapers.. (^_^)

Saya sekarang ni dekat Chemor, umah parent saya... Tadi, masa saya ada dalam bilik, tiba2 dengar alisha panggil saya tapi dia mencari saya di luar rumah.. Saya pun apa lagi, terus pergi dekat dia..

Lepas tu dia cakap dekat saya yang dia nak kencing... Saya terus bukak seluar dia.. kononnya nak suruh alisha kencing dekat luar tu je.. lagipun dah ada paip air... Tapi alisha cepat2 tarik semula seluar dia sambil cakap "Tunggu dulu... jap.. jap" sambil berjalan masuk dalam rumah... Terus menuju ke arah tandas.. & cakap "Nak cing" @ "Nak kencing"... hahhahha Padan muka ibu alisha dah terkena..!! Nak kencing haruslah dalam tandas.. bukan dekat luar rumah.. Alisha dah besarlah ibu..!! (^_^)

Geram betoi dekat alisha ni.. cerdik sangat..!! sampai saya pun terkena.. hihii.. Alisha sejak free diapers ni, jadual buang air kecil dia, dah macam kita.. jarang2 masuk tandas.. yela, kan selalu kalau anak2 pakai pampers, bila kita bukak je pampers mesti pampers tu berat dengan air.. (",) Kiranya alisha dah makin besar...!! hihiii...

So, after CNY, insyaAllah saya nak try free diapers untuk malam hari pulak... Tidur siang, alisha tak kencing pun.. rasanya sekarang ni, maybe saya dah boleh free diapers time ajak alisha keluar jejalan.. yela, alisha pun bukan jenis yang mudah terkucil @ pandai control .. Target saya, sebelum alisha umur 3 tahun, dia MESTI free diapers sepenuhnya.. (",)

P/s : Alhamdulillah dikurniakan anak sepandai Alisha.. walaupun belum lancar bercakap macam kita tapi alhamdulillah dia seorang anak yang cepat paham! (",)

Update lagi pasal free diapers Alisha...

Sebelum ni, saya ada bagitahu u all yang Alisha taknak buang air besar dekat rumah MIL kan... Saya ingatkan hari tu je.... Rupa2nya, minggu lepas masa kami balik rumah MIL pun sama jugak.... Alahaiii... U all tahu tak, betapa dia taknaknya buang air besar dekat sana, dia sanggup tahan dari berak... hihii... Cerdik pulak alisha tu, dia boleh pergi duduk atas tumit kaki dia tu... semata2 nak tahan dari berak... hihii

Sampai saya ambik jalan penyelesaian, bila nampak je dia macam nak berak, cepat2 bagi dia pakai pampers... suruh dia buang je dalam pampers tu.. nasib baik dia nak buang... sian pulak saya tengok bila dia duk tahan2 dari membuang... Minggu depan, saya balik Chemor seminggu, harus bawak balik pelapit tandas alisha... nasib baik dekat chemor tandas duduk... (",)

Alisha dah berjaya free diapers untuk pagi sampai malam... sekarang saya tengah pikir bila nak ajar dia free diapers time tidur pulak... yang jadi halangan maybe saya sendirilah kot, sebab malas lagi nak bangun kejut alisha malam2.. heheh.. Tapi kalau siang hari, alisha tidur, ok je... takda pulak terkucil... malam hari tak tahulah apa cite kan... (",)

Update pasal alisha yang free diapers..

Nak update pasal alisha yang free dypers... masa saya balik rumah MIL baru2 ni, Alisha nak terkencing tau... tapi disebabkan adik ipar saya ada dalam tandas, so, my dear suruh dia kencing dekat luar, tapi dia taknak kencing... sanggup kepit... hahahaaa... Last2 suruh adik ipar saya tu keluar cepat2.. hihiii

Lagi 1 pulak, Alisha nak buang air besar tau, time tu dia pakai pampers.. saya suruh je dia berak dalam pampers tapi dia tak nak.. hahaaa... Agaknya dia dah mula tak selesa.... yela, dekat rumah, dia mana pakai pampers... nak buang air, pergi tandas... dah terbiasa kot.. tu yang dia tak nak... hihii.. So, my dear bawaklah alisha pergi masuk tandas, tapi tandas cangkung... meraung alisha.... yela, dia guna tandas duduk...  tandas cangkung, lubang dia luas sangat.... takutlah alisha... sampai sanggup dia tahan dari berak... adehhhh.. Last2 saya bagi dia makan buah limau sebab nak paksa jugak dia berak... yela, takkan nak tunggu balik sungai petani baru nak berak kot.. hihiii

Sekarang ni, dekat rumah, kalau alisha nak kencing, dia dah pandai bukak seluar sendiri & masuk tandas sendiri... (",)..  Good girl lah kakak alisha nih!! Cepat belajar & cepat paham... (^_^)


Alisha terkucil (^_^)

Dah lama Alisha ni tak terkucil tau.. kiranya dia dah boleh bagitahulah bila nak kencing kan.. Tapi, 3 hari yang lepas kot, Alisha boleh terkucil.. hihii.. Macam ni cite dia... Saya tengah tengok komputer, Alisha pula ada dalam bilik.. saya dah nampak dah sebelum tu yang si alisha ni duk angkut kerusi merah masuk bilik.. confirm2 ada benda yang dia nak ambiklah kan...

Tiba2 saya terdengar alisha sebut "Cing.. cing..." @ "kencing... kencing"... lepas tu dia terus datang dekat saya sambil bagitahu yang dia dah terkucil.. seluar dah basah.. hihii... Saya pun apa lagi, terus masuk bilik tengok dekat mana yang dia terkucil tu...

Rupa2nya, alisha terkucil atas kerusi merah... heheh.. Kesimpulan yang saya dapat buat dekat sini, ketika alisha tengah memanjat atas kerusi merah, tiba2 dia rasa nak kencing.. tapi disebabkan, dia masih kecik, tak reti nak turun cepat2 dari kerusi merah tu.. akhirnya, dia tak boleh tahan lalu terkucil lah alisha.. heheheh

Di siang hari, alisha dah boleh di kira lulus lah free diapers ni.. lepas ni, saya akan start dengan step kedua pulak... di malam hari, saya akan lambatkan alisha pakai pampers... maksudnya, hanya pakai ketika nak tidur je... Bila berjaya barulah masuk step ketiga... tak pakai pampers walaupun tidur di malam hari.. (^_^) Ohya, tapi di siang hari, alisha tidur memang tak pakai pampers tau... 

Eh, tapikan, tak taulah sempat or tak step kedua ni.. sebabnya, saya ada masa 2 minggu je lagi sebelum bersalin... Rasa macam tak sempat sebab minggu depan je saya akan ada dekat rumah saya ni, lepas tu dah balik kampung, tunggu masa nak bersalin.. Jika tak sempat, usaha free diapers sepenuhnya untuk alisha, saya akan sambung after pantang @ ketika dah balik duduk sungai petani nanti.. (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...