Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Didik Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Didik Anak. Papar semua catatan

Kenapa saya tidak benarkan anak saya masuk rumah jiran

Setiap orang ada cara tersendiri dalam mendidik anak2.. Walau macamana pun cara kita tapi tujuan utama kita semua, tetap sama... Saya pernah coretkan di blog yang saya tak kisah & suka bila anak2 jiran datang bermain di rumah kami kan... Ye betul, memang saya suka dengan situasi tu sebab dengan cara tu, sekurang2nya anak saya sentiasa ada depan mata saya.. Cuma satu je perangai saya, SAYA TAK SUKA ANAK2 SAYA MASUK KE RUMAH JIRAN TANPA SAYA... Masuk dalam pagar pun saya dah keloi nama budak2 ni... Main barang mainan anak2 jiran pun saya kurang gemar sebenarnya.. Sebab tu kadang anak saya tanya dulu saya samada boleh ke main mainan kawan dia.. biasanya saya tak bagi la.. eh tapi ada je yang saya bagi tau.. yang saya tak bagi tu, bersebab sebenarnya.. tapi tak perlulah dinyatakan di sini.. 

Bila anak2 keluar bermain, saya mesti akan pesan, jangan masuk rumah orang.. maksud saya masuk rumah orang tu, termasuk dalam pagar la tau... Ketika saya kecil pun, mak saya didik saya macam ni tau, so, ia terbawa2 sampai sekarang.. PUNCA SAYA TAK BENARKAN ANAK SAYA MASUK RUMAH JIRAN??... Sebab saya takut u all.. serius saya takut... saya ada satu perangai yang ada ketikanya terlajak berhati2... saya sangatttttt takut jika anak saya masuk rumah orang pastu buat rosak barang orang walaupun tanpa sengaja... Sebagai contohla, anak main dalam rumah orang, lepas tu terpecahkan pasu bunga rumah orang tu... Macamana??... Apa reaksi tuan rumah? Adakah tuan rumah tu akan suka?.. Adakah tuan rumah tu akan marah anak kita?... Adakah tuan rumah tu tak kisah?... AllahuAkbar... saya pernah terbaca satu status di Fb saya, ada hamba Allah ni bercerita, ada orang datang rumah dia, lepas tu anak orang tu rosakkan barang di rumah dia, dia cakap, si ibu tu, bukan nak marah anak pun buat rosakkan barang dia tapi cakap biasa je dengan anak dia... Allah... tersentap saya baca status tu..!! nampak tak?? Depan orang tu, dia baik.. tapi belakang siap up status di Fb... AllahuAkbar... sedihnya saya dengan situasi tu... sebab tu saya cukup berjaga bab2 ni...

Saya tak kisah orang nak cakap saya "kurung" anak ke.. skima ke.. apa ke... tapi lebih baik saya berjaga2... Tau tak, kadang hanya kerana anak2 pun, orang2 tua boleh bergaduh... ya rabbi... mintak selisih sifat2 macam tu dalam diri saya.. Saya kalau pergi ke rumah sedara mara pun u all, maksud saya sedara mara yang jarang2 pergi ke rumah mereka la.. contohnya macam raya atau kenduri, baru nak pegi, anak2 saya diajar dari kecil, duduk berhampiran saya je... Kalau nampak budak2 lain pergi sentuh barang tu sentuh barang ni, mereka tak boleh follow.. kalau anak saya nak bergerak ke luar rumah tu, takpa la.. janji jangan main barang dalam rumah orang... Ohya, pernah berlaku satu situasi, ada seorang anak solehah ni main barang dalam rumah sorang hamba Allah ni tau... Mak dia tak tegur pun.. tapi tiba2 ada sorang kaum kerabat anak solehah ni menegur, bila dah ditegur macam tu, terus tuan rumah tu pun sambung cakap "Haa elok lagi tu, **** punya, nanti rosak".. (ayat betul saya lupa, tapi lebih kurang la maksud dia)... Allah.. nampak tak?? nampak tak yang sebenarnya tuan rumah tu dia nak menegur anak solehah tersebut tapi tak berani.. bila kaum kerabat menegur, barulah ada "kekuatan" untuk dia bersuara...

Bila kita baik dengan orang belum tentu orang baik dengan kita seperti mana kita baik dengan mereka... Sebab tu sekarang saya lebih suka "diam2"... bila bercerita pun, saya lebih banyak berwaspada... zaman sekarang ni, zaman yang "menakutkan" untuk saya... Kadang bila kita cerita kegembiraan dekat orang, depan kita macam mereka gembira juga tapi belakang lain pulak ceritanya... Allah... Eh, satu hari tu kan, saya terdengar hamba Allah ni cakap "Main dalam rumah pulak dah"... sekadar cakap je la tapinya, bukanlah dia halau budak2 tu pun... Sekalipun yang ditegur tu bukan anak2 saya pun, tapi saya sebagai seorang yang bergelar ibu, pasti tersentap walaupun secoet kan... Sebab tu saya tak suka anak2 saya pergi rumah orang... Nak main, main luar rumah... ajak kawan2 datang main di rumah kami pun takpa, janji anak saya tak ke rumah mereka..

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Kelebihan secara tak langsung disebalik suap anak makan

Saya tertarik dengan status rakan FB saya iaitu Fauzan N Siti berkaitan suap anak makan.. Status Puan Siti dah viral di FB sebelum ni.. Saja nak coretkan jugak di sini sebab saya pun salah seorang ibu yang suap anak makan dari pinggan yang sama walaupun anak2 saya tu dah besar & dah pandai makan sendiri.. Eh, tau tak, beberapa kali saya dengar hamba Allah cakap dekat anak saya "bla bla bla tapi makan nak suruh ibu suap, kenapa taknak makan sendiri?".. Anak saya diam je la... maybe mereka pun tak tahu nak jawab apa agaknya.. Lagipun yang bertanya tu orang yang dah berumur, dah pangkat nenek pun dengan mereka...


Printscreen di atas antara keratan status Puan Siti.. katanya dengan cara menyuap anak dari pinggan yang sama, ia dapat melatih anak bersabar, berkongsi, saling mengingati dan kukuhkan kasih sayang antara adik-beradik.. Saya setuju dengan pendapat ini.. Selama ni saya memang selalu suap anak2 makan dari pinggan yang sama tapi ianya sekadar suap je la, saya tak pernah pulak terpikir antara kebaikan atau kelebihannya... bila status ini menjadi viral, barulah saya terpikir..

Sedikit sebanyak, anak2 saya pun ada ciri2 macam tu.. dari segi BERKONGSI, Alhamdulillah anak2 saya memang berkongsi dengan adik-beradik, contohlah saya bagi, Alisha ada sebiji coklat, Aqilah & Afrina nak jugak, makanya Alisha gigit coklat tu lepas tu bagi sorang sikit untuk Aqilah & Afrina... Ada ketikanya jugak, mereka adik-beradik ni bergaduh tau u all, bila bergaduh, sebagai contoh, Alisha cakap "Nanti kalau cikgu bagi kak isha hadiah (goodies), kak isha taknak bagi Aqilah"... tapi bila sampai masa, Alisha tetap jugak bagi dekat Aqilah.. kalau ada satu, mereka berkongsilah sikit sorang.. Saya jugak perasan, anak2 saya ni, bukan sekadar berkongsi adik-beradik je tau, siap dengan kawan2 mereka lagi.. Kadang tu, kawan berdiri je depan pagar, mereka tahu ada makanan dalam peti ais, terus pergi ambil bagi kawan... Kalau saya dah berjanji dengan mereka nak beli sesuatu, mereka siap list kan senarai kawan, nak suruh saya beli jugak dekat kawan2 mereka tu.. Yang part kawan2 ni, kalau anak2 tak suruh pun memang saya akan beli juga...

SALING MENGINGATI, eh betul tau u all, saya perasan, bila opah mereka @ mak saya bercakap dalam telefon dengan salah sorang dari anak2 saya, sebagai contoh opahnya bercakap telefon dengan Alisha/Aqilah lepas tu opah bagitahu nanti opah beli baju dekat Alisha/Aqilah, Alisha/Aqilah pun terus cakap nanti opah beli jugak untuk Alisha/Aqilah dengan Afrina tau... senang cerita, mereka akan suruh opah beli juga dekat adik-beradik mereka yang lain.. Kadang tu ada makanan apa2 tapi salah seorang adik-beradik takda, mereka cakapla, yang ni simpan untuk Alisha ke Aqilah ke Afrina ke... Tapi bila yang tak dapat tu nak makan yang mereka simpan tu, mereka boleh pulak pergi mintak sikit lagi.. hahhah... Walhal sebelum tu mereka dah makan...

KUKUHKAN KASIH SAYANG ANTARA ADIK BERADIK.. haa part ni saya memang dah lama perasan.. saya bagi contoh, dekat rumah MIL, Afrina menangis mencari saya, lepas tu kakak2 terus pimpin tangan adik, bawak kearah saya.. ataupun mereka pujuk bagitahu saya tengah sekian sekian.. Dipendekkan cerita, kalau saya bukan di hadapan mata anak2, pasti anak2 akan "bersatu".. kalau adik menangis, merekalah yang tukang pimpin tangan adik mencari saya.. cuma kadang bila saya ada depan mata mereka je, ada ketika mereka buat derk, tapi bila takda, mereka "bersatu".. itulah antara situasi yang pernah buat saya rasa tersentuh tengok gelagat anak2.. moga keakraban mereka, moga kasih sayang mereka akan kekal selama2nya.. InsyaAllah..

Masa kami duduk rumah sewa, saya suap anak dalam rumah je memandangkan anak2 memang tak keluar rumah sebab takda budak2 sangat area situ.. Tapi sejak dah duduk rumah sendiri ni, budak2 pulak memang ramai, so, anak2 dah mula pandai main dengan kawan2, makanya saya akan suap anak diluar rumah petang hari ketika mereka main bersama rakan2 tu.. Ada ketikanya bukan suap anak2 saya je, tapi anak jiran pun saya suap.. Alaa anak jiran yang biasa nak, 2 orang je pun... Time ni mulalah mereka buat barisan, Alisha yang suruh beratur... hahha

Ohya, ada ketikanya saya tak suap pun anak2 saya makan u all, tapi sejak duduk rumah sendiri ni, boleh dikatakan kerap suap la pulak, itupun kes mereka main petang, malam dah tidur awal... Eh, jangan salah faham yer, bukanlah itu bermaksud anak2 saya tak reti makan sendiri yer.. Tidak sama sekali tidak, anak2 saya diajar makan or pegang makanan sendiri ketika usia mereka belum lagi satu tahun... Lagipun ianya elok untuk perkembangan motor halus anak jugak.. tapi ntah, saya selesa suap anak2 makan.. pergi kenduri ke, memang saya suapla.. baru sekali kot suruh mereka makan sendiri di rumah kenduri.. ahhah.. Yap, macam Alisha dah besar, bulan depan dah 6 tahun, tapi tak menjadi kesalahan kan jika saya nak suap & anak pun nak jugak saya suap kan?

Ada ketikanya anak2 suruh suap, saya ada jugak rasa malas nak suap tau u all, takdalah rajin je memanjang... tapi tu la, kadang tu dia boleh terbit pulak rasa kesian dekat anak, rasa macam nanti kalau mereka dah besar, saya offer suap pun belum tentu mereka nak.. haaa.. bila dah sampai part ni, mulalah saya touching.. dan2 saya suap jugak mereka.. tau tak, sebenarnya, bukan saya je yang suap anak2 saya tau u all, mak saya @ opah mereka pun memang suap anak2 saya makan.. boleh dikatakan, setiap kali balik rumah parent saya, memang mak saya suap.. kiranya sepinggan nasi, mak saya akan suap untuk 3 orang cucu mereka ni la... Bila di rumah opah, kadang tu, saya nak suap pun mereka taknak, mereka cakap nak opah jugak suap.. Sebab tu saya perasan, segarang mana pun opah mereka tapi mereka tetap jugak rapat dengan opah mereka tu...

Eh, bila kita suap anak makan ni, ianya jugak MERAPATKAN HUBUNGAN IBU & ANAK jugak tau.. lebih kurang macam breastfeeding la.. tau rapat sampai tahap apa???... sampai tahap, saya duduk dalam bilik, mereka duduk sebelah abah mereka, tapi bila nak suruh sesuatu, mereka tetap jugak suruh saya yang duduk dalam bilik tu haaa.. bukannnya nak suruh abah yang ada kat sebelah tu... hahhahah..  rapat ke idok?? Kadang tu, ada juga rasa ggrrrr... yela, saya baru nak rehat kejap... adehhh... tapi tu la, dah budak2.. layankan je la... sementara mereka nak besar... dalam layan tu, mulut ni kadang pot pet pot pet jugak.. hahhahah.. mahunya tak, mulut seorang ibu, payah nak berenti... muahahhahha

PERBEZAAN PALING KETARA BILA ANAK MAKAN SENDIRI DENGAN SAYA SUAP ADALAH ANAK SAYA MAKAN LAGIIIIII BANYAK...!! NAMPAK TAK APA ITU RAHSIA TANGAN IBU YANG MENYUAP??... 


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Saya kurung anak??

Minggu lepas parent saya dan adik lelaki saya bersama isteri dia datang ke rumah kami di Sungai petani.. Bila waktu petang, adik saya ni nak keluar jalan2 dekat taman kami ni.. Adik ipar saya tolak la suami dia tu dengan kerusi roda, di hujung lorong ada pondok tau, adik saya dan isteri dia berhenti di situ & bersembang2 dengan mereka2 yang ada di pondok tersebut.. Alaa kiranya jiran2 saya jugakla kan dekat pondok tu... Bila adik dan isteri dia kembali ke rumah kami, adik saya cerita kata mereka (merujuk kepada jiran2 saya yang berada di pondok) cakap saya kurung anak... Eh, jangan salah faham, pada pendapat saya, maksud mereka saya kurung anak tu, bukanlah kurung yang dari sudut negatif tu, tapi dari sudut positif...

Macam anak2 di taman saya ni, malam pukul 8 malam je, mereka akan keluar bermain di lorong kami tu.. kiranya malam2 pun riuh rendahlah dekat hadapan rumah saya ni kan.. Tapi untuk anak2 saya, mereka memang TIDAK DIBENARKAN untuk bermain di malam hari...Alhamdulillah anak2 saya jenis mendengar kata, takdalah bila mereka dengar suara kawan2 riuh rendah bermain, mereka menangis2 ke mengamuk ke apa ke sebab nak keluar bermain jugak... saya bagi je anak saya main, bukanlah kurung sampai tak berkawan langsung... Tapi saya jenis manusia yang mendidik anak dengan disiplin, ada peraturan... Mereka hanya boleh bermain pukul 6 petang hingga pukul 7 atau 7 lebih secoet... kiranya selagi tak pukul 6 petang, anak saya akan duduk je dalam pagar rumah, bila kawan ajak main @ keluar, mereka akan cakap "Kami tak boleh keluar lagi, pukul 6 baru boleh keluar"... Ohya, u all tahu tak, ketika saya dengar perbualan anak2 saya dengan rakan2 mereka tu, rasa nak mengalir air mata... AllahuAkbar... syukur sangat2 saya dikurniakan anak2 yang mudah dibentuk.. yang mendengar arahan.. tak perlu terjerit2 nak marah anak sampai satu taman dengar suara kita... AllahuAkbar... Terima Kasih Ya Allah..!!

Haa baru ingat, minggu lepas kan, ada rakan baru tau yang mula bermain dengan anak2 saya... bila dah pukul 7 tu, saya bagitahulah anak2 saya suruh mereka masuk rumah.. Anak2 saya ni cakap la babai dengan kawan2 dia lepas tu cakap esok main lagi.. Tiba2 rakan baru tu cakap "Eh, kita main malam ni la".. Lepas tu Alisha jawab "Kami tak boleh main malam2".. Kawan dia balas balik tanya kenapa.. Alisha jawab "Malam sejuk".. Kawan Alisha jawab "Mana sejuk".. Lepas tu terus anak saya masuk rumah... Saya yang terdengar perbualan mereka tu sengih2 je.. hehhe... Itu jawapan Alisha tau, kalau Aqilah punya jawapan, lagi hebat... Aqilah biasa akan cakap "Malam2 tak boleh main, malam2 ada setan".. hahhaha.. tak tahulah mana Aqilah belajar bagi jawapan camgitu.. comel benor jawapan dia... hahha

Jiran saya jugak ada cerita yang saya ni kalau anak main jauh ke atau lari kejar basikal rakan2 ke, saya akan panggil mereka suruh pusing semula.. lepas tu katanya, saya ni, petang2 suap anak2 makan... Ermmm saya ni skima sangat kot jaga anak.. hahahh.. Tapi bagi saya, lebih baik saya lebih jaga anak dari kurang jaga anak... Yap, memang saya mengaku, anak2 saya keluar bermain mesti saya ada teman mereka... U all, di lorong rumah kami ni, banyak kereta, motor & basikal lalu lalang tau... Anak2 pulak, main mestilah area atas or tepi jalan tu jugak kan... Kiranya bila ada kereta motor lalu, mestilah saya akan bagitahu anak2 suruh ketepi kan... Bukan nak cakap la u all, tapi anak2 dekat lorong saya ni, bermain tanpa pengawasan orang tua.. kiranya mereka bermain sambil mak2 mereka dalam rumah.. agaknya dari situlah nampak saya ni skima ke, kurung anak ke or sewaktu dengannya... saya pun tak tahu kenapa situasi tu berlaku, sedangkan rakan2 anak2 saya tu, seusia anak2 saya je pun, malah Alisha yang paling tua @ 6 tahun, yang lain tu samada sebaya Alisha atau muda dari Alisha... Saya yang duk jaga anak saya ni, kiranya bila mereka bermain tu, bukan sekadar jerit nama anak sendirila, sekali dengan nama anak orang pun saya jerit.. bukan apa u all, risau, kadang2 tu, kereta dah dekat, alih2 budak2 melintas.. Allah...

Yang bab suap anak2 makan nasi petang2 ketika mereka bermain tu pun memang betul jugak... Ntah, sejak saya duduk di sini, saya selesa dengan keadaan petang2 suap anak makan.. sebab anak2 saya biasanya pukul 8 lebih malam dah tidur.. so, petang2 tu, saya suap la mereka nasi siap2... Ada ketikanya, bukan saya suap anak2 saya je tau u all, tapi jugak dengan anak2 jiran.. biasanya 2 orang je anak jiran yang join makan sekali... kiranya 5 orang la berkongsi satu bekas & satu tangan.. tangan itu tangan saya.. hahha.. Saya tak kisah pun u all, kalau anak2 jiran nak makan jugak, saya suap je la... Itulah kehidupan saya di rumah baru kami ni u all... maybe jiran2 saya yang berada di pondok tersebut, jarang or tak pernah tengok situasi tu sebelum kehadiran saya agaknya, sebab tu udah macam gaya saya kurung anak.. hahha.. 

Bagi saya, bila berkaitan dengan anak, setiap orang ada cara didikan mereka tersendiri, saya ni, maybe tergolong dalam golongan mak2 yang skima la kot... eh, yang part suap anak petang2 tu kan u all, sebenarnya saya sendiri ketika masih budak2 dulu, saya seronok sangat tengok mak kawan saya @ jiran saya, dia suap anak2 dia makan... Teruja tau u all, saya masa budak2 waktu tu terpikir macam alahaiiii mak2nya mak dia ni.. mesti mak dia ni jenis lemah lembut dengan anak2 & sewaktu dengannya la... Walau macamana pun cara didikan atau cara kita menjaga anak2 kita, samada dengan cara lembut ke, kasar ke, garang ke atau apa2 je, tapi motif kita tetap jugak sama.. Moga anak2 kita semua membesar sebagai anak yang berjaya di dunia dan jugak di akhirat, insyaAllah...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Mengajar anak tentang disiplin

Disiplin dalam kehidupan harian kita ni banyak benda tapi untuk entry ni, saya hanya nak fokus kepada beberapa perkara je.. Nak berkongsi apa yang saya ajar anak2 saya.. Errmmm saya ni bukanlah seorang ibu yang garang beria & baik beria.. just biasa2 je.. ada masa bertukar jugak jadi singa.. hahha... Dalam beberapa perkara saya memang tegas dengan anak2 saya.. Bila saya kata TAK, jawapannya TAK la, ia takkan bertukar jadi YA (UPDATE 04/08/2016, 11:18 AM... NAK TERANGKAN SEBELUM ORANG SALAH FAHAM... MAKSUD SAYA UNTUK KATA2 "Bila saya kata TAK, jawapannya TAK la, ia takkan bertukar jadi YA" ADALAH SEBAGAI CONTOH, ANAK SAYA NAK GULA2, IANYA KURANG MANFAAT KAN, SO, SAYA TAKKAN BELI KECUALILA TIME TU SAYA TENGAH BAIK HATI... LAGI SATU, CONTOH KALAU ANAK NAK MAINAN, KALAU MAINAN TU JENIS YANG TAK BERMANFAAT, BILA SAYA KATA TAK BOLEH BELI, MEMANG TAK BOLEHLA.. KECUALI IANYA BERMANFAAT... PENDEK CERITA, AYAT SAYA TU, BERGANTUNG PADA SITUASI...).. Saya juga bukan jenis ibu yang suka hinggap tangan ke badan anak2, pernah hinggap tapi boleh dikira dengan jari.. saya banyak guna kuasa mulut.. hahhah.. Nada yang keluar dari mulut saya tu ada banyak nada jugak, nada marah ada, nada tegas ada, nada lembut ada.. macam2 nada la, bergantung pada situasi.. TAPIIII, satu kepantangan saya adalah, mulut dilarang keluar word2 yang tak elok, tak kisahlah ketika marah atau tak, seperti contoh bod*h... Memang satu kepantangan saya...!! Sebab saya percaya, apa yang keluar dari mulut kita adalah satu doa, takkanla saya nak doakan anak saya jadi bod*h kan??... Bukan dengan anak2 je sebenarnya, memang dalam kehidupan harian saya, saya tak didik diri sebut word2 macam tu... Anak saya pun, sejak2 dah ramai kawan dekat rumah kami ni, kawan2 mereka sebut word seperti bod*h macam mainan je di mulut masing2.. Lepas tu mulalah anak2 saya ni berceramah dekat kawan2 mereka tu... Adehhhhh.. Tapi tu la kan orang kata, macamana kita didik anak, macam tu la jadinya... harap kekal sampai ke sudahla...

Berbalik pada tajuk disiplin tu, SAYA MEMANG MENDISIPLINKAN DIRI ANAK2 SAYA, SELEPAS MAIN MESTI KEMAS... Umur anak belum setahun or awal setahun saya dah ajar mengemas barang mainan mereka.. Pada sesetengah orang mungkin ianya terlalu awal, tapi bagi saya, nak melatih anak sesuatu harus bermula awal.. Alhamdulillah anak2 saya takda masalah untuk kemas barang mereka selepas main... Afrina yang bulan depan genap umur 2 tahun tu pun, kemas sendiri mainan lepas main... Saya memang seorang yang tegas, sebelum jadi seperti sekarang, di saat mereka kadang2 bagi banyak alasan dari mengemas kembali, saya tak layan pun alasan mereka tu... Alasan mereka selalunya berkaitan dengan penat... Bila mereka tak kemas, u all jangan pikir saya akan kemas, sebab saya tak akan kemas pun u all... mainan tu akan bersepah di situ selagi mereka tak kemas kembali... Keras kan hati saya??... Tapi ada jugak ketikanya saya tolong kemas sama2 dengan mereka... Itupun selepas saya guna kaedah psyco sebab nak bagi mereka kemas jugak barang yang mereka sepahkan... hahah.. Hasilnya??? Anak saya, sebagai contoh kalau balik kampung, mereka main ramai2, bila dah taknak main, sepatutnya haruslah kemas sama2 kan.. tapi, yang lain tak kemas.. maka anak saya kemas sendiri merekala.. sebab mereka dah terbiasa, selepas main, harus kemas kembali.. Ada ketikanya anak saya komplen jugak, katanya "main sama2 kenalah kemas sama2"... Bila anak cakap macam tu, nak sedapkan hati anak2, saya jawab "Takpala, kemas je, nanti kalau kemas dapat pahala, pahala banyak nanti boleh masuk syurga"... *cara saya ajar anak kemas barang*


Saya jugak LATIH ANAK2 SUSUN SELIPAR BILA NAK MASUK RUMAH.. yang ni saya baru lagi start ajar, lebih kurang sebulan dua ni la... Awal2 ajar tu, kadang2 mereka tak buat jugak, tapi saya duk ulang or ingatkan selalu supaya mereka susun selipar.. Lama2 bila mereka tengok selipar berselerak, mereka sendiri pulak yang pergi susun.. Masa kami menetap di rumah sewa, saya tak lakukannya pun u all.. Sedangkan saya sendiri dilatih susun selipar di rak tersedia dari zaman kanak2 lagi tau u all... Rumah parent saya memang tak pernah selipar berselerak.. Anak2 saya semua pun dah tahu pasal ni.. Tapi tu la, ketika kami di rumah sewa, saya tak lakukannya.. maklumla, rumah sewa, so, saya macam tak endah sangat pasal "keindahan" rumah ni haaa... tapi bila rumah sendiri, oh, semua tu saya titik beratkan yer.. hahha... Hasilnya???... Hari tu ketika kami balik rumah MIL, saya tengok selipar dekat rumah MIL saya tersusun elok je semuanya.. rupa2nya Aqilah yang susun.. hahaha.. Ohya, nampak tak digambar kat atas tu, selipar yang terbalik susunannya tu, itu selipar Aqilah, Aqilah ni duk pakai selipar terbalik lagi, bulan 10 ni umur 4 tahun..


Selain dari tu, anak2 saya jugak dididik, selepas mandi, tuala mesti sidai di ampaian... tak boleh letak merata selepas guna.. Alisha takda masalah la bab ni... Cuma Aqilah je kadang2 dia ngelat sikit.. tapi takpa, buat masa ni masih dimaafkan sebab Aqilah kadang pun jemur tuala tinggi sebelah, rendah sebelah... sekadar letak tuala di ampaian tu pun dah kira bagusla bagi saya...  

Ini antara perkara yang saya disiplinkan anak2 saya, lepas main mesti kemas, masuk rumah harus susun selipar di pintu & lepas mandi, tuala harus sidai di ampaian... Tak perlu disiplin yang over2 pun.. disiplin yang simple2 macam ni pun dah ok di usia anak sekarang.. ketika kecik mereka dah biasa dengan disiplin, nanti usia semakin meningkat, mereka takda masalah untuk kita bentuk dengan disiplin yang seiring dengan usia mereka pulak...

Macam sekarang, bila anak dah biasa dengan disiplin, Alhamdulillah nampak kesan2 lain yang datang seiring tau u all... Saya bagi contoh, anak2 saya dibenarkan bermain dari pukul 6 petang hingga pukul 7 malam atau 7 malam lebih secoet... Bila dah pukul 7, saya hanya perlu sebut "Alisha, Aqilah, dah pukul 7..".. terus anak2 saya bergerak masuk ke dalam rumah sambil cakap "Ok, esok kita main lagi".. Nampak tak?? Mudah kan??.. Mereka menjadi seorang yang dengar cakap.. tapi masa mula2 dulu, ketika mereka baru pandai nak berkawan @ kami baru pindah sini, mereka ada jugak cakap, "Alaa nak main lagi".. tapi sekadar cakap je la.. kaki tu tetap jugak bergerak masuk ke rumah... 

Lagi satu, di taman kami ni, malam2 anak2 jiran pun akan main jugak tau u all.. pukul 8 malam tu, anak2 jiran keluarla main.. masa awal2 kami pindah sini, anak2 saya pernah sekali keluar main cikgu2, itupun selepas anak2 jiran datang rumah saya mintak izin nak ajak anak saya main.. Itu je la sekali, lepas pada tu memang takda main2 dah untuk  anak2 saya di malam hari... Sebabnya rasa macam tak kene dengan jiwa saya pulak, bila anak main malam2 dekat luar rumah, kalau dalam rumah main adik beradik tu lain cerita la kan... Tapi lepas kejadian tu, anak saya ada jugak bagitahu nak pergi main lagi waktu malam & anak2 jiran pun datang mengajak tapi saya tak bagi... Lama2, anak saya dah tak heran dah orang main malam2... mereka duk main dalam rumah, kalau tak main, mereka tidur... Haaa tau apa Aqilah cakap dengan Alisha, saya dengar perbualan mereka "Mana boleh main malam2 kan, malam2 ada setan dekat luar"... Allah.. ayat anak saya.. hahhahah.. Itu ntah2 saja cakap sebab nak sedapkan hati sendiri, kalau saya bagi izin, mau mereka dulu sekali yang pergi main.. hahhaha


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Video gambaran neraka menjadi punca anak saya dah jaranggggg bergaduh

Lumrah adik beradik, mesti nak bergaduh kan... Macam anak solehah Alisha dengan anak solehah Aqilah la u all... Sorang umur 6 tahun, sorang umur 4 tahun... Aqilah tu jenis suka sangat menyakat kakak dia... Yang kakak tu pulak, suka sangat menangis.. kadang bukan pasal kena pukul pun u all.. Saya bagi contoh, Aqilah usik Alisha cakap "Kak Isha tak boleh ikut pergi Tesco"... Alisha dia bukan buat derkkk tau, tapi dia boleh menangis sambil cakap "Ibuuuu tengok Aqilah cakap kak Isha tak boleh ikut pergi tesco"... Adehhhhh pening kepala saya.. Runsing pun ada duk dengar sorang menangis sorang mengusik ni haaa... Menangis tu pulak, bukanlah menangis manja2 or tipu2 tau.. menangis betoi2 punya menangis, berjurai air mata keluar, udah gaya kena pukul..

Sehinggalah baru ni, saya duduk bercerita dengan anak2.. saya ceritakan tentang syurga & neraka.. saya bagitahu mereka apa itu syurga apa itu neraka.. syurga tu untuk siapa & neraka tu untuk siapa... apa penyebab kita masuk syurga & apa penyebab kita masuk neraka... Lepas saya dah bercerita tu kan u all, saya ada lah bertanya jugak dekat mereka dengan cara saya bagi contoh sesuatu kelakuan & tanya mereka, jika buat macam tu dapat apa, dosa atau pahala... jika dapat dosa masuk mana, jika dapat pahala masuk mana... Lepas tu saya ada tanya jugak jika bergaduh dapat pahala atau dosa... mereka serentak jawab dosa & akan masuk neraka...

Untuk buat anak saya lebih paham, saya tunjukkan mereka video gambaran neraka... Oh, video ni saya cari dengan taip keyword "gambaran neraka " di kotak search dekat FB... Lepas tu keluarlah video yang orang2 share... Bila anak2 saya tengok, mereka semua takut..!! yela u all.. dengan terdapatnya manusia yang sedang diseksa... dipukul.. ada api segala bagai tu semua... Aqilah yang tengok video ni terus cakap "ibu, kak tak nak gaduh2 dah lepas ni... kak takut masuk api neraka"... Bukan setakat tu je u all.. dia punya penangan tu, api dapur gas tu pun Aqilah boleh tanya, api kat neraka tu macam tu ke.. Saya explain la yang api neraka tu terlebihhhhh lagi dari api dapur gas tu kan & bla bla bla...

Memang sejak dari hari tu, anak2 saya dah semakin kuranggggg bergaduh.. bergaduh tu ada tapi tak sekerap dulu... boleh dikira dengan jari je... Lagi satu pulak, misalnya kalau Aqilah nak kacau Alisha, Alisha cepat2 cakap tak baik, berdosa nanti kena masuk neraka, Aqilah terus berhenti kacau Alisha... hahhah... Kira macam ni point untuk Alisha la supaya Aqilah tak mengusik dia dah... Sekarang ni aman sikit lah rumah saya u all.. takda nak bergaduh sangat dah... Alhamdulillah.. lega!!

U all nak tengok video gambaran neraka ni, u all boleh jugak dengan cara tengok di you tube.. search je gambaran neraka.. Kalau tak pun, klik je SINI... saya dah siap2 search di you tube dekat u all.. Kot2 la u all pun nak guna cara macam saya ni untuk anak2 u all jugak..


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

Ketegasan dengan anak-anak

Iye, saya memang tegas dengan anak2 saya.. tapi tak semua tegas, ada benda yang saya tegas & ada benda yang saya ok2 je.. Saya memang nak jadi kawan kepada anak2 saya, tapi itu taklah bermakna semua yang mereka nak saya ikut je kan... Saya nak jadi kawan mereka tu dari segi pergaulan mereka seperti contoh siapa kawan mereka nanti, saya nak kenal... Kalau mereka ada masalah, mereka akan berkongsi masalah tu dengan saya... Sekali pun nanti mereka nak belajar dengan kawan2, boleh je ajak kawan2 tu datang belajar dekat rumah kami... maksud saya ni bila dah remaja la kan...

Saya tegas dengan anak apabila kami di luar rumah.. Sebagai contoh, kalau kami keluar pergi beli barang dapur, anak saya nak beli barang B, jika rasa ianya tak perlu, saya memang takkan beli... Mereka ulang jugak ayat yang sama dengan bagitahu mereka nak, kami akan bagi pilihan, jika dia nak barang B, dia tak boleh beli barang A yang dah ada dalam troli.. Mereka hanya boleh pilih salah satu sahaja.. tapi kalau saya rasa ianya ok, saya beli jugak.. cuma kalau saya rasa tak, saya memang tak beli, itu yang akan keluar pilihan nak A or B... Alhamdulillah sangat2 sebab saya dikurniakan anak yang bukan jenis merengek, berguling2 atas lantai, menangis akibat tak dapat apa yang mereka nak... pada saya, untuk jadi macam ni, maybe dari anak kecik lagi kita dah kena ajar kan... contohnya ajar mereka bagi pilihan A atau B..

Itu kalau part pergi beli belah... Ni part pergi rumah orang pulak.. rumah orang tu maksud saya bukan rumah parent saya atau my dear yer... saya cukup pantang kalau anak2 saya pergi rumah orang buat macam rumah sendiri... bagi saya, pergi rumah orang, buat cara rumah orang, jangan duk pergi sentuh yang tu sentuh yang ni.. saya cukup risau kalau berlaku kerosakkan barang dekat rumah orang... Manusia ni, kadang depan kita duk cakap takpa.. takpa.. belakang kita tu lain cerita... Saya pernah je nampak status FB orang bercakap pasal ni.. komplen anak orang tu bla bla bla... sebab tu dari anak2 saya kecik, saya memang dah ajar, pergi rumah orang diam2.. Alhamdulillah la, setakat ni anak2 saya kalau kami keluar pergi rumah orang, mereka memang jenis yang duduk berkepit sebelah saya jer... 3 beradik sama je perangai dari kecik, sampai sekarang... 

Bukan saya nak cakap saya bagus.. setiap orang ada cara tersendiri dalam mendidik anak.. dalam didik anak ni, takda cara tu salah, cara ni betoi.. sama je.. walau macamana cara kita didik, tapi matlamat kita tetap sama.. Kalau orang kata saya ni ibu yang baik, nampak muka macam keibuan, tapi hakikatnya.. saya ni garang jugak tau u all... cuma garang saya, garang mulut je... pukul2 ni saya kurang... kalau pergi rumah orang, kalau saya tak suka anak saya buat sesuatu, saya cuma panggil nama anak saya dengan nada yang tegas, pastu bila anak dah tengok saya, saya akan keluarkan jelingan maut saya tu dekat mereka.. hahhahhaha... Serius, saya memang ada jelingan maut dengan anak2 yer... Anak2 kalau nampak saya jeling maut tu, mereka paham la tu saya tak bagi... So mereka takkan buat... kalau tak, mereka akan dengar saya berletiaq... Alaa kalau ikutkan boleh je anak2 saya taknak dengar cakap kan... paling hebat berleter je, bukan ibu pukul pun kan... tapi tu la, Alhamdulillah mereka tak macam tu... Harap2 kekal sampai bila2..

Saya bukan tak bagi anak saya nak main tu main ni... mereka boleh main tu main ni, tapi di rumah sendiri, bukan rumah orang.. rumah orang tetap rumah orang..!! mereka tahu di rumah sendiri mereka dapat kebebasan sepenuhnya... tunggang terbalik rumah ni dibuatnya.. pun saya buat tak nampak.. Dinding penuh dengan contengan, yang tak kena conteng, dalam bilik mandi je, itupun saya tak kisah... tilam, bantal kena conteng.. itupun ibu tak marah... baju, kain, selimut kena gunting... itupun ibu tak marah jugak... sebab anak tengah nak membesar.. mereka tengah explore.. so no hal bagi saya.. dalam rumah sendiri takda ke"pantang"an.. ke"pantangan"nya cuma satu, LEPAS MAIN, MESTI KEMAS, BUAT SALAH, MESTI MENGAKU..!! itu je.. kalau tak kemas or buat salah tak mengaku... mulalah ibu nak pakai "topeng" gorilla.. hahhaha

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

Cara taknak bagi anak main gadget

Sebelum2 ni kan saya pernah bercerita yang akhir tahun lepas, saya dah tak bagi anak saya main gadget.. saya sorok gadget tersebut, sehinggalah awal bulan 8 hari tu, Alisha terjumpa gadget yang saya sorok tu... Saya ada bagi Alisha main gadget tu tetapi sejam sehari je kan... U all tahu tak, sejam sehari main gadget tu, hanya bertahan 2 3 kali je dalam tempoh seminggu... Lepas tu anak saya TAK LAYAN GADGET...!! Iye, u all tak salah baca... anak saya tak layan gadget.. bukan setakat Afrina tak layan gadget yer, tapi Alisha & Aqilah pun sama... Tak layan gadget tu maksud saya, mereka tengok je gadget yang ada tu, tapi tak guna pun u all... dah takda situasi berebut gadget macam tahun2 lepas... dah takda dah situasi menangis kerana gadget macam tahun2 lepas... dah takda dah situasi ralik bermain gadget macam tahun2 lepas. 

Cara yang saya lakukan, hanya satu, MENJADI IBU YANG MEMPUNYAI HATI KERING...!! Itu adalah permulaan untuk saya tak bagi mereka main gadget... mereka bergaduh kerana gadget, last2 saya ambik gadget tersebut & saya sorok... Menangis?? Sudah tentu... tapi lumrah seorang budak2, hanya waktu itu sahaja mereka menangis mengamuk sekalipun, riuh satu taman pun... lepas dari itu mereka dah ok... Time ni lah kita harus bertabah untuk menjadi IBU YANG MEMPUNYAI HATI KERING UNTUK SEKETIKA... Kalau kita kalah dengan amukan anak, kalau kita kalah dengan tangisan anak... sampai bila2 lah anak kita terus dengan gadget atau apa sahaja sekalipun... Bab hati kering ni, bukan setakat dalam kes taknak bagi anak main gadget je tau u all tapi kes lain jugak.. Antara hati kering yang menyakitkan adalah dalam kes cerai susu badan anak.. Arghhh sakit hokey... sangat sakit..!! 

Menjadi hati kering tu, sekadar permulaan je u all... Ketika itu & di saat itu sahaja... Lepas tu u all dah ok... Bila anak tanya mana gadget mereka... pandai2lah u all psyco anak u all tu... Tapi tu la, untuk pengetahuan u all, ketika saya sorok gadget anak tu, bila mereka mintak, saya cakap gadget mereka tu kucing dah ambik... Adoilaa.... Anak saya iyakan je... Tapi kalau diingat balik alasan saya tu, kalau masa boleh diputar, saya taknak cakap macam tu dah... Bagi saya, itu dah dikira "tipu" anak dah tu... saya tak boleh betoi "tipu2" macam tu... walaupun benda tu nampak remeh... tapi saya taknak satu hari anak saya pandai tipu saya pulak... saya tak nak anak saya belajar tipu walaupun seperti cakap2 orang, "tipu sunat"... adehhhhh.. TIADA ISTILAH TIPU SUNAT bagi saya.. Kalau masa boleh diputar, saya akan guna psyco... saya akan explain kenapa saya sorok gadget tersebut... seperti contoh, mereka bergaduh adik beradik, mereka lalai dan lain2... Dalam bab ni, u all kena main peranan la... belajar psyco, u all pasti tahu cara nak psyco anak, u all pasti tahu apa kelemahan anak u all... Macam Aqilah, cara dia, tak boleh marah nanti dia lagi parah tapi nak kena peluk la kiss la sayang la budak baik la, pendek kata yang baik2 je la... Dalam masa yang sama, kita pun kena pandai kawal marah kita jugakla... Tak boleh anak mengamuk, kita pun nak mengamuk... haru jadinya...

Main gadget ni tak salah tapi cuma pandai2lah ajar anak2 soleh & solehah kita tu bahagi masa... tapi kalau anak dah tak nak layan gadget, itu lagi bagus.. Anak2 saya memang dah lama tak main gadget ni.. Kalau balik kampung parent saya, lagilah... mereka saya akan dedahkan dengan aktiviti luar rumah seperti main pasir, main sorok2, main masak2... lagipun sedara mara seusia mereka di sebelah family saya, tak bergadget sangat.. memang dah lamaaaaaa la anak2 saya pandang sepi dekat gadget2 ni haaa... rumah saya setiap hari akan jadi tongkang pecah... memang bersepahhhhhhh sangat2.... TAPIIIII mereka akan kemas semula selepas main sebelum abah mereka balik kerja... YAP, mereka kemas sendiri...!! Dari kecik saya memang dah mengajar anak2 kemas barang sendiri selepas main... dari usia setahun lebih kot saya dah ajar... Cuma kadang2 anak solehah Aqilah la, ada masa dia tak kemas jugak tapi Alisha memang sentiasa kemas.. Aqilah ni dia lain sikit, nak suruh dia kemas mainan dia tu, kita kena cakap baik2 dengan dia... nak kena guna panggilan sayangla... budak pandaila, budak rajin la... macam2 la... pendek kata, jangan marah, kalau marah, sampai ke sudah dia tak kemas...

Dalam bab kemas barang selepas main atau pun simpan kembali barang selepas kita guna atau letak bekas yang kita dah guna di sinki, kita patut ajar anak2 kita lakukannya... bagi saya, di awal usia anak dah kena ajar... yang paling penting anak sulung, sebab anak2 yang nombor 2 nombor 3 dan seterusnya ni mengikut pengalaman saya, mereka mengikut anak yang sulung... Bila kakak yang sulung kemas selepas main, automatik, adik2 pun ikut walau kadang2 adik ada jugak ngelat tapi kakak baik hati akan tolong kemas... U all tahu tak, pernah sekali tu, ada anak syurga seusia anak2 saya lah @ kaum kerabat sendiri... makan sesuatu selepas itu, saya suruhlah dia ambik bekas tu letak kembali di sinki... u all tahu anak syurga tu buat derk je, dia boleh blah macam tu je.... saya pulak yang terkejut dengan respon dari anak syurga tu.. bukan apa, ambik contoh zaman saya kecik2 dulu la... asal orang tua suruh je, tak kiralah dia tu siapa, asal nama dia orang yang lebih tua dari saya lebih2 lagi usia mak2 saya, pasti saya akan menurut perintah... Zaman sekarang ni, anak semakin maju... kita suruh, kita tegur, kita pulak yang dapat jelingan manja dari mereka... kalau dulu, nak tengok muka orang2 tua yang suruh saya tu pun saya segan...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

Jangan risau jika anak lambat bercakap

U all yang dah lama follow  blog saya, mesti tahu selama ni saya pernah cite pasal Alisha yang lambat bercakap.. padahal umur yang lebih muda dari dia pun dah fasih berkata2.. Saya ingat lagi, Alisha umur 2 tahun @ ketika lahir Aqilah baru dia makin pandai berkata2.. time ni dah pandai buat ayat 4 5 patah perkataan.. Bila umur 3 tahun,  bertambah teror la kan.. bahasa german pun makin kurang, tapi tetap ada.. cuma sikit je la lagi...

Sekarang alisha dah nak masuk umur 3 tahun 4 bulan... dah makin rancak bersembang.. dah macam2 dia tanya.. hari tu g shopping, dia nampak "pampers" kita ni haa... Dia tanya saya "Ibu, tu apa?"... Adehhh terbantut jap saya nak explain.. First time ditanya soalan camgitu.. saya harus ready untuk segala soalan lepas ni.. Alisha yang semakin cerdik...! Tak berhenti bersembang.. sebijik mengikut peel ibu.. banyak cakap banyak tanya.. hahahha

So, pada u all yang anak2 lambat cakap, jangan risau, sebab sampai masa mesti anak2 petah berkata2 gak.. pedulikan apa orang kata... ingat je yang anak kita adalah anugerah terindah yang Tuhan bagi dekat kita...! 

__________________________________________________________

Saya nak story satu perkara... Orang pernah kata yang Alisha ni lambat bercakap.. anak orang lain lagi awai lagi muda dari Alisha tapi dah pandai cakap... baguslah anak mereka pandai cakap kan... Tapi satu je, kita sebagai ibu2 ni, pantaulah percakapan anak2 kita tu... Alhamdulillah setakat ni Alisha tak reti lagi nak sebut BODOH ke, BAB* ke or apa je yang sewaktu dengannya... maybe sebab Alisha dijaga oleh saya & memang saya sendiri tak suka sebut word2 macam tu.. kalau kita marah dekat orang pun, jangan sebut bodoh.. walaupun u all just nak marah dekat pelakon dalam TV tu.. PLEASE JAGA PERCAKAPAN kita..!! Saya tengok ada anak2 yang lebih kecik dari Alisha dah pandai cakap kat kita yang besar2 ni, bodoh la.. Bab* la... Ya Allah.. terkejut saya dengar... bukan apa, takut nanti orang kata kita yang cakap benda2 camtu walaupun kadang2 kita tak cakap pun sebenarnya... sebab tu kene pantau...

Saya sendiri kalau dengar kaum kerabat sebut sesuatu yang tak elok depan anak2 saya, saya tegur tau u all... saya bagitahu jangan sebut benda2 camtu depan budak2.. Sebenarnya bukan depan anak2 saya je.. depan budak2 mana pun.. sebab secara peribadinya, saya memang tak suka dengar orang cakap keluar word2 yang tak "berfaedah" camtu... Rasanya, kalau u all tanya my dear, sejak dia kenal saya, berapa kali saya pernah sebut BODOH, pasti my dear akan berpikir panjang.. mencari kot2 saya pernah sebut.. bukan nak berlagak baik, sebab saya pun tak baik gak.. manusialah katakan.. cuma ntah, saya tak suka... Nak bagitahu u all, ketika saya kecik, yap, perkataan tu jadi mainan kat mulut bila bergaduh dengan adik beradik.. Bila saya makin besar, pemikiran makin matang.. NO MORE perkataan camgitu yer... SAYA TAK SUKA SEBUT..!! Word BODOH, kita tukar kepada word PANDAI..! InsyaAllah.. bila kita tak sebut, anak kita pasti takkan sebut... Kita yang mencorakkan anak kita.. Kalau kita tak sebut, tapi anak sebut, tegur anak, bagitahu dia jangan sebut benda macam tu..

P/s : Jangan marah anak jika anak2 sebut word "tak berfaedah" jika kita sendiri lakukannya.. time tu kita boleh pikir sendiri kenapa anak kita sebut word2 camtu.. 

P/s : Walaupun kita bukan ibu yang terbaik tapi sama2lah kita berusaha & mengubah diri untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak2...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Bila anak tegur pasal ketidak adilan kita dalam memberi kasih sayang


Saya tertarik dengan komen dari FIZA dekat entry ADAKAH KITA ADIL DALAM CURAH KASIH SAYANG DEKAT ANAK2... Fiza kata, anak dia KIMI ada tegur dia pasal ni... Alaaa sedihnya kan... Apa2 pun, Fiza bertuah sebab kimi bagitahu dia sendiri... Macam Alisha, dia tunjuk melalui perangai... suka menangis, suka merengek... so, saya sendiri yang kene cari punca, kenapa Alisha macam tu... sehinggalah saya dapat hint dari Alisha.... Kita kata kita adil.. kita kata kasih sayang kita sama banyak je dengan semua anak2... tapi tak mustahil anak2 rasa sebaliknya..

Pikir2 balik kita pun pernah jadi kecik.. pernah rasa ada adik beradik ramai.. pernah rasa jeles dekat adik beradik yang dapat perhatian lebih dari kita... Sama2lah kita berubah.. buktikan dekat anak2 yang kasih sayang kita dekat mereka adik beradik adalah adil... cara yang Fiza share tu pun, salah satu cara yang bagus... kalau nak kiss, kiss semua.. takyah duk kiss si adik je depan si kakak si abang... kalau kita ditempat mereka pun kita rasa jeles kan... apa kita ni tak wangi ke.. apa kita ni tak comel ke... nape parent tak kiss kita macam kiss adik... kan??.. Mana tau anak kita pikir camtu....
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Adakah kita adil dalam curah kasih sayang dekat anak2...

Selama ni Alisha memang suka sangat menangis... Kadang2 tengah2 tidur, dia terjaga menangis.. Maybe mengigau.. tapi dalam entry ni, saya tak nak sentuh bab menangis ketika bangun tidur tu.. tapi saya nak sentuh bab menangis time sebelum tidur or time bila2 je yang dia suka nak menangis or merengek...

Selama ni puas saya duk mencari sebab kenapa Alisha suka sangat menagis... kenapa Alisha suka sangat merengek... Orang kata sebab Alisha nak perhatian... Yap, mungkin.. tapi saya sebagai ibu pasti akan kata "Kasih sayang saya dekat anak2 sama rata je... takda lebih takda kurang...".. Ye sayang2... itu saya yang kata.. tapi bagi Alisha.. adakah saya berlaku adil untuk dia... Adakah betul kasih sayang yang saya curahkan dekat dia & adik dia sama rata? 

Saya nak u all pun berfikir jugak pasal ni... Sebab kadang2 kita tak sedar yang rupanya kita tak berlaku adil pun dekat anak2... Anak yang seusia Alisha masih lagi memerlukan kasih sayang.. masih lagi ingin bermanja... mungkin tanpa sedar kita dah bagi lebih perhatian dekat adik2 bawahnya... saya nak bagi contoh yang buat saya TERSEDAR DARI LAMUNAN.. TERSENTAK SENDIRI...

Satu malam, kami dah nak tidur... Alisha menangis.. Saya suruh diam tapi dia duk menangis jugak... Aqilah time tu pun tak pasal2 menangis jugak.. So, saya ambik Aqilah bagi susu... sambil bagi susu Aqilah, sambil saya pujuk Alisha... saya tepuk2 dia, tapi dia tetap menangis... Saya nak ambik Alisha letak atas peha saya tapi dia tak nak @ keraskan badan... tetap menangis jugak..sambil mata dia memerhati ke arah Aqilah.... time tu saya terpikir, adakah sebab Aqilah ada dalam pelukan saya @ tengah menyusu badan menjadi punca.. saya bagi Aqilah dekat my dear.. Lepas tu saya ambik Alisha.. barulah dia nak.. saya peluk dia & letak atas riba saya... saya pujuk2 Alisha... bila Alisha dah ok sikit, saya cakap "kakak, kakak tidur atas bantal yer.. ibu nak bagi Aqilah minum susu".. Bila saya letak dia atas bantal, ok je dia tidur.. Nampak tak u all... anak nak perhatian je sebenarnya.. dia pun paham yang kita nak bagi adik dia minum susu... tapi dia pun nak kita paham dia jugak... dia nak bermanja @ perhatian dari kita jugak.. saya sebagai ibu sepatutnya lebih prihatin bab ni... Selama ni kita bagi anak minum susu, kita duk peluk yang si adik tu je... yang si kakak nak gak rasa pelukan macam tu.. Yap, selama ni memang kita peluk je si kakak, tapi mungkin si kakak nak lebih dari tu... mungkin dia rasa adik lebih kerap kita peluk.. yela, dah adik menyusu badan kan...

Sejak dari tu, Alhamdulillah saya lebih prihatin bab2 ni... saya dah tahu apa yang menjadi punca Alisha menangis.. Saya dah tahu camna nak handle dia... Saya banyak libatkan diri dalam permainan antara kakak & adik.. antara Alisha & aqilah... Sepanjang Alisha suka menangis.. Otak saya asyik berpikir, apa punca dia menangis... Alhamdulillah... dengan status saya sebagai suri rumah sepenuh masa ni.. saya dapat tengok @ dapat mencari apa yang patut saya lakukan dengan melihat & menilai sikap anak2 tu sendiri... Alhamdulillah jugak saya dikurniakan anak macam Alisha.. yang sedarkan saya apa kesilapan saya dalam memberi kasih sayang dekat anak2... Kita patut nilai kembali.. kadang2 kita rasa kasih sayang kita sama rata dekat anak2.. tapi bagi anak2 pulak, adakah kita adil?.. Belajar selami perasaan mereka... InsyaAllah kita pasti akan jumpa apa yang kita cari

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Aqilah dah pandai minum sendiri


Aqilah masuk je umur setahun memang saya dah start ajar dia minum sendiri... Kiranya kalu saya bagi dia minum air masak tu, dia sendirilah yang pegang cawan.. Tumpah tu normalla kan.. sementara nak pandai.. Sekarang ni Aqilah dah pandai pegang sendiri.. kadang2 tu tak tumpah pun u all tapi dia sengaja pergi tuang air baki dia minum tu.. Lepas2 tu di "tepuk2"nya air yang dah tumpah tu.. Alahaii anak.. saje nak main air... Nasiblah ibu kamu ni baik.. Dah tumpah, ambik kain lap je lah kan.. Budak2 biasalah tu.. Kita dulu pun camtu gak... (",)

Untuk gambar atas ni.. actually time tu saya tengah minum EPHYRA.. Si Aqilah ni bukan main duk tarik2 baju saya, kiranya macam dia nak gtau dia nak minumlah kan.. Bila saya dah habis minum EPHYRA, saya letak air masak dalam bekas tu & bagi Aqilah minum... Anak2 ni cepat je balajar benda2 camni, cuma kita ni je antara nak dengan tak nak ajar.. Kadang2 kita tak ajar lagi dengan alasan nanti tumpah malas nak lap.. malas nak sapu.. tu yang jadi terbantut nak ajarkan.. (^_^)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Kawal anak supaya jaga tatasusila di rumah orang

Alhamdulillah syukur pada Tuhan saya dikurniakan anak yang dengar kata... Dengar kata yang maksud saya ni dekat umah orang.. Kalu kat umah sendiri jangan cakapla... Saya kalu g umah orang, saya tak suka sangat anak2 saya ni buat cam umah sendiri.. risau kot2 dia g sentuh tu sentuh ni.. sekali pecah ke apa ke... Saya jugak yang naik malu...


Macam Alisha dia memang dari dulu lagi jenis pemalu.. Kalu g umah orang duk berkepit je dengan ibu dia ni.. So, memang takda masalah la...


Aqilah ni pulak, dia jenis yang aktif.. So, dari awai lagi saya memang dah target AQILAH HANYA BOLEH "AKTIF" DEKAT UMAH SENDIRI JE.. UMAH ORANG MESTI JAGA TATASUSILA... Kat umah sendiri nak panjat apa pun panjat, janji umah orang jangan nak panjat kerusi orang plak.. Alhamdulillah Aqilah pun jenis dengar cakap & paham.. Maybe sebab dia tengok kakak dia pun diam2 je agaknya...

Peel anak dekat umah orang ni saya tak pasti samada ianya bergantung pada jantina or cara kita ajar or explain kat anak... Macam saya, dari kecik saya memang dah "control" Aqilah dari aktif dekat umah orang.. Sebab saya memang dari awal lagi dah cari strategi untuk bagi anak yang "aktif" tapi "diam" di umah orang...

Actually, Aqilah ni walaupun dia jenis aktif.. walaupun dia nampak serius.. tapi dia seorang yang sangat2 manja.. lagi manja dari Alisha... Kalau balik kampung pun, Aqilah & Alisha akan ambik masa untuk serasi.. Kiranya masa mula2 sampai, 2 beradik ni duk berkepit je la dengan saya.. Tu yang g umah orang dorang boleh "diam" kot... Kalau g klinik untuk checkup dorang pun, Alisha & Aqilah ni duk je dekat saya.. Saya ni pulak yang bagitahu dorang suruh g main dengan budak2 lain...

Tapi apa2 pun.. keadaan "diam" tu hanya akan berlaku bila di luar rumah @ umah orang.. Kalau umah sendiri.. mereka lah heroin.. hihiii.. Tapi saya tak kisah sebab umah sendiri.. janji mereka paham apa yang perlu mereka lakukan bila ada umah orang.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Didik anak mengaku salah sendiri

Semalam Alisha sepahkan rumah.. saya sambil2 masak tu, saja la tanya "Sape sepahkan rumah ni".. Alisha terus cakap "Isha yang buat..".. Tadi pulak, Aqilah main tab Alisha, lepas tu Alisha ambik tab tu dari Aqilah.. terus Aqilah nangis.. Saya sambil2 baring dengan Aqilah cakap "Sian Aqilah.. Sape buat Aqilah..".. Alisha yang ada dekat sebelah saya terus cakap.. "Isha buat... Isha buat adik"... Good girl lah kamu ni sayang.. Mengaku kesalahan sendiri...

Kalau dia terjatuh sendiri pun dia akan cakap "Isha buat".. takda nak salahkan batu sebab tersepak ke.. salahkan kerusi ke.. tapi dia akan salahkan diri dia sendiri.. Harap sikap Alisha kekal hingga dia besar & selama2nya... Walau apa "kesan" dari apa yang kita buat, jangan tuding jari dekat orang.. salahkan diri sendiri terlebih dahulu... Selidik balik apa yang tak kena...

Saya memang tak suka + saya rasa tak elok ajar anak "salahkan" benda lain... contohla, anak menangis terjatuh sebab tersepak bantal dalam umah, saya takdanya nak bagi anak tu diam g buat2 pukul bantal.. konon2 bantal tu bersalah la sebab jatuhkan anak... Tapi saya akan cakap itu salah sendiri.. jalan tak tengok bawah.. lenkali jalan tengok bawah.. 

Sekarang kita nampak remeh tapi "kesan" jangka panjang tu yang kita kene pikir.. tak nak nanti anak kita buat kesalahan sesuatu tapi sebab nak "tutup" salah sendiri, nanti mereka pandai salahkan orang lain... Tak best la perangai camtu kan...

P/s : Alisha memang bahasakan diri dia ISHA
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tips anak bijak guna OTAK KANAN

Entry ni saya dah buat sebelum ni.. tahun 2011.. untuk join contest.. *tiba2 baru tingat, apa cite dengan contest ni yer.. tergantung tak bertali.. (",).. kiranya saya copy paste je la semula.. hihii... Malas sungguh rasa harini... malas nak taip.. Saya up balik sebab saya nak praktikkan dekat Aqilah.. lagi satu memandangkan Alisha pun dah pandai cakap.. so, senanglah untuk saya teruskan usaha ni.. Dah alang2 saya nak ajar anak saya, teruslah saya share nak bagi u all praktik dekat anak u all jugak.. (",)

______________________________________________________________

Sebelum ni saya pernah terbaca yang kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.. Selama ni saya main ajar je alisha.. tak tau la otak kanan ke kiri tapi sekarang ni tiba2 saya rasa macam best pulak untuk seimbangkan dengan otak kanan jugak..

Tak kisahlah tu apa2 pun, yang penting hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)


1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "Alisha.. ibu terlalu sayangkan alisha.. kasih sayang ibu terhadap alisha tiada tandingannya.. semoga alisha membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. Saya selalu buat macam ni... terlebih feeling mulalah mengalir air mata...

2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..

3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",) Bab melukis ni rasanya abah alisha yang lebih elok mengajar kot sebab ibu alisha ni bila lukis rama2 silap haribulan, alisha gelakkan saya pulak.. hahahhah Ibu alisha memang tak reti bab2 melukis.. muahhaha

4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Alisha.. ibu mintak maaf sebab ibu tengking alisha tadi.. ibu sayangkan alisha.. ibu nak alisha jadi anak yang baik..".. Haa yang ni saya pernah termarah alisha sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. 

5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa.. *tiba2 saya terbayang Aiman Anak muni @ Puan Kutu yang suka loyar buruk hihii... Alisha memang pakar menyambung cerita saya siap dengan tangan lagi gerak tapi masalahnya bahasa German.. muahhahha

6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding. Bab gambar dekat cadar tu memang saya selalu buat... Sampai sekarang alisha pulak yang menegur saya bila saya tunjuk pooh tu adalah tiger.. si kecik alisha ni cepat2 tunjuk tigger tu adalah tiger.. hihii

7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Alisha, tolong diam.." berbanding "Alisha, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. Tapi tu la.. si ibu alisha ni pulak, kadang2 mulut tu terlebih ringan sebut JANGAN.. Adehhh

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Malam pertama yang akhirnya berjaya..!!

Malam tadi adalah malam pertama saya berjaya bagi Alisha tidur awal... pukul 9:30 dah tido..!! U all tahu tak, actually selama ni Alisha tido lambat tau... U all bayanglah, kalau pukul 12 malam, kami semua dah masuk bilik tido tapi si Alisha ni, boleh pulak dia duk main sorang2 atas katil tu.. kadang2 dia duk melayan tab.. sekali tengok jam kol 2 lebih pagi.. kol 3 lebih pagi baru dia nak tido... Pening kepala tengok dia tido lambat2 camtu... Saya pun teruslah cari jalan penyelesaian...

So, hari Selasa baru ni, saya "paksa" Alisha tido pukul 10 malam... tapi tak berjaya tau...!! Dia tak nak tido... kalau tak silap saya, pukul 2 lebih baru dia tido.. Time tu saya terpikir takut2 anak saya ni ada penyakit susah tido malam... Haihhh haru.... Last2, saya dah niat yang strategi saya untuk didik alisha tidur awal bermula esok pagi @ pagi rabu.. TAKDA BELAS KASIHAN!!

Pagi Rabu, saya kejutkan dia pukul 7 pagi & terus mandi walaupun mata dia terpejam lagi... Tak kisah pukul berapa dia tido semalam, dia tetap kena bangun mandi awal... Lepas mandi, saya temankan alisha tengok tv & breakfast, kononnya tak nak bagi Alisha tido la... Memang dia tak tido pun, cuma pukul 11 pagi je baru tertidur... tu pun sekejap je la... 

Petangnya pulak, hampir pukul 7 malam dia terlena, saya nampak... terus kejut Alisha & sembang2.. dukung2 dia semata2 tak nak bagi dia tido... Siap saya basuh lagi muka dia... Alisha duk la cakap "Kakak nak tido"... *kesian tengok mata dia, layu je.. yela, tido 4jam je... Tapi ibu dia boo layan yer... Kejam tak??.. Untuk didik anak, kita harus ada sifat KERAS HATI...!!!

Saya cakap, "kakak tak boleh tido sekarang, kene tido lewat sikit (maksud saya tu paling awal pukul 9 malam ).. nanti terus bangun pagi takyah terjaga dah.." Yela, risau gak saya, kalau saya layan kehendak dia nak tido time tu, tak mustahil nanti dia akan terjaga semula.. lagilah susah dia nak tido kembali... Last2 saya tengok Alisha dah terlena depan TV, time tu dah pulkul 9:30 malam... Saya terus angkat Alisha masuk bilik & terus terlena sampai pagi.. (",)

Alhamdulillah... Saya dah jumpa strategi nak bagi anak saya tidur awal... Kiranya cara saya ni untuk melatih or membiasakan diri dia tido awal.. dengan kata lain, tengah "menjadualkan" kembali "jadual" yang sedia ada dalam diri dia tu.. Sekarang ni, saya sedang mencari strategi untuk anak2 saya ni takda nak gaduh2.. berkongsi barang.. kalau berjaya baru saya share yer (",) Btw, ingat pesan saya selama ni tau.. Untuk berjaya, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN.. termasuk soal berkaitan anak2...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tiada paksaan dalam mendidik anak


Saya suka dengan komen Maria Firdz ni.. "SY BKN IBU YG JNIS MEMAKSA.. JADI PEMBELAJARAN ITU SY JADIKAN SCRA SLOW DAN SEMULAJADI".. Yap betoi.. dalam mendidik anak.. jangan memaksa.. nanti mereka memberontak.. Saya sendiri pun, dalam mendidik anak, takda memaksa...

Kalau u all mengikuti blog saya dari awal.. U all pasti akan tahu PUNCA SAYA START FREE DIAPERS ALISHA... PUNCANYA SEBAB ALISHA YANG DAH TAK NAK PAKAI PAMPERS.. NAK TAK NAK IBU DIA NI KENALAH AJAR FREE DIAPERS KAN.. (",) Tiba2 saya terpikir pulak, bila setiap entry berkaitan free diapers yang saya share.. mesti saya akan tulis supaya u all ajar anak free diapers tanpa wujudkan alasan.. terpikir pulak saya takut u all ingat saya suruh u all tu memaksa anak u all.. sedangkan hakikatnya kalau u all baca rentetan cerita free diapers alisha ni.. bukan sebab saya paksa, tapi dia yang nak... risau takut ada yang baru petama kali singgah sini & terus pikir lain.. hihii

Dalam bab berkaitan buku ni pulak... pun bukan saya memaksa... saya ni bukan ibu yang rajin sangat pun u all... PEMALAS saya ni sebenarnya... TAPI DAH ALISHA NI PULAK JENIS YANG RAJIN NAK BELAJAR.. DUK USUNG BUKU DIA TU JE.. ASYIK DUK TANYA IBU DIA NI. ASYIK DUK SURUH IBU DIA NI AJAR.. NAK TAK NAK KENELAH SAYA AJAR JUGAK... Kalau time saya MALAS.. saya pass dekat abah dia je suruh ajar.. (",)

Dalam bab berkaitan buku.. saya memang takkan paksa Alisha.. sebab my dear pun tak suka dipaksa anaknya.. my dear tak nak anak dia "kehilangan" keseronokkan zaman kanak2.. lebih2 lagi saya pun MALAS.. hahah.. Eh, u all jangan pulak kata, saya kata anak2 u all "kehilangan" zaman kanak2 tau.. Alaa kita mengajar anak2 kan sambil bermain... bukannya kita mengajar seperti cikgu2 dekat sekolah tu haaa...(",) *setiap orang ada pandangan sendiri berkaitan ini

Lagi satu, saya nak tulis jugak dekat sini... apa yang saya share dekat blog saya.. untuk anak umur Alisha yer.. 3 tahun.. bukan untuk anak2 u all yang dah besar.. kalau anak u all tu dah besar or masih kecik.. cara pembelajaran kita mestilah berbeza kan.. nak didik anak yang dah besar yang dah bersekolah tu lain..  

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright Reserved to IntaNBerliaN l Designed by DayangDeno