Mendidik anak menjaga alam sekitar

Masa saya belum kahwin, saya jenis takdalah nak beria buang sampah dalam tong sampah.. maksud saya tu seperti benda yang kecil2 macam tisu atau plastik gula2... tapi, sejak saya berkahwin dengan my dear, kalau saya buat macam tu, saya kena dengar leteran panjanglah jawabnya... Masa awal2 kahwin ada jugak terlajak buat, lama2 dah terbiasa buang sampah dalam tong sampah... Anak2 saya pun dilarang buang sampah merata2... kalau saya terpandang mereka buang, saya akan suruh mereka ambil kembali & pegang sehingga jumpa tong sampah... kalau tak jumpa, simpan je dalam poket tu terlebih dahulu.. haha

Dulu2 jugak, saya tak kisah sangat bila terpandang orang buang sampah tapi bila saya dah menitik beratkan bab2 ni, saya jadi kisahla semua tu... Sebab tu saya didik anak2 saya jaga kebersihan alam sekitar dengan buang sampah dalam tong sampah dari sekarang, di mana ketika mereka masih kecil lagi.. saya percaya, nak mendidik anak dalam apa hal sekalipun, harus dimula ketika mereka masih kecil.. alhamdulillah anak solehah Alisha sekarang pun dah mula paham pasal pencemaran.. Kadang tu dia nampak asap kilang ke, orang bakar sampah ke, dia cakapla... "Ibu, ada asapla, pencemaran udara.. tak elok"..


Dalam bab JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA ni, saya latih untuk semua anak saya tau, dari Afrina umur 2 tahun, sampailah ke Alisha umur 6 tahun... Salah satu inisiatif saya nak biasakan anak2 buang sampah ke dalam tong sampah adalah, saya LETAK TONG SAMPAH KECIL DI LUAR RUMAH... Anak2 saya kadang2 makan aiskrim ke apa ke di luar rumah @ dalam pagar... so, ada ketikanya saya ternampak plastik sampah mereka makan tu berada di lantai.. saya tahu, ini mesti kes malas masuk buang sampah dalam rumah.. Makanya, saya sediakan tong sampah kecil di depan rumah tempat mereka bermain...

U all tahu tak, dalam longkang depan rumah saya ni, sentiasa je ada sampah sarap... Sampah dari rumah sapa2 ntah, lepas tu tersekat dekat depan rumah kami... Hahhahha... pandai sampah2 ni cari destinasi tau... Saya ni lah jugak terbongkok2 duk ambik sampah sarap tu semua buang dalam tong sampah besar depan rumah tu haaa... Eh, satu hari tu kan, dalam saya duk terbongkok2, kutip sampah dalam longkang, adalah sorang anak solehah tu, dia boleh pergi buang sampah coklat yang dia baru je habis makan ke dalam longkang dekat saya yang tengah kutip sampah ni... Ya Allah... time tu saya rasa macam nak je cakap, "Sampah kene buang dalam tong sampah, jangan buang dalam longkang"... Tapi tu la, hati je terpikir nak tegur, mulut tak bersuara pun u all.. Bukan apa, parent mereka pun tak kisah, takkan saya pulak yang kalut kan...

Zaman sekarang ni, tersilap tegur anak orang sekalipun ianya untuk kebaikan, belum tentu orang suka... Orang kadang akan ingat teguran kita dekat anak2 mereka tu.. lepas tu mulalah nak berkecil hati bagai... Satu perkara yang saya semat dalam kepala adalah TAK SEMUA ORANG BERFIKIRAN POSITIF... TAK SEMUA ORANG DAPAT MENERIMA SESUATU ITU DENGAN POSITIF... Makanya, kalau ada sampah depan rumah saya,  saya kutip je la... tambah pahala yang tak berapa nak banyak tu haa... hahah.. Eh, u all, nak cakap jugak ni, didiklah anak2 kita semua jaga kebersihan.. biasakan mereka dengan pemikiran "SAMPAH HARUS DIBUANG KE DALAM TONG SAMPAH"... Jangan kita hanya pikir nak ajar anak ABC, 123, Alif baa taa & sewaktu dengannya je... tapi perkara2 lain @ nilai2 murni seperti ini pun harus diajar jugak... kadang orang buat tak nampak je dengan ajaran macam ni.. 

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

Diana Rashid Diana Rashid September 08, 2016
ye..budak2 ni kena diingatkan selalu..anak2 saya pun dulu masa kecik2 cakap berkali2 pun tetap buang kat luar..Sampai pernah bergaduh la dengan orang sebab sampah ni.Orang yang tak paham mungkin akan kata mak ayah tak ajar sedangkan yang sebenarnya anak tu masih dalam peringkat belajar..Bukan kita tak tegur cuma diaorang ambik masa lama sangat nak jadikan tu satu kebiasaan..Tapi sekarang ni pandai dah la..tahu lepas buka je bungkus makanan tu kena terus buang dalam tong sampah.
Cik Mun Cik Mun September 09, 2016
melentur buluh biarlah dari rebungnya kan..
PERMATABIRU PERMATABIRU September 20, 2016
kena biasakan dr kecik bru dia jadi habib
husna zahidi husna zahidi September 24, 2016
eh budak tu main buang je, nak kena babap nih.. mentang² dya tgk kita tgh membersih ye..

tu la kak dr kecik kena dah diajar perkara mcm nih sbb bila besar nanti xdelaa jd mcm skarang.. main kluar tgkap kreta je.. haishhh geram plak hsna..