Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Terima kasih kerana jadi pembaca blog saya


U all nampak tak print screen dekat atas tu... Tiba2 bergenang air mata saya lepas baca mesej tu... Sebelum2 ni pun saya memang dah ada dapat mesej macam ni.. tapi kali ni ntah, saya rasa macam sesuatu... sebab Nurul follow saya dari belum kawen... Nurul ni antara silent reader blog saya...


Actually kami berbalas mesej dekat FB sebab Nurul bagi hadiah dekat anak2 saya.... tu yang terkeluar ayat macam printscreen tu... thanks sangat2 ye Nurul sebab bagi hadiah ni... akak doakan moga nurul & semua hamba Allah yang dah kawen di muka bumi ini berpeluang untuk bergelar seorang ibu.. Moga Nurul pun akan dapat baby girl jugak.. time tu poket yang kembung pasti akan semakin menipis, puncanya pakaian & aksesori baby girl semuaaaaaaaaaa cantik2!!


Nak jugak tempek gambar si Afrina ni haaaa... Nampak tak, akak siap beli headband knotted dekat Afrina... pengaruh la punya pasal.. knotted ni tengah in sekarang... haha... Belum campur kain baju lagi, tengok tu nak, tengok ni nak... anak tak mintak, ibu ni yang melebih sebab gerammmmmmm semua barang baby girl cantik2 tapi mahaiiiii.... Kadang tu lagi mahai dari baju mak pak dorang ni haaaaa....

TERIMA KASIH lagi sekali dekat Nurul & u all yang sudi follow blog saya selama ni yer... Kalau saya tulis yang elok2, u all follow... kalau saya ada tulis yang tak elok, cepat2 tegur saya tau...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Blogspot ada masalah ke?


Tadi saya nak reply pertanyaan reader di petak komen... Alih2 di petak komen tu disuruhnya saya buktikan yang saya ni bukan robot bagai... kiranya word verification la kan... Ntah kenapa pulak jadi camni.. Saya pergi check setting... elok je saya NO kan word verification tu... tapi kenapa pulak boleh ada... Tiba2 je jadi camni, semalam ok lagi rasanya... Saya try lah pergi tengok blog orang lain yang buat komen pop up window... dorang pun ada word verification jugak... Eh, ke ada antara u all ok je pop up window ni? takda kuar word verification?... ke komputer saya yang prob...? ke mata saya yang tersalah pandang?... Ce u all yang buat komen pop up window tengok blog u all... Ok tak?... Kalau takda masalah, takda keluar word verification gtau saya ek... Eh, tapi sebelum tu, ce klik tempat komen entry saya ni... betoi tak ada keluar gambar cam atas?... nak kene buat pengesahan bagai...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pageview blog dah cecah 3 juta

Setelah 3 tahun 9 bulan berblog, akhirnya pageview blog saya dah cecah 3 juta... Masa nak cecah sejuta, bukan main lambat tapi bila dah cecah sejuta, cepat pulak nak jadi 2 juta & 3 juta... Cepat sikit je pun... bukan cepat banyak.. (",)


Start berblog 03/02/2011

3 juta : 28/11/2014 = ambik masa lebih kurang 5 bulan

Nampak tak, ketika mula2 berblog, nak capai sejuta punya terkedek2 sampai ambik masa 2 tahun lebih... tapi bila dah capai sejuta tu, laju sikit nak pergi ke 2 juta... ambik masa 10 bulan je... Ambik masa 10 bulan ni pun saya dah rasa teruja... tapi bila sentuh 3 juta dalam tempoh 5 bulan, lagi buat rasa teruja... alahaiiii makin cepat pulak.... eh!! biarlah walaupun blog orang lain yang hebak2 tu lagi cepat cecah juta2... saya ambik masa 5 bulan dari 2 juta nak jadi 3 juta pun teruja lebih kan... tapi tak kisah, sebab dorang tu blog hebak2, saya ni blog cikai... so, sejuta dalam tempoh 5 bulan ni pun, haruslah rasa terujakan.. (^_^)

Walaupun blog saya ni hanya terisi berkaitan diri sendiri & family kesayangan saya ni, tapi blog saya tetap jugak ngam dengan "google"... Banyak pageview @ UV yang masuk ke blog saya melalui carian google... Segala pengalaman saya, tak kira samada pengalaman dalam menjaga anak, pengalaman berpantang, pengalaman mengandung, semua saya berkongsi di sini... bagi saya, sesuatu pengalaman yang saya kongsi, pasti ada ibu2 lain turut untuk mengetahuinya.. sebagai contoh, anak selsema & batuk, saya share apa yang saya buat untuk hilangkan batuk & selsema anak.... tak mustahil anak2 kepada ibu2 yang lain pun akan terkena jugak selesema & batukkan... time ni ibu2 mesti akan google apa cara atasinya... maka di sinilah, wujudnya "kemesraan" antara blog & google.... itu yang pageview blog saya cepat bergerak... Lagipun bila baca pengalaman ni kan macam lebih terasa "dekat"... maksud saya terasa dekat tu camni, contoh anak kita demam & kita buat apa2 petua untuk kebahkan badan anak & anak pun kebah, time ni kita share petua tersebut di blog... berbanding dengan kita ada petua kita share di blog tapi kita sendiri pun tak buat... sekadar bagitahu camtu je... bagi diri saya, saya lebih suka baca yang orang share petua mengikut pengalaman dia sendiri... baru saya tahu ianya ok or tak.. & baru rasa nak follow jugak petua tu...

Kesimpulannya saya nak cakap, buat blog cerita pasal pengalaman sendiri pun berguna untuk carian di google... (",) Apa2 pun, TERIMA KASIH dekat u all yang tak putus2 bertandang ke blog saya...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

Pageview blog dah cecah 2 juta..

Saya malas sungguh nak bukak komputer & update blog sekarang ni... Tak sabar nak tunggu hari Khamis, nak balik TERENGGANU... haihh... Sebenarnya hajat di hati saya nak buat macam tahun lepas... Siapa yang dapat printscreen ANGKA 2 JUTA, saya nak bagi hadiah... Sekali pagi ni saya bukak blog & tengok sidebar... tu diaaa, dah 400++ terlebih dari 2 000 000... alahaiii... Padahal petang semalam saya tengok ada lagi lebih kurang 4k-6k untuk cecah 2juta... so, saya budget malam ni or pagi esok la akan bertukar jadi 2 juta... tapi tu la, rupanya saya tersilap... laju plak PV saya bergerak... Takpala, nak buat camne kan... takda rezeki untuk printscreen angka 2juta..


Apa2 pun ALHAMDULILLAH... di usia blog 3 tahun 4 bulan, akhirnya PV blog saya dah cecah 2 juta.. Walaupun blog orang lain lagi pendek jangka waktu dia untuk cecah juta2 ni.. Saya tetap bersyukur, sekurang2nya dah nampak la jugak usaha saya tu kan... Terima kasih dekat u all yang selalu berkunjung ke blog saya... Ohya, terima kasih jugak dekat EN. GOOGLE sebab bermurah hati "menampakkan" link blog saya di carian google... Ianya banyak membantu menaikkan UV & PV blog saya... (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."




Finally dah berjaya maintan UV 2k++ sehari..

UV : 2105 per day... PV : 5493 per day

Alhamdulillah... syukur sangat2... Finally dapat jugak saya maintainkan blog picisan saya ni dengan unique visitors @ UV 2k++ sehari.... Kalau tahun lepas, target saya maintain UV dengan 1k++ sehari.. Tahun ni, target saya 2K++ sehari... Alhamdulillah akhirnya dah tercapai... Usia blog 3 tahun baru dapat UV 2k++ sehari... Syukur jugak walaupun saya tak update blog tapi masih boleh maintain UV, sebabnya entry saya banyak terdapat dekat google bila orang search...

Lepas ni boleh usaha untuk tahun depan punya target plak 3k++ uv sehari... Untuk berjaya capai sesuatu, bagi saya kita perlu ada target, barulah kita akan berusaha untuk capai target tu... Secara peribadinya, ketika UV saya hanya ratus2 sebelum ni, target saya adalah untuk capai UV 1k++ sehari sebab saya nak jana pendapatan melalui blog.. maksud saya advertorial @ entry berbayar... Itulah detik permulaan saya usaha naikkan UV blog...

Alhamdulillah jugak, sedikit sebanyak hajat saya tu tercapai... Daripada bayaran untuk satu entry yang saya terima hanya RM10, sekarang saya dah boleh dapat bayaran 3 angka untuk satu entry... Alhamdulillah jugak, sepanjang berblog jugak, jumlah keseluruhan yang saya dah dapat, dah cecah RM 4 angka.... Bolehlah setakat topup poket anak2 & poket sendiri kan...

Apa2 pun saya ucapkan TERIMA KASIH yang amat sangat dekat u all yang tak jemu2 berkunjung ke blog saya... Moga Tuhan murahkan rezeki u all, tak kira rezeki apa pun... samada rezeki anak, wang ringgit atau apa sekalipun... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Rekod UV or PV di Google Analytics lagi tepat..

Selama ni, otai2 dalam dunia blog ni, kalau ada mana2 pengiklanan yang mintak print screen UV or PV, dorang mesti guna GOOGLE ANALYTICS tau u all... Sepatutnya, kita semua kene tahu pasal Google Analytics ni... Malu saya tau bila saya duk berbalas PM dengan blogger2 otai berkaitan blog, dorang kata ini asas.. saya ni dah 3 tahun baru je daftar Google Analytics ni tak sampai 2 minggu.. adehhh...


Tapi bila saya dah daftar kan, rupanya UV & PV di google Analytics lagi jauh beza banyaknya dari yang saya guna untuk rujukan selama ni.. ke sebab tempat rujukan sebelum ni sebab nak kene bayar duit kat saya... ekekeke. So, u all pun gunalah @ daftarlah Google Analytics tau.. Tapi jangan tanya saya camne nak buat.. Saya pun tak tahu sebab saya ni semuanya saya suruh ECA yang tolong time edit blog hari tu.. U all try la google cara dia tau... 

Ohya, jika u all berniat nak buat pengiklanan di blog or apply apa2 iklan, dorang dah ramai mintak Google Analytics tau.. termasuklah EXABYTES yang banner atas header saya tu... Rasa rugi sangat selama ni saya tak belajar pasal Google Analytics ni.. Sepatutnya dah lama saya berguru dengan otai2.. Bukan pe, selama ni takut2 nak bertanya.. Rupanya mereka semua peramah...

TAMBAHAN :

Pengiklan gtau saya mereka nak print screen UV or PV dari Google Analytics sebab katanya yang Google Analytics lebih tepat..!

Saya daftar sendiri Google Analytics tapi time nak masukkan kod tu di blog je yang saya mintak tolong ECA

CARA DAFTAR & MASUKKAN KOD ID GOOGLE ANALYTICS DI BLOG


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Permulaan kisah saya buat duit dari blog..

Baru2 ni, LIZZ ada tanya saya pasal tips or cara nk dapat iklan berbayar @ sponsored post.. maksudnya entry kita yang kita karang dibayar oleh pihak pengiklan.. Alaa dengan kata lain, sebagai contoh, u all ada bisnes jual baju, u all berminat untuk suruh saya promote di blog saya.. so, u all akan bayar untuk entry yang saya promote tu... Secara peribadinya, saya takda tips apa pun.. semuanya berlaku secara kebetulan.. Eh, tak nak sebut kebetulan la, rasanya lebih elok saya tukar perkataan kebetulan kepada perkataan yang telah diatur oleh Tuhan.. InsyaAllah...

Untuk entry ni, saya cerita pengalaman saya sendiri la yer.. nak bagi2 tips, saya pun tak tahu...

Semuanya berlaku pada bulan 09/2012.. Time ni ada yang mintak saya untuk tempek banner jualan dia di blog saya... Time ni saya tak bukak ruang iklan apa pun.. tapi saya dapat kepercayaan dari Anis untuk tempek banner iklan di blog saya... Padahal UV saya masa tu tak tinggi pun u all.. average 500++ je.. (actually time tu dah rasa tinggi dah UV saya tu... kikikiii)... Bermula dari sinilah terdetik di hati saya apa salahnya untuk saya mencuba kan... So, saya bukak ruang iklan seperti yang u all tengok atas entry ni dengan harga RM5 sebulan @ banner iklan saiz 125 x 125.. Eh jap2.. baru ingat, masa tahun 2011, saya ada letak ruang iklan free.. tapi tak lama sebab website tu ada masalah.. so, terus tak buat.. lepas tu baru muncul yang ruang iklan RM5 sebulan.. 

Di bulan 09/2012 jugak, tiba2 saya dapat call dari Karen sebab blog saya di rekemen oleh Abang Ben.. Semuanya berpunca dari komen yang Solehah tinggalkan di status Abang Ben dekat FB.. Tapi yang dengan Karen ni, sampai hari ni kami tak dapat bekerjasama lagi.. Bukan apa, sebab yang saya dapat offer tu, semuanya event yang jauh2 nun haaa.. mana saya boleh g.. so, saya ada gak cakap dekat Karen, kalau boleh saya just nak pengiklanan yang kene tulis entry di blog.. yang pasal event2 ni susah.. dengan anak kecik bagai kan.. Takpala, belum ada rezeki dengan Karen.. (",)

Tapi tu la, Tuhan maha pemurah.. walaupun saya tak dapat bekerjasama dengan Karen, tapi dia gantikan dengan saya dapat emel dari LastMinuteKupon untuk buat entry promote website dia.. Kira ni entry berbayar pertama lah yang saya dapat... Time ni, saya tak reti pun nak letak harga berapa untuk satu entry.. So, saya hanya cakap dekat client2, mereka boleh bagi berapa je yang mereka nak.. Saya tak kisah.. saya terima je.. time mula2 start ni, bayaran yang saya dapat, RM10 ke RM20 ke RM30 ke .. Eh, RM10 - RM30 tu pun rasa dah tinggi gak tau time ni.... Alhamdulillah, entry2 yang saya promote memuaskan hati client...

Selain dari yang saya ambik duit, ada jugak client yang bagi produk dekat saya & suruh saya guna lepas tu review... yang camni pun time tu dah seronok sangat dah u all.. Yela, dapat free kan.. muahaha.. Duit tak mintak pun sebab rasa macam barang yang client bagi tu pun dah free, seganla nak cakap pasal harga bagai ni.. Tapi lepas tu, saya ada buat lagi satu review.. entry ni dikarang oleh client sendiri tau.. harga plak, saya tak letak pun, macam biasa just cakap terpulang nak bagi berapa pun... Tengok2 saya dapat RM50.. Alhamdulillah.. ni pun dah rasa banyak.. dah la entry dikarang oleh client kan.. saya just publish je entry tu di blog..

Dalam bulan 03/2013, dengan takdir Tuhan, saya dapat  SPONSORED POST dari Nuffnang.. Yang sponsored post dari Nuffnang ni macam tak percaya pun yer.. Excited tu terlebih la lagi kan.. Mana taknya, bukan senang nak dapat SPONSORED POST dari Nuffnang.. Syarat untuk dapat sponsored post dari Nuffnang UV dia kene at least 1000 UV sehari.. Sedangkan masa tu UV saya tak sampai 1000 pun.. tapi tu la, dah nama pun rezeki kan... Saya dapat sponsored post untuk buat entry berkaitan HUGGIES DRY PANTS.. Inilah entry pertama yang saya dapat bayaran dengan jumlah RM 3 angka..

Sejak dari tu, saya mula rasa berani untuk buat entry2 berbayar ni.. Rasa yakin bila client bagi feedback yang baik.. UV saya time ni pun dah cecah 4 angka.. saya pun ada tanya blogger2 yang otai @ aktif dengan pengiklanan di blog ni, berapa RM yang blog saya layak letak harga untuk satu entry.. Time ni jugak, saya dah banyak add friend dekat FACEBOOK dengan blogger2 otai @ blogger2 yang aktif dengan pengiklanan ni.. Dari situlah, kadang2 saya jumpa or terbaca status2 mereka yang mereka cari blogger dengan UV sekian sekian untuk offer job berbayar... Macam PRODUK EPHYRA tu, saya terbaca status Eryqazz.. Time tu dia cari blogger yang UV 1000++.. Selain dari tu, saya ada jugak dapat job dari FA & Innanie.. U all pun boleh follow FACEBOOK mereka.. mana tahu kot2 u all pun ada terbaca status berkenaan job berbayar... Biasanya UV yang mereka nak, 500UV sehari.. Yang Eryqazz tu je first time saya jumpa yang UV 1000 sehari.. hihii.. Tapi tengokla plak, yang Eryqazz offer tu company yang keluarkan produk EPHYRA kan... sesuailah UV yang tinggi dia nak.. (",)

Bila kita dah mula dapat kepercayaan client, kita dah boleh letak harga kita sendiri... Tapi jangan main letak je.. Kenelah letak harga yang setaraf dengan UV blog kita & tengok gak feedback dari blog kita camne.. Bila ianya ok, insyaAllah kadang2 mereka plak yang suggest kita dekat kawan2 bisnes mereka yang lain... Apa yang saya belajar ianya biarlah win win situation.. jangan mintak bayaran banyak tapi entry ala kadar... Lagi satu plak, bayaran biarlah setimpal dengan kerja kita... Sekarang ni, yang saya nampak, blogger2 yang buat duit dari blog, tak nak ambik yang free2 camtu je yer.. maksud saya sebagai contoh, bagi barang kita guna & promote tapi mesti nak ada bayaran jugak... Yela, dah nama pun buat duit dari blog... kesianla kan, kalau free, camne nak dikatakan buat duit dari blog.. sebab sekarang dah ramai yang jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Terima kasih sebab sudi baca walaupun panjang


Nampak tak komen dari Lynndamya kat atas tu... fokus pada ayat "Entry akak memang panjang2 gila lah, tapi saya boleh je scroll sampai habis".. Ok, kene terima kenyataan sebab entry2 saya memang panjang... hahaa.. Sorryla, saya tak reti nak tulis pendek2 ni... Tapi ada je entry pendek, tu pun kalau entry bergambar berkaitan aktiviti anak2 saya... Kalau takda gambar, biasanya memang panjanglah entry saya.. (",)

Eh, tapi rasanya entry panjang2 saya selama ni, semuanya ada "isi" kan... Entry saya takda yang bergosip pasal orang lain kan.. melainkan pasal saya & family.. Disebabkan saya nak cerita or explain sesuatulah yang buat saya kene tulis panjang2, baru puas.. hihii.. Eh, tapi tu pun tak puas sebab takleh cakap face to face.. ekekek.. Apa2 pun, saya nak ucapkan TERIMA KASIH dekat u all yang sudi jugak baca entry saya sampai habis walaupun panjang berjela... (^_^)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Bila kita buat kerja dengan bersungguh2


Nampak tak komen Eyriqazz di entry ini, ni yang buat saya rasa makin terharu ni tapi dalam masa yang sama rasa gembira.. (^_^) Kata2 Eyriqazz yang buat saya terharu or gembira adalah "Kak Amiza cakap memang puas hati collaborate dengan ina.. Entri bagus, high return".. Alahaiiiii sob sob rasa nak nangis sebab terharu... Sungguh saya tak sangka yang Kak Amiza gtau camtu kat Eyriqazz.. Eyriqazz ni yang cadangkan nama saya dekat Kak Amiza.. So, kira macam Eyriqazz ni "boss" saya & Kak Amiza client.. Dah macam client report reputasi anak buah dekat boss la kan.. hihi 

Ketika saya buat entry berkaitan EPHYRA, saya bukan pikir pasal ianya berbayar tapi saya cerita dengan penuh ikhlas.. apa yang saya sendiri saya.. Bila ianya bagi kesan positif, pasti yang kita cerita pun positifkan.. Saya bersyukur sangat sebab Kak Amiza suka dengan entry2 review saya berkaitan EPHYRA selama ni.. Mereka2 yang lain yang saya dah review, maksud saya review berbayar la kan.. dorang pun bagi respon yang positif.. Ohya, jangan ingat saya hanya promote kaw kaw untuk entry berbayar je tau.. Entry yang tak berbayar macam entry sponsor2 Mega Giveaway saya selama ni pun, dorang bagi komen positif... Alhamdulillah kata2 mereka semua buat saya rasa makin positif & makin bersemangat untuk terus aktif dengan blog @ buat duit dengan blog.. (",)

Nak cite sikit dekat u all, masa saya mula2 nak aktif dengan review berbayar, ada tu saya just ambik barang je tau.. tak bayar duit pun, kiranya just review barang yang mereka bagi saya lah kan.. Lepas tu saya mula plak dengan bayaran rendah2 je u all, rm10 pun ada.. time ni baru2 nak test skill review la kata orang.. Alhamdulillah yang saya hanya ambik bayaran RM10 tu, entry saya ada di page 1 google & Alhamdulillah jugak dia dapat pulangan yang lebih dari entry saya tu... Itu masa mula2 la u all.. Tapi sekarang dah lama sikit.. UV saya pun makin naik...Bermula dari rm10 masa mula2 dulu, sekarang ni dah boleh dapat RM 3 angka untuk 1 entry.. Alhamdulillah sangat2.. kiranya, saya nak bagitahu u all, dalam bab review ni, saya pun bermula dari bawah.. Takdalah, mentang2 orang lain 3 angka 1 entry, saya yang baru nak mula pun, terus mintak bayaran 3 angka jugak 1 entry.. (",) 

Kesimpulannya, inilah hasil yang kita dapat bila kita buat kerja dengan ikhlas & bersungguh2.. Ohya, jangan kata saya riak or takbur plak tau.. Mintak selisih sifat2 tu dari diri saya & kita semua.. tujuan saya cuma nak bagitahu u all, bila kita buat sesuatu kerja dengan bersungguh2 tanpa merungut pasti kita akan dapat hasil yang terbaik.. Pahala dah tentu2 dah.. Lastly, Alhamdulillah dengan rezeki yang saya dapat sekarang walaupun tak sehebat orang lain di dunia blog ni tapi sedikit sebanyak saya mampu mendaki jugak di dunia blogger ni walaupun baru menapak setapak dua dari tapak kaki gunung.. hihii 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Wajah baru di hari tua

Wajah baru adalah BLOG saya ni haa.. bukan wajah saya yer..hihii.. Tajuk entry Wajah baru di hari tua.. Hari tua ni, adalah HARI NI BIRTHDATE SAYA... So, maksud title tu adalah wajah blog saya berubah di hari lahir saya.. (",) Alhamdulillah masih diberi peluang untuk saya terus bernafas & terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu & anak.. Moga "tanggungjawab" saya kepada pencipta juga akan bertambah2 "rajinnnnnn" lagi...

Rasanya kalau u all pembaca setia di blog saya, pasti tahu siapa yang edit blog saya ni kan.. Siapa lagi kalau bukan cik adik yang tengah duk ambik master ni haa... Saya memang sentiasa berpuas hari dengan hasil tangan designer favorite saya ni.. Ini tahun ketiga kami bekerjasama.. Bagi saya tahun ni adalah tahun yang paling stress bagi ECA.. Secara peribadinya, saya banyak komplen sampai Eca pening.. ye dok eca.. hihi.. Saya memang jenis yang cerewet..

Rasanya ni draft ketiga Eca buat baru saya puas hati.. sian eca kan eca... (^_^)... Saya gtau Eca, saya nak design saya ekslusif saya je.. saya tak nak sama dengan orang lain... Haaa nampak tak pening tak peningnya Eca..hihi.. Actually memang setiap tahun pun saya gtau benda yang sama... Setiap tahun saya akan gtau Eca, edit blog saya dengan tema INTANBERLIAN, MERAH, EKSKLUSIF & KEBABOOOMM.. Bab kebaboomm yang buat Eca pening tu...

Tapi apa2 pun, Eca tak pernah menghampakan saya dengan design2 dia tu.. Untuk design terbaru ni, saya suka bahagian kotak entry tu.. Kerawang di bahagian atas & bawah... Dekat footer @ bawah sekali blog ni, ada doa tau... U all scrool la sampai bawah tau... (",) Ohya, blog ni akan ada touch up sikit lagi tapi takda pe sangat cuma nak up kan ton warna secoet dua je lagi bagi lebih menyerlah..

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja Eca..!! Apa pendapat u all tentang kreativiti Eca kali ni..?.. Ohya, jika nak suruh Eca edit blog, u all bolehla tanya dia.. BLOG ECA or FB ECA.. TERIMA KASIH ECA CAYANG BUCUK MACHAM.. ;p

TERIMA KASIH DEKAT SEMUA YANG DAH BAGI UCAPAN SEMPENA KELAHIRAN SAYA TAK KIRA DI FB KE, BLOG KE, MESEJ KE, EMEL KE.. TERIMA KASIH SANGAT2 ATAS UCAPAN TU.. MOGA KITA SEMUA SENTIASA DI BAWAH LINDUNGANNYA
     "Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w." 

Gambar di blog saya pecah2 @ blurrr ?

U all tengok gambar di blog saya untuk entry hari ni pecah2 ke?.. Saya pun tak tahu ni, sebab ada yang gtau jadi blurr @ pecah2.. ada yang gtau ok je macam sebelum2 ni.. Tensen saya tengok blog ni haaa... Dah la ada kat kampung, laptop tiba2 buat hal.. terpaksalah guna komputer yang memang dah sakit ni haa...

Kalau dari komputer saya ni, memang gambar ni blurr la... tapi nak tahu gak kot2 saya je nampak camtu.. bukan pe, gambar2 ni semuanya saya dah draft awai2 masa dekat sungai petani.. so, memang masa tu takda nak nampak blurr or pecah2 la.. kira ok macam gambar sebelum2 ni gak... Kalau u all nampak pecah2, hari ni je la saya update entry bergambar... minggu depan baru continue.. tak syok la plak gambar nampak blurrr.. tapi kalau u all nampak ok, saya sorang je nampak tak ok, so, nanti saya tetap akan update cam biasa gak.. ahhahha



Saya dah ada FANPAGE.. Jom LIKE... (^_^)

Hasil tangan ECA

Alhamdulillah finally.... blog saya ni ada jugak fanpage.. (^_^) ... Dari tahun lepas teringin nak buat, akhirnya tahun ni baru termakbul... (",).. Seronok tengok orang lain ada fanpage, saya pun buat jugaklah.. Boleh gitu??.. hihii...Nama fanpage saya.. Cinta Hati Intanberlian... Ikutkan nak buat IntaNBerliaN tapi tak dapat.. so, gunalah Cinta Hati Intanberlian.. Idea dari Eca.. Thanks yer Eca... sentiasa ada di saat saya memerlukan.. cewahhh... (",)

Jika sudi, u all LIKE la Fanpage Cinta Hati Intanberlian ni tau.. InsyaAllah selain dari saya share entry2 terbaru saya dekat fanpage tu.. saya jugak akan share berkaitan anak2... U all kan tahu saya ada buku2 berkaitan anak2 ni.. So, bolehlah saya share apa2 maklumat yang best dekat u all jugak... Kalau u all ada nak bincang or tanya apa2 pun, u all boleh post dekat fanpage saya tu.. nanti bolehlah kita sama2 ber"komen" di sana... (",) 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Baru dapat kembali maintain kan UV

Masa raya bulan lepas kan saya malas nak update blog.. 2 minggu tak update blog.. So, UV time tu memang jatuh teruk la u all... Hari raya pertama hanya 100++ & hari raya kedua 200++.. Eh, hari raya memanglah kurangkan.. orang busy beraya.. (^_^)

Tapikan, hari yang lepas2 tu pun UV saya memang sikit tau.. 400-500 camtu je rasanya... Redha je la tengok UV secoet camtu kan.. dah malas nak update blog, sape suruh... Bila saya dah kembali update blog pun, saya memang rasa SANGAT SUSAH untuk dapat kembali UV 4 angka... Saya meluah perasaan dekat my dear, lepas tu my dear cakap, lenkali update 1 entry sehari.. buat auto publish... tu la, nape saya tak buat ntah time tu.. sedangkan sebelum ni, walaupun saya bercuti seminggu, saya mesti buat auto publish...


UV saya yang sikit tu dijadikan semangat untuk saya terus usaha dapatkan balik UV saya yang sebelum ni... Alhamdulillah... Finally bulan SEPTEMBER baru saya dapat kembali maintain kan UV dengan 4 angka... Walaupun angka dekat depan tu angka 1.. hahha.. boleh la.. nak merangkak untuk maintain dengan angka 2, payoh benor rasanya...


UV yang 3 angka tu, sebabnya hari SABTU & AHAD.. Hari tu memang saya cuti dari update blog... Hari Jumaat tu biasanya 4 angka tapi bila time balik kampung, UV dia mulalah turun jadi 3 angka jugak.. Kalau sebelum2 ni, UV hari Sabtu & Ahad saya biasanya atas 500.. so, nak kene maintain kan yang sabtu & ahad tu pulak...

Ohya, saya memang menitik beratkan UV blog saya.. Yela, saya kan ada buat ruang iklan.. so, haruslah jaga "kebajikan" customer.. muahahhah.. Opsttt UV ni jugak penting sebab saya sedang berjinak2 dengan sponsor post.. sponsor post tu tak saja terhad dari NUFFNANG tapi dari company luar jugak...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Lepas 6 bulan baru perasan

Semalam saya tengok akaun Nuffnang, sekali terpandang link referrals dari blog Muja.. Baca link tu pasal contest SEO yang Muja join... Contest tu berkenaan 10 blogger terbaik Malaysia.. Tengok tarikh bulan 2.. Aik, baru sekarang saya perasan pasal entry tu...

Saya rasa terharu sangat sebabnya antara 10 blogger terbaik malaysia yang Muja tulis tu, terselit 1 link blog saya.. (^_^).. Ohya, ni pada pandangan mata muja la yer.. bukannya pada pandangan mata dunia tau.. kikii.. walaupun saya rasa tak layak tapi saya tetap ambik entry muja tu sebagai semangat untuk saya terus berblog... Mana tau kot2 satu hari nanti ia betoi2 jadi kenyataan (",) Thanks muja

KLIK SINI JIKA NAK TAHU 10 BLOGGER TERBAIK MALAYSIA YANG MUJA SENARAIKAN

P/s : Blog & blogger maksudnya lain yer... (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Blog saya dah ada header raya (",)

IntaNBerliaN

Cantik tak header raya saya ni?? Suka tengok header ni sebab gambar Alisha & Aqilah tengah senyum.. Alisha malu2 & Aqilah pulak happy je.. (",).. Macam biasala.. orang yang buat header ni mestilah ECA... Saya memang suka dengan hasil kerja ECA ni.. U all pun kalau nak edit blog ke nak header ke.. bolehlah suruh ECA yer.. (",)

Btw, senarai nama Mini Giveaway #16, jap g baru saya keluarkan yer... semalam tak sempat nak buat entry... ni tengah duk copy nama anak2 semua.. (",)

P/s : Header ni akan melekat hingga habis bulan Syawal


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..

Keywords menu berbuka puasa menjuarai carta


Hebat tak hebatnya penangan keywords PASAL MASAKAN di bulan puasa... bayanglah, 10hits keywords dekat Nuffnang tu, semuanya pasal resepi tau... Yang saya print screen dekat atas tu, yang semalam punya keywords sampai pukul 11 lebih malam... Hari ni pun, saya bukak je Nuffnang, tengok keywords, semuanya pasal resepi.. Bayanglah, entry yang saya buat pasal Menu or resepi berbuka puasa semalam tu, dalam tempoh tak sampai 1 hari, jumlah view dia dah 500++...

UV saya pun semalam hampir 2k.. Eh, memang UV harian saya 1k lebih, cuma bezanya, kalau sebelum ni UV 1000 -  1500 tapi semalam 1500 - 2000.. Sekarang saya dah mula paham sedikit sebanyak KEYWORDS UNTUK SEO.. Walaupun apa yang saya tulis dekat blog saya ni semuanya pasal diri sendiri, anak2 & family.. kalau pasal masakan pulak, saya sendiri yang masak.. tapi kalau kita dah mula paham untuk guna keywords, InsyaAllah entry kita akan ada dekat page 1 google tu.. (",) *tak perlu keywords @ entry berkaitan artis or bercerita pasal orang lain pun, u all mampu untuk dapat UV yang tinggi 

Macam entry Menu or resepi untuk berbuka puasa, entry tu bukannya saya bagitahu pasal cara masak or resepi pun tapi saya buat entry tu lebih kepada nak promote supaya orang datang view entry berkaitan resepi di blog saya... U all pun boleh je dapat UV yang tinggi dari biasa.. keyword yang dapat "tarik" untuk ke page google tu.. Saya kan dah banyak share tips yang saya buat selama ni... apa yang saya share, semuanya berdasarkan pengalaman saya... (",)  


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Menu or resepi untuk berbuka puasa

Ini baru separuh hari punya keywords... 


Time2 bulan puasa ni memang orang duk mencari lah resepi or menu apa nak masak time berbuka nanti.. Pada yang bekerja tu, memang terkejar2 sikitlah nak balik memasak menu berbuka kan... Kalau tak sempat, terpaksalah u all beli dekat bazar ramadhan... Eh u all, jap, kalau u all nak resepi yang mudah2.. simple tapi sedap, jangan segan silu try RESEPI-RESEPI yang saya share dengan u all dekat blog ni tau...

U all nak resepi lauk pauk pun ada... pencuci mulut pun ada... u all cuma perlu klik je link RESEPI ni, semua resepi di blog saya ni terpampar depan mata u all.. cewahhh.. hihii.. So, tak yah nak pening2 pikir resepi or menu apa untuk berbuka nanti.. tengok je RESEPI kat blog saya ni.. Nak lagi mudah, masak je ayam bakar tu... Malam ni sebelum tidur u all sediakan & perap.. Esok balik kerja terus bakar.. tak ke mudah tu?? masa pun jimat.. Yang penting sedap... (^_^)3

Hari ni menu berbuka kami, GULAI KARI KEPALA IKAN SELUDU..  tak menahan, suami isteri 2 orang ni dah siap cop bahagian mana kami punya... hihii.. U all dah pikir ke nak masak apa untuk berbuka nanti? (",)

P/s : Tak sangka rupanya dah lebih dari 70 resepi saya share dekat blog..


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Siapakah yang dapat Printscreen angka 1 000 000?

Takda sorang pun yang dapat printscreen angka 1 000 000... Semua yang emel saya, hantar printscreen dengan angka 100 000... Saya tahu kenapa jadi camtu... pasal semua yang hantar emel tu, semua tengah ready depan komputer tunggu angka tu bergerak kan... lepas je angka 999 999, terus u all tekan button printscreen kan... Sayang sejuta kali sayang... lepas je angka 999 999, boleh pulak jadi 100 000... bila refresh., baru nampak angka 1000 000.. tapi time tu, bukan ngam2 1 000 000 la... dah lebih dari tu (",) Pelik kan.. apa daaa... boleh pulak dia jadi 100 000 lepas 999 999.. hihii...

Tapi jangan risau ye sayang sayang saya sekalian... SAYA HARGAI HASIL USAHA U ALL... SO, SAYA TETAP JUGAK BAGI HADIAH DEKAT U ALL... (",)


Saya bagi kerongsang.. TAK MAHAL TAPI IKHLAS DARI HATI SAYA... kalau u all ada tudung Fareeda ke.. ala2 Fareeda ke.. bolehlah ganti2 kerongsang dekat tudung tu.. (^_^) Ada 6 orang emel saya.. so, keenam2nya saya bagi hadiah.. Saya akan bagi hadiah secara random.. Btw, suwit la u all ni... tunggu depan komputer nak printscreen angka 1 000 000.. Sayang sama u all la.. (",)... Nanti emel saya semula yer... kasi alamat.. (",)

Ciksu = dah ada alamat
MV = dah ada alamat


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Mencari pengunjung ke 1 000 000

My dear dah banyak kali tanya saya.. pengunjung ke 1 000 000 saya nak bagi apa... Tak pernah saya terpikir pasal ni... tapi bila penasihat bagi idea.. saya pun ikut la kan... idea yang bagus jugak tu... (",) So, u all nampak tak dekat SIDEBAR SAYA TU... DEKAT BLOG'S STATS.. Ketika saya taip entry ni, terpampar no 998 058... Sikit lagi nak cukup 1 000 000.. 

Kalau ikutkan saya punya PAGEVIEWS setiap hari... angka 1 000 000 tu, akan genap harini... So, siapa antara u all yang dapat PRINTSCREEN DEKAT SAYA SEBAGAI BUKTI YANG U ALL PENGUNJUNG KE 1 000 000, SAYA AKAN BAGI SESUATU... Tapinya murah2 je la... ikhlas dari hati saya... hadiahnya tak pasti lagi apa dia... tunggu saya keluar malam ni, usha2 apa yang patut (",)

PRINTSCREEN BLOG'S STATS DEKAT SIDEBAR DENGAN ANGKA 1 000 000... LEPAS TU EMEL SAYA KE zarina_naniey@yahoo.com.my DENGAN TITLE "PENGNJUNG KE 1 000 000"... OHYA, INFORM JUGAK DEKAT KOTAK KOMEN YANG U ALL PENGNJUNG KE 1 000 000 YER.. SENANG SAYA NAK TAHU & SEMAK EMEL

UPDATE : 

KALAU U ALL TAKDA BLOG PUN BOLEH JOIN.. PERINTSCREEN & EMEL JE DEKAT SAYA (",)


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Ahirnya "dia" muncul setelah lama menghilang...


Dari akhir tahun lepas lagi saya hanya dapat blogwalking ke blog dekat bloglist saya je... Tapi hari ni, bukak blog tiba2 dapat "semangat" baru.. akhirnya dashboard saya dah terpampar senarai entry terbaru rakan2 blogger lain... hihii.. Banyaklah sikit entry yang saya boleh baca lepas ni.. (^_^) Teruja betoi tengok... bayanglah, sejak guna interface baru, ni baru pertama kali "dashboard" saya ni berfungsi dengan baguih... (",)


Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...