Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label resepi minum petang yang simple. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi minum petang yang simple. Papar semua catatan

Mee kari simple tapi sedap..!!


Buat pertama kali dalam sejarah, semalam saya masak MEE KARI... Serius saya tak tahu @ tak pernah masak mee kari tapi saya teringin nak makan.. kalau beli tak puas, masak sendiri boleh makan banyak & berulang kali.. yang saya tahu, masak mee kari ni macam kita masak gulai kari biasa tu haa... Dengan penuh semangat, petang semalam saya masak mee kari ni tau... Rahsia yang saya nak bagitahu u all, normally kalau saya masak sesuatu yang saya tak pasti ianya menjadi or tak, mesti saya akan berdoa dalam hati masa tengah masak tu...  contohnya "Ya Allah... bagilah sedap masakan aku ni... aku masak dengan penuh kasih sayang untuk bagi anak & suami aku makan"... ohya, tapi normally time masak2 tu adalah jugak saya zikir apa2 kan.. tapi itu perkara biasa yang semua orang buatla kan... Ada masa saya kelam kabut, tak sempat gak nak zikir time masak tu u all.. yela dengan anak pulak time tu la nak kelam kabut sekali..

Cara saya masak mee kari ni sangat2 simple tapi sangat sedap..!! Sungguh teruja sangat bila suapan pertama ke mulut saya je.. terus saya terhenti sekejap makan.. hahahha.. pastu dengan seronoknya & dengan perasankan dirinya bagitahu my dear "Abang, ina masak sedap..." melebar saya senyum rasa macam tak boleh nak tutup mulut ni... hati seronok sebab menjadi.. hahhaha.. Ohya, tapi bila saya cakap camtu, my dear buat tak tahu je u all.. takda respon.. biasalah, my dear kalau sedap bukan nak bagitahu tapi kalau tak sedap laju je dia kritik... tapi dalam diam2 my dear tu u all.. tau tak, my dear siap bertambah lagi makan mee kari yang saya buat tu tau... wah, apakah maknanya??... Ini yang buat saya makin seronok... Seronok memasak.. Selagi tengah Tuhan kurniakan kudrat ni, bolehlah saya masak untuk anak & suami.. masak puas2.. Nanti jika kudrat saya dah diambil, sekurang2nya saya tak rasa ralat... InsyaAllah.. (",)

Cara saya buat mee kari ni senang je u all.. Saya hanya guna bahan yang ada di rumah je tau... BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA = BLEND.. DALAM PERIUK, TUMIS 4 SEKAWAN + BAHAN BLEND = TUMIS SAMPAI WANGI.. PASTU MASUKKAN SERBUK KARI AYAM + SERBUK CILI.. = MASAK SAMPAI PECAH MINYAK.. PASTU MASUKKAN AYAM.. MASUKKAN AIR + SANTAN PEKAT + FISHBALL & FISHCAT + AIR ASAM JAWA + GARAM + UBI KENTANG YANG DAH DIREBUS & DILENYEK UNTUK PEKATKAN KUAH.. SIAP...!!

Cara nak makan makan biasala kan.. celur mee, celur sayur sawi, celur tauge, telur rebus & daun sup.. bahan2 celur ni dimasukkan sekali dalam mangkuk time nak makan tu.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Apam Marmar yang sangat senang & sedap..!!


Tak sempat nak karang panjang2 ni... My dear dah nak guna komputer.. so, saya terus tulis cara buat je la yer u all... Ni pun saya karang cepat2 & buat auto publish.. Ohya, gambar ni sebelum masuk pengukus tau.. Gambar selepas tak dan nak ambik & upload.. kejar masa... my dear duk ulang gtau nak guna komputer je ni haaa... Tapi kalau nak tengok camne, U all GOOGLE JE IMAGES APAM MARMAR TAU... Eh, tak payah google.. KLIK je link sebelah tu, saya dah tolong u all.. hihii (^_^)

CARA-CARA : 2 CAWAN TEPUNG GANDUM + 1 SUDU TEH BAKING POWDER + 1 CAWAN SANTAN + 3/4 GULA + 2 BIJI TELUR + 1 SUDU KECIL ESEN VANILA + 1 SUDU BESAR OVELLET + SECUBIT GARAM = PUTAR GUNA MIXER.. MULA2 GUNA SPEED SLOW DULU TAU BAGI DIA SEKATA LEPAS TU BARU GUNA SPEED LAJU SAMPAI JADI KEMBANG & PEKAT.. BILA DAH SIAP PUTAR, BAHAGIKAN KEPADA 3 BAHAGIAN & MASUKKAN WARNA KESUKAAN U ALL.. LEPAS TU U ALL MARBLE KAN LAH DIA JADI CAM SAYA BUAT TU... = KUKUS SELAMA 45 MINIT OR SAMPAI MASAK

Tapi yang saya punya tu tak cantik pun sebab saya memang tak reti pun nak ber marble2 bagai ni.. Tapi tu la, dah tergedik2 nak buat gitu gak.. buat je lahkan.. ahhahha.. Ohya, Kak Tifa gtau, kalau nak lagi cantik, TARIK ADUNAN TU DARI TENGAH BAWAK KE TEPI LOYANG... NANTI AKAN JADI BENTUK BUNGA... saya baru tahu pasal ni.. patut nampak orang lain buat cantik.. rupanya camgitu yer... Next time boleh try, yang kali ni, baca komen Kak Tifa tu selepas dah masuk dalam pengukus..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Cucur udang manis

Dah lama ibu Alisha & Aqilah ni tak tempek gambar makanan... Berlambak kat draft tu, nak tulis je malas, idea banyak sangat, beratur semua nak "keluar".. ekekeke


Menu petang kami hari ni, saya buat cucur udang.. Semalam my dear beli udang.. Alaa murah je, sekilo RM8 tapi udang kecik2 je la.. dalam cucur takleh letak udang besar2.. sayang.. hahahaa.. bukan pa, kalau udang besar2 ni, rasa macam lagi bagus masak buat lauk.. Rasanya 300gram ++ jugak saya letak udang dalam cucur ni..


Saya namakan cucur udang saya ni dengan nama CUCUR UDANG MANIS... Maunya tak manis, udang berlambak2.. so, mesti banyak rasa "kemanisan" yang keluar dari udang tu kan...


Bau dia wangi je tau.. Bila makan tu, terasa udang dia... sedaplah... tapi saya buat ni, bahan tak cukup pun u all.. tak kisahla.. takda tak payah letak kan.. (",) CARA BUAT : TEPUNG GANDUM + SERBUK KUNYIT + BAKING POWDER + BAWANG BESAR POTONG DADU + GARAM + TELUR + TAUGE + DAUN KUCAI OR DAUN BAWANG (saya tak letak sebab takda) + AIR MASAK = KACAU RATA LEPAS TU PERAP.. BILA NAK GORENG, MASUKKAN UDANG, KACAU RATA2 & TERUS GORENG...

Ohya, saya ada dengar orang cakap, salah satu fungsi tauge tu adalah untuk lembutkan cucur kita tu, thats y kene perap.. Tapi macam saya ni, saya memang suka letak tauge & memang suka buat awai2 pastu simpan dalam peti ais, bila nak makan petang tu terus goreng je..

UPDATE :-

Fungsi telur dalam cucur = Untuk melembutkan adunan & membuat adunan tidak melekat antara satu sama lain

Fungsi serbuk kunyit dalam cucu = Untuk mewarnakan cucur & memberi aroma serta rasa yang tersendiri dekat cucur

Fungsi air masak or air suam dalam cucur = Untuk melembutkan cucur bukan je sesudah masak ketika masih panas tapi jugak bila cucur tu dah sejuk


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Mee rebus terengganu yang sangat mudah nak buat tapi sangat sedap..!

Hari ni selain dari masak lauk untuk my dear balik lunch, saya ada jugak masak MEE REBUS TERENGGANU untuk anak2 saya + perut saya sendiri.. (^_^) Makan mee rebus terengganu yang tengah panas ditambah plak dengan keadaan yang hujan ni.. alahaiiii sedapnya u all.... Cara nak buat sangatlah senang.. Sedap plak tu... Anak2 confirm suka..!! Jangan risau, tak pedas pun...


Ni MEE REBUS TERENGGANU yang saya buat hari ni... sayur sawi takda, so, saya tak letak la.. tapi saya ada letak ayam... Kalau ada sayur sawi lagi best + warna lagi menarik ni.. Ohya, saya buat guna SPAGHETTI tau u all.. Actually kalau di Terengganu kami guna mee lidi.. tapi kat sini, tak jumpa la plak mee lidi, so, spaghetti pun jadilah... lagipun mee lidi & spaghetti lebih kurang je...


Ini yang saya buat tahun lepas... Nak resepi, KLIK SINI yer... Siap dengan resepi bebola ikan lagi saya kasi kat u all... Kalau u all dah bosan buat spaghetti guna resepi omputeh... meh try mee rebus Terengganu yang guna spaghetti gak ni... barulah selera melayu... selera pantai timur gitu... hihii.. Bukan susah pun, tumbuk2 pastu campak2 je.. senang je tau... Yang paling sedap, bebola ikan la.. sebab kita dapat rasa manis2 ikan.. (",).. U all try tau.. bagi anak u all makan... (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Bubur Butir Nangka yang sangat senang & sangat sedap..!!


Saya memang cukup suka makan makanan yang diperbuat dari TEPUNG PULUT..!! Sebab saya memang suka makan makanan yang liat2 camgini... (",).. Bubur Butir Nangka ni memang sangat senang nak buat & sangat sedap...! Alisha dah berapa hari duk request suh saya buat... Ni jap g nak kene buatlah... sebab saya pun dah tingin nak makan sebenarnya.. walau hakikat, minggu lepas baru buat.. hihii

Cara nak buat : TEPUNG BERAS PULUT + GARAM + KAPUR MAKAN + AIR + PEWARNA HIJAU (jika u all nak banyak warna, bahagikanlah beberapa bahagian & letak warna yang u all nak) = GAUL SAMPAI ADUNAN DAH TAK MELEKAT DEKAT BEKAS & TANGAN.. PASTU U ALL BULAT2KAN OR BUJUR2KAN ADUNAN (macam dalam gambar) & TERUS MASUKKAN KE DALAM AIR PANAS.. (Jika dah masak, ia akan timbul ke permukaan atas air)... BILA DAH TIMBUL  ATAS PERMUKAAN AIR, U ALL AMBIK LETAK DALAM BEKAS YANG BERISI AIR BIASA... DALAM PERIUK LAIN, U ALL MASUKKAN SANTAN + GULA MELAKA + DAUN PANDAN + AIR SIKIT = MASAK HINGGA MENDIDIH & MASUKKAN BUTIR NANGKA YANG KITA DAH SIAP GENTEL TADI... SIAP..!!
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cucur bilis yang confirm lembut..!! Dari pagi sampai petang sampai malam... (^_^)

 Abaikan bintik2 hitam tu yer.. Ni kes guna minyak yang sebelum tu goreng nugget

Tu diaaaa.. betapa nak tunjuknya yang cucur bilis ni lembut.. hihii.. sampai pagi sampai petang sampai malam lagi.. hihii.. Tapi cucur bilis ni memang lembut sungguh pun u all... memang terujalah saya dengan kelembutan dia tu.. Dengan lembutnya.. dengan sedapnya.. yang paling penting, sangat mudah..!! U all patut try tau..Bila hidang bagi kaum kerabat makan, confirm dorang tanya resepi.. (^_^)


Cuti2 hujung minggu pun u all boleh buat.. sambil tengok TV sambil makan cucur dicicah dengan cili sos.. Ya Allah... sedap sungguh.. sedar2 je dah habis.. (^_^)

CARA NAK BUAT : BLEND BAWANG BESAR + IKAN BILIS + AIR HINGGA LUMAT... AMBIK TEPUNG GANDUM + YIS MAURIPAN + GARAM + KUNYIT DEBU = KACAU RATA.. LEPAS TU LETAK PULAK BAHAN BLENDER TADI = KACAU BAGI SEBATI.. BIAR IA MENGEMBANG SEKEJAP & PASTU BOLEH GORENG... OHYA, KALAU U ALL ADA KUCAI KE.. CILI BESAR KE.. TAUGE KE... BOLEHLA CAMPUR SEKALI TAU... Yang saya punya ni kosong je sebab bahan2 takda.. 
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Resepi Ikan & Sotong celup tepung

Saya kalau balik Terengganu, WAJIB SINGGAH MAKAN IKAN & SOTONG CELUP TEPUNG DEKAT PENARIK... Ya Allah.. sedap sungguh...Kalau orang Terengganu tak reti makan, tak tau nak cakapla.. Makan cicah dengan cili sos sambil tengok cite hindustan... tu diaaa... hahhahhah.. Inilah kenyataannya masa kami duk Terengganu dulu.... Mak selalu buat... Ikan kat Terengganu kan fresh.. memang sedapla..!! terliur dah ni haaaa....
 

Ikan kembung yang kami makan masa balik Terengganu bulan 5 hari tu... Sedapnya... Kerak2 tu rangup sungguh..!!


Sotong pun sedap... Makan di kedai sambil dengar alunan ombak & angin sepoi2 bahasa... Memang layanla.. (",) Nak buat ikan or sotong celup tepung ni senang je u all.. Meh saya share resepi.. TEPUNG BERAS + SERBUK KUNYIT + KAPUR MASAK + GARAM + AIR + SEBIJI TELUR = KACAU SEBATI.. LEPAS TU U ALL AMBIKLAH IKAN OR SOTONG TU & CELUPLA DALAM ADUNAN LEPAS TU TERUS GORENG DALAM MINYAK YANG PANAS & BANYAK.. Ohya, normally kami guna ikan kembung.. kalau kat utara panggil ikan termenung kalau tak silap saya...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cakoi bulat yang sangat lembut & sangat sedap..!!

Saya ni kan, kalau perut lapar otak mesti akan ligat berpikir nak masak apa.. Nampak tak kerajinan saya.. berpikir nak MASAK bukan berpikir nak BELI.. hahha.. Orang tak keluar rumah macam saya ni u all, nak beli apa nyeee.. dunia luar pun tak berapa nak kenal.. Yela, tanpa keizinan suami, mana saya boleh keluarkan.. (^_^) Lagipun malas la keluar sendiri, susah dengan anak2.. nak keluar mesti dengan my dear (",)

Itu mukadimah, sekarang baru masuk entry... petang semalam saya lapar.. terpikir nak buat cakoi.. So, dengan penuh semangat terus la buat.. 


Ni lah cakoi saya.. CAKOI BENTUK BULAT BUKAN PANJANG.. Motif buat bentuk bulat2?? Sebab senang nak makan sekali ngap je..! Sila jangan percaya sebab hakikatnya SAYA MEMANG TAK RETI NAK BENTUKKAN CAKOI JADI PANJANG2... SO SAYA MEMANG DAH NIAT AWAL2 NAK BUAT CAKOI BENTUK BULAT.. hahhah

Apa ada hal..?? Kita yang buat dia.. kita sendiri makan, bukan jual.. so, takda masalah la walau bentuk bulat kan.. hihii.. WALAUPUN BENTUK BULAT JANJI RASA TETAP JUGAK RASA CAKOI. (^_^) Cakoi ni bagi saya SANGAT2 SEDAP.. SANGAT2 LEMBUT...!! WALAUPUN SEJUK TAPI MASIH LEMBUT.. Alahaiiii memang sangat lembut la u all.. lembut macam cakoi yang bentuk panjang2 tu la.. dekat dalam dia ada rongga2 @ lubang2... Sebijik macam cakoi cuma bentuk je la lain.. Memang sedap,.... Adehhh.. nak buat lagilah jap g.. (^_^)


Saya bagi resepi anggaran je ni tau sukatan bahan dia.. pandai2 la u all adjust.. CARA BUAT : SETENGAH CAWAN AIR + SETENGAH SUDU BESAR MARJERIN (cairkan) + SETENGAH SUDU KECIL GARAM + SATU SETENGAH SUDU BESAR GULA + SETENGAH SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS + SATU SUDU KECIL YIS MAURIPAN + SUKU SUDU KECIL SERBUK BIKARBONAT = KACAU SEBATI PASTU MASUKKAN TEPUNG SIKIT2.. LEBIH KURANG 200 GRAM OR SEHINGGA JADI MACAM GAMBAR ATAS TU.. BIARKAN DIA MENGEMBANG.. SEJAM LA LEBIH KURANG.. PASTU ULI LAGI SEKALI & BOLEHLA GORENG BULAT2... (",)

Ohya, kalau ikutkan yang betoi, kena uli lagi sekali lepas tu baru canai panjang2.. contohnya, time canai tu, kita buat saiz 4 cm, tapi bila nak goreng, tariklah hasil canai kita tu bagi lagi panjang & terus goreng. (",)

P/s : Sukatan yang saya bagi ni untuk sekali makan je tau.. cukup2 untuk keluarga kecik saya ni.. Jika u all nak buat banyak, pandai2 la u all buat kira2 yer.. (",)

P/s : Tips tak nak bagi adunan melekat kat tangan, basahkan tangan kita time nak pegang adunan untuk digoreng tu..
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Roti sandwich dengan keju yang meleleh

Lama punya cite.. Saya duk tingin nak makan sandwich sardin.. so, gigihlah saya buat walaupun tak cukup bahan.. kalau ada sayur salad ke, tomato ke.. mesti lagi best ni.. tapi yang ni pun dah cukup best, sedap sebab ada keju yang meleleh .. (",)


Cara nak buat senang je... Tumis bawang merah + bawang putih, pastu masukkan sardin & hancurkan.. dah siap masak, ambik roti yang disapu mentega pastu letak la sardin tadi + keju cheddar & kapit dua... Nak bagi keju tu cair or meleleh, kita bakarlah roti tu.. saya bakar atas kuali yang tak melekat tu.. takyah guna minyak.. 

Makan panas2 memang sedap.. bertambah sedap sebab perut tengah lapar.. Time lapar, yang tak sedap pun jadi sedap.. hihii
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Penggemar KACANG PEAS, meh try nih!

Kalau u all suka makan kacang peas, confirm u all suka resepi ni.. hihii.. Eh, actually, saya tak suka kacang peas tau.. tapi untuk resepi ni, saya suka sangat makan..!! Bagi saya ianya sedap... Untuk pengetahuan u all, resepi ni saya belajar dari kawan saya masa form 3 tau.. dia bawak bekal g sekolah.. saya try sekali, memang sedap bangat..!! terus mintak resepi & saya ingat resepi tu sampai sekarang.. (^_^)


Kalau makan kosong camni je, saya tak suka.. tapi bila dah makan sekali dengan roti, sekeping tak cukup.. ahhaha


Cara buat dia sangat senang.. lebih kurang resepi ROTI INTI SOSEJ & TELUR yang saya share kat u all sebelum ni (",)  TUMIS BAWANG MERAH PASTU MASUKKAN TELUR & KACAU BAGI HANCUR PASTU MASUKKAN KACANG PEAS DALAM TIN TU SETIN SEKALI DENGAN AIR DIA PASTU MASUKKAN LADA SULAH & GARAM.. SIAP!! Sangat sedap bila makan panas2.. Bila gigit je roti, dapat rasa kacang peas yang panas tu.. eh, bukan panas tapi suam2.. (^_^)

Roti inti sosej & telur

Saya kalau time lapar, ada je duk tingat nak masak pe2.. so, baru ni saya masak Roti inti sosej & telur.. Bagi saya, ianya sedap, sedap sebab perut tengah lapar.. ahhah.. 


Nampak tak, siap dengan sayur bayam saya letak.. ahhah.. Dah dalam peti ais ada bayam, tu yang letak bayam.. (",)


Walaupun resepi ni takdalah sedap sampai tak hengat donia, tapi saya tetap gak nak letak resepi.. hihi.. CARANYA : TUMIS BAWANG MERAH, MASUKKAN SOSEJ PASTU MASUKKAN TELUR PASTU MASUKKAN BAYAM PASTU MASUKKAN TOMATO + LADA SULAH = SIAP..!! Ikutkan hati nak letak lada hitam, tapi sebab malas nak tumbuk, so, saya letak lada sulah.. ehheh.. Kalau u all nak try pun boleh.. sekali sekala tukar selera.. (",)

P/s : Thanks pada mereka2 yang dah banyak try resepi yang saya share.. & terima kasih untuk semua entry yang u all buat tu yer (",)

Donut yang rangup diluar lembut di dalam

Gara2 semalam blogwalking ke blog Yana ternampak gambar donut, terus saya tutup komputer & terus menguli buat donut jugak!.. ahhahha.. Rajin tak saya.. asal teringin terus buat.. nak beli malas.. kalau buat sendiri, boleh makan banyak.. hihi


Kalau u all nak gelak tengok gambar donut saya ni, gelak lah tau sebab saya sendiri duk gelak.. hahha.. Entah apa2.. berlekuk2 sana sini "badan" donut saya ni.. ahhah.. Saya memang tak reti2 sampai sekarang nak bentukkan donut ni jadi come lote macam donut orang lain buat...


Donut bentuk 4 segi..! hambik..!! hahha... Setakat masuk mulut sendiri, bentuk apa pun, apa kisah.. janji masuk perut kenyang.. hahah.. Orang yang nak sedapkan hati sendiri memang cakap camni u all.. (^_^)

Eh, tapikan u all.. lepas masak tu.. terus saya makan panas2 tau.. serius sedap sebab lapar... kah kah kah.. Cara buat senang je.. SEPEKET MAURIPAN + AIR SUAM = KACAU2 & KETEPIKAN TUNGGU BERBUIH.... SETENGAH KILO TEPUNG GANDUM + 2 SUDU MARJERIN + 1 SUDU GARAM + 3 SUDU SUSU TEPUNG + 3 SUDU GULA = GAUL.. LEPAS TU MASUKKAN MAURIPAN YANG DAH BERBUIH TADI = ULI HINGGA JADI DOH @ LEMBUT... JIKA TAK CUKUP AIR, MASUKKAN AIR SEJUK DARI PETI AIS.. ULI SAMPAI TEPUNG TAK MELEKAT DI BEKAS & TANGAN.. LEPAS TU U ALL BENTUKKANLAH JADI RUPA DONUT.. TUNGGU DIA MENGEMBANG & GORENG..!! JIKA NAK SIMPAN BUAT STOK DALAM PETI AIS, U ALL GORENGLAH SEKEJAP.. BAGI MATIKAN DONUT TU DARI TERUS MENGEMBANG.. (",) 

Lepas dah siap goreng, bolehlah letak gula.. macam saya, saya guna gula kastor je... Actually yang dalam gambar tu je saya letak gula.. yang lain makan macam tu je.. Ohya, masa nak goreng tu kan... donut ni ringan je rasa.. bila dah masak tu & nak makan.. kita akan rasa kulit dia tu rangup tapi kat dalam dia lembut je tau... Walaupun dah sejuk tapi tetap lembut.. (",) saya suka makan donut time donut ni panas... sebab ada bau donut yang wangi.. hihi


Cucur Roti Gardenia


Saya memang suka masak.. sebab tu banyak je saya duk kongsi resepi dengan u all.. heheh.. Bukan pe, anak suka makan, ibu, of course lah suka masak kan.. hihii.. Kadang2 macam tak percaya yang saya ni dah tahu masak.. kalau u all nak tahu, sebelum kahwin, saya memang tak pandai masak.. semuanya mak saya yang uruskan.. saya sekadar tolong potong bawang, tu pun kalau mak suruh... adehhhh.. Tapi tu  la, sape cakap orang tak pandai masak lepas kawen tetap tak pandai masak.. Saya dah buktikan, lepas kawen saya dah pandai masak.. hihii.. Dah ikat perut suami dengan tali ropia... muahhahhaah

Hari ni nak share dengan u all cucur roti gardenia.. ehehhe.. Cara dia senang je.. sedap..!! Try la.. tapi tak tahulah u all camna kan.. sedap ni bagi tekak saya.. tekak orang lain, tak tau la.. hihii.. Ambik 4-5 keping roti, rendam dalam air masak.. tunggu kembang pastu hancur2kan dia.. Tepung gandum + garam + serbuk kari daging + soda bikarbonat + air + roti yang direndam + bawang + telur = buat macam u all buat cucur biasa.. pastu goreng (",).. Belum cuba, belum tau.. hihii

Cucur kucai berjejari ketam...


Semalam saya masak cucur kucai berjejari ketam.. hihii.. Ok, nama cucur saya hentam saje.. sebab masak pun letak apa yang ada.. hihii.. Sedap gak tau u all... walau dah sejuk, tetap lembut.. hehee Lebih2 lagi makan bercicahkan sos kopok lekor.. mak saya bagi masa beli kopok lekor kat terengganu baru ni... (",)

Cara buat senang je.... Tepung gandum + baking powder + kunyit + garam + telur + air masak + kucai + tauge = gaul sebati & simpan dalam peti ais lebih kurang sejam... alaa saje je simpan.. nak bagi dia berehat jap.. hihii... Bila nak goreng, potong jejari ketam & campur dalam bancuhan tadi.. lepas tu goreng je la.. (",)

Roti gulung berinti daging cincang


Actually saya buat roti ni dah lama tau.. sebelum bersalin.. tak sempat buat entry tapi aqilah dah nak keluar.. hehhehe.. banyak lagi entry yang sepatutnya publish sebelum bersalin tapi tertunggak.. (^_^).. Roti ni bagi saya yang pada masa saya buat tu lapar tahap gaban memang sedap lah.. Ni bila tengok gambar dah rasa teringin, tapi tengah berpantang la pulak.. adehhh... (",)

Saya buat roti ni just ikut kreativiti saya je.. apa yang ada dekat rumah, yang tu lah saya guna.. hihii.. Cara2nya : Tumis bawang besar + bawang putih yang dipotong dadu.. lepas tu masukkan daging cincang + ubi kentang yang dipotong dadu.. lepas tu masukkan cili sos + sos tomato + sos tiram + air + garam = masak sampai kering... Ambik sekeping roti, letak inti yang dah masak tadi.. gulung, lepas tu celup dalam telur & goreng.. Saya goreng guna kuali yang tak payah guna minyak tu.. tapi saya letak marjerin sikit.. (",)

Senang je kan buat.. cuma kita perlu kreatif je.. saya masa buat ni, takda sayur dalam peti ais, kalau tak, gerenti saya letak punya.. ada ubi kentang je.. jadilah dari takda langsung... hihi


Kuih tepung bunga...


Semalam saya tiba2 teringat dekat kuih tepung bunga... Ingat2 balik, tepung pulut ada dekat rumah... Yeayyy boleh buat... hihi... saya tak pasti u all pernah makan or tak.. tapi kalau dia orang Terengganu maybe familiar dengan kuih tepung bunga ni.. (",) Pelik gak, kenapa nama dia tepung bunga tapi tak nampak pulak macam bentuk bunga... hihii... 

Rasa dia sedap tau... liat2... saya memang suka makanan yang liat2 ni.... dengan kata lain makanan yang guna tepung pulut... (",)... Masa goreng, kuih ni nampak kembang je tau tapi bila angkat terus jadi leper.. hihii

Cara nak buat... Tepung pulut + air = uli or bancuh hingga jadi doh.. Bentukkan tepung pulut tadi sebesar buah guli, lepas tu penyek so, ia akan jadi leper...  lepas tu celupkan ke dalam telur (telur yang telah kita pukul) & goreng.... dah masak angkat lepas tu tabur gula... SIAP!! (",) Senang kan... (",)

P/s : Rupa2nya hari ni, tarikh pertunangan ibu alisha & abah alisha la... hihiii 19/07/2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...