Resepi & Tips Kuew teow goreng kicap tak hancur

Sebelum kahwin, saya memang tak pandai masak... Dah kahwin baru terkedek2 belajar masak... Kena tegur pasal masakan dengan my dear?? Ianya normal dalam kehidupan saya.. kalau suami tak tegur, sampai bila saya tak reti masak.. Bila suami tegur, satu kena ingat, POSITIF..!! Belajar positifkan diri.. takyah nak merajuk2, takyah nak negatifkan diri.. bila kita positif, otak pun relax je.. malah lebih bersemangat untuk buat yang lebih baik.. InsyaAllah...

Saya jenis manusia yang bila tak berjaya buat sesuatu, saya tetap akan buat benda tu sampai jadi.. Eh, tapi kan u all, dalam bab kuew teow goreng ni, sepanjang saya kahwin dari tahun 2009, baru minggu lepas saya menjadi masak & sedap...!! Oh, lupa nak cakap, sepanjang saya kahwin ni jugak, boleh kira dengan jari je berapa kali saya masak kuew teow... Bukan apa, dah tak menjadi,.. dengan tak sedap satu hal.. dengan kuew teow tu jadi hancur satu hal.. dengan kuew teow tu melekat antara satu sama lain pun satu hal... kecewa saya melihat kejadian kuew teow goreng saya tu...


Sehinggalah minggu lepas, kebetulan my dear beli kuew teow, pada pendapat saya my dear nak makan dengan kuah laksa kot... tapi tak makan... dalam kepala saya masa ni memang dah terniat nak buat kuew teow goreng kicap.. Bila saya buat tu kan u all, serius teruja yang amat sebab kuew teow tu tak hancur, tak lembik, sedap.. pendek citer macam perfect lah kejadian dia seperti yang saya impikan selama ni.. Dan2 saya rasa macam dah setaraf dengan kuew teow pasar malam yang my dear suka sangat tu haa... cuma perlu tambah cili jeruk je.. kalau ada cili jeruk.. meleleh air mata makan... sedap tak beragak..!! (eh, ini tekak saya la tau, tekak u all tak tahulah saya)



CARA : TUMIS BAWANG PUTIH YANG DIKETUK.. LEPAS TU MASUKKAN AYAM (kalau u all nak letak kerang ke udang ke boleh je).. KACAU2 HINGGA AYAM TU MASAK.. LEPAS TU MASUKKAN SOS CILI, SOS TOMATO, SOS TIRAM & KICAP MANIS... KACAU2 & MASUKKAN SERBUK LADA SULAH.. KACAU2 PASTU MASUKKAN KUEW TEOW, TAUGE & DAUN KUCAI.. BESARKAN API TERUS KACAU2 BAGI RATA.. SIAP..!! baca sampai habis tau.. ada tips kat bawah...


Jika u all nak letak telur pun boleh je bagi yang boleh makan telur tu haaa... di step selepas letak ayam, u all masukkan telur.. bila telur tu nampak masak secoet, u all terus kacau2 telur tu yer... 

Kan saya kata selama ni kalau saya masak kuew teow goreng, kuew teow saya tu jadi hancur, jadi lembik.. makanya tips yang saya buat minggu lepas, taknak bagi hancur adalah jangan masukkan air.. sebab sebelum ni saya letak air, dah la letak air, banyak pulak tu... lagi satu, kuew teow jangan masukkan dalam peti ais, nanti dia jadi keras.. so, bila nak cuci mulalah "patah"... selain dari tu, api pun memainkan peranan jugak.. sebab tu saya kata bila dah letak kuew teow terus besarkan api & kacau rata2... Sebelum ni, dah la saya letak air kan... kuew teow plak masuk peti ais, takdan masak lagi kuew teow dah "patah" ketika cuci... bila dah letak air, saya letak pulak kuew teow, tak ke saya kene ambik masa nak bagi air tu kering.. mahunya tak hancur kuew teow saya tu... inilah kesilapan yang saya buat selama ni.. tapi tidak lagi minggu lepas.. hahha... Kuew teow goreng kicap saya dah sedap... sampai my dear suruh jual.. Eh yeke?.. erkkkk.. hahhahah


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 7 comments.. read them below or add one }

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 12, 2016
hee.. jgn letak air tu btoi tu..tp kalau ltk air skt xde mslh..
sdpnya..

yui mcm rasa nak buat charkotiau
IntaNBerliaN IntaNBerliaN May 12, 2016
@nuyui a.k.a miss YUI

haa betoi2, kalau sikit takda masalah...

tapi akak dulu letak banyak.. hahahhah.. xreti kan
ecadwinkyasha ecadwinkyasha May 12, 2016
mcm area ruma akak tu byk kosong kan..next year pndah sana..tunggu tau!
skuterlady.blogspot.my skuterlady.blogspot.my May 12, 2016
OOOOOO................ jangan letak air langsung ek? patutlah selama ni masak memanjang je kuew teow tu jadi lembik... memang hampa lah bila dah siap masak tu tak serupa macam kedai...huhuhu....
IntaNBerliaN IntaNBerliaN May 12, 2016
@blasahje

Saya rasa kalau awak nak letak sikittttt takda masalah rasanya.. tapi macam saya ni, saya memang tak letak langsung.. hahhaha

Insaf saya nak letak air, selalu jadi lembik & hancur... bila saya tak letak air, kejadiannya macam dalam gambar atas tu la :)
sumysya sumysya May 13, 2016
kuew tiao & mee letak lam peti ais keras jadinya mee...letak je kat luar tahan 2-3 hari,,klu tak sempat masak lagi pastu baru letak kat peti ais..
Unknown Unknown May 20, 2016
haa perasan jgk bila goreng kuew teow suka hancur2, tp sebabkan malas nak ambek kisah so husna abaikan jelaa.. hahaha.. boleh cuba tips nih nanti..:D