Resepi PARU GORENG BERLADA

Saya memang peminat paru, kalau pergi kedai makan & terjumpa menu paru, pasti saya akan ambil yang ni dulu, lagi satu tempe.. Memang saya minat sungguh2 ni tau.. tapi ianya bergantung atas masakan la.. Kalau ianya jenis yang kering2 macam sambal tu, saya minatla nak makan, tapi kalau yang jenis berkuah tu, saya tak suka sangat... Saya sebenarnya lebih suka meratah paru & tempe ni berbanding makan dengan nasi.. Dari saya belum kahwin, hinggalah sekarang...!!

Duluuuuuu, masa awal2 kahwin kot, saya pernahla masak paru masak sambal ni tau, tapi saya main hentam je masak, maklumlah, baru nak belajar masak.. Memang tak kene dengan citarasa langsung..!! Citarasa saya untuk paru ni adalah, saya nak paru tu rangup, lepas tu masakan dia tu pulak, nampak cili2 & biji cili yang tak hancur tu.. kira macam cili2 tu melekat2 dekat paru & yang pasti ianya kering bukan berkuah... Dah lama dah saya tak jumpa masakan paru macam ni tau, sehinggalah sebelum raya haji tu, ada sorang hamba Allah ni share gambar masakan paru2 ni di FB, Ya Allah Ya Tuhanku... terus saya teringat & terliur.. Lama tu tak makan, mahunya tak terliur, sampai rasa nak nangis sebab tak tahu di mana nak dapatkan paru yang masakan macam tu.. hahahhahha
 
 
Sehinggalah raya haji tu, mak saudara saya di Terengganu, ada kirimkan paru lembu korban untuk saya... Saya pun apa lagi, terus godek2 google mencari resepi seperti yang saya bayangkan tu... tapi bila tengok bahan2nya ada yang saya tak berapa berkenan @ pada pemikiran saya, mengubah rasa yang saya duk impikan tu... Last2, saya buat stail saya sendiri... Alhamdulillah, Alhamdulllah, puji - pujian2 bagi Allah yang mendatangkan ilham dekat saya... tak sangka stail yang saya buat tu, menjadi seperti apa yang saya inginkan.. AllahuAkbar... Takut saya lupa, makanya saya nak catat,\ resepi tu dekat blog saya ni... 



Eh, u all tahu tak, saya pun baru tahu sebenarnya ni.. Sebelum saya rebus paru ni, saya tengok paru tu kecik je tau u all, sehinggakan dalam hati terdetik, tak cukup... Tapi selepas siap di rebus, mak aiii, ia membesar lebih kurang 2 atau 3 kali ganda dari saiz asal... Teruja pulak saya tengok... muahhahah

CARA : REBUS PARU HINGGA MASAK @ EMPUK (kalau boleh cucuk dengan garfu, tu kira okla), LEPAS TU POTONG NIPIS2... PANASKAN MINYAK & GORENG PARU YANG DAH DIGAUL KUNYIT SERBUK SEHINGGA RANGUP (hitam2 sikit warnanya)... BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + CILI BESAR = KISAR TAPI JANGAN BAGI LUMAT SANGAT... TUMIS BAHAN KISAR HINGGA CILI MASAK, MASUKKAN GARAM + GULA = KACAU2 LEPAS TU MASUKKAN PARU YANG DAH SIAP DIGORENG TADI... GAUL BAGI RATA & KERING.. SIAP!!.. OHYA, DI PENGHUJUNG MASAKAN, SAYA MASUKKAN JUGA HATI LEMBU YANG DAH DIREBUS, SAJA SEBAB NAK BAGI NAMPAK BANYAK.. HAHHAHA...

Senang je kan cara dia, yang penting garam + gula tu memainkan peranan dalam masakan ni untuk memberi ia lebih rasa yang umphhhh!!... Saya duk ingatkan anak2 & my dear nak makan juga tau u all, rupa2nya mereka tak makan pun, saya hadap sorang2... Kalau saya tahu saya sorang je yang makan, ketika nak blend tu, saya letak sekali dengan cili padi.. Perghhhh baru sedap, berasap telinga...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

Norma NML Norma NML November 03, 2016
Nampak sdp tapi x makan paru..huhu
Cik Tie Cik Tie November 04, 2016
lama tak makan paru sambal kering camtu..sedapnya aiii kena singgah pasar la jak lagi ni
azizah green line azizah green line November 07, 2016
sedapnya paru! jijah pun suka kalau lawan dgn nasi lemak lagi kauu