Puding kastard berkuah cocktail

Puding kastard berkuah cocktail ni, bulan Jun hari tu saya buat.. lama punya cerita, sekarang baru nak share di blog.. hahha... Sejak2 kami dah pindah rumah ni, saya suka masak & berkongsi rezeki dengan jiran.. Awal2 dulu, saya bagi dekat jiran sebelah rumah ni je sebuah, lepas tu my dear komplen cakap lain kali kalau nak bagi jiran, bagi jiran2 lain sekali, bukan jiran sebelah rumah je... Sebenarnya saya bukan tak nak bagi, kan saya baru pindah masa tu, so macam malu2 alah sikit... ditambah pulak belum kenal jiran sepenuhnya... Tapi bila my dear dah cakap macam tu, PUDING KASTARD BERKUAH COCKTAIL ni menjadi menu pertama yang saya bagi dekat jiran2 lain juga... Saya buat extra 5 bekas, makanya untuk 5 jiran... Alhamdulillah sekarang ni, kalau saya nak bagi jiran2, ianya dah meningkat kepada 11 atau 12 buah rumah... Yang saya tak pernah sembang pun, saya bagi juga.. (",)

Hari ni saya nak berkongsi resepi PUDING KASTARD BERKUAH COCKTAIL ni dengan u all... Macam biasalah, saya ni jenis suka olah resepi ikut citarasa tekak sendiri.. Kalau tak silap saya, saya terjumpa resepi ni di blog, tapi minta maaf sebab saya lupa blog mana, lepas tu saya olah sikit... ada bahan yang saya tak letak, ada bahan yang saya sendiri tambah... Ohya, sukatan dia tu, terpulang dekat u all, kalau nak bagi jiran2 jugak, gandakan je la bahan2 tu tau... 


CARA : UNTUK KASTARD = SECAWAN TEPUNG KASTARD + 5 CAWAN AIR + SUSU PEKAT (ikut kemanisan yang u all suka) = KACAU RATA, LEPAS DAH RATA, U ALL BOLEH MASAK DI ATAS API YANG PERLAHAN... KACAU SELALU TAU SUPAYA IA TIDAK BERKETUL & SEHINGGA ADUNAN TADI TU MENJADI PEKAT DAN BERKILAT... SIAP!!.. Masukkan ke dalam bekas yang u all suka, nak buat sorang makan, boleh letak dalam acuan yang comel kiut miut tu haaa....

UNTUK KUAH = SETIN SUSU CAIR + SETIN AIR (boleh guna tin susu cair) + GULA + ESEN VANILLA + TEPUNG KASTARD YANG DAH DIBANCUH DENGAN AIR = MASAK SEHINGGA GULA TU LARUT & KUAH TU JADI PEKAT SIKIT... SIAP!! Bila nak makan tu, u all letak la cocktail dalam tin tu haa.... Kalau dapat makan yang baru keluar dari peti ais tu, alahaiii sedapnya rasa... Adehhhh tiba2 rasa nak makan la pulak u all... takleh jadi ni, nak ajak my dear pergi beli bahan la... hahhahha... Inilah yang parah buat entry tertangguh, sendiri bercerita, sendiri yang terliur... muahhahha

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 7 comments.. read them below or add one }

Cik Tie Cik Tie November 04, 2016
alhamdulillah, dalam pada rezeki yang kita dapat tu ada juga bahagian jiran-jiran :) :)
nini nini November 04, 2016
Sedpanya koktail tuuuuu
azizah green line azizah green line November 07, 2016
sedapnya koktail! makan sejuk2.nyum
bella hamzah bella hamzah November 09, 2016
faveret saya ni kak ina... akak untuk kuah kastad tu kan tepung kastad nak bubuh banyak mana ye?