Resepi kek kampung

Kek kampung ni saya buat semalam.. Buatnya dengan tujuan tunaikan hajat anak2 solehah dekat rumah saya ni haa... buat semalam, hari ni dah habis.. Ibu makan sikit je, yang lain tu anak2 yang makan... Ohya, my dear makan siap buat cicah air tea.. eh tapi memang macam tu kot.. dah nama pun kek kampung.. (",).. cara nak buat sangat simple tapi sedap..!!


CARA : 1 CAWAN MARJERIN + 1 CAWAN GULA HALUS = PUKUL HINGGA KEMBANG.. LEPAS TU MASUKKAN TELUR SATU PER SATU SEBANYAK 3 BIJI + 1 SUDU TEH ESEN VANILA.. KACAU LAGI... LEPAS TU MASUKKAN 2 CAWAN TEPUNG GANDUM + SATU SUDU TEH SERBUK PENAIK ( TEPUNG GANDUM + SERBUK PENAIK = AYAK ) SEDIKIT DEMI SEDIKIT... KAUP BALIK ADUNAN TU KE DALAM BEKAS.. LEPAS TU BAKAR SELAMA 40 MINIT SUHU 160C, API ATAS BAWAH.. SIAP..!! KALAU NAK LETAK PEWARNA, U ALL JUST BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN & MASUKKAN PEWARNA TERSEBUT..

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

{ 7 comments.. read them below or add one }

Diana Rashid Diana Rashid January 13, 2016
mak saya dulu suka buat kek ni..saya suka makan dengan sirap..
CXopportunities CXopportunities January 14, 2016
Wahh blh try ni. Cx pon teragak je nk mkn kek lately ni