NALURI ibu mengandung berkaitan jantina anak

NALURI... ye NALURI... Walaupun saya dah 4 kali mengandung tapi kandungan keempat ni baru saya ada naluri berkaitan jantina anak dalam kandungan... Sebelum2 ni, saya tak pernah ada naluri yang sangat yakin dengan jantina kandungan.. Tapi untuk kandungan keempat ni, walaupun saya ada bagitahu u all yang saya dah "langgar" tips baby boy tu kan, entah macamana dipertengahan mengandung, saya boleh yakin sangat yang saya mengandung baby boy.. Mengandung kali ni memang saya aktif la kan, kuat semacam, perut besar pun boleh memanjat lagi.. Tapi kalau ikutkan sebelum2 ni pun saya aktif juga... Tapi entah, kali ni macam lain..

Hati saya kuat mengatakan yang ianya lelaki.. Ketika kandugan saya dah 8 bulan, kami balik rumah MIL tau, saya ingat lagi situasi di mana adik ipar saya tanya saya mengandung jantina apa, saya cakap saya tak tahu sebab memang tak scan pun lagi masa tu.. Lepas tu adik ipar saya tanya anak dia yang saya mengandung jantina apa.. anak saudara saya jawab baby girl.. Saya senyum2 je la kan.. Lepas tu adik ipar saya cakap, sebelum ni anak dia teka ibu dia mengandung jantina apa, betul bila lahir pun keluar jantina yang anak dia teka tu.. Biras saya menyampuk, bagitahu yang anak saudara saya teka yang dia punya pun betul.. Lepas tu MIL saya pun cakap yang anak2 saya cakap saya mengandung anak lelaki.. adik ipar saya cakap, Ok, kita tengok nanti siapa yang betul.. hahaha... biasalah kan, bab2 jantina ni, semua orang suka main teka2 kan.. hehhe

Tapi yang saya nak cakap, walaupun biras saya dan adik ipar saya cakap macam tu, hati saya tak tergugat.. tetap jugak dengan pendirian dalam kandungan saya adalah anak lelaki.. Dasyat betul dengan naluri seorang ibu ni kan, jangan buat main2.. Pertama kali saya merasai naluri ni.. Barulah saya tahu macamana perasaan orang yang bagitahu pasal naluri mereka berkaitan jantina anak... Selama ni saya heran, sebab saya tak pernah rasa.. 

AllahuAkbar... saya bersyukur sangat dikelilingi insan2 yang baik... Saya ingat lagi, ketika saya berjumpa dengan mak saudara my dear, masa tu kandungan dah hampir 7 bulan.. Bila kami jumpa tu, mak saudara my dear dan anak beranak dia pakat terkejut sebab perut dah besar baru tahu saya mengandung, padahal sebelum2 tu dah jumpa tapi tak perasan.. ketika kami hug & kiss tu, mak saudara my dear ni sempat cakap "..... mesti lelaki lah kali ni".. mak saudara my dear cakap macam tu, bukanlah pasal tengok bentuk perut ke apa... tapi sekadar cakap, bukan ke setiap yang keluar dari mulut kita itu doa... lepas tu saya jumpa lagi sorang kaum kerabat my dear, dia pun cakap "Moga2 kali ni mengandung lelaki, ..... doakan lelaki"... Masa saya balik rumah parent saya sebelum mereka ke Mekah, ketika saya sembang dengan mak saya, abah yang ada bersebelahan, pegang perut saya sambil cakap "Anak lelaki ni".. duk ulang ayat sama 2 3 kali sambil gosok perut saya.. Saya tahu, mereka semua tahu apa yang saya inginkan dan mereka semua berdoa untuk saya.. Allah.. Alhamdulillah... 

AllahuAkbar, terharu saya.. semua orang doakan anak lelaki untuk saya... Allah.. memahaminya mereka apa yang saya rasa... Betapa besar doa mereka untuk saya, besar lagi harapan saya moga doa mereka dan kami semua termakbul... Bukan setakat mak saudara my dear dan parent saya, malah ramai yang saya jumpa, bila tahu je saya pregnant, semua cakap "semoga anak saya lelaki"... sampai pakcik jual kuih yang naik motor kawasan taman saya ni pun cakap benda yang sama... semalam pakcik tu tanya saya "Dapat anak apa?".. Saya jawabla lelaki.. terus pakcik tu cakap "Alhamdulillah... waris dah ada"... AllahuAkbar... "waris kuat".. ye, waris kuat... 

Sebelum2 ni, saya tak pernah merancang jantina ketika plan nak mengandung sebab terfikir macam "Alaaa takpa, tengok je nanti Tuhan nak bagi anak apa"... Tapi bila saya plan nak mengandung anak keempat, saya dah terfikir, saya HARUS BERUSAHA buat apa2 tips untuk dapatkan anak lelaki, memandangkan semua anak saya perempuan.. Kali ni, sedikit sebanyak saya dapat rasa perasaan mereka yang sedang berusaha dapatkan anak.. Kalau mereka yang berusaha dapatkan anak, pasti mereka akan rasa kegembiraan tu bila dapat tahu positif mengandung kan, cuma bezanya saya, saya dapat rasa kegembiraan tu, bila lahir je anak di mana saya nampak anak saya itu jantina lelaki..

Seperti mana besar harapan saya untuk dapat anak lelaki, saya tahu macam tu juga besar harapan mereka2 yang sedang berusaha untuk dapatkan anak... AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar... Semoga rakan2 sahabat2 saya ini, dikurniakan rezeki untuk merasai nikmat seorang ibu, moga mereka juga dapat merasai betapa indahnya gerakan baby di dalam rahim, moga mereka diberi peluang untuk memeluk anak sendiri.. InsyaAllah u all, teruskan usaha ye, usaha tanpa henti, berdoa tanpa henti.. InsyaAllah ada rezeki u all untuk dapatkan anak.. tak kiralah anak pertama atau kedua... Saya tak pernah lupa untuk doakan u all sahabat2 saya moga diberi rezeki anak.. Moga Tuhan mendengar doa kita semua.. InsyaAllah..

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

NALURI ibu mengandung berkaitan jantina anak

2 comments.. read them below or add one

shahdiana shahdiana February 17, 2017
baru nak ucapkan tahniah banyak2 ina...tak berkesempatan nak melawat ina...bz sangat sekarang ni...tahniah sangat utk ina satu family...
Unknown Unknown February 18, 2017
syukur alhamdulillah.. tumpang happy kak ina..