Hasil SCAN RME 2

U all ingat tak masa saya bagitahu yang saya tanya doktor masa scan apa jantina anak, pastu doktor cakap yang tu kene tunggu kandungan 8 bulan... saya ingatkan dah takda scan 8 bulan... rupanya ada la u all... SCAN UNTUK RME 2... RME 2 ni saya buat hari Isnin baru ni... Kalau sebelum2 ni saya memanglah sangat excited bila tahu doktor nak scan, tapi tidak lagi kali ni...  biasa2 je... Tapi walaupun camtu, tetap jugak tanya doktor apa jantina baby... hahhahhahah... U all nak tahu ke apa jantina baby saya yang doktor bagitahu???... saya pun nak tahu sebenarnya... tapi tu la, doktor cakap "Gender dia tak nampakla.. susah sikit nak tengok"... ok sayang... ibu tahu kamu memang betoi2 nak surprise kan ibu & abah kan... takpa, dah tak lama lagi kita akan jumpa... dah tak sabar rasanya nak cium "bau syurga" kamu itu... (^_^)

Takpalah tak nampak jantina dia pun u all... lelaki or perempuan saya tetap terima.. ikhlas menerima  rezeki yang Tuhan bagi.. (",).... Bila saya tak ditakdirkan untuk tahu jantina anak lebih awal, ada banyak hikmah.... Tuhan nak bagi saya lebih lagi sabar & nak saya terus dekatkan diri dengan Tuhan... teruskan berdoa tanpa henti... Jika Tuhan kata saya mampu untuk menjaga amanah menjaga zuriat lelaki, InsyaAllah saya dapat anak lelaki, tapi jika Tuhan kata sebaliknya, Alhamdulillah saya tetap bersyukur & akan terus perbaiki diri untuk menjadi lebih baik sehingga dapat "kelayakan" menjaga amanat anak lelaki... InsyaAllah...

Ohya, pasal hasil scan RME 2 ni, Alhamdulillah semuanya ok... baby sihat... uri ke atas, jantung, air ketuban pun cukup... semua ok... Kepala pun dah ke bawah... haa saya ada tanya doktor, kalau kepala baby dah ke bawah, adakah sampai lahir akan terus di bawah... doktor jawab selagi usia kandungan belum 36 minggu, masih ada peluang untuk kepala baby naik ke atas or mana2 je sebab masih lagi banyak ruang di dalam perut.... Apa2 pun saya dah rasa bersyukur sangat dah bila doktor kata semuanya ok.. Pasal jantina adik Alisha & Aqilah ni, sama2lah kita berteka teki yer... Tak lama dah, bulan depan dah nak keluar... Moga ada rezeki saya untuk dapat anak lelaki... Moga ada rezeki saya untuk menunaikan hajat my dear yang nak anak lelaki... kesian my dear, pertama kali saya dengar terkeluar ayat dari mulut my dear yang my dear harapkan yang ni anak lelaki sebab dia nak geng...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Hasil SCAN RME 2

{ 12 comments.. read them below or add one }

Mrs Velentine Mrs Velentine July 16, 2014
tak kisahlah jantinanya kak yang penting sihat
y i e n y i e n July 16, 2014
x kisahlah jantina anak kan, asalkan semua sempurna, dipermudahkan, itu dah cukup buat kita kan dear? :)
syawalsimpsons syawalsimpsons July 16, 2014
insyallah moga allah swt dengar segala rintihan , luahan dari hambanya ini...kiter sama2 doa..yang penting sihat tubuh badan dah memadai...kalo betoi ina ngan jaa dah dekat parit buntar, mmg sue akan ke sana je la senang kan...lagipon leh singgah umah tok sue kat serdang tu..tak jauh sangat dah...umah atok en asbeen kat sungai khecil, jalan 300 nibong tebal..
ayuzan ayuzan July 16, 2014
doa banyak2 kak.. Lepastu redha.. ye kan? ayu doakan baby akak boy :)
Unknown Unknown July 16, 2014
InsyaAllah ina...jangan berhenti berdoa..
QasehnyaRania QasehnyaRania July 16, 2014
in shaa Allah ina
Allah Maha Mengetahui...
Unknown Unknown July 16, 2014
inshaaAllah mudah2an akak mendapat cahaya mata lelaki kali ni.. AMin
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI July 17, 2014
yui doakan semuanya baik2..aamiin
AnonymousAnonymous July 17, 2014
bkn ina dan family je rase saspen nk tau gender baby tapi kami pmbaca2 blog ina pn x sabarnya

tifaanvar
eima eima July 17, 2014
inshaaAllah tp jgn terlalu berharap ye ... kita terima je seadanya ... cam boss ai lima2 anak die girl.. hihi pastu die ckp nk try lagi isteri cuti bersalin kerajaan dah abis... pastu ai ckp boss kawen la sorg lg... pastu gelak gatai plak .. mencik
Nora Karim Nora Karim July 23, 2014
InsyaAllah ina... kita doa sama2... agar dpt baby muhammad... amin...