Scan (RME) kali kedua ketika mengandung anak ke 4

RME kali kedua ketika saya mengandung anak keempat dilakukan pada 04/12/2016 (32 minggu ++).. RME 2 ni adalah saat2 yang saya nanti-nantikan... Kot2 ada peluang nampak jantina anak ke kan.. hahha... Pasal nak tahu jantina anak ni, saya ada je ajak my dear pergi scan, tapi biasalah my dear, dia taknak bawa saya pergi scan.. Bab2 ni kan, kita yang perempuan memang lebih excited dari lelaki.. 

Bila saya masuk jumpa doktor untuk RME 2 ni kan u all, awal2 lagi sebelum scan tu, doktor tanya saya, dah tahu ke jantina anak... Saya terus bagitahu yang belum tahu lagi la kan.. Time ni saya memang dah bawa hp siap2 untuk ambil gambar.. Nak tunjuk bukti jantina anak dekat my dear... Berdebar, memang berdebar... walaupun hati saya kuat mengatakan kandungan saya lelaki tapi dalam masa yang sama, saya berdebar2 juga kot2 tidak seperti yang saya jangkakan..

Hasil scan RME 2 ni, doktor bagitahu saya semuanya ok.. jantung baby, kedudukan uri, anggota badan dan lain2.. Masa doktor scan tu, doktor ada je tunjuk dekat saya, ini kaki, ini tangan... eh, sebenarnya belum sempat doktor bagitahu, saya dah bertanya dulu, itu apa ini apa.. hahahha.. Dalam pada doktor tengah scan tu kan, doktor sembang2 dengan saya.. (ayat perbualan mungkin berubah tapi maksud sama)

Doktor : Awak rasa mengandung anak apa?

Saya : Tak tahulah doktor (Nak bagitahu apa yang saya rasa, malu la pula, takut salah nanti)

Doktor : Sekarang ni, atas2 dia anak apa?

Saya : Semua perempuan doktor.. tu yang kalau ada rezeki, kali ni mengharapkan lelaki

Doktor : Good news... BOY!!

Saya : Haa betul ke ni doktor

Doktor : Kalau macam ni (tunjuk di screen hasil scan), memang betul2 boy la... baby betoi2 tunjuk

AllahuAkbar... Tuhan sebaik2 perancang.. Waktu tu juga saya menangis.. Allah.. indahnya perasaan pada waktu itu. 


Doktor Vanitha sangat2 baik... Lembut je orangnya... Pada mulanya dia tunjuk saya hasil scan gambar pertama tu, saya ingatkan yang part macam satu jari terangkat itu adalah jantina anak, rupanya itu adalah tangan, di hadapannya baru "jantina" (telur) anak... Lepas tu doktor usaha lagi cari bagi lebih jelas, so, saya snap gambar kedua.. doktor tak puas hati lagi agaknya, dia usaha lagi, last2 dapat yang gambar nombor 3.. di mana kelihatan keseluruhan "jantina" anak..

Saya keluar dari bilik doktor, terus bagitahu my dear, my dear sengih2 je la.. takda pun tunjuk macam excited beria... Tapi lelaki memang macam tu kan, gembira ke sedih ke, mereka tetap cool... Tengoklah saya yang perempuan ni, kalau gembira pun menangis, kalau sedih pun menangis... Apa2 pun, RME 2 ni memang memberi seribu makna untuk saya, apatah lagi doktor pun memang best...!!

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

4 comments.. read them below or add one

Mila Hilas Mila Hilas February 27, 2017
hahaha pic no.3 mmg win..btl2 tunjuk tu ekeke
sall sasa sall sasa March 03, 2017
Scan 2D ni memg boleh percaya 100% ke...firasat cm baby boy tpi scan doktor kata girl....