Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Cara didik anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara didik anak. Papar semua catatan

Hobi menabung dari kecik


Anak2 saya dari umur belum setahun kot saya dah ajar mereka menabung.. Sebelum ni dah ada 2 tabung mereka tapi baru2 ni saya beli lagi satu pasal tabung yang dah sedia ada tu dah penuh... anak solehah ni pulak duk hentak2 bagi boleh sumbat jugak duit, last2 "bumbung" tabung dia tu rosak, so, saya beli yang baru dekat kedai RM5... 

Saya suruh mereka masukkan duit dari tabung yang rosak tu ke tabung yang baru.. Anak2 saya ni pantang jumpa duit syiling, mesti nak masuk tabung.... kadang sengaja pergi cari duit syiling dalam beg duit syiling saya.. Kalau balik ampung pun sama jugak, terjumpa duit syiling sapa2, dorang ambik & cari tabung nak sumbat duit tu... Setakat ni dorang tak reti lagi nak membeli, so, belum ada lagi la aksi "korek" duit dalam tabung...hihii


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Mengajar anak kenali anggota badan

Aqilah yang dah semakin besar semakin pandai.. Apa orang cakap semua paham.. suruh ambik itu dia ambik.. suruh buat ini dia buat.. cuma Aqilah belum pandai cakap je lagi.. Ohya, Aqilah jugak dah kenal anggota badan dia tau u all.. bila tanya rambut ke, kaki ke tangan ke hidung ke, dia tunjuklah.. dekat bawah ni ada video yang saya rakam... Tapi tu la, mula2 je Aqilah layan pertanyaan saya, lepas tu kakak kacau, terus dia tak concentrate... Apa2 pun, u all tengoklah video bawah ni tau.. boleh tengok keletah Aqilah.. Alaa 50 saat je pun durasi dia.. (",)

video
Durasi 50 saat

Bagi saya, mengajar anak kenal anggota badan ni kira perkara asas.. dari mereka baby tu pun dah boleh ajar mereka.. time main2 dengan mereka ketika baby tu, kenalkanlah mereka dengan anggota badan.. bagitahu apa fungsi setiap anggota badan tu.. so, bila mereka dah besar sikit, automatik mereka dah tahu pasal anggota badan ni.. Teknik ni bukan hanya untuk anggota badan je.. apa2 sekali pun boleh je u all kenalkan time baby tu.. Kalau nak ajar Alif baa taa ke.. ABC ke.. apa2 je.. time baby tu u all dah boleh start.. alaa bukannya kita mengajar secara serius kan.. time siapkan mereka pakai baju tu ke.. bukan ke kita duk bergelak2 dengan anak2 ni.. ajar je la sambil happy2 kan diri.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Latih anak jadi anak yang rajin dari kecik


Alhamdulillah saya dikurniakan anak2 yang rajin.. Rajin menolong.. Kalau suruh, terus buat.. Eh, tapi ada jugak time yang kalau saya suruh Alisha tapi dia tak buat.. tu pun tak banyakla.. boleh kira dengan jari je.. biasanya dia rajin.. tak suruh pun dia sendiri buat.. dia dah tahu apa yang patut dia buat.. Macam dalam gambar atas tu, semalam Aqilah main apa ntah pastu tertumpah.. dia pun cakap kat saya "Ibu, nak ambik batang mop.." Saya tanya kenapa.. Alisha jawab "Aqilah buat tumpah".. Itu yang dia masuk tandas ambik batang mop tu... Ohya, perasan tak Alisha angkat @ kepit seluar dia tu.. Pandai plak dia buat camtu sambil mop takut seluar dia kotor.. dah gaya macam orang besar..hihii

Kalau u all pembaca blog saya dari dulu, mesti dah banyak baca kisah pasal anak2 saya yang rajin menolongkan.. siap bergaduh 2 beradik semata2 nak buat kerja tu jugak... Cara saya latih anak2 saya ni, dari dorang kecik2 lagi saya dah bagi dorang buat kerja.. Eh, bukan maksud saya saya bagi batang mop, nah ambik mop umah.. bukan camtu... tapi perangai budak2 ni kan dia suka buat apa yang kita buat.. sebagai contoh, dia tengok kita mop umah, bukan ke budak2 pun sibuk jugak nak main batang mop tu.. So, time ni, bagi dia batang mop tu, suruh dia mop.. bagi dia rasa apa yang dia nak belajar tu... dorang tengah nak explore.. Jangan plak kita sekat dengan tak bagi mereka guna batang mop tu... Lagi satu contoh, macam kalau kita nak bersiang sayur.. anak2 pun sibuk jugak datang dekat kita nak main sayur tu kan.. time ni, jangan kita ambik dia g letak jauh2 suruh tengok TV ke dengan alasan tak ganggu kita... tapi kita ambik sayur, ajar anak kita camne nak siang sayur tu.. tapi suruh dorang guna tangan dah la.. koyak2 camtu je... janji apa yang  mereka nak tahu or nak explore tu tercapai... Dengan kata lain, buat aktiviti kita tu bersama anak2... Itu yang cara saya buat dari anak saya umur belum setahun pun lagi.. sebab time tu dorang dah pandai jalan so dah pandai gerak situ sini nak "mengacau" ibu dia...

Apa2 pun saya harap moga anak saya ni akan kekal rajin sampai besar & bila2 la... jangan plak masa kecik ni je yang rajin.. Tapi saya percaya pada kerajinan seseorang anak or apa2 je, adalah dibentuk sejak dari kecik.. So, jika kita nak anak rajin.. asuh kerajinan tu dari kecik.. nak bagi anak minat buku, asuh minat anak pada buku dari kecik..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Jangan risau jika anak lambat bercakap

U all yang dah lama follow  blog saya, mesti tahu selama ni saya pernah cite pasal Alisha yang lambat bercakap.. padahal umur yang lebih muda dari dia pun dah fasih berkata2.. Saya ingat lagi, Alisha umur 2 tahun @ ketika lahir Aqilah baru dia makin pandai berkata2.. time ni dah pandai buat ayat 4 5 patah perkataan.. Bila umur 3 tahun,  bertambah teror la kan.. bahasa german pun makin kurang, tapi tetap ada.. cuma sikit je la lagi...

Sekarang alisha dah nak masuk umur 3 tahun 4 bulan... dah makin rancak bersembang.. dah macam2 dia tanya.. hari tu g shopping, dia nampak "pampers" kita ni haa... Dia tanya saya "Ibu, tu apa?"... Adehhh terbantut jap saya nak explain.. First time ditanya soalan camgitu.. saya harus ready untuk segala soalan lepas ni.. Alisha yang semakin cerdik...! Tak berhenti bersembang.. sebijik mengikut peel ibu.. banyak cakap banyak tanya.. hahahha

So, pada u all yang anak2 lambat cakap, jangan risau, sebab sampai masa mesti anak2 petah berkata2 gak.. pedulikan apa orang kata... ingat je yang anak kita adalah anugerah terindah yang Tuhan bagi dekat kita...! 

__________________________________________________________

Saya nak story satu perkara... Orang pernah kata yang Alisha ni lambat bercakap.. anak orang lain lagi awai lagi muda dari Alisha tapi dah pandai cakap... baguslah anak mereka pandai cakap kan... Tapi satu je, kita sebagai ibu2 ni, pantaulah percakapan anak2 kita tu... Alhamdulillah setakat ni Alisha tak reti lagi nak sebut BODOH ke, BAB* ke or apa je yang sewaktu dengannya... maybe sebab Alisha dijaga oleh saya & memang saya sendiri tak suka sebut word2 macam tu.. kalau kita marah dekat orang pun, jangan sebut bodoh.. walaupun u all just nak marah dekat pelakon dalam TV tu.. PLEASE JAGA PERCAKAPAN kita..!! Saya tengok ada anak2 yang lebih kecik dari Alisha dah pandai cakap kat kita yang besar2 ni, bodoh la.. Bab* la... Ya Allah.. terkejut saya dengar... bukan apa, takut nanti orang kata kita yang cakap benda2 camtu walaupun kadang2 kita tak cakap pun sebenarnya... sebab tu kene pantau...

Saya sendiri kalau dengar kaum kerabat sebut sesuatu yang tak elok depan anak2 saya, saya tegur tau u all... saya bagitahu jangan sebut benda2 camtu depan budak2.. Sebenarnya bukan depan anak2 saya je.. depan budak2 mana pun.. sebab secara peribadinya, saya memang tak suka dengar orang cakap keluar word2 yang tak "berfaedah" camtu... Rasanya, kalau u all tanya my dear, sejak dia kenal saya, berapa kali saya pernah sebut BODOH, pasti my dear akan berpikir panjang.. mencari kot2 saya pernah sebut.. bukan nak berlagak baik, sebab saya pun tak baik gak.. manusialah katakan.. cuma ntah, saya tak suka... Nak bagitahu u all, ketika saya kecik, yap, perkataan tu jadi mainan kat mulut bila bergaduh dengan adik beradik.. Bila saya makin besar, pemikiran makin matang.. NO MORE perkataan camgitu yer... SAYA TAK SUKA SEBUT..!! Word BODOH, kita tukar kepada word PANDAI..! InsyaAllah.. bila kita tak sebut, anak kita pasti takkan sebut... Kita yang mencorakkan anak kita.. Kalau kita tak sebut, tapi anak sebut, tegur anak, bagitahu dia jangan sebut benda macam tu..

P/s : Jangan marah anak jika anak2 sebut word "tak berfaedah" jika kita sendiri lakukannya.. time tu kita boleh pikir sendiri kenapa anak kita sebut word2 camtu.. 

P/s : Walaupun kita bukan ibu yang terbaik tapi sama2lah kita berusaha & mengubah diri untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak2...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Bila anak tegur pasal ketidak adilan kita dalam memberi kasih sayang


Saya tertarik dengan komen dari FIZA dekat entry ADAKAH KITA ADIL DALAM CURAH KASIH SAYANG DEKAT ANAK2... Fiza kata, anak dia KIMI ada tegur dia pasal ni... Alaaa sedihnya kan... Apa2 pun, Fiza bertuah sebab kimi bagitahu dia sendiri... Macam Alisha, dia tunjuk melalui perangai... suka menangis, suka merengek... so, saya sendiri yang kene cari punca, kenapa Alisha macam tu... sehinggalah saya dapat hint dari Alisha.... Kita kata kita adil.. kita kata kasih sayang kita sama banyak je dengan semua anak2... tapi tak mustahil anak2 rasa sebaliknya..

Pikir2 balik kita pun pernah jadi kecik.. pernah rasa ada adik beradik ramai.. pernah rasa jeles dekat adik beradik yang dapat perhatian lebih dari kita... Sama2lah kita berubah.. buktikan dekat anak2 yang kasih sayang kita dekat mereka adik beradik adalah adil... cara yang Fiza share tu pun, salah satu cara yang bagus... kalau nak kiss, kiss semua.. takyah duk kiss si adik je depan si kakak si abang... kalau kita ditempat mereka pun kita rasa jeles kan... apa kita ni tak wangi ke.. apa kita ni tak comel ke... nape parent tak kiss kita macam kiss adik... kan??.. Mana tau anak kita pikir camtu....
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Adakah kita adil dalam curah kasih sayang dekat anak2...

Selama ni Alisha memang suka sangat menangis... Kadang2 tengah2 tidur, dia terjaga menangis.. Maybe mengigau.. tapi dalam entry ni, saya tak nak sentuh bab menangis ketika bangun tidur tu.. tapi saya nak sentuh bab menangis time sebelum tidur or time bila2 je yang dia suka nak menangis or merengek...

Selama ni puas saya duk mencari sebab kenapa Alisha suka sangat menagis... kenapa Alisha suka sangat merengek... Orang kata sebab Alisha nak perhatian... Yap, mungkin.. tapi saya sebagai ibu pasti akan kata "Kasih sayang saya dekat anak2 sama rata je... takda lebih takda kurang...".. Ye sayang2... itu saya yang kata.. tapi bagi Alisha.. adakah saya berlaku adil untuk dia... Adakah betul kasih sayang yang saya curahkan dekat dia & adik dia sama rata? 

Saya nak u all pun berfikir jugak pasal ni... Sebab kadang2 kita tak sedar yang rupanya kita tak berlaku adil pun dekat anak2... Anak yang seusia Alisha masih lagi memerlukan kasih sayang.. masih lagi ingin bermanja... mungkin tanpa sedar kita dah bagi lebih perhatian dekat adik2 bawahnya... saya nak bagi contoh yang buat saya TERSEDAR DARI LAMUNAN.. TERSENTAK SENDIRI...

Satu malam, kami dah nak tidur... Alisha menangis.. Saya suruh diam tapi dia duk menangis jugak... Aqilah time tu pun tak pasal2 menangis jugak.. So, saya ambik Aqilah bagi susu... sambil bagi susu Aqilah, sambil saya pujuk Alisha... saya tepuk2 dia, tapi dia tetap menangis... Saya nak ambik Alisha letak atas peha saya tapi dia tak nak @ keraskan badan... tetap menangis jugak..sambil mata dia memerhati ke arah Aqilah.... time tu saya terpikir, adakah sebab Aqilah ada dalam pelukan saya @ tengah menyusu badan menjadi punca.. saya bagi Aqilah dekat my dear.. Lepas tu saya ambik Alisha.. barulah dia nak.. saya peluk dia & letak atas riba saya... saya pujuk2 Alisha... bila Alisha dah ok sikit, saya cakap "kakak, kakak tidur atas bantal yer.. ibu nak bagi Aqilah minum susu".. Bila saya letak dia atas bantal, ok je dia tidur.. Nampak tak u all... anak nak perhatian je sebenarnya.. dia pun paham yang kita nak bagi adik dia minum susu... tapi dia pun nak kita paham dia jugak... dia nak bermanja @ perhatian dari kita jugak.. saya sebagai ibu sepatutnya lebih prihatin bab ni... Selama ni kita bagi anak minum susu, kita duk peluk yang si adik tu je... yang si kakak nak gak rasa pelukan macam tu.. Yap, selama ni memang kita peluk je si kakak, tapi mungkin si kakak nak lebih dari tu... mungkin dia rasa adik lebih kerap kita peluk.. yela, dah adik menyusu badan kan...

Sejak dari tu, Alhamdulillah saya lebih prihatin bab2 ni... saya dah tahu apa yang menjadi punca Alisha menangis.. Saya dah tahu camna nak handle dia... Saya banyak libatkan diri dalam permainan antara kakak & adik.. antara Alisha & aqilah... Sepanjang Alisha suka menangis.. Otak saya asyik berpikir, apa punca dia menangis... Alhamdulillah... dengan status saya sebagai suri rumah sepenuh masa ni.. saya dapat tengok @ dapat mencari apa yang patut saya lakukan dengan melihat & menilai sikap anak2 tu sendiri... Alhamdulillah jugak saya dikurniakan anak macam Alisha.. yang sedarkan saya apa kesilapan saya dalam memberi kasih sayang dekat anak2... Kita patut nilai kembali.. kadang2 kita rasa kasih sayang kita sama rata dekat anak2.. tapi bagi anak2 pulak, adakah kita adil?.. Belajar selami perasaan mereka... InsyaAllah kita pasti akan jumpa apa yang kita cari

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Aqilah dah pandai minum sendiri


Aqilah masuk je umur setahun memang saya dah start ajar dia minum sendiri... Kiranya kalu saya bagi dia minum air masak tu, dia sendirilah yang pegang cawan.. Tumpah tu normalla kan.. sementara nak pandai.. Sekarang ni Aqilah dah pandai pegang sendiri.. kadang2 tu tak tumpah pun u all tapi dia sengaja pergi tuang air baki dia minum tu.. Lepas2 tu di "tepuk2"nya air yang dah tumpah tu.. Alahaii anak.. saje nak main air... Nasiblah ibu kamu ni baik.. Dah tumpah, ambik kain lap je lah kan.. Budak2 biasalah tu.. Kita dulu pun camtu gak... (",)

Untuk gambar atas ni.. actually time tu saya tengah minum EPHYRA.. Si Aqilah ni bukan main duk tarik2 baju saya, kiranya macam dia nak gtau dia nak minumlah kan.. Bila saya dah habis minum EPHYRA, saya letak air masak dalam bekas tu & bagi Aqilah minum... Anak2 ni cepat je balajar benda2 camni, cuma kita ni je antara nak dengan tak nak ajar.. Kadang2 kita tak ajar lagi dengan alasan nanti tumpah malas nak lap.. malas nak sapu.. tu yang jadi terbantut nak ajarkan.. (^_^)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Kawal anak supaya jaga tatasusila di rumah orang

Alhamdulillah syukur pada Tuhan saya dikurniakan anak yang dengar kata... Dengar kata yang maksud saya ni dekat umah orang.. Kalu kat umah sendiri jangan cakapla... Saya kalu g umah orang, saya tak suka sangat anak2 saya ni buat cam umah sendiri.. risau kot2 dia g sentuh tu sentuh ni.. sekali pecah ke apa ke... Saya jugak yang naik malu...


Macam Alisha dia memang dari dulu lagi jenis pemalu.. Kalu g umah orang duk berkepit je dengan ibu dia ni.. So, memang takda masalah la...


Aqilah ni pulak, dia jenis yang aktif.. So, dari awai lagi saya memang dah target AQILAH HANYA BOLEH "AKTIF" DEKAT UMAH SENDIRI JE.. UMAH ORANG MESTI JAGA TATASUSILA... Kat umah sendiri nak panjat apa pun panjat, janji umah orang jangan nak panjat kerusi orang plak.. Alhamdulillah Aqilah pun jenis dengar cakap & paham.. Maybe sebab dia tengok kakak dia pun diam2 je agaknya...

Peel anak dekat umah orang ni saya tak pasti samada ianya bergantung pada jantina or cara kita ajar or explain kat anak... Macam saya, dari kecik saya memang dah "control" Aqilah dari aktif dekat umah orang.. Sebab saya memang dari awal lagi dah cari strategi untuk bagi anak yang "aktif" tapi "diam" di umah orang...

Actually, Aqilah ni walaupun dia jenis aktif.. walaupun dia nampak serius.. tapi dia seorang yang sangat2 manja.. lagi manja dari Alisha... Kalau balik kampung pun, Aqilah & Alisha akan ambik masa untuk serasi.. Kiranya masa mula2 sampai, 2 beradik ni duk berkepit je la dengan saya.. Tu yang g umah orang dorang boleh "diam" kot... Kalau g klinik untuk checkup dorang pun, Alisha & Aqilah ni duk je dekat saya.. Saya ni pulak yang bagitahu dorang suruh g main dengan budak2 lain...

Tapi apa2 pun.. keadaan "diam" tu hanya akan berlaku bila di luar rumah @ umah orang.. Kalau umah sendiri.. mereka lah heroin.. hihiii.. Tapi saya tak kisah sebab umah sendiri.. janji mereka paham apa yang perlu mereka lakukan bila ada umah orang.. (",)
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Didik anak mengaku salah sendiri

Semalam Alisha sepahkan rumah.. saya sambil2 masak tu, saja la tanya "Sape sepahkan rumah ni".. Alisha terus cakap "Isha yang buat..".. Tadi pulak, Aqilah main tab Alisha, lepas tu Alisha ambik tab tu dari Aqilah.. terus Aqilah nangis.. Saya sambil2 baring dengan Aqilah cakap "Sian Aqilah.. Sape buat Aqilah..".. Alisha yang ada dekat sebelah saya terus cakap.. "Isha buat... Isha buat adik"... Good girl lah kamu ni sayang.. Mengaku kesalahan sendiri...

Kalau dia terjatuh sendiri pun dia akan cakap "Isha buat".. takda nak salahkan batu sebab tersepak ke.. salahkan kerusi ke.. tapi dia akan salahkan diri dia sendiri.. Harap sikap Alisha kekal hingga dia besar & selama2nya... Walau apa "kesan" dari apa yang kita buat, jangan tuding jari dekat orang.. salahkan diri sendiri terlebih dahulu... Selidik balik apa yang tak kena...

Saya memang tak suka + saya rasa tak elok ajar anak "salahkan" benda lain... contohla, anak menangis terjatuh sebab tersepak bantal dalam umah, saya takdanya nak bagi anak tu diam g buat2 pukul bantal.. konon2 bantal tu bersalah la sebab jatuhkan anak... Tapi saya akan cakap itu salah sendiri.. jalan tak tengok bawah.. lenkali jalan tengok bawah.. 

Sekarang kita nampak remeh tapi "kesan" jangka panjang tu yang kita kene pikir.. tak nak nanti anak kita buat kesalahan sesuatu tapi sebab nak "tutup" salah sendiri, nanti mereka pandai salahkan orang lain... Tak best la perangai camtu kan...

P/s : Alisha memang bahasakan diri dia ISHA
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tips anak bijak guna OTAK KANAN

Entry ni saya dah buat sebelum ni.. tahun 2011.. untuk join contest.. *tiba2 baru tingat, apa cite dengan contest ni yer.. tergantung tak bertali.. (",).. kiranya saya copy paste je la semula.. hihii... Malas sungguh rasa harini... malas nak taip.. Saya up balik sebab saya nak praktikkan dekat Aqilah.. lagi satu memandangkan Alisha pun dah pandai cakap.. so, senanglah untuk saya teruskan usaha ni.. Dah alang2 saya nak ajar anak saya, teruslah saya share nak bagi u all praktik dekat anak u all jugak.. (",)

______________________________________________________________

Sebelum ni saya pernah terbaca yang kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.. Selama ni saya main ajar je alisha.. tak tau la otak kanan ke kiri tapi sekarang ni tiba2 saya rasa macam best pulak untuk seimbangkan dengan otak kanan jugak..

Tak kisahlah tu apa2 pun, yang penting hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)


1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "Alisha.. ibu terlalu sayangkan alisha.. kasih sayang ibu terhadap alisha tiada tandingannya.. semoga alisha membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. Saya selalu buat macam ni... terlebih feeling mulalah mengalir air mata...

2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..

3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",) Bab melukis ni rasanya abah alisha yang lebih elok mengajar kot sebab ibu alisha ni bila lukis rama2 silap haribulan, alisha gelakkan saya pulak.. hahahhah Ibu alisha memang tak reti bab2 melukis.. muahhaha

4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Alisha.. ibu mintak maaf sebab ibu tengking alisha tadi.. ibu sayangkan alisha.. ibu nak alisha jadi anak yang baik..".. Haa yang ni saya pernah termarah alisha sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. 

5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa.. *tiba2 saya terbayang Aiman Anak muni @ Puan Kutu yang suka loyar buruk hihii... Alisha memang pakar menyambung cerita saya siap dengan tangan lagi gerak tapi masalahnya bahasa German.. muahhahha

6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding. Bab gambar dekat cadar tu memang saya selalu buat... Sampai sekarang alisha pulak yang menegur saya bila saya tunjuk pooh tu adalah tiger.. si kecik alisha ni cepat2 tunjuk tigger tu adalah tiger.. hihii

7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Alisha, tolong diam.." berbanding "Alisha, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. Tapi tu la.. si ibu alisha ni pulak, kadang2 mulut tu terlebih ringan sebut JANGAN.. Adehhh

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Malam pertama yang akhirnya berjaya..!!

Malam tadi adalah malam pertama saya berjaya bagi Alisha tidur awal... pukul 9:30 dah tido..!! U all tahu tak, actually selama ni Alisha tido lambat tau... U all bayanglah, kalau pukul 12 malam, kami semua dah masuk bilik tido tapi si Alisha ni, boleh pulak dia duk main sorang2 atas katil tu.. kadang2 dia duk melayan tab.. sekali tengok jam kol 2 lebih pagi.. kol 3 lebih pagi baru dia nak tido... Pening kepala tengok dia tido lambat2 camtu... Saya pun teruslah cari jalan penyelesaian...

So, hari Selasa baru ni, saya "paksa" Alisha tido pukul 10 malam... tapi tak berjaya tau...!! Dia tak nak tido... kalau tak silap saya, pukul 2 lebih baru dia tido.. Time tu saya terpikir takut2 anak saya ni ada penyakit susah tido malam... Haihhh haru.... Last2, saya dah niat yang strategi saya untuk didik alisha tidur awal bermula esok pagi @ pagi rabu.. TAKDA BELAS KASIHAN!!

Pagi Rabu, saya kejutkan dia pukul 7 pagi & terus mandi walaupun mata dia terpejam lagi... Tak kisah pukul berapa dia tido semalam, dia tetap kena bangun mandi awal... Lepas mandi, saya temankan alisha tengok tv & breakfast, kononnya tak nak bagi Alisha tido la... Memang dia tak tido pun, cuma pukul 11 pagi je baru tertidur... tu pun sekejap je la... 

Petangnya pulak, hampir pukul 7 malam dia terlena, saya nampak... terus kejut Alisha & sembang2.. dukung2 dia semata2 tak nak bagi dia tido... Siap saya basuh lagi muka dia... Alisha duk la cakap "Kakak nak tido"... *kesian tengok mata dia, layu je.. yela, tido 4jam je... Tapi ibu dia boo layan yer... Kejam tak??.. Untuk didik anak, kita harus ada sifat KERAS HATI...!!!

Saya cakap, "kakak tak boleh tido sekarang, kene tido lewat sikit (maksud saya tu paling awal pukul 9 malam ).. nanti terus bangun pagi takyah terjaga dah.." Yela, risau gak saya, kalau saya layan kehendak dia nak tido time tu, tak mustahil nanti dia akan terjaga semula.. lagilah susah dia nak tido kembali... Last2 saya tengok Alisha dah terlena depan TV, time tu dah pulkul 9:30 malam... Saya terus angkat Alisha masuk bilik & terus terlena sampai pagi.. (",)

Alhamdulillah... Saya dah jumpa strategi nak bagi anak saya tidur awal... Kiranya cara saya ni untuk melatih or membiasakan diri dia tido awal.. dengan kata lain, tengah "menjadualkan" kembali "jadual" yang sedia ada dalam diri dia tu.. Sekarang ni, saya sedang mencari strategi untuk anak2 saya ni takda nak gaduh2.. berkongsi barang.. kalau berjaya baru saya share yer (",) Btw, ingat pesan saya selama ni tau.. Untuk berjaya, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN.. termasuk soal berkaitan anak2...
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cara Aqilah berkenalan dengan buku

Kalau tadi si kakak yang berumur 3 tahun tu menulis dengan penuh bergaya manakala si adik ni pulak, duk sepah2kan buku.... Si kakak kalau ke rak buku, dia akan ambik buku untuk study tapi kalau si adik ke rak buku, dia akan sepah2kan buku tu..

Tapi takpalah... bagi saya ini antara proses untuk Aqilah membesar sebagai orang yang minat buku...  Time umur2 camni, anak2 kita ni, macam2 benda dorang nak explore... saya tak kisah walau rumah bersepah sebab di explore oleh anak2... Lagipun tu semua nanti boleh kemas.. Tak nak nanti kalau dihalang, perkembangan dorang terbantut pulak...


Walaupun nampak anak2 kita just belek2 buku or sepah2kan umah, sebenarnya secara tak langsung.. dorang dah belajar sesuatu... Memang dari Alisha kecik lagi saya biarkan Alisha sepah2kan buku.. Lagipun time ni dorang dah tak koyakkan buku... Macam alisha umur 8-10 bulan & Aqilah 7 bulan, dah pandai hargai buku...

Alhamdulillah... sedikit sebanyak saya nampak usaha or cara saya ni berhasil.. Nampaklah si Alisha tu dah sukakan buku.. & dah pandai menulis *walaupun hanya sekadar pandai menulis ikut garisan... tapi saya tak kisah.. okla dengan umur Alisha 3 tahun.. Nak hantar dorang g school, bagi teacher ajar, rasanya tak berapa nak mampu... Lagipun saya duk umah, apa guna kan jika tak ajar anak... Takpa, pelan2 kayuh... janji target saya nak bagi Alisha dah pandai menulis & membaca sebelum masuk tadika tercapai... InsyaAllah.. Aamiin...

CARA SAYA PUPUK ANAK MINAT BUKU
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Tiada paksaan dalam mendidik anak


Saya suka dengan komen Maria Firdz ni.. "SY BKN IBU YG JNIS MEMAKSA.. JADI PEMBELAJARAN ITU SY JADIKAN SCRA SLOW DAN SEMULAJADI".. Yap betoi.. dalam mendidik anak.. jangan memaksa.. nanti mereka memberontak.. Saya sendiri pun, dalam mendidik anak, takda memaksa...

Kalau u all mengikuti blog saya dari awal.. U all pasti akan tahu PUNCA SAYA START FREE DIAPERS ALISHA... PUNCANYA SEBAB ALISHA YANG DAH TAK NAK PAKAI PAMPERS.. NAK TAK NAK IBU DIA NI KENALAH AJAR FREE DIAPERS KAN.. (",) Tiba2 saya terpikir pulak, bila setiap entry berkaitan free diapers yang saya share.. mesti saya akan tulis supaya u all ajar anak free diapers tanpa wujudkan alasan.. terpikir pulak saya takut u all ingat saya suruh u all tu memaksa anak u all.. sedangkan hakikatnya kalau u all baca rentetan cerita free diapers alisha ni.. bukan sebab saya paksa, tapi dia yang nak... risau takut ada yang baru petama kali singgah sini & terus pikir lain.. hihii

Dalam bab berkaitan buku ni pulak... pun bukan saya memaksa... saya ni bukan ibu yang rajin sangat pun u all... PEMALAS saya ni sebenarnya... TAPI DAH ALISHA NI PULAK JENIS YANG RAJIN NAK BELAJAR.. DUK USUNG BUKU DIA TU JE.. ASYIK DUK TANYA IBU DIA NI. ASYIK DUK SURUH IBU DIA NI AJAR.. NAK TAK NAK KENELAH SAYA AJAR JUGAK... Kalau time saya MALAS.. saya pass dekat abah dia je suruh ajar.. (",)

Dalam bab berkaitan buku.. saya memang takkan paksa Alisha.. sebab my dear pun tak suka dipaksa anaknya.. my dear tak nak anak dia "kehilangan" keseronokkan zaman kanak2.. lebih2 lagi saya pun MALAS.. hahah.. Eh, u all jangan pulak kata, saya kata anak2 u all "kehilangan" zaman kanak2 tau.. Alaa kita mengajar anak2 kan sambil bermain... bukannya kita mengajar seperti cikgu2 dekat sekolah tu haaa...(",) *setiap orang ada pandangan sendiri berkaitan ini

Lagi satu, saya nak tulis jugak dekat sini... apa yang saya share dekat blog saya.. untuk anak umur Alisha yer.. 3 tahun.. bukan untuk anak2 u all yang dah besar.. kalau anak u all tu dah besar or masih kecik.. cara pembelajaran kita mestilah berbeza kan.. nak didik anak yang dah besar yang dah bersekolah tu lain..  

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Moga Tuhan tinggikan tahap kesabaran dalam diri saya

Kita as parent ni sentiasa diuji dengan sikap anak2.. Makin anak2 membesar.. makin banyak ujiannya.. makin banyak tahap kesabaran yang kita perlukan... Macam Alisha ni haa.. suka sangat menangis... mulalah buat saya rasa eeee eeee eeee grrrr grrrrrrr grrrrrrrrr.... Bukannya menangis pasal kene pukul ke.. kene marah ke... kadang tu kalau badan gatal2 dia menangis.. dia nak sesuatu tapi saya tak paham.. pun dia menangis.. Mulalah saya rasa nak marah.. mulalah suara tu nak meninggi... tak pasal2 kene cubit.. yang tambah lagi uji kesabaran tu sebab dia menangis time nak tido tu haa... time kami semua dah mengantuk... Mulalah bila dah kene cubit tu.. saya mintak maaf balik dekat dia.. Alisha ni jenis hati lembut macam ibu dia ni jugak.. Bila saya mintak maaf.. dia rasa sedih.. so, tersedu2 dia nangis sambil peluk saya... 

Semalamkan u all.. dia nak susu tau.. saya letaklah bekas susu atas almari yang biasa.. sekali semalam dia buat peel cakap tak sampai nak pegang.. padahal boleh je ambik.. Dalam hati time tu rasa macam.. eeee eee nak kene jugak dia ni... saya yang naik grrr grrr ni terus ambik botol yang berisi susu tu sumbat dalam seluar dia... terus dia mengamuk & suruh saya ambik semula botol tu.. so, saya ambik & bagi dekat tangan dia.. tapi dia mengamuk suruh saya letak atas almari tu semula.. saya pun letaklah.. lepas tu dia suruh pulak saya ambik botol tu.. Ya Allah... kamu ni memang nak uji kesabaran ibu... *kesimpulan untuk perenggan ni.. Alisha suruh saya ambik botol tu elok2 & bagi dekat tangan dia elok2... sebab tu dia suruh saya letak botol tu atas almari semula... Nampak tak dekat sini??.. Alisha sedang mengajar saya sebenarnya...

Selepas saya dah bagi botol tu.. dia rendahkan badan dia dari paras katil & cakap dia takleh panjat katil tu.. suruh saya angkat dia... Ya Allah.. teruji sungguh kesabaran saya ni... *semua ni berlaku hampir pukul 2 pagi.. Si Alisha ni dia tido lambat... dah tu nak suruh peluk pulak... Alisha.. Alisha.. Alisha.. kalau nak bermanja dengan ibu pun, please jangan waktu tido.. jangan pukul 1 or 2 pagi baru nak buat perangai...

Ohya, lepas part yang saya masukkan botol air dalam seluar dia tu.. saya baring semula atas katil tau.. sambil2 tu saya terus istighfar banyak2.. zikir banyak2.. bagi saya jadi cool balik.. lepas tu baru sambung layan Alisha.. Dalam mendidik anak.. doa saya moga Tuhan banyakkan.. limpahkan kesabaran dalam diri saya.. Kesabaran tu sangat2 penting dalam membesarkan anak ni... Alisha ni, dia uji saya melalui menangis tu je u all.. merengek.. tu yang bila saya "terlepas".. saya akan cepat2 istighfar & lepas tu hug n kiss Alisha & cakap Saya mintak maaf.. lepas tu saya nasihat lah dia jangan menangis lagi.. tapi biasalah kan, menangis tu kan memang sikap kanak2.. sikap budak2.. @ cara mereka meluahkan perasaan... so, kita yang besar ni kene cari jalan untuk handle situasi tu...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Bertuahnya saya bila dapat anak berlainan sikap

Alhamdulillah.. syukur sebab saya dikurniakan 2 orang anak perempuan yang bijak pandai macam Alisha & Aqilah.. *Hope pregnant kali ke 3 dapat anak lelaki.. doa awai2 moga jadi kenyataan.. (^_^).. 2 orang anak perempuan yang berlainan perwatakan.. 2 orang anak perempuan yang berlainan perkembangan.. 

Kalau orang tengok Alisha, orang akan cakap Alisha ni jenis lemah lembut.. Aqilah pulak jenis yang keras sikit... Alisha jenis pemalu.. Kalau orang luar datang rumah.. dia duk ikut vontot saya je ke hulu ke hilir.. Aqilah jugak yang duk "melayan" tetamu.. hahah.. Kalau dari segi perkembangan, Aqilah memang jenis cepat dari Alisha.. Alisha boleh jalan umur 10 bulan setengah, Aqilah boleh jalan umur 9 bulan setengah...

Aqilah seorang yang aktif.. Dia hanya diam time tidur tu je u all.. Alisha dulu tak seaktif dia.. Alisha ni ala2 menantu pilihan la kononnya.. hihii.. TAPI SAYA SANGAT SERONOK DIKURNIAKAN ANAK YANG BERLAINAN SIKAP... IA BAGI CABARAN UNTUK SAYA DALAM MENDIDIK OR MENJAGA ANAK.. SAYA DAPAT BELAJAR, MACAMANA NAK JAGA ANAK YANG AKTIF.. Opsttt bukanlah  hyper aktif tapi aktif dari Alisha je pun maksud saya dengan aktif tu.. (",)

Jaga Aqilah ibarat macam saya jaga 2 oarang anak.. tak pernahnya dia nak penat.. macam2 dia nak belajar.. dia pun jenis cepat serba serbi.. dengan nak panjat meja lah.. panjat kerusilah... tak padan kecik.. Eh, tapi Alisha dulu pun sama jugak.. jenis suka memanjat jugak...

Bila Aqilah jenis yang aktif, satu target saya dalam didik Aqilah adalah.. BILA PERGI RUMAH ORANG, PASTIKAN SEDAR DIRI YANG ITU RUMAH ORANG... bukan apa, saya kurang suka or tak nak timbul rasa segan dekat tuan rumah.. bayanglah kita g berjalan rumah orang tapi anak2 kita sibuk duk panjat kerusi rumah orang la.. duk sentuh segala barang hiasan umah orang la... NO.. NO.. NO... saya tak suka anak2 saya camtu.. masa saya kecik2 dulu, kalau berperangai camtu... siaplah..! Kadang2 orang kata.. takpa.. anak2.. budak2.. biasalah perangai camtu.. memanglah u all.. tapi kita sebagai parent ni.. takkan takda rasa malu kot... takkan takda rasa segan... lebih2 lagi kalau anak kita TERrosakkan barang dekat umah orang.. Kalau umah sedara mara maybe boleh consider tapi kalau umah sekadar rakan2 or jiran2...?

Sebab tu saya memang dah pikir benda ni dari awal.. saya perlu train anak2 saya supaya jadi "pemalu" bila dekat rumah orang.. jangan buat macam umah sendiri... Semua ni kene ajar dari kecik.. nanti bila anak dah panjang "akai" baru nak ajar nanti mereka akan memberontak... sebagai contoh, kita bawak anak pergi umah orang, anak pulak buat perangai panjat kerusi.. lompat atas kerusi.. bila kita tegur dia mulalah mengamuk2 dekat umah orang.. kita jugak yang malu... malu kot2 ada orang mengata anak kita.. secara tak langsung mengata kitalah.. sebab kita yang didik anak kita...

Setakat ni, walaupun Aqilah jenis aktif, tapi bila pergi rumah orang dia masih lagi tahu jaga diri.. masih lagi sedar diri... Opsttt time raya hari tu je pun Aqilah ni g berjalan umah orang.. so, time raya tu, Aqilah sangatlah behave yer... macam kakak dia jugak.. Alhamdulillah dia masih lagi senang bawak g umah orang.. Harap2 kekal camtu... Haaa jangan tak tahu.. walaupun Aqilah ni aktif & nak dengan semua orang.. tapi Aqilah ni jenis pemalu jugak tau.. Sebagai contoh, hari tu time isi minyak, dia duk tengok orang isi minyak.. lepas tu orang tu tengok dia & senyum dekat dia.. dan2 dia jadi malu2 alah.. terus menempek kepala dia tu ke dada saya.. hahahha.. dalam bab malu2 ni, agaknya walau seaktif mana pun anak2 girl kita ni, mesti ada sifat malu kan.. yela, dah jantina pun girl.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Pendapat kita sama Mama QS...


Yap, pendapat kita memang sama kak @ Mama QS... (Mama QS komen di entry sebelum ini)... Saya pun tak suka bila orang kata budak2 ni takda akal ke... budak2 ni kecik lagi tak tahu apa2... budak2 ni kecik lagi tak pandai lagi... Saya selalu dengar kata2 camni... tak kira ianya terkeluar dari mulut yang muda or yang tua.. semua ada... Saya senyum je la walau hakikatnya saya tak berapa setuju...

Sebagai contoh, orang2 ada yang terpikir buat apa beli buku dekat anak2 ketika usianya baby lagi.. meniarap pun tak pandai lagi...Yap.. secara mata kasarnya, kita nampak mereka tak pandai... kita bacakan buku cerita, dorang buat derkkk je... kita kenalkan nama2 anggota badan, dorang bukan boleh cakap balik pun apa yang kita ajar tu kan... 

Jangan sesekali pandang rendah dekat anak2 kita yer... diusia kecik hingga 3 tahun, sebanyak 80% nak mengembang tu u all.. neutron2 sedang mencari jalan untuk bersambung antara satu sama lain je time ni... kita ibu2 ni la yang patut bantu supaya ianya dapat bersambung... *Alaaa macam iklan susu Anmum tu.. sudu jatuh bawah kerusi, budak tu ambik besi berani untuk ambik sudu tu... nampak tak panjang tak panjanya akai dia.. (",)..

Macam Alisha, masa dia kecik, berialah saya duk cerita ni tangan ni kaki ni mulut.. kiranya kenalkan anggota badan la kan.. time tu tak boleh cakap pun lagi.. merangkak pun belum agaknya.. tapi bila dah boleh cakap, automatik dia dah tahu anggota badan dia... Ni contoh je la tau u all.. banyak lagi contoh2 lain tapi tu la, time nak tulis ni, otak duk terbayang2 nasi.. hidung duk terbau2 sambal belacan... tekak pulak duk rasa sedapnya kalau makan nasi ikan singgang cicah sambal belacan.. So, saya g makan dulu la yer.. hihii

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


05/09/2013 genaplah umur Alisha 3 TAHUN

AKHIRNYA.... TARIKH YANG DINANTI2KAN... 05/09/2013... GENAPLAH UMUR ALISHA 3 TAHUN..!! Sekejap je dah 3 tahun Alisha.. rasa macam baru je lagi lahirkan Alisha... Semua kisah Alisha dari kecik tercatat dekat blog ni.. Tengoklah gambar dekat header atas tu... gambar Alisha ketika umur sehari pun ada.. (",)
Alhamdulillah... di usia 3 tahun ni, dah banyak perkembangan anak solehah saya ni.. tak perlu saya senaraikan di sini sebabnya semua perkembangan Alisha, saya dah tulis dekat blog ni... (",) Ohya, cuma ada satu lagi.. ALISHA MASIH BELUM PETAH BERKATA2.. MAKSUD SAYA, ALISHA ADA SEDIKIT PELAT + ADA LAGI BAHASA GERMAN DIA TU... Tapi takpa, itu bukan masalah yang besar.. sebab Alisha faham apa yang kita cakap.. sebab tu dia dah boleh free diapers ketika usia 2 tahun ++...

Ohya, lagi satu, KITA SEBAGAI IBU, JANGAN TERLALU FOKUS PADA KELEMAHAN ANAK2.. TAPI FOKUSLAH PADA KELEBIHAN ANAK2.. BAGITAHU BETAPA BANGGANYA KITA ADA ANAK MACAM MEREKA.. MEREKA AKAN RASA SERONOK.. LAMA2, KELEMAHAN TU AKAN BANGKIT MENJADI KELEBIHAN.. SEBAB MEREKA TAHU, KITA SAYANGGGGGGGGGGG DEKAT MEREKA.. (",)

Doa saya untuk Alisha, MOGA ALISHA MEMBESAR SEBAGAI ANAK YANG SOLEHAH.. ANAK YANG SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN IBU BAPANYA TAK KIRA DI DUNIA OR DI AKHIRAT.. ANAK YANG SENTIASA MENGHORMATI MEREKA2 YANG LEBIH TUA.. 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Cara saya control Alisha dari terikut-ikut

Anak2 kecik ni suka benor terikut2 kan.. termasuk anak saya si Alisha yang baik budi pekerti ni haaa... Tau apa yang dia tiru or ikut?.. Dia boleh pulak baring atas lantai kalau kita tak bagi sesuatu yang dia nak... Dia nampak kanak2 lain buat camtu lepas tu parent dorang bagi apa yang kanak2 tu nak.. so, maybe Alisha pikir itu tektik yang terbaik untuk menjerat ibu dia... TIDAK SAMA SEKALI TIDAK...!! Tak yah nak test ibu benda2 macam tu yer sayang.. dalam lembut2 ibu kamu ni.. terselit KETEGASAN yer...

Actually Alisha buat camtu dah lama tau.. sekarang ni dah tak buat camtu dah.. dia dah tau tektik dia tak menjadi.. hihii.. Cara yang saya buat, bila Alisha buat macam tu, mestilah saya tegur dia jangan buatkan.. Saya cakap "Alisha jangan nak tiru benda2 macam tu... kakak dah besar kan.. Budak baik tak buat benda macam tu..".. Alisha tetap jugak buat & terus jugak menangis sambil meniarap atas lantai tu.. Macam biasa, saya bagi keizinan untuk dia menangis seberapa lama dia nak... Sebab saya tahu, lepas tu Alisha panggil IBU & terus datang dekat saya.. Time ni lah saya akan peluk & kiss dia sambil explain lagi sekali kenapa dia tak boleh buat macam tu...

Lagi satu yang Alisha ikut adalah isap ibu jari..!! Tau tak.. beberapa kali time nak tidur, dia boleh sorok2 (membelakangkan saya) dari saya lepas tu isap jari dia... padahal tidur sebelah saya, macamlah saya ni tak boleh intai.. hihiii.. Tak suka betoi bila saya cakap NO tapi buat jugak... Alisha bukan jenis isap jari pun.. tapi maybe dia nak rasa apa perasaan bila orang isap jari... So, cara yang saya buat adalah, time dia nak buat tu... macam biasa saya explain kenapa tak boleh buat macam tu, lepas tu saya akan tidur sambil peluk dia & badan dia mengadap arah saya or kadang2 saya pegang jari dia tu.. (^_^) ... time ni Alisha lagi suka, siap suruh peluk kuat lagi... entah2 akai dia je nak suruh saya peluk time tidur.. (",)

Ohya, saya bagi Alisha tidur mengadap saya tu kononnya nanti Alisha takutlah tengok kebuntangan mata ibu dia ni... so, tak jadlah nak isap... kikikii

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

SLOT SAMA-SAMA KITA MEMBANTU : PART 1


U all baca sampai habis emel dekat atas tu tau... Lepas tu bagi pandangan u all... Nanti ibu yang penyayang ni akan baca semua komen u all.. (",)

MACAMANA NAK TRAIN ANAK SUPAYA DENGAR KATA?..

Pandangan saya adalah guna cara haluss.... cara lembut... psiko anak kita... GUNA MINDA BAWAH SEDAR.... Untuk pengetahuan, MINDA BAWAH SEDAR MAMPU MENERIMA, MEMAHAMI & MENYIMPAN MESEJ YANG DISAMPAIKAN OR DIBISIKKAN MELEBIHI PENDENGARAN BIASA... CARANYA ADALAH : TIME ANAK2 TENGAH TIDUR2 AYAM (5-10 MINIT PERTAMA) KITA BISIKKANLAH APA2 JE DEKAT TELINGA ANAK2 KITA TU.. Sebagai contoh "Alisha anak ibu yang solehah.. ibu sayang sangat dekat Alisha... Ibu nak Alisha jadi anak yang dengar cakap ibu & abah".. "Aqilah anak ibu yang baik budi pekerti.. Ibu nak Aqilah jadi anak yang taat pada perintah Tuhan".. Ini sekadar contoh.. u all boleh buat ayat sendiri.. BUAT SETIAP MALAM..

Selain tu, banyakkan masa dengan anak2... ambik peluang bercerita tentang keburukan jika dia buat sesuatu yang tak elok.. Macam jelir lidah tu... buat camni... ambik anak duduk atas riba kita & sambil peluk anak, kita cakap "Abang anak yang baikkan.. ibu nak bagitahu ni, kalau abang main dengan kawan2 or abang bergaduh, abang jangan jelir lidah tau... jelir dekat ibu & abah pun tak boleh.. nanti Tuhan potong lidah.. abang takutkan kene potong lidah?..kalau takut, jangan jelir lagi tau.."... "Ibu & abah sayang sangat dekat abang & adik.. abang & adik pun sayang ibu & abah jugak kan?.. so, jangan buat ibu & abah marah... jangan ejek cakap ibu or abah.. kene dengar cakap ibu & abah.. nanti dapat pahala, dapat masuk syurga..." Lepas tu explain dekat anak, apa itu syurga.. tarik minat mereka untuk buat yang baik2 je.. dengan alasan mereka nak masuk syurga lepas dengar penerangan kita betapa seronoknya tinggal di syurga...

Kita jugak kena sentiasa ringankan mulut untuk cakap yang baik2 setiap kali panggil anak.. contohla... kalau selama ni, kita just panggil "Alisha.. meh sini jap".. "Aqilah.. nak minum susu tak" kita tukar kepada "Alisha anak yang solehah.. meh sini jap"... "Aqilah anak yang dengar cakap, nak minum susu tak..." Secara tak langsung, kita dah berdoa untuk anak2 kita jadi anak yang solehah & dengar cakap.. (",) Doa seorang ibu sangatlah mustajab melebihi doa seorang ayah..

Boleh jugak amalkan doa ni.. : YA ALLAH, LEMBUTKANLAH HATI ANAKKU (SEBUT NAMANYA) SEPERTI MANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI... Lepas tu hembuskan pada makanan dan minuman or susu jika anak masih menyusu.. (sumber)

JEMPUT U ALL BAGI PANDANGAN OR BOLEH SHARE PENGALAMAN U ALL JUGAK YANG BERKAITAN MASALAH MACAM DI ATAS... 

Saya doakan moga anak2 kita semua menjadi anak yang soleh & solehah & dengar cakap kita.. InsyaAllah.. Bagi pihak pengirim, saya ucapkan TERIMA KASIH...

P/s : Sorry sebab tulisan jadi kecik.. adehhh.. tertukar apa ntah tadi.. (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.


Jangan cakap yang negatif tapi guna perkatan yang positif..

Saya kurang suka bila dengar orang2 sebut anak2 kecik ni NAKAL or BUAS.. Tak kisahlah walau yang dikata tu bukan anak saya pun.. tapi saya lebih suka sebut sesuatu yang positif.. Kita ibu2 ni pun sama lah jugak.. jangan duk cakap anak kita tu buas ke.. anak kita tu nakal ke...

Lenkali kalau orang kata anak u all tu buas or nakal, u all cakap.. ANAK U ALL BUKAN BUAS TAPI AKTIF... Kalau dari kecik kita dah terbiasakan sebut anak2 tu buas, anak tu nakal.. takut nanti sampai besar duk buas or nakal.. Bila dah besar, kalau orang kata anak kita tu buas.. maksud dia berbeza dengan orang kata anak kita buas masa kecik kan?..

So, sebutlah anak kita tu aktif.. at least dah besar, adalah jugak boleh dikatakan aktif bersukan.. hihii Banyak lagi perkataan sebenarnya yang u all boleh positifkan.. kalau anak 10 kali duk suruh u all ajar benda yang sama. jangan sebut b_d_h tapi sebutlah "kamu ni anak yang pandai, 10 kali tanya benda yang sama.. lepas ni boleh jadi pakar..".. (^_^) Ni antara contohlah.. yang lain u all boleh pikir sendiri.. 

JIKA KITA DAH BIASAKAN DIRI KITA MENYEBUT PERKATAAN YANG BAIK2 JE KETIKA BERSEMBANG DENGAN ORANG SEKELILING PASTI KITA TAKKAN TERKELUAR PERKATAAN YANG TAK ELOK DI DEPAN ANAK2.. (",)

P/s : Bukan satu kebanggaan jika anak2 petah bercakap macam orang besar tapi guna words :Ba_i.. guna words Bo_d_h or apa2 je dengan rakan2 time bergaduh... 

P/s : Apa2 pun ia bergantung pada niat kita tapi bagi saya, tak salah jika berubah untuk guna perkataan yang lebih baik kan.. (^_^)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...