KIT BIJAK MENABUNG memang terbaik untuk anak2..!!

Tak sabar hokay, memang tak sabar saya nak bercerita dekat u all pasal KIT BIJAK MENABUNG...!! Ini antara pembelajaran 'homeschool' anak2 saya sekarang... Ye sayang, bila sebut pasal menabung, pasti ianya berkaitan penyimpanan duit... Di sekolah tiada pembelajaran berkaitan ini kan?.. Makanya, nah, kita sebagai ibu bapa, harus terapkan pasal menabung ni dekat anak2.. Selama ni saya memang ada je ajar anak menabung tapi tu la, konsep dia tu yang menjadi masalah.. Bukan masalah apa pun, kalau selama ni, apa yang saya ajar hanyalah, "masukkan duit dalam tabung, penuh tabung boleh pergi simpan dalam bank".. itu je, takda apa yang menarik pun... Tapi apabila saya diperkenalkan dengan KIT BIJAK MENABUNG, Ya Allah baru saya terpikir, kenapalah selama ni saya tak ajar anak saya dengan konsep macam ni... Konsep di mana ianya mempunyai tabung untuk BELANJA, SEDEKAH & SIMPAN... Eh, saya memang ada ajar anak2 saya pasal sedekah ni, tapi duit yang disedekahkan tu, di ambill dari beg dompet saya, bukannya dari tabung.. Kalau diambil dari tabung, pasti "feel" dia tu rasa lainkan.. Yela, kiranya macam anak saya ambil duit mereka sendiri untuk bersedekah.. AllahuAkbar.. betapa indahnya jika dari kecil2 kita dah mendidik anak2 dengan sifat2 yang pemurah ini.. Sesungguhnya kita takkan miskin hanya kerana bersedekah, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita dapat, dapat pahala tu dah tentu2 dah.. didiklah anak, ajarlah anak dengan perkara2 yang bermanfaat untuk mereka tidak hanya untuk kegunaan di dunia tapi jugak di akhirat.. AllahuAkbar... 


Sekarang saya nak bercerita dekat u all apa itu KIT BIJAK MENABUNG supaya u all dapat lebih gambaran lebih jelas lagi dengan penceritaan saya ni.. KIT BIJAK MENABUNG ni kiranya macam modul yang mudah, praktikal & yang paling penting SERONOK untuk mengajar anak tentang asas kewangan & konsep pengurusan kewangan menggunakan konsep SSB (simpan, sedekah, belanja).. Di mana ilmu ni takkan dapat pun di sekolah.. Apa kandungan yang akan u all perolehi di dalam KIT BIJAK MENABUNG ini adalah seperti gambar di atas, buku seronoknya menabung, buku matlamat, buku panduan ibu-bapa, buku bajet, buku rekod duit saya, carta upah magnetik, pelekat yang bersesuaian & 3 buah tabung.


Antara kelebihan KIT BIJAK MENABUNG ni untuk anak2 kita adalah anak2 kita dapat belajar cara mengurus dan menjana wang secara praktikal, berbelanja secara berhemat, bersedekah kepada yang memerlukan selain dari bijak berbelanja untuk masa depan mereka. Sebenarnyakan, dari pembelajaran KIT BIJAK MENABUNG @ KONSEP SSB ni, secara tidak langsung, kita telah memberi anak2 kita peluang untuk mengendalikan wang mereka sendiri sebagai langkah pertama dalam menguruskan wang secara bijak. 


Di dalam set KIT BIJAK MENABUNG ini, kita akan diberi beberapa buah buku. Buku panduan untuk ibu-bapa pun ada juga, digalakkan kita sebagai ibu-bapa baca buku ini terlebih dahulu untuk mendapat gambaran cara nak guna KIT BIJAK MENABUNG dengan cara yang terbaik. Berkaitan buku seronoknya menabung, di dalamnya terdapat info berkaitan apa itu menabung, faedah menabung, sumber wang, bagaimana nak jana wang dan sebagainya.. Tak lupa juga di dalam buku ini terdapat jugak beberapa aktiviti untuk anak2 kita seperti mewarna & mencari perkataan sembunyi.


Buku rekod duit saya itu pula diguna untuk merekod segala duit yang masuk ataupun yang mengalir keluar mengikut minggu dan berapa simpanan yang kita boleh dapat. Manakala buku bajet pula adalah untuk mengajar kita bagaimana untuk merancang bajet. Ohya, ia jugak disertakan dengan jadual untuk menulis bajet anak kita mengikut minggu. Akhir sekali buku matlamat, ia bertujuan untuk menulis matlamat jangka panjang dan jangka pendek yang disertakan sekali dengan pelekat.. Alaa contohla, matlamat anak kita kumpul duit untuk beli basikal, bila matlamat tu dah tercapai, anak kita bolehla tampal pelekat tu sebagai tanda kejayaan. Mesti anak kita akan teruja kan!


Tiga buah tabung ni lah yang buat saya teruja yang amat sangat..!! Eh, eh, tabung ni bukan kaca tau sayang, ianya plastik.. so, tak perlu risau akan terpecah ke apa ke... Saya teruja dengan pelekat di botol tabung tersebut.. Tengoklah tu, ada tabung SEDEKAH, SIMPAN dan BELANJA.. Kita boleh ajar anak untuk menabung duit belanja untuk kegunaan harian, menabung duit sedekah untuk disedekahkan kepada yang memerlukan dan tak lupa juga simpan untuk masa depan atau kecemasan. Oh, salah satu botol tu, anak solehah Afrina & anak solehah Aqilah dah ambil untuk mengisi duit syiling dalam tabung tersebut, masa tu mereka main ambil je tabung mana satu... itu pasal kes terujalah tu, si ibu sibuk nak ambil gambar, si anak pulak sibuk nak menabung.. hhahha.. kesimpulannya, belilah KIT BIJAK MENABUNG ini, pasti anak u all pun akan suka menabung..! hehhe


Nampak tak? nampak tak?... Tiga beradik memang suka dengan tabung.. Ohya, dalam gambar ni, sebenarnya saya suruh mereka isi duit dalam tabung untuk tujuan ambil gambar la kan.. Yang mereka boleh pulak duk berlawan siapa paling cepat habis isi duit dalam tabung... hahhah.. Kesimpulannya, anak2 saya memang sukaaaaaaa sangat dengan KIT BIJAK MENABUNG ni... Tak sabar2 nak isi duit dalam tabung.. Lepas ni saya pikir,  jika saya nak bagi duit untuk mereka letak dalam tabung, setiap orang akan diberi amaun yang sama dan setiap orang masukkan amaun yang sama ke dalam setiap satu tabung tersebut. Dipendekkan cerita, setiap orang akan diajar untuk SEDEKAH, SIMPAN & BELANJA.. haaa gitu kekdah dia... Eh tapi kan, selain itu, kita jugak boleh memberi anak "upah" dari perkara2 baik yang mereka lakukan seperti menolong kita di dapur ke, kemas rumah ke dan sebagainya.. 


Haa nak bagitahu jugak dekat u all ni, MyCEO sedang mencari ejen dan stokis untuk menjual produk mereka tau.. So, jika u all berminat untuk jadi ejen atau stokis, bolehlah hubungi MyCEO.. bolehla jugak u all menjana pendapatan kan.. tambah2 duit poket yang sedia ada tu haa..


Kalau u all berminat untuk dapatkan KIT BIJAK MENABUNG seperti yang saya ada ni, u all boleh beli... Alaaa tak mahal pun, hanya RM49.90 sahaja..!! Moga anak2 kita semua membesar sebagai anak yang pandai mengurus kewangan untuk kegunaan di dunia dan jugak sebagai "saham" untuk di hitung kelak.. InsyaAllah.. kita sebagai ibu-bapa ni lah yang harus mengajar anak berkaitan menabung tersebut.. Untuk memudahkan urusan, ajarlah ketika mereka masih kecil... Duhai sayang... didiklah anak sebaik mungkin ketika mereka masih kecil, anak2 ibarat span yang menyerap segala yang kita ajar... jangan terlalu bergantung pada pembelajaran di sekolah tapi kita jugak sebagai ibu-bapa harus jugak mendidik anak dengan sesuatu yang tidak diajar di sekolah seperti kepentingan menabung ini... AllahuAkbar.. insyaAllah, moga anak2 kita semua menjadi anak yang membesar tak berhenti mencari ilmu untuk kegunaan dunia dan akhirat..

Website : www.myceo.com.my
Instagram : myceo2015

UNTUK PEMBELIAN : 03-6151 6555 / 013-422 0677 ATAU PEMBELIAN ONLINE DI MyCEO KIDS EDUCATION PRODUCT


5 comments.. read them below or add one

Nieyla Nadia Nieyla Nadia August 16, 2016
Sangat menarik...Bukan anak² je...
yg besar nie pun tertarik..:)
Lizz Lizz August 16, 2016
Salam..dah lama tak kesini..baru 1st time tahu ada kit mcm ni memang bagus...
Lizz Lizz August 16, 2016
Salam..dah lama tak kesini..baru 1st time tahu ada kit mcm ni memang bagus...
SeMawar Lutat SeMawar Lutat August 31, 2016
menarik-menarik..
Jemput visit ke blog saya: www.semawarlutat.blogspot.my