Kelebihan Pra-Sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Firstly saya nak bagitahu, setiap orang ada pendapat masing2 yer... Semua parent nak yang terbaik untuk anak2... Apa yang saya nak tulis pasal Pra Sekolah ni, adalah dari pembacaan saya sebelum2 ni... Pembacaan dari review parent berkaitan anak yang dihantar ke pra sekolah... Dah lama saya duk mencari info pasal pra sekolah ni, dari tahun lepas lagi... Tapi untuk umur 5 tahun @ 2015 ni, saya memang niat nak hantar Alisha ke tadika sekarang @ berdekatan dengan rumah, cuma ketika usia dia 6 tahun @ 2016 baru saya nak hantar ke pra sekolah @ sekolah di dalam kawasan sekolah rendah yang bakal Alisha sekolah darjah 1 nanti...


Sebelum2 ni, saya ingatkan nak masuk pra sekolah ni berdasarkan "siapa cepat dia dapat"... rupa2nya salah... Pihak berkenaan akan buat mesyuarat terlebih dahulu untuk memilih pelajar... Syarat kelayakan untuk masuk pra sekolah adalah warganegara Malaysia, Kanak2 berusia 5 tahun padahari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa, keutamaan pemilihan adalah berdasarkan merit pendapatan ibu bapa atau penjaga... Bab gaji ni, saya tak pasti berapa RM baru layak... Saya sendiri duk tertanya2 pada mulanya adakah Alisha tak dapat sekolah pra, sebab kawan saya bagitahu anak dia dah dapat surat, Alisha tak dapat pun lagi.. Sebab saya tak tahu gaji berapa ke bawah baru layak dapat pra sekolah ni.. Walaupun macam tu, dalam masa yang sama, saya rasa macam ada peluang jugak, bukan apa, saya kan tak bekerja.. yang bekerja hanya my dear, so, pendapatan kami hanya dari suami lah kan... saya tak bekerja, 3 orang anak pulak tu.. adalah jugak rasa yakin... Akhirnya yang ditunggu tiba jugak.. Pagi semalam baru saya ambik baca surat tersebut... ALHAMDULILLAH...

Ketika Alisha berumur 5 tahun, motif saya hantar dia ke sekolah tadika adalah untuk dia lebih bergaul dengan rakan2... Dari segi pembelajaran, saya tidak terlalu mengharap kepada cikgu yang mengajar.. sebab saya sendiri memang mengajar anak2 dekat rumah... Alhamdulllah Alisha dah pandai membaca, saya mengajar guna kaedah fonetik tapi dekat sekolah kaedah suku kata...Sekarang ni, Alhamdulillah Alisha semakin pandai.. dah boleh membaca, menulis & mengira.. yang bab membaca tu, ada ketikanya tak lancar jugak, lebih2 lagi word yang panjang2... Di  usia Alisha 6 tahun, motif utama saya adalah untuk Alisha buat persediaan ke darjah 1... Pendapat saya lah yer... Dalam bab pemilihan sekolah anak ni, ianya bergantung kepada matlamat kita hantar anak ke sekolah.. Ada yang hantar anak ke sekolah dengan alasan nak anak bergaul dengan rakan2 di sekolah memandangkan dia sendiri dah ajar anak di rumah... Ada jugak yang memang mengharapkan anak diajar sepenuhnya di sekolah sebab dia takda masa nak mengajar di rumah.. ada jugak yang sekadar nak habiskan masa anak di sekolah sementara dia bekerja.. macam2 lagilah pendek cerita.. kalau kita mempunyai budget yang lebih, tak salah jika u all hantar ke sekolah swasta... Cikgu pun lebih fokus pada anak kita... tapi itu untuk mereka yang ada budget lebih la... budget yang cukup2 ni, kita boleh cari sekolah2 biasa yang sesuai dengan budget kita... 

Belajar di Pra sekolah di bawah kementerian Pelajaran Malaysia ni banyak kelebihannya... Seperti yang saya bagitahu di awal2 tadi, saya nak sangattttt Alisha masuk pra sekolah di bawah kementerian pelajaran Malaysia ni adalah sebab saya nak Alisha dah dalam keadaan bersedia bila nak masuk darjah 1 nanti... bersedia dari segi pembelajarn & dari segi persekitaran... Saya adalah seorang ibu yang jenis anak nak sekolah, saya yang risau, anak nak exam, saya yang senak perut... Anak nak masuk darjah 1 tahun 2017, sekarang ni pun saya dah risau tau u all... duk membayangkan macamana keadaan dia nak pergi makan dekat kantin la, duk risau camne dengan pembelajaran la... Mana taknya, u all tahu tak, mak saya ni kerja misi yang selalu datang sekolah cabut gigi budak2 tu haa... Cikgu sekolah boleh cakap, anak2 yang tak berapa nak pandai akan ditempatkan di kelas yang hujung tu haa... dah la hujung, kurang diberi perhatian pulak tu, cikgu2 lebih tumpu pada murid2 yang pandai ni haa... habis tu?? saya sebagai ibu zaman sekarang di mana anak2 semua berkejaran, semua pakat bijak pandai, ingat saya tak risau dengan situasi tu?? Sebab saya risau ni lah, saya ajar anak dekat rumah... saya tak sekadar mengharapkan guru yang mengajar kat sekolah..


Pada asasnya pra sekolah atau tadika ni sama je cuma pra sekolah ni dia lebih tekankan untuk anak masuk darjah 1 nanti... So, pada pendapat saya, kalau anak2 kita dah tahu membaca, menulis, mengira (3M), boleh berdikari maka tak salah untuk kita hantar mereka ke pra sekolah iaitu persediaan untuk masuk darjah 1 samada dari segi pembelajaran atau persekitaran sekolah.. Memandangkan pra sekolah ni tekankan untuk masuk darjah 1, so, anak2 kita ni akan diajar dari tak pandai membaca akan jadi pandai membaca.. dari tak lancar membaca jadi lancar membaca sebab mereka taknak nanti bila anak2 masuk darjah 1, masih lagi tak kuasai 3M... Kalau tak kuasai 3M, ini yang jadi masalah.. ini yang buat anak kita dihantar ke kelas pemulihan.. dah tentulah kita ibu2 ni kalau boleh taknak anak2 di hantar ke kelas pemulihan kan... sebab itulah jugak pada pendapat saya, kita kena jugak ajar anak dekat rumah, tak boleh harap cikgu je... dahla sekarang ni masuk darjah 1 siap ada periksa bagai.. senak perut saya ni tau... adehhhh!! Sayalah antara contoh mak yang risau mengalahkan anak.. maklumla, anak tak paham lagi apa itu exam, apa itu kelas pemulihan... Ohya, silibus pra sekolah ni pun mengikut sukatan KPM..

Pra sekolah ni, setahu saya, sekelas ada 25 orang pelajar dengan seorang guru & seorang pembantu... Cikgu2 pra sekolah ni bukan koman2 yer.. Cikgu pra sekolah yang saya tahu ada Ijazah.. Yang dari segi yuran pulak ianya adalah PERCUMA, tiada yuran bulanan... Sebab tu pra sekolah ni susah nak dapat.. Nak kene tengok gaji mak pak & jumlah tanggungan... Kalau u all rasa u all berkemampuan, lebih dari syarat, tak perlulah apply pra sekolah ni... bagi peluang dekat mereka yang betoi2 memerlukan.. Bukan apa, sebab manusia ni kadang2 bila nampak je perkataan FREE ke atau dapat duit ke, terus jadi lupa diri sekejap... dari yang suami isteri bekerja dan2 jadi sorang je yang bekerja... Macam tak berapa elok.. keberkatan tu yang takda... yela, tanpa sedar kita pentingkan diri sendiri, ambik hak orang... Jika ianya berlaku, time ni jangan tanya kenapa anak belajar ilmu tak masuk.. time ni jangan tanya, walaupun dapat duit kerajaan bagi tapi kenapa tetap rasa tak cukup... 

Walaupun anak2 sekolah pra, janganlah pulak ada yang buat andaian sekolah pra ni untuk budak2 yang tak berapa nak pandai... maklumlah gaji mak pak tak banyak mana kan... Mak2 zaman sekarang dah lain.. mak2 zaman sekarang, walaupun sekadar di kampung, walaupun mak2 tak kerja, sekadar suri rumah, tapi dorang semua duk kelam kabut mengajar anak kat rumah tau... mak2 yang tak bekerja tu pun, pakat duk belajar sampai ke IPT.. Awal tahun hari tu, saya ada jugak buat status dekat FB bertanya rakan2 FB pasal pra sekolah ni.. Alhamdulillah ada ibu2 yang berkongsi pengalaman.. Antara yang menarik minat saya, anak2 mereka dah pandai membaca selepas masuk pra sekolah... Tapi saya google pun, memang banyak dapat maklum balas yang positif berkaitan pra sekolah ni..


Dekat atas ni antara komen dari rakan2 FB saya..


Manakala yang atas ni pulak, komen dari forum..


Yang ni pulak antara komen yang dekat status Fb saya jugak... Yang pasti komen2 mereka buat saya lagi teruja untuk hantar Alisha ke pra sekolah... Tapi untuk u all yang anak2 tak dapat hantar ke pra sekolah pun jangan risau sebab semua sekolah adalah terbaik..!! Kita sebagai parent ni, semua nak yang terbaik untuk anak2... Jika mampu, boleh hantar ke sekolah swasta yang glamer2 yang budak2 ramai pandai2 tu... Kurang mampu hantar anak ke tadika yang kita mampu untuk bayar bulan2... Alhamdulillah untuk Alisha ni, ada rezeki dia untuk belajar di pra sekolah yang ditanggung oleh kerajaan...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

{ 12 comments.. read them below or add one }

Liyana Anuar Liyana Anuar November 04, 2015
info berguna ni..sy pun kena start fikir dah sekarang ni..semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak kan :)
dalisha dalisha November 04, 2015
pada yang ada berkelayakan better hantar ke pra sekolah... saya pun berhajat untuk hantar ke pra sekolah.. tp dari segi kelayakan saya tak layak.. jadi sy tiada pilihan, memang kena hantar di tadika swasta.. tapi alhamdulillah.. walaupun di tadika swasta dari segi pembelajaran memang ikut Kementerian sendiri, sbb tadika yang sy pilih berdaftar dengan Kementerian. Dan tadika sendiri akan dipantau oleh kementerian dari segi silibus dan sebagainya. Dan Alhamdulillah next year anak saya dah masuk 7tahun, dan telah bersedia untuk belajar Darjah 1... Walaupun dihantar di tadika swasta anak saya lebih berdikari dan boleh mambaca, mengira dengan cepat dan lancar... Alhamdulillah..

sebagai ibu kita memang ingin yang terbaik untuk anak-anak kita..
Unknown Unknown November 06, 2015
jijah pun nak anta hakimi masuk tadika Permata Negara under Datok Rosmah Mansor tu nnt dah 6tahun masukkan prasekolah ni..
eita eita November 10, 2015
anak2 sedara akak semua masuk pra belaka...senang bile dah masuk darjah 1 boleh sesuai kan diri dalam suasana sekoloh..lagipun cara pembelajaran pun lagi bagus...
Sheila Adziz Sheila Adziz November 12, 2015
Allhamdulillah.... dapat masuk pra sekolah... mmg byk kelebihannya sis, akak pun nak anak akak msk pra sekolah bwh KPM tp apakan daya.... xde rezeki....
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip November 14, 2015
mana2 pun insyallah okay.. macam akak cakap.. ekot selera parents kan.. kalo pra sek kat luar ikut sukatan jugak tapi dia olah sikit sbb nak fit dengan keperluan yg dirasakan perlu.. dats why mahal sikit.. mcm yg anak sdara CT pegi.. pack sngt jadualnya.. tp mmg nampak anak buah tu advance dr anak2 buah lain.. tapi bila dah 6 tahun parents dia pun hntr ke pra sek kat sekolah.. n cikgu cakap yg anak buah tu advance dah sngt2.. so mak dia trpaksa stop ke pra sek dan continue dgn tadika lama.. sbb anak dia xnak kat pra sek.. anak2 buah lain okay saja di pra =)
Aryan azra Aryan azra November 24, 2015
apapun setiap ibubapa itu pasti mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka kan, tak kira walau dimana pun mereka hantar anak mereka belajar.

moga anak2 kita dapat belajar dengan baik
nini nini November 30, 2015
As for me...mana2 pon anak kite..kite yang wajibbbb pantau dan amik tahu apa yang berlaku...kalau tanggungjawab dilepaskan sepenuhnya susah jugakkk la kann
AnonymousAnonymous September 19, 2016
Anak sulung dan anak kedua dulu prasekolah kpm di pedalaman, dpt spot sbb tak ramai bdk, bayar RM50 jer masa pendaftaran,takde bayaran bulanan, uniform beli atau buat sendiri, pegi sekolah lenggang kangkung pun takpe sbb alatulis buku² semua disediakan di sekolah, cikgu pulak mmg degree prasekolah, mmg thumbs up la, tp start anak ke 3 tak dpt dah sbb pindah ke suburban, permintaan terlalu tinggi, terpaksa beralih ke tadika swasta
Effa Effa May 14, 2017
Teringin juga nak masukkan anak ke pra sekolah, tapi takut tak lepas je. N senang anak mbiasakam diri di sekolah yg sama dia nak sekolah kan?
Cikguku Guruku Cikguku Guruku August 06, 2018
Alhamdulillah..anak saya pun dapat masuk pra tahun depan 6 tahun..banyak info drp blog ini..terima kasih..apa2 pun niat kita, usaha, tawakkal dan doa agar anak kita jadi insan yg pandai dan berguna walau dimana mereka berada