Selepas 3 tahun lebih, akhirnya basikal Alisha dah pun rosak.. Basikal ni adalah hadiah kedua yang saya beli guna duit dari hasil berblog.. Basikal ni rosak seminggu lepas kami balik cuti raya puasa hari tu, tapi baru hari ni nak tulis di blog... konon2nya sebagai kenang-kenangan Alisha bila dah besar nanti..
Basikal Alisha ni patah ke apa ntah, tak tahula saya... tapi di bahagian "leher" basikal tu haaa tercabut... tiba2 je Alisha nak naik "terputus".... Sebelum rosak, saya baru je terpikir nak belikan Alisha basikal lain, basikal ni nak bagi dekat Aqilah, basikal Aqilah nak bagi dekat Afrina... belum pun beli lagi, boleh pulak dia pergi rosak dulu... Ada perasaan betoi basikal ni tau... dah tak pasal2 kene beli 2 buah basikal pulak...
Kalau di tilik2 basikal ni, macam boleh guna lagi.. cuma nak kene sambung bahagian "leher" tu je... nak kene pateri ke apa ke, tak tahulah saya... nak buang sayang... duk kat rumah macam semak... tapi tu la, nak repair tak tahu nak pergi hantar dekat mana...
Ce tengok, bila saya sambung kembali 3 part yang tercabut tadi... elok je kan basikal ni... tu yang sayang nak buang... berbalik kepada basikal baru tu, tahun depan la agaknya baru saya beli.. tunggu pindah rumah dulu, kat rumah baru tu dekat je dengan taman permainan... so, bolehlah saya teman anak2 kayuh basikal petang2 ke taman permainan... wah gitu mak dorang ni punya berangan... ahhhaha
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"