Nota HARI IBU dari seorang anak

Hari ibu diraikan pada hari Ahad kedua bulan Mei manakala hari bapa pula pada hari Ahad kedua bulan Jun.. Itu bagi mereka2 yang layaklah untuk menyambutnya.. U all paham apa maksud saya kan? Bila hari ibu je, macam tahun2 sebelum2 ni, saya sentiasa nampak ibu2 yang share samada kad atau apa je hasil kerja anak yang dibuat di sekolah & dihadiahkan kepada ibu...

Anak solehah Alisha, start bersekolah tahun lepas tau @ 5 tahun... Tapi cikgu2 Alisha tak kira cikgu di tadika tahun lepas atau di pra sekolah tahun ni, takda buat apa2 hasil kerja seperti kad untuk anak2 bagi dekat ibu.. yap, memang takda pun u all.. walau hakikatnya saya mengharapkan cikgu Alisha ada lakukannya seperti anak2 yang lain... bukan apa, seronok je saya tengok ibu2 share dapat hadiah dari anak sempena hari ibu... saya pulak yang rasa macam dihargai... Itu perasaan saya yang sebenar.. 


Tapi pada hari Isnin @ 09/05/2016, anak solehah Alisha bagi saya nota seperti di atas.. Ye, kata2 yang hanya ditulis di nota bukanlah pada sekeping kad buatan tangan... Ya Allah Ya Tuhanku... pada ketika ini, yang saya rasa ini lah penghargaan yang sebenar..!! Anak saya buat nota (maybe nak buat kad tak reti) tanpa disuruh oleh guru... tanpa perlu guru mengajar anak buat kad di sekolah & balik rumah bagi ibu, tapi anak saya buatnya sendiri..! AllahuAkbar... terasa keikhlasan hati Alisha ketika memberi nota ni dekat saya.. terasa keikhlasan hati Alisha dalam menulis kata2 tersebut di nota ini.. AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar...

Anak saya dah besar u all, anak saya dah besar... Dah tahu menghargai ibu mereka.. Alisha selalu buat sesuatu yang buat saya tersentuh.. Bukan sahaja Alisha tapi adik2nya pun sama.. Ibu pun sayang pada kamu duhai anak2 ibu yang solehah... moga kamu semua membesar sebagai anak yang patuh pada perintah Tuhan.. InsyaAllah...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

6 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous May 13, 2016
Rasa terharu kan sis? Kathy faham perasaan sis..
Fiza Rahman Fiza Rahman May 13, 2016
So sweet. Bagusnya kakak alisha. Sapa tak terharu kan ina.
Afif Rayyan Afif Rayyan May 14, 2016
Masuk habuk la pulak mata nie
Pha Is Pha Is May 16, 2016
alahai sweet nya..