Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Aqilah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aqilah. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

Aqilah yang dah pandai nak buat aktiviti mengemas

Mengemas la sangat.. sepahkan lagi ada la.. hihii.. Sekarang ni Aqilah dah pandai merayap melepasi meja makan.. dah pandai menghala ke dapur plak dah...


Saya duk perhati je gelagat Aqilah ni.. slow2 dia gerak.. terus main periuk nasi.. bila panggil nama Aqilah, pandai plak dia berhenti main periuk nasi tu..


Anak saya memang akai panjang, dia berhenti main periuk nasi, dia pergi pulak main barang2 plastik dekat rak pinggan mangkuk..hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 16 Mei 2013

Alisha main masak2 dengan Aqilah

Alisha memang seorang kakak yang sangat pandai main dengan adik dia.. Actually bukan dengan adik dia je.. dengan mana2 budak pun sama je (",).. Baru2 ni, dia main masak2 dengan Aqilah...


Alisha kalau main masak2, memang tak cukup kalau guna mainan dia je.. mesti nak diangkut sekali barang kat dapur (",)


Tak tahulah apa yang Alisha masak.. siap masak, terus suap dekat Aqilah.. tengoklah dia suap guna apa tu.. hahah.. Aqilah pulak bagi respon yang bagus.. apa kakak dia bagi, semua dia nak masuk mulut.. ahhah


Gambar kat atas ni pulak, actually saya gtau alisha, saya nak air satu.. so, dia ulang balik cakap "air satu?" sambil tunjuk jari satu... time saya order air dengan alisha tu, lagak saya macam customer order air dekat restoranla.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 15 Mei 2013

Wajah kesayangan Alisha


Alisha cukup sayang sangat dekat Aqilah... Jangan lah sape2 konon2 kata nak ambik adik dia.. mesti dia tak bagi.. Tau tak, baru2 ni adik lelaki saya datang umah, so, time adik saya nak balik, dia macam kejut2 lah Aqilah dari tidurkan, kiranya adik saya tu sentuh2 la badan Aqilah.. tiba2 Alisha boleh keluarkan suara "Huhhh!! Aqilah tido.!!" (Alisha mula cakap camtu, selepas beberapa minit tengok adik lelaki saya duk kacau Aqilah tido).. Adik saya & saya yang masa tu ada kat sebelah Alisha terkejut tengok aksi alisha.. muka alisha merah.. air mata bergenang.. reaksi muka tengah tahan marah... Garang betoi Alisha sekarang.. hahah

Lagi satu plak, masa kami nak balik Sungai Petani dari Parit Buntar, adik ipar saya konon2 tak bagi bawak balik Aqilah, Alisha yang masa tu dah ada dalam kereta, suruhlah abah dia ambik Aqilah, tapi abah dia buat tak tau.. Alisha terus cakap kat saya "Ibu, Aqilah".. sambil tangan tunjuk dekat Aqilah.. tau tak, time tu muka Alisha ni, nampak panik je tau.. dia jadi gelisah.. bila saya ambik Aqilah barulah dia nampak happy.. (",)

video

video = 48 saat

Jika sudi, tengokla video dekat atas ni.. bukan video apa pun, video Alisha kiss adik dia je.. hihii.. Alisha ni, dia tak kira masa.. adik tengah main pun dia nak kiss.. sehari, berpuluh2 kali dia kiss Aqilah.. hihii

P/s : Bermula dengan entry ini, hingga entry hari Selasa minggu depan, semuanya auto publish yer... 14 entry saya sediakan untuk u all sepanjang percutian saya... hambikk, tegar tak tegarnya saya berblog... hahaaa... Btw, jumpa lagi minggu depan... doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi (",) Pada yang belum tahu, kami nak balik Terengganu yer (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 14 Mei 2013

Alisha & Aqilah layan Upin & Ipin

Aqilah ni kan, cepat betoi la belajar tau... baru je umur 6 bulan setengah, tapi sekarang dah pandai berdiri sendiri.. tapi tak teror lagi la u all... asyik duk terjatuh je.. adehhh.. 


Kalau Alisha layan Upin Ipin kat laptop, Aqilah pun sama jugak sibuk nak tengok.. mulalah nak berdiri.. saya kene duk sebelah dia la tapinya, risau takut terbalik..


Tengoklah muka 2 beradik ni haa.. pakat duk berlawan kerut kening.. hahah.. cite tajuk apa ntah Upin Ipin yang dorang tengok sampai camni sekali.. (",) yang si Aqilah tu pulak, gaya dia tengok macam paham... hahhah.. Eh, pipi Aqilah nampak "jatuh" la.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

My Precious Part 1 - Aqilah

Gambar perkembangan wajah Alisha dah sampai part 5, Aqilah baru nak mula dengan part 1.. (^_^) Seronok bila dapat kumpul perkembangan wajah anak2 tiap2 bulan.. bukan apa, nanti kita dapat la tengok balik dari umur sehari & dapat tahu, apa yang berubah dekat wajah mereka.. (",)


23/10/2012 = Aqilah ketika berumur sehari


30/11/2012 = Sebulan


22/12/2012 = 2 bulan


23/01/2013 = 3 bulan


22/02/2013 = 4 bulan


22/03/2013 = 5 bulan dah suka menyembur.. bertambah2 gugur rambut ibu dia.. hihi


22/04/2013 = 6 bulan dah start makan solid food.. first solid food, aqilah makan buah kurma puri (",)

Tunggu aqilah dah umur setahun nanti, saya akan tempek lagi 6 keping gambar (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Isnin, 13 Mei 2013

Contoh gambar yang di ambik guna kamera FinePix S2980

Ni entry percubaan untuk tunjuk kat u all kualiti gambar guna kamera saya yang baru beli tu...




Semua gambar ni saya guna setting close-up tau.. biasalah, dari dulu lagi saya memang suka guna setting ni untuk semua gambar dalam blog saya.. sebabnya gambar lebih fokus & akan nampak gelap sikit... hehhe Bagi saya, saya suka la dengan kualiti gambar dia.. lebih kurang kamera saya sebelum ni... cuma nak kene pandai settingla plak kamera ni.. salah setting, tak menjadi gambar.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 9 Mei 2013

Gaya Aqilah nak berdiri


Semalam saya ada bagitahu u all yang Aqilah dah start nak berdiri, tapi tak tempek gambar kan.. so, hari ni saya tempek gambar.. (",) Tengok lah tu gaya Aqilah.. dia kalau dapat duk gaya camni.. punya suka.. maybe sebab dia jadi tinggi, so, dia akan nampak semuanya la kan.. berbanding dengan meniarap, pemandangan terbatas... Ohya, untuk pengetahuan u all, Aqilah belum pandai berdiri sepenuhnya tau.. tapi baru pandai berdiri setakat dalam gambar atas tu je.. baru setakat lutut je...

Aqilah start pandai berdiri minggu ni.. minggu lepas baru pandai angkat vontot... Yang duduk tu pulak, hari Sabtu baru ni, baru dia pandai.. Ni lah cite si anak solehah saya yang baru umur 6 bulan setengah.. tapi dah tak sabar nak buat macam2.. (^_^)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 8 Mei 2013

Perkembangan aqilah


Hari tu saya bagitahu u all yang Aqilah dah start nak merangkak kan... Untuk pengetahuan u all, sampai sekarang, dia tak teror lagi merangkak.. duk 3 4 langkah.. gedebuk tertiarap balik.. hahhah..

Tapi yang paling syok tu, tak teror lagi merangkak, sekarang ni, dia dah mula duduk + nak berdiri plak dah... ni nampak gayanya, memang kes betoi2 tak sabar tengok kakak ke hulu ke hilir berlari la ni.. heheh

Ohya, Aqilah bukanlah duduk betoi macam kita lagi tau.. tapi baru nak belajar duduk.. duduk senget tu... @ duduk guna vontot sebelah je... hihii.. Bila dia duk macam tu, siap angkat tangan sebelah lagi.. tapi lagi sebelah letak atas lantai sebab nak support takut terbalik.. kikikii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 7 Mei 2013

Gambar Alisha & Aqilah

Rasa macam dah lama wajah anak2 kesayangan saya ni tak tempek kat sini.. Ni kes pasal ibu dorang malas update blog la ni.. hihi.. Bukan apa, sejak kamera rosak ni, mood tu kurang.. nak kene beli kamera dulu baru boleh laju2 update blog macam sebelum ni.. hihii... Harap sangat my dear beli kamera sebelum balik Terengganu minggu depan, nanti boleh ambik gambar banyak2.. (^_^).. After balik dari Terengganu, bolehlah saya update cerita kami kat sana.. hihii

So, bagi u all yang rindu dekat Alisha & Aqilah.. layanlah gambar yang kabur ni yer.. (",)






tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 30 April 2013

Tips pertama kali nak bagi anak makan solid food

Aqilah kan sekarang dah makan solid food.. excited je setiap kali bagi dia makan.. walaupun dia makan tak habis.. hihii.. biasalah tu, baru nak kenal makanan.. (",) Kat sini saya nak kongsi tips untuk u all yang baru nak bagi anak makan solid food..

Kalau boleh, setiap jenis solid food yang u all nak bagi tu, u all buatlah makanan yang sama dalam 2 3 hari.. maksud saya camni.. sebagai contoh, hari pertama puri carrot, hari kedua pun puri carrot jugak.. sebabnya supaya u all dapat detect samada anak u all sesuai makan carrot or tak.. yela, mana nak tau kot2 anak u all alergik ke.. lepas makan tu tiba2 je badan naik ruam2 ke... bila u all tengok anak u all ok dengan carrot, so nanti bila u all nak masak bubur nasi, bolehla masukkan carrot...

Lagi satu pulak, saya suggest u all, bagi anak u all makan puri sayur-sayuran dulu sebelum kenalkan dengan puri buah.. bukan apa, tujuannya supaya anak u all suka sayur.. Tak nak nanti bila terus kenalkan dengan buah yang manis2 tu, mulalah tak nak makan sayur sampai ke sudah.. rugi tak dapat khasiat dari sayur (",)

Nak ingatkan u all, bila masak untuk anak2, jangan sesekali letak garam or gula yer..! Usus or ginjal mereka masih belum "kuat" lagi untuk semua tu... Jangan pulak u all pikir nak bagi anak makan rasa sedap sikit, tu yang letak garam or gula.. PLEASE STOP BERPIKIR MACAM TU..!! Anak2 kecik yang baru nak kenal makanan ni, mereka tak reti pun sedap or tak.. apa kita bagi semua mereka makan.. kertas yang kita tak bagi tu pun dorang masuk mulut.. hihiiiii

Haaa lagi satu ingatan untuk u all, JANGAN SESEKALI BAGI ANAK MAKAN NESTUM KETIKA BELUM BERUSIA 6 BULAN..!! Seperti yang saya gtau, usus or ginjal anak belum "kuat" lagi.. Sayangilah anak2 u all.. saya ada terbaca ada sorang hamba Allah bagi anak dia makan nestum sebelum umur 6 bulan, tak pasal2 anak dia ada masalah usus... dia siap pesan, jangan bagi makan nestum sebelum umur 6 bulan, macam dia, dia dah menyesal...

Yang ni pulak nasihat saya untuk u all.. seboleh2nya, sediakanlah SOLID FOOD UNTUK ANAK U ALL DENGAN AIR TANGAN U ALL SENDIRI... Sayang2.. janganlah asyik duk MELAYAN KEMALASAN KITA TU.. Please ok, masaklah untuk anak... kesian anak2, tak dapat merasa masakan ibu dia.. tapi duk makan nestum yang dalam tin tu je... Jangan bagi alasan u all bekerja.. Meh saya bagi cadangan... Hari u all cuti hujung minggu tu, terus masak untuk seminggu solid food untuk anak u all... Solid food pun boleh tahan lama tau.. macam u all buat stok susu tu la... tapi kalau u all malas jugak nak masak untuk seminggu, bagilah anak u all sekali seminggu dapat rasa air tangan u all tu... At least, umur 6 bulan, anak dah dapat rasa air tangan ibu dia.. moga hubungan kita dengan anak2 akan lebih rapat (",)

Ohya, ini nasihat saya untuk u all yang bagi anak solid food tau.. Jangan pulak salah paham.. saya tak maksudkan dekat u all yang ada anak2 yang besar2 tu (",) Apa2 pun, semuanya bergantung pada diri sendiri.. JANGAN BIARKAN ALASAN MENGUASAI DIRI.. *cewahh... hihii... nak dengan tak nak, rajin dengan malas je.. Jika rajin, semua jadi (^_^)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Alisha punya koje.. hahahha

Hahahhah nak tergelak melayan peel anak2 ni tau... ada je akai dia.. hihii... Boleh plak si Alisha g ambik kopiah abah dia, dia pakai satu, satu lagi bagi Aqilah pakai... kikikiii


Yang tak menahan tu, tengoklah.. siap dengan spek mata hitam.. ahhahha.. Manalah saya tak gelak... muahhahhahha



Aqilah yang jadi mangsa kakak.. muka redha je.. kikikiii

P/s : Sorry yer terpaksa mengadap gambar yang blurrrr.. tunggu hingga saya beli kamera baru, gambar akan kembali kebaboommmm.. muahahahhha

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 26 April 2013

Aqilah baca buku..

Baca buku lah sangat... hihii belek je pun


Bagi buku kulit keras camni senang.. takdalah koyak dikerjakan oleh Aqilah.. heheh


Ni buku Alisha.. Eh, buku Alisha pun buku Aqilah gak kan.. (^_^)


Aqilah kalau dapat buku or kertas memang di suka..!!


Suka sebab nak gigit... kikikii

P/s : Sebelum u all tanya, baik saya gtau awai2... gambar diambik sebelum kamera rosak

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Ingat ke tido...

Gambar kabur tapi nak letak jugak! (^_^)

Ni kes seminggu yang lepas kot... Actually Aqilah dah tido tau.. saya tutuplah Aqilah dengan kelambu takut nyamuk gigit kan... Tapi tiba2 dengar suara Aqilah.. saya masuk bilik sekali tengok Aqilah baik punya... sampai terangkat kelambu.. hahah

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 25 April 2013

Akhirnya dapat jugak main

Alisha ambik learning table dia dari bilik tengah bawak ke depan tv.. Dah lama jugak Alisha tak main.. 


Aqilah time ni duk tengok je kakak dia main... mesti dia geram jugak nak main sebab learning table tu ada bunyi..


Saya pun apa lagi, terus cabut kaki meja tu & bagi Aqilah main... tengoklah tu, bukan main seronok lagi.. mulut muncung dah gaya macam kakak alisha.. ehheh


Learning table ni saya dapat hadiah.. menang join GA.. Kalau nak beli sendiri memang tak beli la kot... dekat 3 ratus regenya..


Seronok Aqilah main.. yela u all.. semua benda alah dekat learning table tu.. kalau kita tekan2 picit2 pusing2.. semuanya keluarkan bunyi... kita boleh pilih samada nak keluarkan bunyi untuk study or untuk muzik..

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Bila Aqilah menghilang


Sekarang ni kalau tiba2 tengok Aqilah takda dekat depan TV, saya hanya perlu cari dia dekat bawah meja jepun.. suka sangat dia g main bawah tu.. hihii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 24 April 2013

Jom bersenam dengan Aqilah



Jom pumping macam Aqilah ni.. (",) Kalau saya memang tak larat nak pumping camgini yer... bukan senang nak angkat badan.. hahah.. Aqilah ni, jaga badan, tu yang hari2 duk bersenam.. kikikii

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Dah ada rantai leher sorang satu

Hujung minggu baru ni, my mum datang umah saya tau.. Saja jejalan jumpa cucu dia.. Nak tau tak, Alisha dapat rantai leher dari opah kesayangan dia tu... Seronok alisha.. Ibu & abah alisha lagi seronok sebab jimat duit.. kikikiii.. Actually, rantai leher tu, bukannya yang baru tau.. tapi my mum cakap dia sendiri pun dah lupa tu rantai leher saya or adik saya.. banyak sangatlah tu.. (",)

Untuk pengetahuan u all, my mum memang suka beli barang kemas... Dari kecik lagi kami dibiasakan dengan barang kemas.. orang Terengganu la katakan... Mokcik2 yang jual sayur kat pasor tu lagi besor2 barang kemas dia..!! Thats y saya pun suka barang kemas... Dapat pulak suami pun yang memang suka emas.. jatuh plak dekat anak pun suka.. hambikk.. satu family minat emas... kikikii


Aqilah dapat rantai leher yang kakak dia guna sebelum ni je.. hahha.. Jadilah dari takda langsung.. (",) Tunggu umur setahun lebih ke or besar sikit.. bolehla tindik telinga Aqilah pulak..


Tu diaaa.. kakak Alisha bergaya dengan rantai leher baru.. Rantai leher gila-gila... (",) Alisha sebagai cucu sulung beruntunglah... Dapat subang, cincin & rantai leher.. semuanya opah dia bagi.. hahhah... Yang abah dia beli..?? Tuuu.. yang Aqilah pakai.. itulah yang my dear beli... (",)

Lepas ni nak berangan rantai tangan & gelang tangan plak sorang satu.. tahun bila tak tahulah.. berangan dulu.. dari berangan tu baru jadi kenyataan walaupun bertahun2 baru tercapai.. hihii.. Apa2 pun, thanks dekat my mum..!!

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Selasa, 23 April 2013

Solid food pertama untuk Aqilah

Semalam genaplah umur Aqilah 6 bulan.. So, bermulalah era Aqilah dapat makan sodap2.. (^_^)


Solid food pertama yang saya sediakan untuk Aqilah adalah puri buah kurma... (rebus kurma tanpa biji = blend = tapis).. Saya buat sikit je puri buah kurma ni.. bukan apa, sebabnya niat saya adalah nak bagi solid food yang pertama masuk mulut Aqilah adalah buah kurma!.. dengan niat moga aqilah akan menggemari buah kurma @ buah kegemaran nabi Muhammad (",)


Reaksi wajah Aqilah lepas makan puri buah kurma.. dia kurang suka sikit rasanya.. siap macam nak termuntah.. takpala.. first time makan.. masih dalam keadaan terkejut.. hihi


Makanan sebenar Aqilah yang saya nak bagi adalah puri lobak merah (kikis kulit lobak merah pastu potong kecik = rebus = blend = tapis)... Pagi bagi aqilah merasa puri buah kurma, petang bagi aqilah makan puri lobak merah.. 




3 keping gambar Aqilah sampai berkerut2 kening.. hahah.. Dia pelik agaknya apa yang ibu dia suruh dia makan tu... lagi sedap susu ibu! hihi


Mula2 je Aqilah sampai kerut2 kening.. lepas tu, bukan main sedap dia makan.. comot satu badan.. duk berebut sudu dengan saya.. hahah.. saya nak suap, dia sibuk nak ambik sudu tu nak gigit2.. kikikii


Tinggal secoet je yang tak habis... Hari ni pun Aqilah makan puri carrot lagi.. Nanti saya kongsi tips dekat u all untuk anak yang baru pertama kali nak makan yer.. (",)

P/s : Saya ada terbaca puri carrot ni menjadi kesukaan ramai bayi sebab ianya sedap.. memang sedap pong! (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

2 beradik main bersama


Gelak mengekek Aqilah duk main dengan kakak alisha.. Si alisha ni pandai main dengan adik dia.. kadang2 tu, macam2 gaya dia buat semata2 nak bagi adik dia gelak.. hihii.. Nampak tak benda alah alisha pegang tu.. actually sebelum main dengan aqilah, dia main masak2.. tu yang benda alah tu ada kat tangan dia.. *tak tahu nak panggil benda alah tu apa.. (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...