Cara semak keputusan ujian/peperiksaan secara online

Sekarang ni nak tahu keputusan peperiksaan atau ujian anak dah mudah kan. Dah boleh semak secara online. Masa bulan 3 hari tu, ketika Alisha ujian, hari-hari saya tanya Alisha samada cikgu dah bagi kertas ujian ke belum. Maklumla zaman saya dulu, nak tahu markah bila dapat kertas ujian la. Satu hari tu, Alisha balik dari sekolah bagitahu saya katanya cikgu kata kalau nak tahu markah, kena tengok online. 

Baru saya tahu, patutla tak dapat2 kertas ujian. Kalau dah semak online ni lagi mudahla untuk saya. Hari2 boleh buka website tengok cikgu dah update markah ke belum. hahahha. Mahuya tak, excited, anak baru pertama kali ambil ujian hahha. Untuk Alisha, darjah 1 ni dia baru kenal ujian tau, masa tadika 5 tahun dan pra sekolah 6 tahun, memang takda ujian. Nanti lain kali kalau rajin baru cerita pasal ujian Alisha tu, sekarang ni nak kongsi link dengan u all terlebih dahulu. Manalah tahu kot2 u all pun macam saya kan.. anak darjah 1, baru tahu boleh semak online.


U all boleh klik link https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/. Nanti akan keluar seperti gambar di atas. U all isi je maklumat yang dia nak, nanti u all akan nampak result anak u all tu. Nak semak keputusan sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, semua boleh.

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

0 comment... add one now