Siri Buku Pantas Membaca antara buku terbaik ajar anak pandai membaca

SIRI BUKU PANTAS MEMBACA ni buku anak solehah Alisha.. Buku ni bukanlah saya yang beli tapi sekolah Alisha yang bagi.. eh bagi pun, dah tentulah duit kami jugak kan.. Pra sekolah Alisha guna buku ni untuk ajar anak2 murid pra sekolah membaca... Seperti yang saya bagitahu deduluuuuu, saya guna buku BACALAH ANAKKU untuk ajar alisha membaca, Alhamdulillah memang Alisha dah boleh membaca walaupun belum lancar seperti kita yang dewasa ni membaca lagi...


Pertama kali Alisha bawak balik siri buku pantas membaca ni ke rumah, saya tengok terus jatuh cinta..!! Gambar2 yang dipaparkan sangatttttttt menarik!! Tulisan menggunakan warna hitam & merah... saya pulak yang teruja dengan siri buku pantas membaca ni tau... Opsttt bukan saya je, tapi Alisha pun sama... bayanglah, Alisha sekali baca buku ni, bukan setakat baca satu pelajaran tapi lebih dari itu sekali dia baca... Ohya, dalam siri buku pantas membaca ni ada 8 pelajaran tau... Maksudnya macam ni, sebelum ni siri buku pantas membaca ni ada 8 buah buku tapi sekarang 8 buah buku tu digabungkan kepada sebuah buku.. dalam sebuah buku tu setiap satu buku ditulis sebagai pelajaran 1 pelajaran 2 hingga pelajaran 8..

Yang palinggggggg saya suka dengan siri buku pantas membaca ni adalah ia disertakan sekali dengan CD audio..!! CD tu ibaratnya membaca setiap patah perkataan apa yang tertulis di dalam siri buku pantas membaca ni... Bagus kan???... tau tak, bila saya ada hal, anak solehah Alisha tu siap boleh belajar membaca sendiri dengan mendengar CD audio tersebut... Kiranya Alisha guna pendengaran dari CD lepas tu penglihatan di siri buku pantas membaca & menyebut dengan mulut dia tu haa... Sangatttttt bagus kan!!!... 

SIRI BUKU PANTAS MEMBACA ni diterbitkan oleh Early Learner Publications Sdn Bhd dan diedarkan oleh Edukids Distributors Sdn Bhd... Harga dia murah je u all, hanya RM27.90...!! Eh murah sungguh la u all... Saya suggest u all beli buku ni untuk ajar anak u all membaca.. Tapi saya nak bagitahu awal2 jugak ni, untuk anak2 saya, mereka diajar 2 buku.. BACALAH ANAKKU dengan SIRI BUKU PANTAS MEMBACA... Setiap satu ada kelebihan masing2.. Saya kenal buku BACALAH ANAKKU terlebih dahulu sebelum mengenali SIRI BUKU PANTAS MEMBACA..


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 9 comments.. read them below or add one }

MOMMYLIN MOMMYLIN March 23, 2016
beli dimana sis.. harga berbaloi tu
IntaNBerliaN IntaNBerliaN March 23, 2016
@Allene typicalmommy

yang alisha punya ni sekolah dia yang beli.. tapi di kedai buku ada je jual... online pun ada jugak :)
Puan Kutu Puan Kutu March 23, 2016
nak ajar guna dua2 nti pening pulak..buat masa sekarang ajar pakai bacalah anakku dulu la..untuk improved bacaan bolehlah beli buku ni..ke macam mana?hahaha
IntaNBerliaN IntaNBerliaN March 23, 2016
Haa betoi la tu muni... Takkanlah nak ajar serentak kan... Kenelah dah habis n dah mahir salah satu baru boleh ajar guna yang 1 lagi..hehe
Yun Sing Yun Sing March 23, 2016
Harga berpatutan. Macam menarik :)
Maria Firdz Maria Firdz March 23, 2016
dah beli juga..cuma belum ajar kesemuanya.. ikut step by step...
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie March 24, 2016
kalau cmni org tua pun suka baca.. bagus tuk budak2 kenapa dlu xde cmni.. hihihi
Fatimah Nabila Fatimah Nabila March 24, 2016
teruja jugk tgk buku tu, mmg la budak2 suka..menarik warna terang2..
Aryan azra Aryan azra April 05, 2016
bagus buku tu untuk anak2, berwarna warni