Saya nak tulis jugak entry ni, sebab saya tahu kita manusia biasa, bila kita meningkat dewasa, ada benda yang kita akan lupa apa yang berlaku ketika kita masih di usia kanak2... Saya nak tulis entry berkaitan Alisha TERPILIH MEWAKILI PRA SEKOLAH DI SEKOLAH DIA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN MENGEJA... bagi saya, ini antara pencapaian yang terbaik Alisha di usia dia 6 tahun.. Kalau u all baca kisah Alisha di tadika ketika dia berusia 5 tahun, pasti u all pun akan rasa macam tak percaya Alisha boleh jadi macam sekarang... Kalau cikgu sekolah tadika yang lama tahu pasal Alisha sekarang ni pun, mesti dia terkejut jugak...
Sesungguhnya kita ni manusia biasa... setiap orang akan berubah mengikut usia, begitu juga anak2 soleh & solehah kita... Saya sangat2 bersyukur dengan perkembangan Alisha... rasa macam berbaloi sangat saya mengajar anak2 di rumah, bila anak pergi sekolah, mereka hanya memahirkan je lagi apa yang kita dah ajar di rumah.. Semuanya atas bantuan cikgu..!! Alhamdulillah saya bersyukur Alisha dikurniakan cikgu sekolah pra yang apa entah nak cakap, tapi yang saya tahu, Alisha suka cikgu dia ni... Saya pasti, mesti cikgu pra sekolah tersebut seorang yang hebat sehingga mampu mengubah anak solehah Alisha menjadi seperti sekarang, seorang yang berani...!! Alisha selalu memuji guru2 di pra sekolah tersebut...
Pada hari Isnin baru ni @ 19/09/2016 Alisha balik sekolah, terus bagitahu saya, "Ibu, ibu tahu tak, hari Rabu ni Kak Isha ada pertandingan mengeja".. Katanya ada 4 orang yang terpilih untuk menyertai pertandingan mengeja tersebut.. Pada mulanya saya macam terkejut jugak bila Alisha bagitahu macam tu, yela, saya sendiri dari sekolah tadika hingga IPT, tak pernah masuk pertandingan seumpama tu, tak pernah nak wakil sekolah, main sukan rumah2 kat sekolah tu adalah itupun sebab tak boleh elak.. hahhahha.. Ini Alisha, baru 6 tahun pun dah wakil sekolah.. Bagus Alisha ni, mana datang entah keberanian dalam diri dia tu... Nak kata ikut saya, memang tak la.. ikut my dear??.. errmmm keberanian saya kurang pasti tapi kalau kepandaian tu maybe la kot...
Bila tiba hari pertandingan semalam @ 21/09/2016, Alisha punya excited nak pergi pertandingan, saya tanya Alisha apa perasaan dia nak pergi pertandingan.. Katanya seronok sebab kawan2 dia nak tengok dia bertanding... hahha... Sebenarnya tak pun u all, Alisha bukannya bertanding di sekolah dia, tapi di sekolah lain.. Tapi tu la, dah itu yang dia rasa, itu jugaklah yang dia bagitahu saya.. Anak2kan jujur orangnya... Bila tanya pertandingan tu apa, Alisha jawab "Entahla ibu, kakak pun tak tengok lagi".. Hahhaha comel sangat haihhh jawapan Alisha nih..!!
Maybe ini no giliran sebab ditampal di baju Alisha
Alisha sampai rumah semalam pukul 2 lebih.. Masa Alisha sampai rumah tu, saya dah nampak tangan Alisha kosong je takda pegang apa2 hadiah, so, saya tahulah Alisha kalah kan... Alisha masuk rumah, dia cakap "Ibuuu... Kak Isha kalah"... Alahaiii sedih pulak saya dengar nada suara dia tu... nampak sangat dia kecewa.. Bagi saya, normalla rasa kecewa tu kan, kita yang besar ni pun kalau kalah pasti ada rasa kecewa jugakkan.. Lepas tu saya cakap dekat Alisha, takpala, takda rezeki dia menang kali ni.. akan datang mana tahu kan.. Lepas tu Alisha cakap "Tapi bila??" Alahaiii anak....
Ohya, bercakap pasal pertandingan mengeja ni, saya kurang pasti macamana pertandingan tu dilakukan... Adakah cikgu sebut perkataan & anak2 murid ni tulis di kertas atau pun cikgu sebut perkataan & anak2 murid ni mengeja perkataan tersebut guna microfon seperti yang saya tengok dalam TV tu ha... Tak tahulah saya konsep pertandingan mengeja ni macamana... Kalau ada antara u all yang tahu, kongsilah dengan saya yer, nak juga saya tahu.. (",)
Bagi mengubat kekecewaan Alisha, petang tu ketika saya di dapur, kebetulan Alisha pun di dapur juga, saya cakap dekat Alisha "Kak Isha, nanti hari Jumaat atau sabtu, kita pergi kedai buku tau.. Ibu nak beli hadiah dekat kak Isha, nanti kak Isha boleh pilih je apa buku yang Kak Isha nak... Ibu nak bagi hadiah sebab kak Isha hebat!! Kak Isha masuk pertandingan mengeja!"... Lepas je saya cakap macam tu, terus Alisha jerit "Yeayyyyyy"... Serius, waktu ni, muka Alisha nampak sangatttttttt gembira...!!! Terlalu gembira..!! Siap bagitahu nak beli buku cerita bla bla bla....
Alahaiiii tengok reaksi Alisha, saya pulak yang rasa tak sabar nak pergi kedai buku.. hahhah... Ohya, saya dah janji dengan anak2, esok atau lusa nak beli kolam renang dekat mereka.. Alisha siap bagi cadangan, hari Jumaat pergi kedai buku, hari Sabtu beli kolam renang.. hahha... Lepas tu Alisha cakap, "Ibu, ingat tau, Jumaat atau Sabtu ni pergi kedai buku, jangan tipu"... Allah... excited anak saya kan.. heheh... Jangan risau sayang, ibu tak suka mungkir janji, sekalipun berjanji dengan orang dewasa atau kanak2... dengan anak2 ibu apatah lagi...
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"