Tahun ni adalah tahun pertama saya meraikan hari ibu.. Kalau sebelum2 ni meraikannya jugak tapi just wish dekat my mum je la... Tapi tahun ni amat berbeza sebab saya pun dah berstatus IBU kepada Nur Alisha...heheh.. Kita akan menyambut Hari ibu pada hari ahad ke 2 setiap bulan mei.. that mean, 08/05/2011 ni adalah hari ibu.. ;-)
Saya masih lagi mengingati saat saya tahu saya mengandung saat saya mengalami alahan sampai tak lalu makan saat saya keluar darah sebagai tanda nak bersalin saat saya meneran untuk melahirkan Alisha ke muka bumi ini.. sedikit pun saat tu takkan hilang dari ingatan saya... yup, ia adalah salah satu pengalaman yang cukup2 berharga bagi saya yang bergelar seorang ibu..
Ketika saya mengandung jugak saya banyak mengidam.. Awal2 mengandung, saya selalu mimpi pasal makanan, bangun dari tidur, saya terus bagitahu my dear pasal mimpi tu.. my dear pun carilah jugak makanan tersebut..
Saya ingat lagi, saya ada mimpi pasal buah pelam telur.. My dear ni berusaha la cari sedangkan belum musim pun lagi. Kebetulan pulak time tu, my dear pergi kuala lumpur, my dear pergilah cari dekat sana, takda.. last2 my dear pergi rumah mak saudara dia dekat batu caves.. Kebetulan pulak ada sebuah rumah india dekat area sana yang tanam pelam telur.. Nak dijadikan cerita, hanya setangkai je pun ada.. tak sampai 10 biji pun.. My dear, pergilah rumah orang tu, minta dengan tuan rumah.. Alhamdulillah my dear dapat buah tu..
Saya terharu dengan pengorbanan my dear ni.. yela sampai sanggup pergi minta rumah orang.. dahla macam tu, dalam perjalanan balik rumah, my dear boleh terbabas & tayar kereta pecah pulak.. time tu nasib baiklah ada sepasang orang india yang sanggup berhenti & tolong my dear.. Alhamdulillah..!! Nak dijadikan cerita jugak, orang india tu pun nak jugak buah pelam telur tadi.. so, my dear pun bagilah beberapa biji dekat dia & beberapa biji untuk saya.. takpala, janji dapat makan...;-)
Ketika saya nak bersalinkan Alisha pulak, my dear sanggup masuk bilik bersalin temankan saya walaupun my dear takut darah.. Thanks a lot my dear.. love u so much..!!
Bila Alisha dah selamat dilahirkan, saya terus bagi Alisha minum susu IBU.. saya tak nak tangguh2.. susu ibu sangat2 berkhasiat.. Alhamdulillah dengan bangganya saya nak bagitahu yang saya masih lagi menyusukan Alisha sampai sekarang (8 bulan).. 6 bulan pertama eksklusif hanya susu IBU yang Alisha minum.. insyaAllah, azam saya nak menyusukan Alisha sampai Alisha umur 2 tahun.. Saya akan cuba untuk jadi ibu yang terbaik untuk Alisha.. Ibu sangat2 sayang kamu Alisha..!!
Alisha, pada sambutan hari IBU nanti ibu tahu kamu masih belum mampu untuk bagi apa2 ucapan untuk ibu... tapi ibu tahu, kamu sayangkan ibu sepertimana ibu sayangkan kamu.. Sekarang ni kamu tak boleh berjauhan dari ibu.. setiap saat kamu nak bersama dengan ibu.. bila ibu takda sebelah kamu, kamu sanggup merangkak dalam rumah cari ibu walaupun di sebelah kamu dah ada abah... Oh sayang.. ibu takkan tinggalkan kamu..!!
Ibu sangat gembira pada tahun ini kerana dapat sambut hari ibu dengan ibu2 yang lain diseluruh dunia.. Alisha, bila kamu besar nanti, setiap kali sambutan hari ibu, ibu tak mengharapkan kamu meraikan ibu dengan buat sesuatu majlis atau apa2 je la.. sekadar bagi ucapan sebagai tanda ingatan tu pun dah amat berharga bagi ibu.. Tapi kalau boleh, ingatlah sayang.. hari ibu adalah setiap hari.. Ibu hanya perlu kamu doakan untuk ibu je kerana hanya doa anak yang solehah je yang akan "membantu" ibu..
Alisha anak ibu.. sempena hari ibu ni jugak.. andaikata bila kamu dah besar nanti kamu baca entry ni.. ibu nak kamu tahu yang ibu sayang kamu sangat2.. ibu halalkan setiap titik susu ibu yang masuk ke dalam mulut kamu.. Ibu juga doakan kamu semoga menjadi anak yang solehah.. InsyaAllah.. Alisha, kamu akan faham perasaan ibu bila kamu juga telah bergelar seorang ibu.. Hargailah ibu kamu & ibu2 yang bakal kamu kenali nanti..
Kepada semua kawan2 blogger saya yang bergelar IBU, saya ucapkan "Selamat Hari Ibu"