Rasanya dah lama tak update pasal Alisha.. Tapi tu la.. setiap kali nak update je, asyik terpandang Contest la, GA la, Lucky Draw la.. Itu yang tak jadi nak update tu.. Sibuk nak gi update CGL.. haha Lebih2 lagi bila dah menang sekali mulalah rasa lagi bersemangat nak join CGL ni… Sanggup tidur lewat tu… isk isk ibu Alisha ni la… huhh! *dah tu, tengah malam baru internet nak laju*
Takpala, InsyaAllah lepas ni pelan2 akan sentiasa update cerita Alisha.. Kesian Alisha kan, dah besar nanti secotek pulak cerita pasal dia dekat blog ni… muahahha.. So, hari ni nak update la sikit perkembangan Alisha .. Sekarang ni Alisha dah pun berumur 8 bulan 2 minggu.. Dah macam2 dah dia boleh buat, paling terkini, dia dah boleh berdiri sendiri tanpa berpaut apa2.. tapi belum la terror lagi.. kejap2 je diri pastu terduduk la balik.. hihii
Macam biasala, sebab dah banyak sangat tak update so malas nak mengarang panjang2, so, saya akan ringkaskan je la… *Jangan marah ye Alisha…hihii*
09/04/2011 : Alisha dah pandai ambil sesuatu dengan menggunakan ibu jari & jari telunjuk
Alisha dah mula berjalan sambil berpaut pada sesuatu samada meja ke kerusi ke.. apa2 je la..
Alisha dah pandai tepuk tangan
10/04/2011 : Alisha dah start pandai merangkak sepenuhnya, takda lagi merangkak setapak dua tapak je.. Ohya, saya sempat merakam saat2 Alisha baru nak merangkak dengan betul tu.. Tengoklah video dekat bawah ni yer.. hihii *Suker sangat sebab dapat rakam saat ni*
17/04/2011 : Saya baru terperasan yang Alisha dah dapat duduk dengan betul.. dah takda senget2 lagi.. kiranya dah mahirla dalam bab2 duduk ni.. hihii
18/04/2011 : Alisha dah pandai kembali duduk selepas berdiri.. normally dia hanya tahu berdiri lepas tu, menjerit2 suruh orang ambil dia sebab dah tak reti nak duduk kembali… heheh Comel sungguh la kamu ni Alisha… ;-)
03/05/2011 : Alisha dah pandai ajuk saya… Cukup geram tengok dia ajuk saya.. bukan geram pasal apa tapi sebab macam comel je.. hihii… Alkisahnya, normally, kalau dia menjerit2 saya pun buat2 la suara macam menangiskan… dia pun terdiam la tengok saya.. hahah… Nak jadi cerita, pada 03/05/2011 ni, saya sekat Alisha dari pergi ke dapur.. dia boleh duduk dalam walker dia tu sambil buat bunyi macam menangis.. konon sedih la sebab kena sekat tapi bila saya tengok dia, dia tersengih2…U all boleh bayang tak aksi dia tu.. buat2 menangis pastu tersengih… Sooooo sweetttt… pandai sungguh!! Muahahah *sampai sekarang dia suka buat macam tu*
16/05/2011 : Alisha dah start belajar lambai2 tangan.. tiba2 je tengah main2 or tengok tv dia melambai.. tangan dia tu dah la halus.. comel je tengok.. hihii
Haa ni lah perkembangan terkini Alisha.. selain tu, ibu & abah Alisha ni tengah duk ajar Alisha bertatih… Alhamdulillah la, perkembangan Alisha yang berumur 8 bulan ni boleh dikira cepatla jugak.. Lepas ni cepat2 berjalan pulak yer sayang ibu…Sayang kamu lah…
Bila alisha dah pandai jalan boleh ibu bawak ronda2 kan!!..heheheh