Dedicate For My Mum..!!

Assalamualaikum mak..

Kakyong nak ucapkan SELAMAT HARI IBU.. Dah selama 28 tahun mak bergelar seorang IBU..
Mak, mak adalah mak kakyong dunia & akhirat.. Kakyong sangat2 sayangkan mak.. Sebelum ni kakyong tak pernah mengerti perasaan seorang ibu sampailah kakyong sendiri menjadi IBU.. Betapa halusnya naluri seorang ibu..!!

Kadang2 mak marah2 tapi kakyong tahu bukan kerana mak tak sayang, mak berleter juga kakyong tahu bukan kerana mak tak sayang, malah, mak terjentik pun kakyong tahu bukan kerana mak tak sayang tapi semuanya adalah kerana mak SAYANG.. Mak impikan yang terbaik untuk anak2..

Kak yong tahu, kadang2 mak risaukan anak2.. adakah anak2 mak sihat... apa anak2 mak makan.. Kalau anak2 bagitahu tak sihat, maklah yang paling susah hati.. setiap masa mak telefon tanya perkembangan kesihatan... Sayang mak..!!! Jika mak makan sedap2, mak pun terfikir, adakah anak2 mak dapat makan macam mak.. Kakyong tahu, sampai bila2 pun mak takkan berhenti risaukan anak2..

Mak, kakyong nak mak tahu, kakyong bahagia dengan kehidupan kakyong sekarang.. mempunyai seorang suami yang penyayang & seorang anak yang comel.. Kakyong jugak bahagia kerana mempunyai seorang ibu seperti mak.. Walaupun kadang2 mak tak tahu macamana nak tunjukkan perasaan sayang tapi mak jangan risau kerana kakyong tahu yang mak sangat2 sayangkan kakyong & adik2..

Mak, kalaulah masa mampu diputarkan kembali, kakyong takkan sesekali izinkan walau setitik airmata mak mengalir ke pipi.. andaikata ada jugak airmata yang mengalir, kakyong akan pastikan yang airmata itu adalah airmata kegembiraan..

Kakyong doakan semoga mak dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yang baik.. semoga mak dapat melihat cucu2 mak membesar..

Mak, sempena Hari Ibu ni jugak, kakyong nak mintak maaf dengan mak, jika selama ni kakyong pernah buat mak kecewa.. Mak adalah segalanya.. tanpa mak, tak mungkin kakyong dapat lahir ke muka bumi ini.. Terima kasih mak kerana telah menjaga kakyong dengan baik selama ni.. Kakyong sayang mak sangat2...!!! Kasih sayang kakyong dekat mak tak mungkin berkurang walau seinci..

Selamat Hari Ibu Mak.. NAPISAH BINTI MAHMUD

Ke"sedih"an seorang ibu apabila anak telah berkahwin

Istimewa buat mak tersayang...kasih sayang mak tiada tandingan dan tak ternilai. Mak, walaupun kita berjauhan tetapi kerinduan tetap ada di hati kakyong. Sempena hari ibu ketahuilah betapa mak tetap satu di hati.... Kasih sayang mak tak dapat ditandingi..& jasa mak akan kakyong kenang hingga ke nafas yang terakhir!!


 P/s : Hargailah Ibu2 kita selagi mereka masih hidup..!!!!!!!

3 comments.. read them below or add one

Zuwairi Aiman Zuwairi Aiman May 09, 2011
Salam kunjungan... slmt hari ibu juga.. cantik blog ni.. keep on blogging..nanti singgah la ke blog saya ;)
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 12, 2011
tros rase xsbr2 nak balik umh..jumpe mak..

salam kenal jg dari sy..
Cik Lya Shah Cik Lya Shah May 12, 2011
singgah sni..
sedih jgak bce entri ni.. =,=
huhuhu.. da follow kamu... :)