Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Pengiklanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengiklanan. Papar semua catatan

Pengiklanan di blog IntaNBerliaN

Kali ni nak tulis entry khas pulak pasal pengiklanan di blog IntaNBerliaN.. Kononnya untuk mewar2kan lah pasal saya ada buat pengiklanan di blog saya ni kan.. (^_^) Jika ada mana2 pengiklan or u all yang berbisnes yang ingin mendapatkan khidmat saya untuk promote or review produk u all, bolehla PM or emel saya ke zarina_naniey@yahoo.com.my untuk kita berbincang dengan lebih lanjut..


Unique Visitors @ users harian saya takdalah banyak sangat... Tapi bolehlah kalau untuk membantu u all sedikit sebanyak untuk memperkenalkan produk u all.. InsyaAllah, jika ada rezeki, pasti akan ada yang beli.. Kalau tengok statistik dari Google Analytics di atas, UV @ users harian saya adalah  1510 manakala PV @ Pageview harian adalah 3928...

Alhamdulillah jugak setakat ni banyak entry saya samada entry review ataupun entry persendirian yang berada di page pertama google...

Entry saya berkaitan EPHYRA berada di tangga kedua google... Ini antara entry berbayar yer...


Selain entry berkaitan EPHYRA, entry pasal Testimoni Aylamyra jugak berada di tangga teratas google... Normally kalau seseorang nak menggunakan sesuatu produk, mesti kita akan google TESTIMONI kan.. Yela, dari testimoni ni la buat kita lebih yakin untuk membeli sesuatu produk kan... Aylamyra ni pun antara entry berbayar yer...


Entry resepi?? Ini dah sah2 bukan entry berbayar.. hahah.. Saya just nak bagitahu u all yang berbisnes pasal blog saya pun "rapat" dengan google... walaupun sekadar blog personal.. (^_^) Macam entry resepi sarang lebah ni, Alhamdulillah entry tersebut berada di tangga pertama google.. Pasal entry ni kan, saya perasan, hari pertama saya buat entry tersebut, link entry saya berada di page kedua google.. tapi keesokannya saya tengok lagi sekali, ia dah pun berada di page pertama google... bila waktu petang hari kedua tu, tiba2 terus entry tu melonjak ke tangga pertama enjin carian google.. (",) Ohya, u all janganlah ingat semua entry saya akan berada di page pertama google tau.. ada jugak yang tak..

Tapi setakat yang saya buat entry berbayar ni, Alhamdulillah saya dapat feedback yang baik dari client.. Alhamdulillah ada yang bagitahu jualan mereka semakin meningkat.. InsyaAllah selagi entry review tersebut berada di "alam maya" selagi orang mencari.. selagi tu ia mampu memberi jualan kepada produk kita... tak kisah walaupun bertahun2 dah entry tu di publish... BAYAR SEKALI PROMOSI BERPANJANGAN..!! Tak ke ianya satu perkara yang menguntungkan bagi u all yang berbisnes?!

Harga yang saya offer kira sesuailah dengan apa yang saya "bagi"... Yela, nak mengarang bukan senangkan... Lebih2 lagi entry yang jenis promote2 ni... Bukan sekadar buat entry macam tu je... tapi entry yang nak kene beli "jiwa" orang... Apa2 pun, jika u all berminat, u all boleh PM SAYA DI FB or direct ke emel saya zarina_naniey@yahoo.com.my... Boleh klik link di bawah jika nak tengok antara entry berbayar yang saya dah buat...



Ini antara link entry review yang berbayar tau.. Kalau u all nak tengok yang tak berbayar pun ada... tak larat nak taip semua dekat sini... U all boleh klik link INI untuk tengok.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Promosi or pengiklanan jangka panjang di blog yang berkesan

Pengiklanan or promosi sesuatu produk di blog bagi saya memang antara salah satu promosi yang terbaik sekarang ni.. Yela, sekarang ni kan semua orang duk guna internet je.. Apa2 produk kalau promote guna internet ni cepat je tersebar.. Tak payah cakap barang, gosip pun cepat je tersebar.. Itu yang kuatnya pengaruh internet lebih2 lagi pengaruh blog or blogger2 ni... maksud saya pengaruh entry di blog la yer...

Promosi or pengiklanan di blog adalah salah satu promosi or pengiklanan yang BERSIFAT JANGKA PANJANG... Dengan kata lain, selagi entry tu tak di padam, selagi entry tu ada di blog tersebut, selagi tu "client" akan dapat promosi.. selagi tu "client" akan ada sale walaupun tak banyak tapi berterusan.. insyaAllah..  berbanding dengan promosi or pengiklanan yang nak kene cetak or edar2 ni.. kalau kita buang kertas cetakan tersebut.. dah "habisla" promosi tu kan.. yela, biasa kita pun bukan nak simpan lama2 sangat kertas2 ni kan... Eh, jangan salah paham plak.. saya tak kata promosi yang berbentuk cetakan ni tak bagus... ok je sebenarnya..  Orang2 yang tak tahu guna internet, promosi yang berbentuk cetakan dekat kertas ni sangat2lah sesuai...!

U all tahu tak, selama ni kan, saya memang tahu pasal promosi di blog berbentuk jangka panjang ni.. tapi tu la, saya hanya jadi tukang promote so, saya tak merasai or tak paham apa yang "client" dapat or rasa bila saya promote barang mereka... Walaupun saya dapat feedback yang bagus dari mereka.. Katanya sale semakin meningkat.. Eh, tau tak, bila saya promote barang kan, sampai saya sendiri banyak dapat emel tanya macamana nak beli... tapi saya bagitahu cara suruh mereka contact owner tu sendiri la kan... siap dari Indon & Brunei lagi..

Itu cerita pasal saya promote barang orang lain jual... tapi sejak saya dah jual EPHYRA ni kan, saya sendiri jadi lebih memahami kesan terhadap sale yang kita dapat bila kita buat  promosi or pengiklanan di blog ni... Memang baguslah promosi melalui blog ni... Lebih2 lagi kalau blog yang promosi produk kita tu ada "kekuatan".. kekuatan yang saya maksudkan tu, kekuatan dari segi pengunjung.. kekuatan dari segi SEO or Google tu haa dan lain2... Yela, kalau orang nak cari or nak tahu sesuatu produk, bukankah orang tu akan google.. so, kalau blog kita tu "kuat", InsyaAllah link entry kita tu akan berapa di halaman yang depan2 google.. nak lagi bagus mestilah di page pertama google kan...


Eh, u all paham ke apa yang saya cuba nak sampaikan ni?.. macam ni cite dia... saya kan dah jual EPHYRA,   saya ni bukanlah jenis yang rajin promote barang jualan saya ni di media sosial FB or blog.. Kat FB tu, sejak saya jual dari akhir bulan 12 tahun lepas, boleh kira je berapa yang saya share di FB... Macam tu jugak dengan blog.. Untuk pengetahuan, entry berkaitan testimoni ephyra yang ada di blog saya, kebanyakan entry tu berbayar.. entry tu saya bagitahu apa kelebihan yang saya rasa bila dah minum ephyra... bukannya saya promote suruh orang beli... Tapi pada 23/12/2013, saya dah buat satu entry bagitahu yang saya dah start jual EPHYRA... so, start dari situlah kalau saya ada cerita pasal EPHYRA, saya akan selitkan pasal saya jual ephyra.. tapi bukan banyak pun entry yang saya promote ephyra bagitahu saya jual.. Entry testimoni dari customer saya pun memang saya tak tempek di blog sebab blog saya pun blog personal so, berkaitan bisnes2 ni cukuplah sekadar sampingan.. Nak dijadikan cerita, pasal saya jual EPHYRA ni, saya ada selitkan di entry testimoni.. so, melalui entry tersebutlah ramai "orang luar" tahu yang saya jual ephyra... Dengan kata lain, saya jugak dapat ramai customer selepas mereka baca entry di blog saya... Macamana mereka boleh baca entry blog saya??? Sebabnya bila mereka google TESTIMONI EPHYRA, link entry blog saya yang di bawah label testimoni ephyra tu berada di page pertama.. nak dijadikan rezeki lagi, ianya bukan sahaja di page pertama tapi dia bahagian atas jugak @ link yang kedua...

Bila saya sendiri dah alaminya, barulah saya tahu betapa besarnya kuasa promosi or pengiklanan melalui blog ni... Alhamdulillah dalam tempoh hampir 4 bulan, walaupun saya tak promote beria sangat, saya dah mampu jual  70++ kotak EPHYRA trial + premium... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... ini semua hasil dari entry di blog saya.. Alhamdulillah jugak entry saya banyak berada di page pertama google... so, ini maybe kelebihan yang saya dapat... Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan bagi... So, dari cerita pengalaman saya sendiri ni, u all nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? U all nampak tak apa kelebihan bila kita promote di blog?... Padahal kalau entry pasal saya jual EPHYRA ni, dah hampir 4 bulan berlalu.. kalau pasal entry testimoni ephyra tu, lagilah lama "usia" dia.. tapi masih "terhidang" di page pertama google.. tapi saya masih tetap dapat promosi... tapi saya masih tetap dapat sale... Alhamdulillah.. inilah antara "kekuatan" promosi di internet (",)



Alang2 saya dah cerita pasal "kekuatan" or kelebihan promosi or pengiklanan di blog ni... saya nak promote la jugak.. sambil menyelam minum air kata orang.. muahhahah... Pada u all yang ingin saya promote produk jualan u all, bolehlah u all PM saya di FACEBOOK or emel saya ke zarina_naniey@yahoo.com.my.. Pasal harga boleh dibawa berbincang.. biasalah u all, haruslah win win situation kan... blogger pun penat memerah otak untuk karang ayat.. Tak rugi rasanya jika kita keluarkan duit sekali untuk promosi selama2nya... Rasanya mereka yang memang dalam bidang bisnes ni memahami apa yang dikatakan win win situation tu kan.. tapi apa2 pun, kita kena percayalah rezeki tu datangnya dari Tuhan... kita sebagai manusia ni hanya berusaha untuk melariskan produk jualan.. (",)

Dah kata promote untuk servis yang saya buat, mestilah saya kene tunjukkan Unique Visitors (UV) or Pageview (PV) blog saya jugak kan... tak kan lah saya nak buat servis promote dengan UV or PV yang tak berbaloi dengan apa yang "client" nak kan.. So, untuk pengetahuan u all, UV & PV saya seperti di atas tu yer.. Sumber dari Google Analytics... Kalau tengok dari stats dekat atas tu, average UV harian saya adalah 1330 manakala PV harian saya adalah 3550

So, jika u all berminat untuk dapatkan khidmat saya berkaitan promosi or pengiklanan di blog, bole PM saya di FB or emel yer... zarina_naniey@yahoo.com.my...

P/S : PROMOSI OR PENGIKLANAN DI BLOG, IANYA BERSIFAT KELUARKAN MODAL HANYA SEKALI TAPI PROMOSI BERPANJANGAN

KLIK SINI UNTUK TENGOK CONTOH ENTRY SPONSORED POST @ ENTRY BERBAYAR YANG SAYA DAH BUAT

KLIK SINI UNTUK TENGOK SEMUA ENTRY REVIEW YANG SAYA DAH BUAT


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Rezeki dengan EPHYRA & rezeki dalam berblog

Selama ni saya tak pernah terpikir yang saya boleh jual EPHYRA.. malulah katakan.. Tapi tu la u all.. Bila kita tak cuba, kita takkan tahu kan.. Saya start jual EPHYRA pada 23/12/2013, tak sangka dalam tempoh hampir 2 bulan ni, saya dah jual hampir 40 kotak campur trial & premium..!! Walaupun tak banyak macam orang lain, tapi satu pencapaian yang tak disangka oleh diri saya sendiri..

Sebelum ni saya pernah cite dekat u all yang saya malu bab2 bisnes ni.. promote orang punya boleh la.. tapi tu la, dalam malu2 saya tu, boleh pulak jual hampir 40 kotak.. Alahaiiiii... Ohya, sebelum ni saya ada say THANKS dekat pengasas EPHYRA @ Kak Amiza sebab invite saya join EPHYRA ni.. Hari ni saya nak ucap TERIMA KASIH dekat Eriqazz kerana Eriqazz lah orang yang kenalkan saya dengan Kak Amiza... Eriqazz lah orang yang cadangkan nama saya dekat Kak Amiza untuk di sponsored EPHYRA & seterusnya entry berbayar...

Secara peribadinya, saya bukanlah beria sangat promote EPHYRA ni di blog.. Rasanya hanya 1 entry sahaja yang saya gtau saya jual EPHYRA, yang lain berkaitan testimoni @ entry berbayar.. Alhamdulillah entry saya ada di page pertama google.. sebab tu ramai orang contact saya nak beli EPHYRA.. dorang kata nak beli lepas baca di blog.. Itulah pentingnya @ kelebihannya jika entry kita berada di page pertama google...

Alhamdulillah, makin lama rezeki saya makin murah dengan berblog... Alhamdulillah jugak saya banyak terima iklan berbayar di blog saya ni.. Tak sangka dalam saya hanya suka2 dengan blog selama ni, akhirnya boleh bagi hasil.. Kalau ikutkan setakat ni, jumlah yang saya dah dapat dari hasil berblog samada entry berbayar or tempek banner di blog semuanya dah cecah 4 angka.. Alhamdulillah syukur pada Tuhan..

Saya memang nak terlibat secara serius dalam pengiklanan di blog ni.. Maksud saya berkaitan entry berbayarla... Alhamdulillah laluan saya dipermudahkan.. Bila kita dah semakin aktif dengan dunia pengiklanan, bila kita mampu menarik orang, bila blog kita mesra google.. makin senang kita nak dapat advertorial.. Dari tahun lepas saya cuba "dekati" cara mereka yang buat duit dengan blog.. Sedikit sebanyak saya tahu macamana nak letak harga bagi setiap entry berbayar di blog saya.. setakat ni ketika saya dah mula serius dengan dunia pengiklanan, satu entry saya dapat 3 angka.. paling cikai pun hampir kepada 3 angka la.. Lagipun urusan berkaitan sponsored post @ entry berbayar selama ni, antara saya dengan "orang bisnes" bukan dengan orang yang jadikan partime berbisnes maksud saya.. tu yang boleh "main" harga..

Btw, harga untuk setiap entry berbayar tu kan u all, ianya bergantung kepada UV di blog kita la.. seramai mana pengunjung ke blog kita... bolehkah kita tarik perhatian orang.. bolehkah entry kita meggoda google.. semua tu diambil kira sebelum diletak harga.. bukan main letak je.. Dalam pengiklanan @ sponsored post di blog harus ada win win situation.. Sebabnya selagi kita tak padam entry tersebut, selagi tu entry kita ada di google.. selagi tu jugak orang yang kita promote tu dapat promosi & sedikit sebanyak pasti membantu bisnes mereka...

Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang Tuhan bagi dekat saya.. Tak kira apa rezeki pun.. dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan, harta benda, anak2 dan segalanya2.. hargailah setiap rezeki yang kita dapat walaupun ianya hanya sekadar pinjaman.. 

P/s : Walaupun surirumah, kita tetap boleh buat duit dari rumah kan.. Ohya, untuk pengetahuan u all, bukan semua entry yang saya dah promote di blog ni berbayar tau.. Jangan salah paham plak.. Kang u all kata saya ni kaya sangat plak sebab dah banyak entry promote.. (",)
     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Harga entry berbayar di blog saya?

Tadi saya chit chat dengan BRO FRAMESTONE... tanya bro berapa harga yang saya patut letak untuk entry review.. bukan apa, sebab saya terpikir nak seragamkan harga... sebab selama ni, saya hanya bagi "customer" letak harga.. terpulang nak bagi berapa pun... Ohya, untuk pengetahuan u all, Bro ni antara blogger yang full time dengan blog... kiranya bro ni dah biasa dengan iklan2 dekat blog la @ pengiklan... tu yang saya tanya pendapat bro.. So, harga yang Bro cadangkan untuk saya selepas tengok UV blog saya adalah macam  dekat bawah tu...


Tak sangka plak blog saya layak dapat 3 angka.. Tengok harga yang Bro cadangkan tu, rasa macam malu lah pulak.. nampak mahai.. hahha.. Walau pun hakikatnya entry sponsored post dari Nuffnang dulu pun memang 3 angka pun.. Tapi bila dengan kawan2, i malu la nak bagi mahai2.. kikikii.. Pe2 pun, u all janganlah takut nak beriklan dengan saya yer... harga boleh dirunding.. hihii.. Lagipun siapa yang pernah berurusan dengan saya, mesti tau saya camne.. (",) 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon..

PEPLUM yang tengah hot!!!

U all ada tak baju Peplum? or pernah tengok tak peplum ni?? Bagi saya peplum ni memang cantiklah... cantik yang amat.. Tengah pemes sekarang ni.. (",) Eh, sebenarnya kan, saya baru je tahu pasal peplum ni dua minggu lepas... ahhahahhah... Saya tengok dekat blog Naylisha Boutique.. tengok je peplum ni, terus jatuh cinta sampai saya rasa.. Nak beli... nak beli... nak beli.... ekekkekkek.. 


Tengok gambar dekat atas tu... ada antara u all yang jatuh cinta tak dekat peplum ni??.. hihii.. Ohya, peplum tu, baju je tau, tak termasuk dress.. kiranya baju yang warna oren kosong tu la dipanggil peplum...(^_^)


Warna biru ni pun cantikkan... Seriuslah.. memang saya rasa nak je guna jugak peplum ni... tapi tu la... sabar ina.. sabar.. awak tengah berpantang lagi tu... hihiii


Peplum ni, cantik jugak kalau kita pakai nak pergi majlis apa2.. kalau kenduri kawen ni pun orait gak ni.. yela, dah ala2 kurung moden jovian gitu... hihii.. Dengan reka bentuk dia tu memang cun habis lah..!!!

Ini antara contoh pemakaian peplum ni... Dekat dalam, u all boleh pakai dress & dekat luar sarungkan dengan peplum... Ohya, dekat blog Naylisha Boutique jual sehelai peplum + sehelai dress dengan harga RM 85 tidak tidak termasuk kos pengeposan...


Jika u all tak nak pakai dengan dress, u all boleh jugak pakai dengan skirt kembang... 1 set Rm 84...

Apa diaa..?? U all tak berminat dengan peplum tanpa corak??.. Jangan risau yer sayang sayang saya ni... sebabnya Naylisha Boutique jugak ada menyediakan peplum yang ada corak bunga2.. (",)... So, u all boleh pilih mana satu yang berkenan.. samada yang kosong or berbunga2... hihi




Jika u all nak beli semata2 peplum saja pun boleh tau.. harganya cuma RM 45 untuk yang kosong & RM 49 untuk yang bercorak.. U all boleh jugak pakai dengan palazzo or apa2 je.. mengikut kreativiti u all yang u all rasa cantik.. (",)... 

Meh sini saya nak tambah sikit lagi maklumat untuk u all.. (^_^)

Material :  High Quality Lycra 

Free Size : S till L

Peplum ni jenis kain yang "jatuh" & terletak cantik je dekat badan kita... (",)

Peplum ni melepasi punggung

Yang paling penting... Peplum di Naylisha Boutique adalah murah...!! Harga Pasaran RM 55 - RM 70, sedangkan di Naylisha Boutique hanya RM 45 (tanpa corak) RM 49 (bercorak).. Sangat murah hokay!!

So, apa lagi u all.. Jika u all berminat nak beli, bolehlah order dengan Naylisha Boutique... pergi ke blogshop Naylisha Boutique or boleh jugak tengok lain2 warna lagi untuk peplum ni di Facebook Naylisha Boutique (",)

Opstttt lagi satu nak tunjuk dekat u all...


TELEKUNG TRAVEL.. Sekali pandang macam handbag kan... Sangat2 cantik!! Kalau kita bawak pergi jejalan, orang yang tengok kita pegang pun ingat kita pegang handbag,... padahal telekung.. hihii.. Telekung travel ni pun sangat murah tau.. hanya RM 30 sahaja!!.. Murahkan... Jika tak nak bawak beg besar2 isi telekung, beli je telekung travel ni.. senang... hihii.. Eh, kalau dijadikan hantaran pun sesuai jugakkan... sape2 yang nak bertunang tu, bolehlah beli (^_^)



UV terkini blog saya untuk pengetahuan mereka yang letak banner di Blog saya...

Sekarang ni saya nak kena update perkembangan semuanya cepat2.. bukan apa, minggu depan dah nak raya Aidiladha.. lepas tu, saya dah nak bersalin.. takut tak sempat nak update.. Lepas bersalin, dah cerita adik alisha + aktiviti ketika berpantang pulak bakal menyusul... Ohya, untuk MINI GIVEAWAY BULAN NI, SAYA AKAN LANCARKAN ESOK TAU... HADIAHNYA PERFUME..!!! Bulan ni buat awal.. seperti saya bagitahu tadi, takut tak sempat... hihii

Bukan tak sempat pasal apa sebenarnya... yela, makin dekat nak bersalin, takut nanti saya makin tak larat nak mengadap komputer lama2.. itu je.. bukan maksud saya tak sempat tu sebab saya bersalin awal... hihii.. Lagipun saya harap baby ni lahir macam kakak dia pada 40 minggu.. dengan kata lain, selepas raya aidiladha... sebab saya nak makan daging korban puas2 dulu... hihii.. Tahun ni, mak saya korban daging kerbau satu bahagian.. so, haruslah saya merasa dulu daging kerbau sebelum bersalin kan.. hihii

Lupakan pasal tu, saya nak tunjuk UV terkini blog saya untuk mereka2 yang beriklan dekat blog saya ni.. Nak update akhir bulan ni, Macam tadi jugak alasannya, takut tak sempat... hihii.. Saya tunjuk UV ni bukan apa u all... yela, apabila kita bukak ruang iklan di blog, so, seharusnya kita bertanggungjawablah kan.. Yela, orang letak banner iklan dekat blog kita, sebab percayakan kita, so, kita haruslah tambah kepercayaan @ keyakinan 'customer' kita tu dekat kita... (",).. Lebih2 lagi bulan depan dah start dengan pembayaran.. (^_^)

Ini adalah UV seminggu sebelum saya buka ruang iklan pada 19/09/2012.. Average 500++


Ini adalah UV dua minggu yang lepas... Average 700++


Ini adalah UV seminggu yang lepas... Average 800++

Syukur ianya memuaskan pelanggan.. (^_^)

Ini adalah sekadar untuk rekod peribadi di samping ingin berkongsi rasa gembira dengan u all... Untuk pengetahuan u all, entry LastminuteKupon yang saya publish semalam adalah entry BERBAYAR.. Itu adalah entry pertama yang berbayar.. Pada mulanya saya macam risau2lah jugak nak terima offer dari LastminuteKupon ni kan... yela u all, orang dah bayar kita, so, jika entry kita tu tak berjaya menarik perhatian pembaca & pihak 'pelanggan' tidak mendapat feedback yang bagus... mestilah kita akan rasa macam malu ke menyesal ke bersalah ke.. or apa je lah....

Tapi tu la, bila saya pikir2 balik, kalau LastminuteKupon offer nak suruh saya buat entry, ni bermakna ada 'something' yang dia nampaklah kan... so, saya cabar diri saya untuk terima offer tersebut...



Tanpa disangka2, petang semalam area pukul 5 lebih petang macam tu la, saya terima emel dari LastminuteKupon.. Ayat nya seperti yang tertulis dekat atas tu... (",) Alhamdulillah... syukur sangat2 apabila entry yang saya buat tu, dapat maklum balas yang baik.. Sekurang2nya, saya tidak menghampakan LastminuteKupon...

Dekat sini jugak, saya nak ucapkan TERIMA KASIH dekat u all, sebab sudi terjah LasminuteKupon, Tak kiralah samada, Website ke, Facebook ke, Twitter ke, Intragram ke or Google +... Secara tak langsung u all telah membantu saya jugak... (",) TERIMA KASIH LAGI SEKALI....


Jika u all nak tahu maklumat mengenai PROMOSI di MALAYSIA, LastminuteKupon lah tempatnya... (",)

Alhamdulillah... rezeki anak2.. baru2 ni saya ada terima emel dari LastminuteKupon menyatakan yang mereka berminat untuk letak iklan di blog saya di samping satu entry khas untuk mereka.... (",) U all nak tau tak, bila saya bukak je website LastminuteKupon terus saya jatuh cinta... muahhahah... bukan apa u all, sebabnya terlalu banyak maklumat yang ada berkenaan tentang promosi2 yang berlaku dalam Malaysia ni... Sape yang tak suka promosi.. duit jimat ooo beli time harga murah... hihiii
Ada promosi pasal makanan seperti SECRET RECIPE, DOMINO PIZZA, KING'S.. pasal sale seperti di AEON.. penjagaan badan seperti BODY SHOP.. Iskkk pendek kata macam2 ada... hihii... So, jika u all berminat untuk mengetahui pasal Kupon, Offer, SALE & lain2 acara yang mesra alam camgini... Rajin2kan diri u all untuk FOLLOW website LastminuteKupon.. Nak lagi senang, follow Facebook, kalau tak pun, follow Twitter or Instagram or Google +.. u all search je LastminuteKupon.. Update terkini mesti u all tak ketinggalan punya.. hihii (",) 
Ohya, bila u all dah follow LastminuteKupon di Facebook, twitter, Instragram or Google +, janganlah segan silu share dekat kawan2 jugak maklumat ni tau.. yela, benda baik harus dikongsi bersama.. "SHARING IS CARING" gitu... hihiii

Alamakkk hampir terlupa saya... U all yang berniaga tu, ada berita baik untuk u all tau... U all boleh PROMOSI KUPON, TAWARAN YANG SEDANG U ALL JALANKAN OR APA2 SAHAJA BERKAITAN PRODUK U ALL SECARA PERCUMA DI WEBSITE LastminuteKupon.. Sekali lagi diulang SECARA PERCUMA.. Tak kan tak suka kot... bukan senang nak dapat promosi free camgini.. hihii     .. JIKA BERMINAT.. BOLEH ISI MAKLUMAT DI SINI.. (",)

Selain tu, jika u all berminat untuk mengiklan di website LastminuteKupon pun boleh tau... ada je ruang iklan yang mereka sediakan.. bolehlah u all runding dengan mereka.. (",).. KLIK SINI.. 

UNTUK TERJAHAN WEBSITE... LastminuteKupon
UNTUK TERJAHAN FACEBOOK LastminuteKupon
UNTUK TERJAHAN TWITTER LastminuteKupon
UNTUK TERJAHAN INSTRAGRAM & GOOGLE +, U ALL SEARCH LastminuteKupon


Pengiklanan di blog IntaNBerliaN

Entry ni saya tulis untuk rujukan saya & mereka2 @ Blogshop yang sudi letak iklan di blog saya di masa akan datang (",)

Saya ada sediakan ruang iklan di bawah header & sidebar blog saya...

Saiz Banner : 125 x 125
Sewa bulanan : RM 5 tak kira di sidebar or bawah header
Bayaran : Dalam tempoh seminggu selepas saya tempek banner u all dekat blog saya.. dengan kata lain, tempek banner dulu, bayar kemudian.. hihi

Jika ingin saya buat entry untuk review produk or blogshop u all pun boleh.. Ohya, kalau u all nak buat entry review sendiri tapi nak post di blog saya pun boleh.. Bayaran kita boleh bincang yer..  (^_^)

Cara Bayaran : Bank in ke dalam akaun Maybank.. Saya guna bil so tak boleh la nak buat bayaran cara topup.. (^_^).. No akaun, saya bagitahu kemudian... (",)

Cara Contact Saya : 
Emel : zarina_naniey@yahoo.com.my
Facebook : zarina tazari

BAWAH HEADER

http://www.jubahgorgeous.com/   Start 08/02/2012 Last 08/02/2014 DONE PAYMENT RM 60
  
http://mimialya.blogspot.com   Start 01/07/2013 Last 31/12/2013 DONE PAYMENT RM 30

http://momsolutionstore.com/  Start 27/06/2013 Last 27/12/2013  DONE PAYMENT RM 30
  
http://nourain-ruzalila.blogspot.com/ Start 25/12/2013 Last 25/03/2013  Payment?

http://naylishaboutique.blogspot.com/ Start 25/12/2013 Last   Payment?

SIDEBAR



 P/s : U all boleh inform saya berapa bulan u all nak letak banner di blog saya.. samada sebulan or dua bulan sekaligus or apa2 je... (^_^)


Dapat panggilan yang tak disangka2.. (^_^)

Petang semalam.. pukul 6 lebih petang.. tiba2 saya dapat call.. Alisha cepat2 ambik handphone bagi dekat saya, ingat dah putus, rupanya my dear dah siap2 tekan button hijau dekat hp tu untuk saya... (",) Saya bagi salam, tapi tiba2 dengar orang cakap omputeh... adehhh... tapi saya teruskan cakap melayu... ahhahhah... Nasib baik dia pandai cakap melayu.. kikikiii

Kalau tak silap saya dia kenalkan diri dia sebagai KAREN... Siap tanya saya ingat dia lagi tak.. saya masih lagi blurr2... Dia pun terangkan yang dia adalah orang yang BERBALAS EMEL DENGAN SAYA PASAL PARENTING BLOGGERS FOR MILK CAMPAIGN... U all ingat tak?... Alaa yang pasal abang Ben Ashaari rekemen blog saya tu... Kalau lupa, BACA ENTRY INI... (",)

Serius, saya sangat2 terkejut ok..! Saya ingatkan, selepas dia balas emel saya bertulis..... 

Thank you so much Zarina.
Looking forward to be working with you on campaigns.

Regards,
Karen

Saya takkan dapat apa2lah kan.. just berhenti macam tu je.. Yela, dah 3 bulan berlalu... Tapi rupa2nya.. tekaan saya salah sama sekali!!... Rupa2nya, di pihak Karen ni, dia dah simpan fail saya.. so, bila ada apa2 job yang sesuai dengan saya, dia akan suggestkan nama saya.. bila pengiklan setuju, dia akan inform saya... Macam tu lah prosedur dia rupanya.... Dekat bawah ni antara perbualan saya & Karen...

Karen : Saya ada job untuk u tapi u nak kena datang event dekat KL, minggu depan..

Saya : Alamakkkk.. sorrylah, tak dapat join, saya dekat Kedah..

Karen : U dekat kedah ke... i ingat u dekat KL... Ok, I take noted lah yang u dekat Kedah, so, lepas ni i akan suggest nama u untuk advs je la.. takdalah yang jenis event macam ni...

Saya : Haaa macam tu oklah, sebab i pun dah sarat sekarang so, untuk pergi event  macam ni susahlah...

Karen : Ok.. lepas ni kalau ada apa2 advs yang bersesuaian dengan u, i akan suggest nama u.. bolehlah contact guna emel je..

Saya pun ada cakap pasal UV dengan Karen.. Dia cakap, pengiklan nak UV paling minimum 500 sehari... Walaupun saya tak dapat pergi event ni, tapi saya tetap bersyukur sebab saya tahu yang at least nama saya dah ada dalam fail mereka... (",).. InsyaAllah ada rezeki, tak ke mana... Rezeki anak2 saya.. alisha & adik alisha.. (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...