Sebelum ni saya pernah buat entry yang penggunaan KAPUR (kapur yang orang makan dengan sireh tu) + AIR LIMAU NIPIS dapat bantu cepat bagi perut kita kembali asal @ tak buncitkan... maklumlah, lepas bersalin ni memang perut kita akan buncit sikit kan... time berpantang 40 hari or 44 hari ni kena pantang betoi2 la kalau taknak bagi perut tu kekal buncit... Lepas pantang tu pun kadang2 perut kita buncit jugak lagi kan... time ni pun kene jaga jugak tau.. kalau boleh elakkan minum ais... lebih2 lagi kalau u all makan makanan yang berlemak tu haa... yang ni harus u all cari air suam atau panas... tak nak bagi lemak tu melekat2 dekat keliling perut u all tu... kang tak pasal2 jadi lemak tepu pulak... Takut ada tak paham pulak, meh nak bagi contoh... kalau u all makan sup tulang, tak ke time u all nak cuci mangkuk tu dengan air paip sangat susah... tenyeh2 pun tak hilang sebab lemak2 tu banyak sangat melekat dekat mangkuk... biasanya nak bagi senang dicuci, kita letak air panas dalam mangkuk tu... lepas tu kita akan nampak lemak2 tu akan cair & memudahkan kita untuk cuci... ok.. paham?? Saja je bagitahu u all ni... kalau u all jenis tak kisah perut buncit, no hal la yer... sebab tak semua orang pendapatnya sama... saja ingatkan takut nanti bila dah jadi lemak tepu, menyesal pulak sebab time berpantang tak pantang betoi2... (~_~)
Berbalik kepada tajuk entry, ada yang bagitahu saya pasal perut jadi hitam lepas guna kapur + limau nipis ni... YAP BETOI... perut saya pun sama.. memang jadi hitam... tapi bukanlah hitam macam arang tu haaa... tapi lebih gelap dari kulit asal kita la... Tapi macam saya, saya tak risau berkaitan perut jadi hitam ni sebabnya pengalaman saya time berpantang Alisha & Aqilah, semuanya perut jadi hitam... Walaupun time Alisha tu saya bukannya guna kapur + limau nipis pun tapi saya guna bahan yang ada dalam set berpantang... SAYA TAK RISAU SEBAB IKUT PENGALAMAN SEBELUM2 NI... YANG HITAM TU AKAN HILANG KEMBALI... PERUT KITA AKAN KEMBALI MENJADI WARNA KULIT YANG ASAL.. BUKAN SETAKAT WARNA KULIT ASAL TAPI PERUT PUN KEMBALI KEPADA PERUT ASAL.. DAH TAK BUNCIT... (^_^) Ini pengalaman sayalah... orang lain saya tak tahulah... ambik masa berapa lama nak kembali kepada warna asal tu, saya tak pasti sebab dah lupa... tapi takdalah sampai bertahun... sebulan 2 je kot... ntah, dah lupa la...
Btw, nak tanya jugak u all ni... U all yang pakai bengkung, u all letak apa dekat perut...? Siapa yang pakai bengkung yang bukan letak kapur + limau nipis...?... Nak tanya, u all yang tak guna kapur + limau nipis ni, perut u all jadi hitam tak?... bukan hitam macam arang tau, maksud saya gelap dari kulit asal?... bukan apa, sebab saya nak pastikan betoi ke sebab guna kapur & limau nipis yang gelapkan perut atau memang bukan guna limau nipis + kapur pun perut akan gelap jugak... Macam saya, guna kapur + limau nipis or guna yang ada dalam set bersalin tu, semuanya jadi gelap time dalam tempoh berpantang tu...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"