Adik saya tak boleh cakap selama-lamanya??

Dugaan... setiap dugaan yang kita lalui adalah bersesuaian dengan kemampuan kita... Tuhan takkan uji melebihi dari kemampuan kita... Walaupun berat untuk kita tempuhi tapi kita harus redha.. Minggu lepas saya balik Chemor & melawat adik saya... Saya ada sembang dengan adik ipar saya bertanyakan camne dengan perjumpaan dengan doktor pasal nak ajar adik saya bercakap tu.. 

U all tahu tak adik ipar saya bagitahu ketika perjumpaan tu, doktor kata DAH TAK BOLEH BUAT APA... ADIK SAYA AKAN SELAMA2NYA TAK BOLEH CAKAP... SEPATUTNYA KENA BAWAK ADIK SAYA JUMPA SELEPAS 6 BULAN KEJADIAN... NI BAWAK JUMPA SELEPAS SETAHUN LEBIH... YANG DOKTOR BOLEH AJAR HANYALAH AJAR KITA UNTUK PAHAM BAHASA ADIK SAYA.... Saya tak tahu nak cakap apa... sedangkan tarikh tu diberi oleh pihak hospital... kan kita ada tarikh appoiment, bukan boleh suka2 hati jumpa kan... yang buat rasa grrr sikit tu, kenapa hamba Allah yang bagi date tu bagi selepas setahun... dia tak tahu ke yang kene jumpa doktor selepas 6 bulan... tapi tu la, bila dikenang rasa sedih.. bila dikenang rasa geram... tapi kene berbalik kepada Tuhan... yang berlaku pasti ada sebab... 

Bila diingat2 balik, patutlah selepas 6 bulan @ selepas adik saya buat pembedahan masukkan tempurung kepala, adik saya boleh bercakap... tapi tu la, sekejap saja tiba2 tak boleh cakap semula... boleh cakap tapi kita yang tak paham... berbanding ketika selepas pembedahan, adik saya cakap dah jelas... Ingat lagi time tu, setiap kali kita tolong angkat dia ke.. tolong bagi makan ke... mesti dia cakap "TERIMA KASIH"...

Apa2 pun ini hanyalah andaian doktor... ketetapan Tuhan kita tak tahu... macam adik saya mula2 accident dulu, doktor kata dah takda harapan... tapi dengan kuasa Tuhan, adik saya masih bernyawa hingga sekarang... Itu pun ALHAMDULILLAH SYUKUR YANG AMAT dah kan... Tuhan masih bagi kami semua peluang untuk bersama adik saya... tapi kalau dah tertulis adik saya tak boleh bercakap dengan jelas.. terima je la kan... alhamdulillah adik saya masih boleh menulis & menaip di hp untuk bercakap kalau kita tak paham... tapi tu la, kuasa Tuhan... yang tak berapa nak paham tu, kami yang lain2 ni... tapi isteri dia yang mengurus segala keperluan dia paham... Eermmmm tiba2 pulak rasa rindu nak dengar suara adik saya.. tiba2 pulak terngiang2 ketika adik saya boleh cakap sekejap awal tahun hari tu...

Sekeping gambar raya terakhir adik saya ketika masih sihat @ 2012.. Gambar terkini KLIK SINI

{ 23 comments.. read them below or add one }

Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin October 30, 2014
Allah..kalau rase ralat tu mmg sgt ralat kan dgn hamba allah yg letak tarikh gitu tapi kalau ikut akal semua kerana Allah SWT kan..

sabar lah awak..doa bnyk2 dan doa mak juga penguat utk semua...lebih berkat sekeluarga.
MOMMYLIN MOMMYLIN October 30, 2014
hospital selalu macam tu la.. ada je halnya
lynndamya lynndamya October 30, 2014
Sedihnya baca...alhamdulillah dia ada isteri yg baik dan memahami utk jga dia..besar pahalanya, insyaAllah :)
akmahika akmahika October 30, 2014
Setiap ujian ada hikmahnyer...bersabarla..semoga Allah sentiasa mmberi kesihatan & kesabaran pd adik akak n semua fmly
fazianbatrisyia fazianbatrisyia October 30, 2014
Ya Allah, beri kekuatan pd dirinya & org disekelilingnya. Permudahkan segalanya.
Ainim Rashihah Ainim Rashihah October 30, 2014
Kita berdoa agar Allah berikan kesembuhan buat adik akak ya
Cik Puan Kocik Cik Puan Kocik October 30, 2014
Hidup ini penuh dengan ujian. Tapi ada hikmah disebaliknya. In Shaa Allah, semoga adik awak pulih seperti sediakala.
mila mila October 30, 2014
mcm mn la adik sis laui semua ni..drp normal blh bcakap ttbe jd mcm ni.semoga keluarga sis dan isteri beliau tabah
Fiza Rahman Fiza Rahman October 30, 2014
SEdihnya bila baca nih. Smoga ina & family tabah. Doakan yg adik ina boleh bercakap semula nanti. Allah yg maha berkuasa.
Jue Jue October 30, 2014
dugaan dari ALLAH ini indah
moga sabar dan redha..
moga adik intan sihat seperti dulu

lama tak jalan2 kat sini..
hehehehehe
zazanizam zazanizam October 30, 2014
harapan zaza agar ina n family bersabar dgn ujian Allah.
zachflazz zachflazz October 30, 2014
Tuhan pasti memberi yang terbaik untuk hambaNya bukan? ini ujian dunia saja Intan. Insya Allah, banyak hikmah yang terkandung sebagai maksud Allah. Saya mendoakan, Intan.
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit October 30, 2014
Allahurobbi... betullah Ina mungkin inilah dikatakan ketentuan Allah. Macam mana dia boleh lupa 6 bulan jadi setahun. Kesiannya...

Apapun macam Ina kata Allah itu lebih mengetahui. Kena teruskan usaha moga ada kesembuhan tak kisahlah pelat pun tak apa...
Unknown Unknown October 30, 2014
inshaaAllah boleh tu kak.. tp amik masa lambat sikit la.. janji doa semua paling penting
Unknown Unknown October 30, 2014
sabarlah kak..Allah uji family akak camtu sebab Dia tahu family akak mampu hadapi..
Unknown Unknown October 30, 2014
Allah, sabar ye sis. ;(
Unknown Unknown October 30, 2014
Ya Allah..cemana boleh dia tak tahu kena datang lepas 6 bulan tu??lepas tu boleh pulak kata patutnya datang awal2 bukan lepas setahun..

harapnya itu cuma sementara je la..Mana tahu ada keajaiban..kan??siapa tahu Allah nak bagi nikmat bersuara tu lagi pada dia..sama2 la kita doakan.. ye..
nini nini October 30, 2014
sedihhya.....tapi yalah....itu kata doktor je kan....
Unknown Unknown October 31, 2014
sabar ye ina... akak tak tahu nak komen apa selain mampu membaca, dan sekadar mampu berdoa agar adik ina segera sembuh... sabar ye ina... semoga ada keceriaan nanti ...
Myra Jay Myra Jay October 31, 2014
Alahai sedihnya..
Sabar ye Ina sekeluarga..

Mana tau ada hikmah disebalik semua ni kan..
aizamia3 aizamia3 November 01, 2014
Kuatkan semangat.. moga ada perubahan positif hendakNYA..
Unknown Unknown November 06, 2014
Semoga tabah ye kak ina sekeluarga..
Siti Sharini Siti Sharini December 02, 2014
saya baru tau kisah adik ni..kesian..hanya Allah yang boleh menyembuhkan dan membalas pengorbanan mereka yg membantu menjaga adik akak..