Berpantang 40 hari or 44 hari

U all berpantang berapa hari yer.. 40 hari ke 44 hari?.. Macam saya, saya follow mak saya @ 40 hari... biasa orang2 di Terengganu ambik 40 hari.. Saya asal Terengganu & biasa dengar orang2 di sana berpantang 40 hari, tapi bila dah pindah Perak, tiba2 dapat tahu dorang ambik 44 hari pulak... Masa tu saya masih lagi remaja... adalah rasa pelik jugak.. tapi bila dah dewasa dah mula paham.. Orang luar pulak yang pelik bila saya bagitahu saya berpantang 40 hari... sama situasi yang saya rasa masa remaja dulu... Bagi saya, terpulang dekat kita nak berpantang 40 hari ke 44 hari ke, tak menjadi satu kesalahan pun... Lagipun berpantang 40 hari tu hanyalah sekadar "nama".. hakikatnya kita berpantang lebih dari tu... Itu sayalah, orang lain saya tak tahu... Meh saya cerita kenapa saya cakap camtu...

Dalam tempoh berpantang 40 hari, kita kena berurut, kene berbengkung, kene bertungku, kene mandi air panas, kene makan yang panas2 macam halia & lada hitam, kene pakai stokin, kene berkurung dalam rumah & macam2 lagi... Bila saya kata saya berpantang 40 hari, yang saya maksudkan adalah berpantang yang terpaksa buat apa yang saya senaraikan di atas... bukan apa, ada pulak, bila saya kata berpantang 40 hari, dorang kata kene berpantang 100 hari... Yap sayang2... saya tahu itu... 40 hari berpantang bermakna saya nak kene pakai bengkung hari2... bertungku hari2... makan makanan berasaskan halia & lada hitam hari2... mandi air panas hari2... pakai stokin hari2... berkurung dalam rumah hari2... opstttt pasal berkurung ni, memang saya berkurung dalam rumah tapi ada keluar jugak pergi klinik untuk checkup... bila dah habis je tempoh 40 hari... saya dah tak perlu lagi nak bertungku bagai berbengkung bagai & buat semua tu lagi... TAPI SAYA TERUSKAN KEPADA BERPANTANG 100 HARI... 

Berpantang 100 hari ini bermaksud berpantang dari bersama suami... hari yang ke 101 hari ke atas baru boleh bersama... Tapi ini kalau dari segi perbidanan tau... kalau dari segi agama tu, dah habis darah nifas @ paling lama 60 hari dah boleh on... terpulang dekat seseorang.. pandai2lah kita berbincang dengan suami kenapa kita nak berpantang 100 hari.. berpantang 100 hari ni, perlukan persetujuan suamilah jugak kan...

Ohya, yang dalam bab berpantang 40 hari tadi tu, kalau ikut kata mak saya, hari last @ hari ke 40, nak kene pantang betoi2 @ kalau tungku tu tungku betoi2... sebab hari ke 41 dah tak boleh bertungku... saya tak tahu kenapa, dah orang tua2 cakap camtu saya ikut je la... tapi kalau hari ke 41 tu u all still nak berbengkung sebab perut tak kempis lagi, no hal... boleh je... takda masalah... Macam saya, nama je dah habis berpantang 40 hari, tapi saya tetap jugak pakai stokin & mandi air panas.. tiba2 rasa tak sanggup nak mandi air biasa sebab rasa sejuk pagi2.. hahah... stokin pun sama sebab kat sini selalu hujan... keluar rumah pun saya belum keluar lagi... tunggu balik kampung deepavali nanti adalah "perasmian" saya & Afrina keluar rumah betoi2... kalau sebelum ni tu keluar rumah sebab terpaksa... (^_^) kiranya, kalau ikutkan yang berpantang 40 hari tu, yang saya tak buat hanyalah berbengkung, bertungku & pasal kene makan makanan yang berasaskan halia & lada hitam hari2.. itu je... yang lain still on...

Berpantang makan selama2nya selagi saya menyusu Afrina... pantang dari makan makanan yang berangin.. itu bab menyusu.. lagi satu pulak kene pantang jugak makan yang macam jenis boleh kembang2 tu haa... macam mee.. mee tu kan lama2 akan mengembang.. takut nanti urat kita yang masih baru2 lagi ni akan mengembang jugak... laksa pun kene pantang.. yang ni semua memang lama saya pantang... dekat nak setahun.. tu pun makan sikit2 je... Haaa nampak tak..??? actually berapa lama kita berpantang sebenarnya.... sebut je 40 hari 44 hari.. tapi hakikatnya.... orang2 berpantang ni rasa tak sabar nak habis pantang sebab nanti tak payah bertungku, tak payah berbengkung & paling penting boleh keluar rumah... hihii... macam saya, itu yang saya rasa ketika berpantang... tapi hakkatnya, lepas habis pantang, bukan saya terus keluar rumah pun... permainan perasaan ketika berpantang semua tu... bila dah habis pantang takda pulak rasa nak keluar rumah... yela, saya memang dari dulu2 lagi kan memang duduk dalam rumah je... keluar rumah pun hujung minggu sebab nak bawak anak2 pergi jalan2... selain dari tu, berkurung je dalam rumah... keluar dari pintu rumah ni pun tak yer u all.. kalau keluar pun sekali sekala sebab nak buang sampah or basuh kereta... dengan kata lain sebab ada kerjala.. nampak tak betapa "berkurung"nya saya selama ni... tapi saya tak kisah pun sebab memang saya dah dididik macam tu dari kecik2.. so, no hal...

Tempoh berpantang ni sebenarnya adalah tempoh untuk kita pulihkan semula tubuh badan kita dari segi kesihatan selain untuk kembalikan badan kepada bentuk asal.. kiranya tempoh berpantang tu adalah tempoh untuk kita berehat.. yela, time bersalin kan kita banyak guna tenaga.. sebab tu kita disuruh berpantang...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Berpantang 40 hari or 44 hari

{ 16 comments.. read them below or add one }

idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin October 14, 2014
saya pantang 44 hari, tapi pantang dari segala makan tu sepanjang menyusu..
KhaiZa KhaiZa October 14, 2014
dah habis pantang ea.. alhamdulillah.. seronok dengar..
siti zawiah siti zawiah October 14, 2014
suka baca blog akak sebab boleh tambah ilmu pengetahuan.. ^_^ walaupun tak kahwin lagi..
Etuza Etuza Etuza Etuza October 14, 2014
Asalam selamat berpantang ya...semoga cepat sembuh. Etuza sebenarnya wanita berpantang ni ada jg pengalaman guna apa untuk wanita kembalikan perut kempis ..ramping semula. ..tak apa lah kan..kalau tak nak tahu pun tak apa.Etuza yakin wanita yang ada sifat keibuan tu memang dah ready berpantang larang ni..
Sheila Salim Sheila Salim October 14, 2014
Assalamualaikum kak, ehheee time pantang ni lah dapat rehatkan diri untuk mantapkan diri semula. hihiii
Tihara Tihara October 14, 2014
bagus banyak info kat sini
thanks ina, take care yea dah habis pantang :)
lynndamya lynndamya October 14, 2014
Salam, owhh mcm tu...haih risau pulak sy ni haa~ harap2 sy sennag jelah nt urusannye di masa kan dtang..insyaAllah..haha poning pale.. byk betul ek pantang2nya T_T risau lak..haha
azizah :) azizah :) October 14, 2014
ooh gitu,, actually sama je kan 40 n 44hari tu.. jijah 44hari tp mcm kak lah.. nak kena jaga betul2 pantang bersama suami pon 100hari lebih.. sbb jijah nak jaga dalaman.. seriau ooo

walaupon dah habis pantang pon mak suh mandi air panas.. pakai stokin..baju sweeter.. mmg ms pantang dulu betul2 mak jaga ketat la...
Sya Nadia Sya Nadia October 15, 2014
Sya pantang 40 hari juga.
Maria Firdz Maria Firdz October 15, 2014
Sy bab bertungku smua tu hmpir 100 hari gak la... Bab bersama tu atas budi bicara la kan... Mak kata kalau nk betul2 sihat lagi lama lagi bgus..
shahdiana shahdiana October 19, 2014
betul tu..sebenarnya itu hanya cadangan @ amalan..terpulang pada kita untuk tentukan..sebab makin umur meningkat badan lagi kena jaga..btoi x...
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ October 21, 2014
salam k.ina..
hihi..definisi berpantang kita sama...
seppp cikit!! :)
Fiza Rahman Fiza Rahman October 27, 2014
Saya pantang 44 hari. Tapi dlm tempoh tu, tak der lah sepanjang masa berbengkung dan bertungku. Cuma pantang makan ☺
Mimi Azirah Mimi Azirah October 28, 2014
Sy pantang 44 hari....lpas bslinkan auni tmbh pntang 100 ari..time aina dlu xde pntang 100 ari...actually byk.kena pantang...mknan beraingjn minuman berais sume la