Tak semua PIL KALSIUM serasi dengan kita

Selama ni saya ingatkan mana2 PIL KALSIUM ok je dengan badan kita... Yela, sekadar KALSIUM bukannya ubat kan... Disebabkan andaian saya tu jugaklah saya try makan pil kalsium yang lebih pemes dari yang doktor bagi... Yela, pil kalsium yang doktor bagi mana nak pemes.. letak dalam botol ubat... kikii... takdalah u all, actually saya try yang jenama pemes di pasaran ni sebab saya ambik yang mak saya punya... mak saya beli tapi tak makan, so, saya rasa dari terbiar camtu, lebih baik saya ambik... selain dari tu, ianya jenama yang dah pemes, so, bagi saya mesti oklah dengan saya kan...

Tapi tu la, sejak saya makan pil kalsium jenama tersebut jadi makin bermasalah pulak dekat diri saya yang saya bagitahu u all di entry INI... Bila jadi camtu, saya tukar dos makan pil kalsium tersebut... dari kene telan 4 bijik, saya telan 2 bijik.. tapi kaki saya tetap gak jadi camtu.. sakit sebelah kaki... Pagi ni, time sahur saya ambik keputusan untuk makan kembali pil kalsium yang doktor bagi tu... Alhamdulillah sangat2, bangun tidur tadi kaki saya terasa lebih ringan..

Kesimpulannya lepas ni saya nak telan pil kalsium yang doktor bagi tu je la... Kalau dah habis nanti pergi jumpa doktor tu lagi mintak pil kalsium tu... Lagipun doktor tu kan dah tanya & rawat diri saya sendiri.. so, mesti doktor tu lebih tahu apa yang saya perlukan... saya tak nak ambik risiko dah... dah la sekarang saya memang tengah risau.. risau pasal kaki ni sakit, takut tersakit time nak meneran tu je... tak pasal2 masalah ni buat saya rasa takut plak nak beranak bulan depan... Apa2 pun moga semuanya selamat lah nanti... moga saya dapat lahirkan kandungan ni dengan mudah & selamat seperti sebelum2 ni... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Tak semua PIL KALSIUM serasi dengan kita

{ 10 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons July 09, 2014
tu la kan tak semua pil kalsium yg serasi ngan badan kiter kan
syawalsimpsons syawalsimpsons July 09, 2014
tu la kan tak semua pil kalsium yg serasi ngan badan kiter kan
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI July 09, 2014
yui doakan baik2 belaka..

aamiin
Unknown Unknown July 09, 2014
keperluan individu berbeza kan.. saya pulak dah serasi dengan pil kalsium yg beli sekarang.. mmg tak tinggal.. makan lebih bila lenguh banyak..haha..
Mimie Mimie July 09, 2014
betul tuh kak ina..setiap individu berbeza...x sama penerimaannya...kdg de org sesuai de org xsesuai
aziazib aziazib July 10, 2014
sy makan ubat yg doktor bagi tu sentiasa pening. tanda xsesuai jugak ke ea? skrg xmakan dah ubat tu sbb makan masa keje pastu confirm kena tido.. mengganggu wktu kerja...
Maria Firdz Maria Firdz July 10, 2014
betul tu kak ina.. bdan setiap org x sama... dan tak sama juga penerimaannya...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ July 10, 2014
salam k.ina..
huhuh..mugnkin jgk pil tu tak serasi..
lps ni akak kena stick dgn pil dari doc tu je la..
Fiza Rahman Fiza Rahman July 11, 2014
Ha'ah...memang ada yg tak serasi dgn kita. Take care.
Unknown Unknown July 15, 2014
yalah kak.. setiap org ketahanan badan lain2.. tu kena rujuk doktor gak