Semalam saya telefon mak, lepas tu mak saya cakap yang adik saya menangis2 bagitahu nak balik beraya dekat rumah parent saya di Chemor.. Kiranya hari Sabtu or Ahad nanti, adik saya & wife dia akan datang rumah la... Entah kenapa tiba2 saya rasa sedih.. Yela, selepas setahun lebih kejadian yang menimpa adik saya tu, hari raya ni adalah kali kedua or ketiga adik saya balik Chemor... Seperti mana perasaan kita bila tiba hari raya, mesti itu jugak yang dirasai adik saya kan...
Cumanya..... mungkin kita akan bergembira ke sana ke sini... tapi adik saya hanya mampu terbaring... setiap kali jumpa mesti adik saya menangis... mesti dia rasa rendah diri kan u all or rasa macam menyusahkan orang.. Saya berharap moga isteri dia tabahlah hadapi dugaan ni.. tabah menjaga adik saya... Yela, bukan senang untuk kita jaga orang sakit... tak mustahil kita akan tertinggi suara, termarah & macam2 lagi... tapi apa2 pun moga semuanya dipermudahkan... walau macamana pun keadaan suami, mereka adalah "syurga" kita kan....
InsyaAllah, raya tahun ni lengkaplah kami berkumpul satu family... Kalau tahun lepas, saya beraya di rumah MIL & tahun lepas jugak adik saya masih lagi dalam keaadaan "belum sedar"... Di pagi raya, macam biasa, kami akan masak siap2 dari rumah & akan berkumpul di rumah Along @ adik beradik abah yang sulung... Macam dah terbayang2 di pagi raya nanti akan ada aksi mengalir air mata semua orang ni... Yela, adik saya ni dah lama tak jumpa sedara mara yang lain2 yang selama ni rapat dengan dia... Jumpa hari biasa pun menangis, jumpa pagi raya lagilah syahdu... Tapi apa2 pun, doa saya moga adik saya gembira untuk sambut raya tahun ni... InsyaAllah...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"