Tips dari MISI/NURSE untuk tingkatkan HB yang rendah

Saya ni jenis kalau pergi checkup anak dekat klinik ibu anak, dari rumah saya dah sediakan beberapa soalan untuk tanya misi/nurse.. tak kiralah samada ianya berkaitan dengan anak atau saja2 untuk tambah ilmu... hahha.. My dear selalu bising pasal banyak tanya misi.. Eh tapi bukanlah selalu tau, ada jugak ketikanya tak tanya apa pun.. Baru2 ni biras saya ada bagitahu pasal HB dia yang low, saya pun tanyalah misi apa tips untuk tingkatkan HB yang low @ rendah ni...


Misi kata kalau HB @ HEMOGLOBIN low, paling bagus makan PERIA KATAK, terpulanglah samada nak masak jadikan sayur ke atau buat ulam je... Kalau tak silap saya, peria katak ni adalah sayur buah yang paling pahit di dunia.. redha je la ye u all, orang kata yang pahit itu ubat... heheh.. Kalau u all HB low, bolehlah try makan peria katak ni yer... 

Lagi satu misi kata makan makanan yang banyak kandungan zat besi seperti buah atau sayuran hijau... Antaranya buah jambu batu, yang bab sayur tu pulak, katanya masak sekejap je tau, kalau masak lama2 nanti hilang pulak khasiatnya...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

6 comments.. read them below or add one

Nadia Johari Nadia Johari July 20, 2016
yup masa pregnant nad suka makan peria..
Nor Idayu Abd Rahman Nor Idayu Abd Rahman July 21, 2016
Baru je balik dari checkup. Hb rendah nurse kata.. Tq utk tips.. hihi..
Mama Idlan Irsyad Mama Idlan Irsyad July 22, 2016
tak makan.. actually tak pernah makan sebenarnya.. nak makan pun takut tak lalu...hahaha..
Lynn Damya Lynn Damya July 27, 2016
Salam, nice sharing ni, terima kasih kak.. rajin tanyakan kat nurse, hihi
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip July 31, 2016
eerk tak sukaaa peria hahaha..