Tips dari nurse tentang cara dapatkan anak berlainan jantina


Ini komen dari Lin di entry Masih boleh tukar kaedah perancang keluarga yang lain.. Dah setahun lebih saya peram entry ni dekat draft.. Bukan apa, kes malas nak bukak draft.. Normally dekat draft, saya akan tulis point dulu, bila sampai masa rajin baru saya karang mengikut point yang ada.. Untuk entry ni, setahun lebih baru sampai kerajinan... muahahaha.. Dari perkongsian yang lin bagi berkaitan jantina anak, katanya kalau jarak anak kita jauh tapi semua sama jantina, maka kita tukarlah pulak jadi anak yang jaraknya dekat.. manakala untuk mereka yang jarak anaknya dekat tapi sama jantina, bolehla tukar untuk jarak anak yang jauh pulak.. 

Saya perasan di sekeliling saya, maksud sekeliling tu adalah kawan2 & kaum kerabat, mereka yang nak dapat anak kedua yang mempunyai jarak yang jauh seperti 4 5 tahun tu, bila mereka mengandung, anak yang lahir adalah berlainan jantina dari anak nombor 1.. Tapi tu la, bila melibatkan jarak anak, saya rasa saya tak sanggup untuk jarakkan anak 4 5 tahun.. Lagipun saya lebih percaya pada rezeki yang Tuhan bagi, kalau lelaki Alhamdulillah, kalau perempuan Alhamdulillah... Eh, bila saya cakap macam tu, itu tidak bermakna saya taknak anak berlainan jantina.. nampak benar tipunya... Saya memang nak u all, anak lelaki tu waris kuat tu u all.. Anak perempuan ni, bila dah kahwin, tinggalkan kita... tapi anak lelaki kalau dah kahwin, tetap akan kembali pada kita jugak.. Taknaklah saya bercerita pasal anak lelaki ni, u all sendiri pun tahu "kekuatan" anak lelaki ni macamana... dari segi pembahagian harta pusaka tu pun kita dah boleh tahu sendiri... 

Untuk u all yang masih muda, bolehla try tips yang nurse bagi ni.. tapi untuk yang kertu macam saya ni, tak sesuai pulak nak try tips ni... Saya ambik pendekatan, kalau jarak anak dekat pun, kalau Tuhan nak bagi lelaki, dapat jugak lelaki... haaa itu jawapan untuk orang yang dah kertu ni.. muahhaha... Anak pertama, kedua dan ketiga, saya tak pernah merancang jantina tapi untuk anak keempat ni, kalau boleh saya nak merancangla jantina u all... Geng saya dah ramai, geng my dear yang takda lagi tu haa...

Eh, jangan mengata saya tau u all.. setiap orang ada pendapat yang tersendiri.. Bukan apa, saya pernah terbaca satu status rakan di FB, ayat betoi saya lupa, tapi yang pasti dia menyebutla pasal mereka2 yang macam saya ni haa, yang kalut nak anak berlainan jantina... Saya tahu ada je antara u all yang tak kisah jika kesemua anak u all sama jantina.. Saya pun tak kisah jugak tapi dalam masa yang sama, saya ni manusia biasa, pasti ada keinginan untuk dapat jantina yang berlainan pulak.. Bukan saya tak bersyukur, saya sangat2 bersyukur dengan anugerah anak yang Tuhan berikan.. Dah bertahun di akhir entry saya akan berakhir dengan doa untuk u all yang inginkan anak jugak... So, jangan kata saya tak ingat mereka2 yang masih berusaha untuk dapatkan anak...

Setiap manusia, pasti akan berusaha untuk dapat apa yang mereka inginkan... dapat atau tak, itu semua perancangan Tuhan.. Perancangan Tuhan adalah yang terbaik..!! Mungkin saya boleh apply segala macam tips untuk dapat anak berlainan jantina, tapi kalau dah Tuhan kata belum rezeki saya untuk dapat anak berlainan jantina, maka keluarlah jugak anak perempuan dari rahim saya ni... Yang penting saya usaha.. dapat atau tak, itu lain cerita...

Iyer saya tahu, kita jangan terlalu mengharap takut nanti kecewa kan... Tapi satu yang saya selalu pegang dengan word REDHA... Yap, sekalipun mulut kita ni tak habis2 dengan sebut moga ada rezeki nak dapat anak lelaki atau perempuan tapi dalam masa yang sama, dalam hati harus ada sifat REDHA... Sikap POSITIF sangat penting dalam diri kita..!! tak kira anak jantina apa pun yang Tuhan bagi, kita harus terima dengan hati terbuka... Jangan pulak bila dapat anak lain jantina seperti yang kita harapkan, mulalah kita pulaukan or kurangkan kasih sayang dekat anak tersebut.. Mintak selisih peel2 macam tu... Pikir positif yer sayang2... Tuhan bagi kita berderet anak perempuan atau berderet anak lelaki sebabnya Tuhan tengah "mempersiapkan" sesuatu dekat kita... Percayalah sayang... Tuhan tu sebaik2 perancang.. Tuhan itu Maha Pengasih & Maha Penyayang... Kalau Tuhan bagi kita berderet anak perempuan, mungkin bila kita dah pergi mengadap ilahi, anak2 kita tu la yang "mandikan" jenazah kita... jika anak2 kita berderet lelaki, mungkin anak2 kita tu lah yang angkat keranda kita nanti... AllahuAkbar.. Tuhan sebaik2 perancang...!! Jangan sesekali bersedih dengan apa yang Tuhan telah bagi...

Tak salah pun jika u all berkeinginan nak anak berlainan jantina, seperti saya yang dah 3 orang anak sama jantina ni.. Cuma tu la, apa2 je anak yang lahir nanti, sekalipun u all dah usaha macam2, dah cuba macam2 tips tapi Tuhan tak makbulkan lagi, u all kena redha.. REDHA itu sangat penting...!! Saya sendiri berkeinginan untuk dapat anak berlainan jantina untuk anak keempat nanti, saya baru je baca2 tips tapi buatnya belum lagi.. hahhahah... Saya tengah duk baca dari segi pemakanan untuk dapat anak berlainan jantina, baru baca je u all.. buatnya belum lagi, saya ni kadang2 jenis hangat2 tahik ayam pun ada jugak... Bila malas mulalah ambik ayat sedapkan hati, "kalau Tuhan nak bagi anak lelaki, tak buat apa2 tips pun dapat anak lelaki jugak"... muahhahha.. Apa2 pun, next entry saya share pulak pasal pemakanan tu yer... Ohya, tahniah jugak untuk lin yang dah selamat melahirkan anak nombor 3.. Tau apa jantina anak lin?.. Anak perempuan... Kalau tak silap saya, anak nombor 1 lin tahun 2012, anak nombor 2, 2013.. manakala anak nombor 3 ni, baru je bersalin tahun ni, 2016...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

{ 15 comments.. read them below or add one }

CikLily Putih CikLily Putih January 22, 2016
ermm bagus gak info ni ek
mama ka0ri mama ka0ri January 22, 2016
yer ker petua ni? hihi..

tapi jarak anak ni macam susah nak rancang sebab semua Allah yg tentukan..macam kita rancang nak anak lagi 5 tahun..tup2 tahun ni Dia dh bagi..REDHA je la..
IntaNBerliaN IntaNBerliaN January 22, 2016
@mama ka0ri

haa??? Dah pregnant ke?... huwaaa ai nak follow u jugak la... hahhaha... rai dah kedepan tu...

btw, tahniah...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN January 22, 2016
@mama ka0ri

eh lupa nak komen, untuk awak, yg ni tak boleh pakai yer.. sbb awak dah ada anak lelaki & anak perempuan.. so, tak perlu nak rancang2 bagi berlainan jantina... hahhahha :p
Cik Itah Cik Itah January 22, 2016
bagus info ni..nice tips
aryan azra aryan azra January 22, 2016
betul tu ina, sebagai manusia kita punya keinginan tambah pulak dalam bab anak, macam akak lah..dah ada 2 anak lelaki, pasti yang ketiga akak nak anak perempuan, jadi akak cuba amalkan petua yang diberi oleh seseorang, sambil tu berdoa sesungguh hati, siap nangis2 lagi..akhirnya Allah beri rezeki buat akak, yang ke3 anak perempuan..tak salah keinginan kita, kita mencuba, tak dapat tak apalah,memang rezeki Allah yang bagi kan...kita sekadar berusaha.

petua yang akak dapat kalau nak anak perempuan, lepas bersama tu kita baring mengiring ke kiri, kalau nak anak lelaki kita mengiring ke kanan, ini ustaz yang bagitau petua, inshaAllah, kita cuba sajalah, disamping tu berdoakan.. inshaAllah..rezeki dari Allah kan.
Yana Libra Yana Libra January 22, 2016
insyaAllah..usaha-doa-tawakal..huhu..guna tips ni je la sng :)
babYpose babYpose January 22, 2016
Betul ketentuanNya semua, saya pun merancang jantina, tapi anak perempuan. Dalam membaca tu, ada la tips untuk anak lelaki tu kena betul2 hari subur, kalau guna ovulation kit kat farmasi ada jual. Ada cara guna,cara bilang hari subur. Ada dlm kotak tu. Hee panjamg pula hehe inshaAllah berbanyak berdoa kan..
eima eima January 22, 2016
kita try kalender jantina china tu ,,alhamdulillah menjadi ...
azizah green line azizah green line January 22, 2016
jantina ni Allah yg tentukan kan.. lelaki mahupun pompuan masing2 ada kelebihan tersendiri.. biasalah bila ada pompuan nak lelaki begitu sebaliknya.. tp paling penting bila da sama jantina sebelum ni maka lepas ni kena rancang kehamilan maksudnya kena amalkan bersama waktu subur, lepas bersama nk buat camner2.. pemakanan pun memainkan peranan jantina anak
aRz MoHa aRz MoHa January 22, 2016
Macam macam Tips yang ada. Tapi Allah yang menentukan segalanya
Maria Firdz Maria Firdz January 23, 2016
Betul tu... Kita perlu usaha juga... Bukan serah bulat2 tanpa usaha... Keinginan tu mestilah ada kan... Tapi redha dipenghujungnya... Kerana Allah tahu yang terbaik...
husna zahidi husna zahidi January 23, 2016
hehehe kalau taw awal boleh suggest kat mama husna waktu husna kekecik dulu..:p adik beradik husna 4 org semua pompuan.. jarak antara yg sulung, yg kedua dan yg ketiga semua 3 tahun.. cuma yg last ni jaa 2 tahun.. teringin jgk nak adik bradik lelaki tp kami yakin dgn ketentuan Allah..:)

inshaAllah mana tawu kedepan nanti husna boleh cuba plak.. hahaha..
Nur Fannun Nur Fannun January 24, 2016
kna aplikasikn ilmu biologi la utk dptkn jntina anak yg dikehendaki..sperm yg bjntina laki ni cpt mati brbnding sperm bjntina prmpuan
tp tu ikut logik la.. kalau pandai rancang silap2 blh dpt jantina nak selang seli..apa2 pun tu semua ketentuan Allah.
Lynndamya Lynndamya February 18, 2016
Hmm....saya yg baru kahwin, tinggalkan mak duk jauh dari mak ni pun dh rase sangat homesick,pe lagi mak sy kat rumah sana....wuwuwu sedihnya... :'( semoga dipermudahkan rezeki akak dpt anak lelaki ya :D