Cara semak STATUS PERMOHONAN Pra Sekolah

Alhamdulillah, ada rezeki anak solehah Aqilah untuk masuk PRA SEKOLAH tahun depan @ 6 tahun. Saya memang nak anak-anak saya bersekolah di PRA SEKOLAH, banyak kelebihannya. U all boleh baca di entry KELEBIHAN PRA SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, saya dah tulis siap print screen pendapat kawan-kawan. Ikutkan ketika Alisha sebelum ni, saya nak anak-anak masuk pra sekolah sebab nak bagi anak saya biasakan diri dengan persekitaran sekolah tersebut, dengan harapan, darjah satu nanti lebih mudah sebab dah tahu selok belok sekolah tersebut.

Tapi tahu tak u all, AllahuAkbar, saya rasa apa yang anak solehah Alisha dapat ketika di pra sekolah adalah melebihi dari apa yang saya jangkakan. Alisha jadi seolah-olah "orang lain" jika nak dibandingkan dengan ketika dia belajar tadika di usia 5 tahun. Alisha menjadi seorang yang berani, siap masuk pertandingan mengeja mewakili pra sekolah dia. Padahal di tadika 5 tahun, pendiam yang amat, nak kucil pun menangis sebagai bahasa isyarat, bukannya dia nak bagitahu cikgu. Sampai saya pun risau fikir pasal persekolahan Alisha. Haihhh kenangan betul..

Untuk Aqilah ni pun saya hantar ke pra sekolah yang sama dengan Alisha, harapnya Aqilah akan serasi di pra sekolah tersebut tahun hadapan. Saya apply pra sekolah untuk Aqilah secara online bulan 4 hari tu. Alhamdulillah result dah keluar dan Aqilah BERJAYA dapat masuk Pra Sekolah tahun depan, satu sekolah dengan Alisha. Yeayyy...!! Kalau u all ada minta pra sekolah untuk anak u all juga, u all boleh semak di website https://eprasekolah.moe.gov.my/.    


Selepas u all klik link tersebut, akan keluar seperti gambar di atas, u all log masuk dengan memasukkan IC dan kata laluan.



Lepas tu, u all klik bahagian SEMAKAN DAN KEMASKINI PERMOHONAN.


Nanti u all akan dapat lihat status permohonan pra sekolah anak u all tu berjaya atau tak. Kalau berjaya, u all cetak surat tawaran.


Dah cetak, follow la apa yang dinyatakan di surat tersebut. Untuk Aqilah, insyaAllah 05/11/2017 nanti kena pergi daftar di sekolah. Kalau tak pergi daftar, makanya pihak sekolah anggap kita tak berminat.

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

1 comment... add one now

AziRahmanDotCom AziRahmanDotCom August 17, 2017
bagus cara gini memudahkan buat semakan