Cara menarik untuk mengajar anak mengenali ABC

Dari semalam membawa ke pagi ni, saya masih lagi belum tidur.. kesnya pasal lepas maghrib semalam saya minum white coffee, mata cerah sampai ke sekarang ni haa... Bila dah siang, confirmlah tak dapat tidur sampai ke sudah, tunggu malam nanti pulak la baru dapat tidur.. haihh!!... Disebabkan tak dapat tidur semalam, makanya saya mengadaplah komputer mencari apa2 aktiviti yang sesuai untuk anak solehah Aqilah... pencarian saya pagi2 buta tadi fokus kepada nak bagi Aqilah mengenal ABC, 123 & ALIF BAA TAA.. Apa yang saya print untuk Aqilah, saya akan berkongsi dengan u all tapi akan dibahagi kepada 3 entry la... Untuk entry pertama ni, saya nak berkongsi berkaitan ABC terlebih dahulu...

Anak solehah Aqilah ni, cara pembelajaran dia tak sama dengan anak solehah Alisha tau... Dengan kata lain, saya tak boleh ajar Aqilah seperti mana saya ajar Alisha.. Kalau Alisha, mengadap buku semata2 pun no hal sebab dia memang jenis ulat buku.. tapi Aqilah, kalau saya bagi dia mengadap buku, maksudnya sekadar guna pensel & buku sahaja, jawabnya takdan 2 3 muka surat la u all.. Selepas saya google2 pagi2 buta tadi, saya jumpalah latihan macam dekat bawah ni haaa... Saya yakin Aqilah pasti suka!! Moga Tuhan mempermudahkan urusan saya dalam mengajar anak2 saya.. InsyaAllah... Niat yang baik2, pikir yang baik2, sebut yang baik2, InsyaAllah yang baik2 jugak hasil yang kita akan dapat... (",)



DOT STICKER PAGES



DOT STICKER PAGES ni, dari huruf A hingga Z tau... U all nak buat aktiviti ni, u all boleh guna pom pom balls, sticker yang bulat2 tu ataupun do a dot art... tapi untuk saya, saya guna "watercolour"... oh, sebenarnya watercolour dekat rumah saya ni dah habis stock, makanya saya buat "watercolour" sendiri... Alaa bukan watercolour sangat pun, janji warna tu melekat dekat dot-dot sudah.. muahhaha... Cara saya buat "watercolour" tersebut, saya letak tepung gandum + air paip + pewarna masakan = kacau & masak ikut kepekatan yang u all nak.. SIAP!! 

http://www.themeasuredmom.com/wp-content/uploads/2013/09/DSPAtoZlowercase.pdf

Ohya, jika link untuk print di atas u all tak dapat bukak, u all boleh tengok di link http://www.themeasuredmom.com/dot-sticker-pages/, lepas tu u all tengok di bawah sekali ada tulis "GET THE ENTIRE SET IN LOWERCASE HERE".. U all klik je link tu tau...


LOWERCASE LETTER FIND PAGES



LOWERCASE LETTER FIND PAGES ni, aktiviti dia, anak solehah Aqilah kene dot dot kan huruf2 tersebut dengan menggunakan "watercolour"... Macam gambar atas tu huruf a kan, so, Aqilah kene dot dot kan semua huruf a yang ada... Alaa kalau u all taknak guna watercolour pun takpa, guna je sticker, tak pun suruh je anak u all warna... Saya ni pasal nak menarik perhatian Aqilah, sebab tu saya mempelbagaikan aktiviti bagi setiap latihan... Ohya, selain dari tu, gambar yang ada tu pun, anak2 boleh warna... dah tak pasal2 dapat 2 aktiviti dalam satu latihan kan?.. hehhe 


Sama jugak macam DOT STICKER PAGES tadi, jika link yang panjang di atas tu u all tak dapat bukak, u all boleh tengok di link http://www.themeasuredmom.com/free-find-the-letter-alphabet-worksheets/, di entry tersebut ada tulis "GET JUST THE LOWERCASE LETTERS HERE"... Haa u all klik je link tersebut.. 


CUTTING PRACTICE LETTER A TO Z


CUTTING PRACTICE LETTER A TO Z ni aktiviti gunting dan tampal... Hasil dari guntingan tu, kita gunakan untuk membentuk huruf2 dari A hingga ke Z... Macam saya, selepas Aqilah menggunting, saya suruh Aqilah tampal di dalam buku log.. CUTTING PRACTICE LETTER A TO Z ni bagus tau u all, bukan setakat nak ajar anak kita ABC tapi jugak akan membantu anak kita dari segi motor halus.. KELEBIHAN MENGAJAR ANAK GUNA GUNTING...

http://www.creativehomeschoolblog.com/2014/12/cut-paste-abcs.html



SNEAKY SNAKE PATTERN PRACTICE


SNEAKY SNAKE PATTERN PRACTICE ni di mana anak kita akan mewarna petak2 yang ada tu mengikut warna yang telah ditetapkan untuk huruf ABC..

http://www.education.com/download/worksheet/109450/snake-coloring-patterns.pdf

Ini perkongsian saya untuk pagi ni, kalau rajin petang nanti saya kongsi lagi samada hijaiyah atau 123... itupun kalau saya tak terlena... Ohya, jika kita ingin berjaya, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN KERANA ALASAN TU LA YANG SENTIASA BUAT KITA TERBANTUT UNTUK LAKUKAN SESUATU... NIATKAN DALAM HATI, KUATKAN SEMANGAT UNTUK AJAR ANAK2 KITA DI RUMAH... ANDAIKATA ANAK KITA TAK FOKUS ATAU TAKNAK IKUT APA YANG KITA AJAR, JANGAN PUTUS ASA.. CARI JALAN SEHINGGA KITA BERJAYA... INGAT TU... JANGAN PUTUS ASA, JANGAN WUJUDKAN ALASAN!!.. EH, APA YANG SAYA TULIS NI, BUKAN UNTUK U ALL JE TAU, TAPI UNTUK DIRI SAYA JUGAK...



"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 7 comments.. read them below or add one }

Sherry Go Sharing Sherry Go Sharing April 11, 2016
thanks for sharing, shall try when have the time.

www.mymomsbest.us
Sakinahamid Sakinahamid April 11, 2016
Baik..saya tak putus asa Puan Zarina..hehe
AnonymousAnonymous April 11, 2016
Memang terbaik perkongsian ni sis. Macam Alia kerja dia plg minat mewarna. Buku kerja dia pun bantai warna. Hehehe.
Unknown Unknown April 12, 2016
tak semua budak cara belajarnya sama kan.. sampailah dah besar nanti.. even husna dgn kawan pon berbeza..:D
y i e n y i e n April 12, 2016
Wahhh rajinnya.. Kite ni ntah bilalah nak buat utk anak2 *sobs*
AnonymousAnonymous April 12, 2016
salah sorang ibu contoh ni...