Perkembangan anak dikira mengikut perkiraan umur bulan bukan tahun

Saya lupa tapi maybe bulan tiga baru ni agaknya... Kami bawak Aqilah pergi jumpa doktor.. Alaa doktor di klinik ibu anak tu je pun.. Appoiment macam selalu tu je la... Makan ubat cacing la cucuk la... Cuma untuk anak solehah Aqilah ni, saya request untuk jumpa doktor... tujuannya sebab saya nak tanya pasal perkembangan percakapan Aqilah.. yap, Aqilah tak cakap terus pun lagi u all... Kalau huruf K tu, Aqilah sebut T.. contoh word KAKAK tapi Aqilah sebut TATAK... Lepas tu IBU tapi Aqilah sebut ABU..

Bila saya jumpa doktor tu kan, doktor ni bagi saya alahaiiiiii baiknya... Dia nampak macam pakar je bab kanak2 ni tau... pandai dia tackle or layan kanak2.. Ini first time saya berurusan dengan doktor tersebut... macam biasalah, mula2 pasti doktor tanya umur Aqilah DALAM KIRAAN BULAN, so saya bagitahulah 3 tahun 5 bulan.. Doktor tanya Aqilah tapi Aqilah diam je tak cakap apa pun... alahaiii anak saya ni pun... Aqilah memang macam tu, kalau tak, dia dua kali lima je riuh dengan Alisha... last sekali saya bagi doktor dengar rakaman suara perbualan antara saya dengan Aqilah... Lepas doktor dengar tu, doktor cakap "bagi saya Aqilah takda masalah apa2.. normal untuk usia Aqilah.. Ibu risau yer?"... Saya iakan je la cakap doktor tu kan.. mahunya tak risau... Lepas tu doktor explain kenapa dia cakap Aqilah takda masalah.. tapi tu la, saya nak tulis dekat sini pulak yang tak reti... pendek cerita, Aqilah paham je arahan, takda masalah pendengaran, suruh itu suruh ini semuanya ok.. so, takda masalah.. 

Saya cakap dekat doktor saya risau sebab tahun depan Aqilah nak sekolah tadika, so, saya risau takut cikgu tak paham dia cakap nanti... lepas saya cakap macam ni, doktor macam blur blur kejap pastu cakap "tahun depan hantar sekolah?.. umur 4 tahun?"... Waktu ni dalam hati saya terdetik, mesti doktor ni bukan tergolong dalam golongan yang ibu2 yang nak hantar anak sekolah awai... pastu saya jawab "eh, takla doktor... kalau ikut tahun, tahun depan umur Aqilah 5 tahun, kalau ikut bulan je baru 4 tahun.. sebab dia lahir akhir tahun".. eh, u all tahu tak, pada waktu ni jugak saya terpikir... Eh, betoila cakap doktor... Aqilah kalau ikutkan umur 4 tahun nak gi sekolah... Time ni jugak tiba2 saya rasa, lepas2 ni saya nak beranak awal tahun la pulak.. hahhah.. Lepas tu doktor cakap dekat saya, memandangkan saya risau, so, doktor bagi appoiment bulan 11 nanti pulak.. time tu umur Aqilah dah genap 4 tahun.. 


Ohya, u all tahu tak, sebelum jumpa doktor tu, saya memang dah ada PM di FB tanya doktor Ruby @ speech teraphy pasal Aqilah ni.. Doktor Ruby pun cakap ianya normal bagi umur Aqilah selagi tak berusia 3 tahun 6 bulan jika masih sebut huruf A, sebagai contoh IBU jadi ABU... nampak tak?? bila melibatkan tahap perkembangan anak, doktor takkan tanya umur anak kita dalam kiraan tahun tapi dia ambik kira jugak bulan... Eh paham ke ni??... macam ni, biasakan kalau orang tanya umur anak berapa, kita jawab 8 tahun, walhal bulan 10 nanti baru genap 8 tahun... kiranya kita macam buat tak nampak je "bulan" tu... tapi tidak melibatkan perkembangan anak.. bila berurusan je dengan "hospital" automatik umur kita kena kira siap dengan bulan sekali...

Dengan takdir Tuhan jugak, bila umur Aqilah genap je 3 tahun 6 bulan sehari, automatik Aqilah boleh sebut IBU... automatik Aqilah panggil saya IBU... AllahuAkbar... Sebab tu orang kata perkembangan kanak2 ni tak sama.. memang mereka lahir di tahun yang sama tapi bulan yang berlainan... Sekarang, percakapan Aqilah dah semakin "cantik".. memang ada word2 yang tak terus lagi tapi semakin okla... yang tak terus tu puncanya tu la, KAKAK JADI TATAK... Aqilah tak boleh sebut huruf K dengan L dengan betul lagi.. Itu yang bila word yang ada huruf2 tersebut, bunyinya lain.. atas dasar itu jugak saya cakap Aqilah cakap tak terus... Tapi apa2 pun, bila doktor kata ianya takda masalah, jawapannya takda masalah la kan.. Cuma saya ni je yang hoverrrrrr risau..!! Last sekali, moga Aqilah akan cepat2 cakap terus... cepat pandai sebut huruf K dan lain2... InsyaAllah.. 


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

6 comments.. read them below or add one

Puan Kutu Puan Kutu May 18, 2016
Bagus klu kita oeka dengan perkembangan anak..tp umur aqilah ni betullah kata doktor takda apa yg perku dirisaukan..biasa je budak cakap pelat.Afia kt rumah ni pun sama..petah bercakap tp byk huruf yg masih dia tak pndai sebut.cthnya huruf g..jadi d..
hamelia sunita Hamid hamelia sunita Hamid May 18, 2016
Assalam sis,,

alhamdulillah, tahniah untuk Aqilah sebab dah berjaya menyebut IBU. Sama jugak dengan anak dara saya sebelum ni panggil ABU. huhu. jenuh mulut nak mengajra sebut betul². Alhamdulillah sekarang dah boleh sebut IBU, cuma kadang² je tersebut ABU. hehe
syawalsimpsons syawalsimpsons May 18, 2016
mungkin ini adalah pengalaman pertama buat ina kan..so far izz dani aqlan pon sama dengan aqilah..belom boleh bercakap...bahasa jerman je la...tapi dia paham N dengar setiap arahan yg di berikan..izz pon belom boleh bercakap..tp dia lebih equlilia..maksudnya mengajuk apa yg dia dengar n dia ulang balik...tp alhamdulillah izz dah boleh sebut ibu...cumanya nak tunggu dia panggil,...mmg tak la...suke benor sebut,..atu..atu..atu..apa yg atu pon tak tau...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN May 18, 2016
@syawalsimpsons

macam aqilah dia tak cakap bahasa german, dia cakap macam biasa kita cakap cuma sebutan dia tu tu maybe boleh kata "pelat" la kot
husna zahidi husna zahidi May 20, 2016
nama pon mak kan.. hehehe.. baru husna taw bila bebudak kecik camni pihak hospital lebih memilih utk kira umur diorang dalam kiraan bulan ye.. anak sendiri nanti nak kena catat lah sebab jenis pelupa hahaha.. berangan sat!
Nabila Syifa Nabila Syifa May 21, 2016
Setuju. Ada anak perk3mbangan psikomotor nya lebih cepat berbanding cognitive. Bergantung jugak. Kdg2 ada baby laju je merangkak. Berjalan. Berlari. Tapi.bila bercakap slow.